Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 49 ❞ ˎˊ-

Shasha menekan butang lif. Tidak sampai lima saat, pintu lif sudah terbuka. Shasha menjengukkan kepala ke dalam. Kosong.

"Fuh, nasib baik kosong. Tak boleh bayang kalau ada orang kat dalam," ujar Shasha. Hani di sebelah menganggukkan kepala. Kaki diangkat masuk ke dalam lif.

Ya, Shasha telah berjaya mengheret Hani dalam usaha mendapatkan paket minuman pekerja-pekerja department mereka. Memang tak lah dia nak cari paket-paket air yang pelbagai jenama itu seorang diri. Sempat tamat waktu rehat dulu rasanya.

"Tapi seriuslah. Asal banyak sangat diorang minum air?" soal Hani. Reaksinya juga sama seperti Shasha apabila melihat kertas yang diberi Chaewon tadi. Fuh, kus semangat nak bekerja kat situ. Kepalanya terfikir, kot-kot mereka bukan manusia, sebaliknya...

"Mollayo. Atau, adakah ini suatu taktik untuk melihat prestasi kita?" Shasha bersuara. Kedua tenuk itu terdiam seketika.

"Ada betulnya. Mungkin diorang nak uji kita!" kata Hani bersemangat, mengiyakan kata-kata Shasha yang sungguh masuk akal. Takkanlah diorang semua nak minum 5 paket air dalam masa sehari kan? Itu pun tidak pasti adakah air ini untuk diminum sepanjang hari atau sekadar sehingga waktu rehat sahaja.

"Nampaknya kita tak boleh buat kerja ni sambalewa! Kita kena kekal bersemangat dan berwibawa dalam melakukan tugas ini!" Bersungguh Shasha berbicara, lagaknya seperti seorang politik. Sangkanya Hani akan menyokong laju akan kata-katanya, namun apa yang dia dapat hanyalah kesunyian sahaja.

"Hani?" Shasha melihat sekeliling. Ketika itu barulah dia dapat lihat dengan jelas bahawa Hani sudah berada di luar lif, meninggalkannya berseorangan di dalam. Lebih memalukan, terdapat seorang pekerja lelaki yang sedang menunggu lif itu. Terpinga-pinga dia melihat ke arah Shasha.

"Erk. Jeosonghabnida!" Shasha pantas menundukkan badannya lalu melarikan diri dari lif tersebut, mendapatkan Hani yang sudah terkekeh-kekeh tidak jauh dari situ. Lantas lengan rakannya itu dicubit.

"Yah, jahat betul awak!" Shasha menjerit geram, namun nada suaranya masih dikawal agar tidak mengganggu ketenteraman pekerja di tingkat ini. Hani menayang satu sengihan.

"Pft, lawaklah! Awak tak sedar ke lif tu dah terbuka? Kita nak naik tingkat atas je, bukannya lama sangat pun," Hani masih cuba menahan gelak tawanya. Shasha merengus geram. Eish, buat malu dia je! Harap pekerja lelaki tu takkan ingat apa-apa dah!

"Yaish. Dah, jom lah. Panas hati saya berdua-duaan dengan awak lama-lama." Tanpa menunggu persetujuan Hani, Shasha laju mengheretnya menuju ke ruangan A Department of Marketing. Pintu diketuk sebanyak tiga kali, lalu tubuh Hani ditolak kasar masuk ke dalam ruangan tersebut.

"Eh–"

"Ya? Kenapa?" seorang pekerja wanita yang berada berdekatan pintu masuk bertanya. Hani tergagap seketika. Aduh, tak sempat dia nak mencarut kat Shasha!

"Anneyonghaseyo! Kitorang berdua dari department bawah. Sunbae-nim suruh ambilkan paket minuman dekat department ni," mujur sahaja Hani mampu mengatur ayatnya. Pekerja itu terangguk kecil, lalu tangannya diangkat menuju ke arah pantri di belakang.

"Pantri ada di sana." tunjuknya bersama satu senyuman. Bagaikan berkongsi sel otak yang sama, serentak Shasha dan Hani membalas senyuman itu, lalu badan ditundukkan 90°.

"Kamsahamnida!"

Kaki mereka berdua diatur menuju ke pantri. Bersungguh mereka berdua mengawal langkah agar tidak mengganggu pekerja-pekerja lain membuat kerja masing-masing. Keadaan di ruangan itu sungguh sepi, kalau kentut terkeluar pasti boleh tahu siapa penjenayahnya.

"Uish seramnya. Kenapa awak tak masuk ruangan kerja satu lagi?" soal Hani sejurus mereka berdua tiba di pantri. Tingkat itu memang khas untuk pekerja Department Marketing sahaja. Terdapat dua ruangan kerja, ruangan B untuk pekerja yang masih baharu, dan ruangan A untuk pekerja yang sudah berpengalaman.

"Ala mana saya tahu. Rushing sangat nak tolak awak tadi," Shasha cuba mempertahankan diri. "Dah, jom lah cari paket tu. Kita pun ada kerja sendiri yang nak diselesaikan!"

"Hah, saya dah jumpa," Hani menunding jari ke hujung pantri dengan hidung terkembang-kempis, lagaknya bangga sangat kerana sudah menjumpai paket minuman yang dicari. Shasha sudah ternganga melihat ke arah yang ditunding oleh Hani.

"Fuh. Berkotak-kotak."

Kedua gadis itu memerhati timbunan kotak-kotak yang tersusun elok di situ. Mereka berdua saling berpandangan.

"Nampaknya, kita kena redah lautan Pasifik ni demi mencari paket minuman yang diamanahkan."

【👠】

"73, 74, 75! Fuh, lagi 25 paket!"

Hani menyandarkan badannya di kerusi. Dahinya diketuk-ketuk dengan penumbuk. Sudahlah duduk gaya terkangkang. Mujur sahaja tiada pekerja yang pergi ke pantri sejak mereka tiba di situ. Mungkin benar juga kata Chaewon yang pekerja di sini jarang minum air.

"Shasha cepatlah! Lagi 25 je!" Hani mendesak, bahu Shasha yang berada di hadapannya ditolak-tolaknya. Shasha laju menepis tangan Hani. "Iye, sabarlah! Kita buat kerja kenalah teliti!"

"Hok aloh, penatlah–"

"Eh, Isya? Hani?"

Spontan dua gadis itu terduduk sopan apabila ada satu suara yang menegur. Kepala dialih ke arah pintu pantri untuk melihat gerangan yang bersuara garau memanggil mereka.

"Eo, Jungkook sunbae!" sapa Hani sambil tersengih lebar penuh makna. Jungkook membalas senyuman Hani. Pandangannya dialih ke arah Shasha.

Nak meletup jantung Shasha apabila mengingatkan kejadian kemarin di mana Hani dengan baik hatinya menjerit mengatakan Shasha suka akan Jungkook. Terus kepala Shasha tundukkan ke bawah.

"Korang buat apa kat sini? Bukan korang dari department bawah ke?" soal Jungkook sambil memandang ke arah Shasha. Apakan daya, Shasha tidak melihat kerana kepalanya ditundukkan. Jadinya, Hani dengan berbesar hati menjawab soalan tersebut.

"Oh, sunbae department kitorang minta tolong ambilkan paket minuman kat sini," ujar Hani sambil tersenyum. Shasha pula dengan diam menyambung kembali tugasnya mencari paket-paket minuman yang masih tersisa. Objektif utamanya adalah untuk mengelak berbual dengan Jungkook!

Jungkook mengangguk faham mendengar ayat Hani.

"Eh sunbae, by the way kan, semalam, sunbae dengar tak–"

Tak sempat Hani ingin menghabiskan ayat, Shasha terlebih dahulu menekup mulut Hani. Fuh, soalan berbisa! Satu senyuman kekok Shasha tayang kepada Jungkook yang sudah menayang wajah hairan.

"Hehe. Sunbae jangan layankan dia sangat, dia tengah tak betul ni."

"Yah! Suka hati cakap saya tak betul kan? Saya nak tanya je pasal semalam–"

"Ajsjskshdjdgsjhsksjsksjs jom sambung kerja, tinggal 20 paket lagi."

Hani mencebik kecil sebelum menyambung tugas yang tergendala. Dalam diam dia sudah tersenyum sinis. Ceh, suka lah tu dengan reaksi gelabah Shasha.

Shasha pula sedari tadi cuba untuk menghabiskan tugas itu dengan cepat. Jungkook yang bersandar di pintu pantri dijeling dengan anak mata. Fuh, kenapa Shasha rasa macam diperhatikan...

"Weh. Kenapa sunbae perhati kita je dari tadi?" Shasha berbisik dengan kadar yang sangat perlahan. Bimbang jikalau Jungkook terdengar dirinya menjadi bahan umpatan. Hani tergelak kecil, sebelum berkata dengan selamba.

"Alaa sunbae tengok awak lah, sunbae suka awak lah tu."

"AJSHKSHSJS–" Shasha langsung mencepuk mulut Hani. Lantas kepala ditundukkan dan paket-paket dimasukkan kasar ke dalam plastik. Wajahnya yang putih sudah mula memerah. Argh, dia tak tahan lagi duduk sini! Kali ini sah, Jungkook pasti dengar segalanya!

"Uyo laju-laju nak ke mana tu?" usik Hani sambil tersengih. Shasha mengetap bibir. "Yaish. Ko tunggu Hani, ko tunggu," gumamnya perlahan. Hani ni memang minta penumbuk!

"Hani, jom," ajak Shasha, lalu dia berdiri dari duduknya. Pandangannya langsung tidak dialihkan ke arah Jungkook. Hing, malu!

"Jom pergi mana?" Hani pula sudah menayang wajah blur. Tidak tahu sama ada dia cuba melengahkan masa atau memang dia tidak faham akan ayat Shasha. Shasha menjinjing satu plastik paket minuman.

"Turunlah. Kerja kita dah siap."

"Eh, jinjja?" soal Hani terkejut. Ha tak sedar lah tu. Maklumlah sakan sangat mengusik Shasha.

"Ya. Jom." ajak Shasha lagi. Mendatar sahaja nadanya. Dalam diam dia cuba memberi isyarat mata kepada Hani yang bermaksud, 'JOM-LAH-TURUN-SEKARANG-SEBELUM-SAYA-CINCANG-AWAK-NANTI!'

Hani yang memahami pandangan tersirat Shasha langsung menahan tawa. Shasha memusingkan badannya menghadap Jungkook. Sepantas kilat kepala ditundukkan apabila anak mata mereka bertemu.

"Kitorang pergi dulu sunbae–"

"Eh kejap. Shasha, kita kenalah semak betul-betul. Jom kira semula paket-paket tu. Takut ada yang kurang, malas pula nak naik sini semula."

Shasha sudah menggenggam penumbuk tatkala itu. Dalam bayangannya, Hani sudah selamat dibelasah olehnya. Dengan pasrah, Shasha memberi satu senyuman kepada Jungkook dan kembali terduduk di atas kerusinya.

"Saya benci awak, Hani."

"Pft. Saya sayang awak juga, my everything!"

Shasha memandang tajam Hani yang sudah tersengih. Dengan tidak rela, dia mengikut jejak Hani menyemak semula paket-paket tersebut agar mencukupi. Tanpa sedar, Jungkook sudah tersenyum senget melihat telatah mereka berdua.

"Nak sunbae tolong ke?" tawar Jungkook setelah lama memerhati. Bimbang juga jika kedua gadis itu mengambil masa yang terlalu lama.

"Eh, takpe ke?" soal Hani. Shasha pula sudah bermacam emosi menguasai diri. Aishskshskshjshsjsj!

Jungkook menganggukkan kepala. "Gwaenchana. Lagipun sunbae tengah free sekarang," balasnya, lalu punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi di sebelah Shasha. Memerah habis wajah Shasha. Yaish, kenapa tak duduk sebelah Hani?!

"Sini," pinta Jungkook, jarinya ditunjuk ke arah senarai paket minuman yang berada di tangan Shasha. Terus Shasha menghulurnya laju ke arah Jungkook. Dan disebabkan dia terlalu gelojoh ingin cepat memberi senarai itu, dengan tidak sengaja tangannya tersentuh tangan Jungkook.

"E–Eh jo–joesonghabnida!" Tergagap habis Shasha jadinya. Halamak, kenapa dia tergopoh-gapah tadi?! Jungkook tersenyum kecil melihat Shasha. "Takpe takpe. Sunbae tak kisah pun."

"Hehe, mestilah sunbae tak kisah sebab tu Shash– ADUH!"

