Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 50 ❞ ˎˊ-

"Shua?"

Tanpa berfikir panjang, terus Shasha berjalan keluar dari pantri, mengejar bayang Joshua yang sudah tidak kelihatan. Panggilan Hani dan Jungkook langsung tidak dihiraukan. Fokusnya hanya kepada kelibat yang dilihatnya tadi.

"Tunggu!" Shasha bersuara kuat apabila dilihatnya Joshua sudah memasuki lif. Lantas dia berlari ke arah lif tersebut, namun terlambat apabila pintu lif itu terlebih dahulu tutup.

"Aish..." Shasha menggigit bibir. Dia melihat ke arah bahagian atas lif. Kelihatan angka 18 di situ, di mana ianya beransur turun sehinggalah angka 1 dan akhirnya berhenti di huruf G.

Serentak dengan itu juga pintu lif kedua terbuka. Tanpa berlengah, Shasha memasuki lif tersebut. Butang G ditekan laju.

"Shua ada kat sini?" gumam Shasha perlahan. Dia pasti dia tak salah nampak tadi. Tapi, kalau betul Joshua memang ada kat sini...

"Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa lagi."

Adakah ini bermakna mereka mempunyai jodoh? Shasha menghela nafas. Harapnya.

Pintu lif terbuka. Terus Shasha berlari keluar dari lif. Kiri kanan dipandang, lalu dia berlari menuju ke pintu keluar bangunan.

Tingkat G atau tingkat bawah tanah ialah tempat untuk memarkir kenderaan. Melilau mata Shasha ke sana dan ke mari, cuba mencari kelibat Joshua di antara banyak-banyak kereta yang diparkir di situ.

"Yah Yoon Jeonghan!"

Automatik kepala Shasha tertoleh ke arah sumber suara. Kakinya bergerak menuju ke situ umpama dipukau oleh suara itu. Dari situ, dapat Shasha lihat dengan jelas dua orang lelaki yang sedang bergurau-senda. Wajah salah seorang dari mereka menarik perhatian Shasha. Wajah yang sedang tersenyum gembira.

"Shua..."

Shasha sudah tergamam melihat Joshua di situ. Betullah, dia tak salah tengok! Joshua kerja kat sini ke?

Tanpa sedar, bibir Shasha turut menguntum sebuah senyuman melihat betapa gembiranya Joshua bersama rakannya itu. Namun senyumannya beransur pudar apabila kembali ke realiti.

"Now what?" soal Shasha sendirian. Dia dah kejar Joshua sampai sini, dan sekarang dia tak tahu nak buat apa. Tegur Joshua? Pantas kepala Shasha geleng laju. Dia sendiri pun tak pasti sama ada Joshua kenal dia atau tidak.

Patutkah dia patah balik?

Tapi, macam mana kalau lepas ni dia dah tak boleh jumpa Joshua?

Tapi tapi macam mana pula kalau Joshua tak ingat dia?

Tapi tapi tapi–

"Fight for your love!"

Kata-kata Hani bermain di minda pada ketika itu. Shasha menggigit bibir.

"Ya. Aku kena tegur Joshua. Kalau dia tak ingat, ingatkanlah dia semula!" Bagaikan disuntik satu semangat yang baharu, Shasha memberi kata-kata motivasi kepada dirinya. Penumbuk dikepalkan. Ya, dia kena berjuang mempertahankan cinta dia!

Dengan berani Shasha keluar dari tempat persembunyiannya. Namun tak sampai beberapa langkah berjalan, dia kembali menyorok semula di sebalik dinding. Kedua tangannya digosok.

"Ah, tak boleh la!" ujar Shasha, wajahnya ditekup dengan kedua tangan. Jantungnya berdegup laju bagai nak terkeluar dari badan.

"Ah. Come back to your sense!" Pipi Shasha ditepuk beberapa kali. Dia kena berani!

"Okay. You can do it. Buat macam biasa je. Hai Josh! Long time no see. Sihat?" Shasha cuba mempraktikkan dialog yang akan diucapkannya, namun selepas itu langsung dia menampar dirinya sendiri.

"Ah bwoya. Kang kalau dia jawab 'who are you?', malu tujuh keturunan aku nanti." Shasha membantah, kepalanya digeleng-geleng. Sudahlah ada kawan Joshua kat situ.

"Ah jinjja. Ommaaaaaaa!" Shasha mencangkung di situ, wajahnya ditekup dengan tangan. Ahhh dia tak berani! Namun malang bagi Shasha kerana saat dia mencangkung, punggungnya secara tidak sengaja terkena timbunan tin-tin kosong yang berada di situ. Terhasil satu bunyian yang kuat.

KETANG KETUNG!

Terkaku terus Shasha jadinya. Bunyi tawaan dua lelaki itu juga terus terhenti.

"Siapa tu?"

Shasha menelan liur. Ah sudah. Inilah pengakhirannya!

Dengan penuh terpaksa, Shasha berdiri dari cangkungannya. Tin-tin kosong yang sudah terjatuh dipandang tajam. Mencarut menggunakan mata.

Nafas dalam ditarik sebelum dia dengan longlainya berjalan keluar dari sebalik dinding. Satu senyuman manis ditayang.

"Joesonghabnida! Saya tersepak tin tadi. Tak berniat pun nak takutkan sunbae. Joesonghabnida!" Berulang kali Shasha menundukkan badannya ke arah mereka. Kepala ditundukkan memandang lantai, langsung tidak berani bersemuka dengan mereka.

"Eh, gwaenchana gwaenchana. Pekerja baru ye?" Rakan Joshua yang bernama Yoon Jeonghan bersuara. Dia memandang ke arah kad nama yang tergantung di leher Shasha. Sememangnya semua pekerja baru diwajibkan memakai tag nama gantung masing-masing.

"Nae! Saya Park Isya dari Department Accounting and Finance. Maaf sebab ganggu sunbae," ujar Shasha. Bibir digigit. Ni semua salah tin tadi!

"Takpe. Kitorang okey je. Cuma terkejut sikit tadi," ujar Jeonghan. Satu senyuman ditayang. Shasha mengangkat kepalanya perlahan lalu senyuman itu dibalasnya.

"Park Isya?"

Joshua akhirnya bersuara. Spontan kepala Shasha tertumpu ke arah Joshua yang kelihatan sedang mengerutkan dahinya.

Berbagai prasangka hinggap di kepala Shasha. Jangan cakap, Joshua dah ingat...?

"Nae?" balas Shasha. Rasa gementarnya sedaya upaya dikawal. Joshua masih lagi mengerutkan dahi, berusaha untuk mengingat.

"Kenapa nama tu macam familiar je?"

Shasha menggigit bibir. Familiar? Wajah Joshua dipandang. Maksudnya, Joshua tak ingat lagi lah kan? Tapi, dia sedang dalam proses nak mengingat semula?

Shasha berfikir sejenak. Patutkah dia beritahu segalanya kepada Joshua agar lelaki itu mendapat memorinya semula? Nafas dihembus.

"Erm, sebenarnya–"

"Oh!"

Ayat Shasha terpotong apabila Joshua dengan terujanya memetik jadinya. Jari telunjuknya ditunding ke muka Shasha. Juling mata Shasha melihat jari telunjuk itu.

"Awak pelayan kat Apple Café tu kan?"

"Eo?" Shasha terdiam seketika. Kejadian di kafe kembali berputar di minda.

"Eh haahlah. Patutlah muka dia pun nampak familiar," Jeonghan juga sudah menepuk tangannya, tanda bersetuju dengan penyataan Joshua. Shasha menghembus nafas lega. Lega kerana Joshua masih tidak ingat akan dunia Cinderella.

Tetapi dalam masa yang sama, dia juga berasa sebak apabila Joshua langsung tidak ingat akan dirinya. Adakah begini pengakhirannya? Adakah mereka tidak ditakdirkan bersama?

"Haah. Sayalah pelayan tu. Sekarang saya dah bekerja di syarikat ni sebab kafe tu akan berhenti beroperasi. Maafkan saya sebab buat hal haritu. Emosi tak stabil mana," Shasha memalsukan sebuah sengihan. Matanya sudah mula berair, namun pantas ditepisnya rasa ingin menangis. Dia tidak mahu menangis di hadapan Joshua buat kali kedua!

"Ani ani, gwaenchana. Lagipun bukan salah awak pun," manis sahaja senyuman yang Joshua berikan kepada Shasha. Tergamam seketika Shasha melihat. Handsomenya!

"Kalau macam tu, saya pergi dulu ya? Anneyonghaseyo!" Tidak ingin melanjutkan perbualan, Shasha laju menundukkan badannya. Lalu dia memusingkan badan dan berjalan meninggalkan dua lelaki itu. Namun begitu, dia terhenti di pertengahan jalan.

"Fight for your love!"

Bibir diketap. Penumbuk dikepal.

"Fight for your love!"

Shasha memusingkan badan. Kelihatan kelibat Joshua dan Jeonghan sedang berjalan pergi sambil bergurau-senda sesama mereka. Nafas dalam ditarik.

"Fight for your love!"

"SUNBAE!"

Terteleng dua kepala itu ke belakang apabila suara Shasha bergema kuat di kawasan parkir kereta itu. Shasha menelan liur seketika. Alamak, terjerit kuat lah pula. Kakinya dibawa berlari menuju ke arah mereka berdua semula.

"Joesonghabnida! Sebenarnya saya nak cakap sesuatu pada sunbae," ujar Shasha. Kedua lelaki itu saling berpandangan buat seketika.

"Sunbae yang mana?"

"Err... Joshua sunbae," ujar Shasha, nafasnya tercungap seketika dek larian tadi. Jeonghan tersenyum senget ke arah Joshua. Bahu Joshua ditepuknya.

"Joshuji. Aku harap kau dapat buka hati kau untuk perempuan."

"Yaish, kau diam!"

Sementara dua sekawan itu saling bergurau buat seketika, Shasha pula masih tercengang mendengar ayat Jeonghan. Buka hati untuk perempuan?

"Apa maksud sunbae?" tanpa sedar Shasha mengutarakan soalan itu. Jeonghan memalsukan batuk, kakinya diatur menuju ke arah Shasha lalu dibisiknya di tepi Shasha.

"Sunbae tahu, awak suka Joshua kan? Sebelum ni memang ramai yang dah confess pada dia tapi semuanya dia tolak. Tapi jangan mengalah, usaha tekun jaya! Kalau awak betul-betul nak dia, sunbae boleh tolong. Good luck! Hwaiting!"

Jeonghan memberi thumbs up kepada Shasha tatkala gadis itu masih terdiam memproses ayat yang didengarinya itu. Shasha tergamam seketika. Wajah Joshua yang masih tersenyum kepadanya dipandang.

"So? Apa yang awak nak cakap?" soal Joshua, lembut sahaja nada suaranya namun ia langsung tidak melunturkan rasa gementar dalam diri Shasha. Shasha menelan liur. Tiba-tiba rasa seram sejuk pula.

Ala, lantaklah!

"Sunbae ingat tak saya?" soal Shasha sebagai pembuka bicara. Senyuman Joshua semakin lebar. "Mestilah ingat. Pelayan kafe Apple. Mana mungkin saya lupa kejadian di mana saya yang menjadi mangsa, tapi awak pula yang menangis," ujar Joshua sambil tersengih.

"Err... Tak. Bukan tu. Kita pernah berjumpa sebelum tu. Tak ingat ke?" soal Shasha. Memerah sikit pipinya apabila Joshua membuka cerita di mana dia menangis. Huhu, malulah pula.

Joshua mengerutkan dahi seketika. Serius semacam je nada perempuan ni. Lantas kepala digeleng.

"Seingat saya takde. Kenapa?" soal Joshua. Shasha menggigit bibir. Nafas dalam ditarik. Matanya dipejam rapat.

"Awak tak ingat ke awak kena sedut masuk dunia Cinderella lepastu dia bagi misi untuk kita selesaikan then awak kena cipta happy ending tapi saya kena cipta sad ending lepastu akhirnya kita pun berkahwin dan disebabkan saya tak selesaikan misi dia kurangkan tempoh hari saya sampailah tinggal 3 hari lepastu tepat-tepat pada hari terakhir saya kat situ awak bunuh diri sebab awak nak tolong saya cipta sad ending akhirnya kita berjaya keluar dan kita tak ingat apa-apa tapi lepas saya baca album yang bos saya bagi saya ingat semuanya semula pastu saya dah gagalkan proses penghapusan memori kat dunia Cinderella tu dan macam tulah saya dapat memori saya semula tapi saya tak tahu awak dapat memori awak semula ataupun tak tapi awak nampak macam tak ingat apa-apa pun jadi saya ceritakanlah semula pada awak kesimpulannya kita dah berkahwin dan saya cintakan awak!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro