-ˋˏ ❝ Chapter 5 ❞ ˎˊ-
Belum sempat aku brain apa yang terjadi, satu cahaya membutakan kelihatan sekali lagi.
"Kamu sudah melanggar arahan untuk menjalankan tugas Cinderella sebagai seorang watak utama. Oleh itu, tempoh misi kamu akan dikurangkan sebanyak 1 bulan. Sekarang, kamu hanya mempunyai 2 bulan untuk melaksanakan misi kamu."
Eh eh eh eh ehhhh suka hati je nak hukum aku macam ni eh? Yang dia jadikan Jimin sebagai mak tiri dah kenapa? Dah tahu aku dengan Jimin memang selalu bergaduh ngeh.
Suka hati dia lah. Aku rasa tak sampai tiga hari dah boleh siap misi ni. Bergantung juga bila putera tu nak muncul. Aku get ready je nak bunuh dia bebila masa hoho.
【👠】
"Anak pungut, masakkan makanan!" Kedengaran suara Jimin menjerit kuat. Aku melihat ke arah Jimin yang sedang terduduk di atas sofa bersama Jihee dan Nayun di sebelahnya. Sekilas nampak macam mak nyah bersama perempuan simpanannya pft. Tapi um Jihee dan Nayun terlalu baik untuk digelar perempuan simpanan uhuks. Kat dunia ni je diorang perangai cam pantai.
"Ye, nak makan apa?" soalku. Kain yang berada di tangan aku campak masuk ke dalam baldi yang berisi air.
"Apa-apa jelah. Aku lapar," kata Jimin. Aku mengangguk faham dan mengatur langkah ke dapur.
Lepas je aku cakap aku get ready je nak bunuh prince tu, secara tiba-tiba aku tengah melutut di atas lantai bersama kain buruk di tangan dan baldi berisi air di sebelah. Tiga ketul manusia tu pula elok terduduk atas sofa sambil tengok TV. Ngeh, TV zaman dulu. Besar gedabak.
Lepastu diorang bertiga pun elok suruh aku macam-macam. Well, aku sebagai seorang main character yang mematuhi arahan kenalah ikut cakap diorang tak gitu? Eventhough aku benci muka Jimin lelagi bila dia nampak macam mak nyah dalam ni.
"Nah."
Aku meletakkan sepinggan ramen di atas meja di depan TV. Baru sahaja aku nak beredar, suara mak nyah Jimin menghentikan aku.
"Eww, apa ni?"
Aku menoleh memandang Jimin yang menayang riak kegelian melihat ramen itu. Nayun dan Jihee di sebelah turut menayang riak jijik.
Asal diorang ni? Tak pernah tengok ramen ke?
"Ramen," balasku ringkas. Sekali lagi aku cuba beredar namun ditahan Jimin.
"Sekejap, anak pungut. Kau masakkan ular untuk aku? Eww mana kau rembat ular ni?"
Ular pulak dah...
"Tu ramen, faham tak? Ramen. Sejenis mi. Bukannya ular. Takkan tak pernah tengok ramen? Ada berlambak paket ramen kat dapur tu," aku menggulingkan biji mata.
"Kau fikir aku nak makan benda ni?" tanya Jimin. Pinggan ramen itu ditolak ke arahku. Ha nasib baik tak jatuh. Kalau tak kat sini juga aku serang dia.
"Makan jelah. Tengok ni," aku cuba menyabarkan diri dan bergerak ke arah mereka. Pinggan ramen diambil. Chopstick dipegang dan aku menelan beberapa utas ramen.
Lol, beberapa utas?
Aku meletakkan kembali chopstick itu dan memandang ke arah Jimin, Nayun dan Jihee. Sah diorang terkejut tengok aku makan 'ular' ni. Muka memasing cam gorila.
"Heol..." Jimin bergerak ke arah ramen itu. Chopstick dipegang dan dia mencucuk-cucuk ramen itu.
Malas nak layan dia, aku mengatur langkah ke dapur. Aku pun lapar juga hmm. Di pertengahan jalan, jeritan Jihee dan Nayun jelas kedengaran.
"Shasha! Aku nak juga ramen!"
"Nayun pun!"
Hmm yelah.
【👠】
Aku menilik jam di dinding.
Pukul 8:00 malam.
Aku menoleh ke arah tiga ketul manusia yang sedang terbaring di atas sofa.
Diorang tak pergi majlis tari-menari tu ke? Tak silap aku, Jihee cakap majlis tu malam ni.
"Anak gila, makan malam dah siap ke belum?" Suara Jimin kedengaran kuat.
Aku hanya memerhati mereka bertiga. Patut ke aku tanya?
Em. Tanya jelah.
"Omma–"
Geli tekak aku memanggil Jimin dengan panggilan itu. Wek.
"Kau nak apa anak derhaka?" tanya Jimin. Kerepek ubi dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Um. Omma, Jihee dan Nayun tak pergi ke majlis tari-menari tu ke?" tanyaku. Jimin mengalihkan pandangan dari kerepek ubi kepada aku. Jihee dan Nayun juga sudah menatap aku tajam. Uih.
"Oh. Itu esok. Kenapa? Kau nak ikut sekali?" tanya Jimin dengan nada mak cik bawang.
Aku berdehem seketika. Tak selesa bila kena tenung oleh Jihee dan Nayun macam tu.
"Um haah."
Terus saja menampar mulut aku. Pebenda aku jawab ni do. Aku nak cakap lain keluar lain. Tak guna.
Melihatkan wajah Nayun dan Jihee berubah gila-gila bila aku cakap macam tu, terus aku menafikan apa yang aku katakan sebentar tadi.
"Eh tak–"
"Tch. Kau jangan nak berangan sangat lah," Jimin memasukkan beberapa keping kerepek ubi ke dalam mulutnya.
"Hah?" tanyaku. Berangan apa tetiba ni.
"Kau cermin diri kau dulu. Kotor. Putera Hong pun mesti jijik dengan kau." Jihee memandangku atas bawah.
Oh, jadi nama prince tu Putera Hong? Pft, nama pun dah macam Hong Kong. Nampak gaya dia macam lembik je. Senanglah kerja aku nanti ehek.
"Entah. Lepastu gedik nak pergi majlis tari-menari tu. Kau pergi sana nak pakai apa? Kain buruk?" Nayun tergelak besar diikuti Jihee dan Jimin. Aku hanya diam memerhati kerepek ubi yang terselit di celah gigi masing-masing. Lain kali gelak kena cover.
"Dan untuk pengetahuan kau, Putera Hong suka aku je," Nayun melibas rambut panjangnya ke belakang, sehingga terkena muka Jimin. Padan muka lo HAHAHA
"Apa? Nayun, Putera Hong milik unnie," Jihee mengerutkan dahi memandang ke arah Nayun. Nayun membulatkan matanya ke arah Jihee. "Tak! Putera Hong Nayun punya!" Nayun memberontak. Kedua mereka berbalas pandangan tajam.
Malas nak layan mereka, aku mengatur langkah ke dapur untuk menyediakan makan malam.
Hm, kalau majlis tu esok malam, maksudnya aku kena bertahan lagi sehari dengan kerja yang diorang beri. Haih tak sukanya jadi bibik ni.
【👠】
"Anak derhaka, kami nak keluar beli barang untuk majlis tari-menari malam ni."
Aku mengangkat kepala melihat Jimin yang berada di muka pintu. Aku menguap kecil sambil menggosok mata. Jam di dinding aku tilik.
"Awalnya," komenku setelah melihat jarum menunjukkan angka 7:30 pagi. Ada ke kedai yang buka awal ni?
"Nanti kunci pintu, aku tak kisah kalau kau mati kena bunuh dengan perompak tapi barang kemas aku tu berharga. Kitorang balik dalam petang macam tu, kau jangan mengada nak buat rumah ni macam rumah kau pula. Siapkan semua kerja rumah. Kalau tak, kau tahulah apa yang akan jadi nanti," Jimin memberiku pandangan maut sebelum menutup pintu.
"Apa-apalah," aku menarik surat khabar menutupi badanku dan sambung menutup mata. Walaupun agak tak selesa sebab diorang suruh aku tidur kat stor dengan hanya beralaskan surat khabar, tapi aku terlalu mengantuk untuk mengamuk kat diorang. Ala takpe, tak lama lagi aku boleh juga baringkan diri kat atas katil aku yang empuk tu. Haih I miss you so muchie!
【👠】
Tok tok!
"Woi betina, buka pintu ni!"
Aku hanya memandang kosong pintu utama rumah.
Ala kacau line betullah. Time-time ni lah diorang nak balik. Aku tak habis lagi bersenang-lenang.
"Ye tenuk-tenuk sekalian, bawa bersabar," aku mengatur langkah ke pintu utama. Tombol pintu aku pulas dan terserlah wajah cemberut Jihee dan Nayun di muka pintu.
"Tepi tepi tepi!" Tubuh aku ditolak jatuh ke tepi. Dah berapa banyak kali dah scene aku jatuh ni. Takde kerja betullah.
Nayun mengipas baju. Uuu bau peluh.
"Lambat lah betina! Kau tau tak benda ni berat?" tanya Jihee. Beg-beg kertas berisi barang diletakkan kasar di atas lantai.
Kesah apa aku.
"Yah betina, kau bawa barang-barang ni naik atas. Aku nak mandi," Jihee mencampak semua beg-begnya ke arahku dan berjalan menaiki anak tangga. Wah beratnya.
"Nah, bawa aku punya sekali," Nayun turut mencampak begnya ke arahku dan bergerak ke tingkat atas.
Ngeh, tak sampai satu minit masuk rumah dah bagi aku ketidaksenangan.
"Hey anak sampah, nah bawa barang naik bilik aku!" Jimin yang baru masuk ke dalam rumah mencampak beg-beg kertasnya ke arahku. Penuh beg kertas atas badan aku. Yaish diorang shopping banyak-banyak ni buat apa duh.
"Aku lapar, pergi masakkan– OMO!"
Beg kertas yang menutupi wajahku aku alihkan untuk melihat mengapa Jimin menjerit sebegitu. Selalunya dia jerit macam ni kalau ada lipas.
"Eww, kau tak lap lantai lagi ke?" jerkah Jimin. Lantai rumah dipandangnya dengan dahi berkerut.
"Kenapa? Dah bersih kan," balasku yakin. Semalam aku dah sental lantai ni kuat-kuat. Aku yakin lantai ni dah bersih dari sebarang bakteria!
Tapi sebab Jimin dah lalu sini, aku rasa lantai tu makin kotor lah hm.
"Bersih? Kau tak nampak ke banyak bakteria kat situ? Ergh!" Jimin memeluk tubuh.
Hebat betul mata dia ni. Boleh nampak bakteria.
"Yelah, saya lap–"
"Sekejap. Sekarang ni kau masakkan makanan untuk aku dulu. Aku lapar," potong Jimin. Aku mengangguk faham. Beg-beg manusia tadi aku alihkan ke tepi.
Baru beberapa langkah berjalan ke dapur, suara Jihee kuat kedengaran dari atas.
"YAH BETINA! MANA BAJU AKU?"
Baju? Oh, baju dalam beg tu ke? Aku melontarkan pandangan ke arah beg kertas di atas lantai. Segera aku berlari anak mendapatkan beg-beg itu.
"Ye, ye, sekejap!" jeritku kuat. Beg-beg tadi aku tilik satu persatu. Ah sudah. Beg Jihee dah bercampur dengan Nayun dan Jimin punya.
"Kau buat apa? Aku suruh kau masak kan?" tanya Jimin. Aku menoleh memandangnya dan beg itu bersilih-ganti.
"Ah ye. Saya masak," aku kembali berlari anak ke dapur namun suara Jihee kembali memetir sekali lagi.
"Woi lembab!"
Aku menoleh ke arah anak tangga di mana Jihee sedang turun tangga dengan hanya berkemban. Terus pandangan aku alihkan ke arah Jimin yang berada di atas sofa. Bahaya ni.
"Kau nak pergi mana? Bak sini beg aku!" arah Jihee. Aku mengangguk laju. Baru sahaja aku ingin mendapatkan beg itu, suara Jimin menghentikan aku.
"Anak sampah ni nak masak untuk omma," kata Jimin. Badannya dikalih dari menghadap TV kepada Jihee di atas tangga.
Dapat aku lihat Jimin menelan air liurnya. Weh Jimin ni dah jadi betina pun tahap gatal dia lain macam eh.
"Tapi Hee suruh dia letak beg Hee dalam bilik dulu!" Jihee memprotes. Aku hanya memerhati pasangan kekasih real-life ini. Dahtu nak aku masak dulu ke letak beg dalam bilik ni?
"Jihee ada kaki ada tangan kan? Pergi letak sendiri," balas Jimin dan kembali menonton TV. Jihee merengus kasar sebelum turun tangga untuk mengambil begnya. Sempat aku lihat dia menjeling Jimin sambil mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
Haloh Jimin ni. Dia sendiri pun ada tangan kaki, pergilah masak sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro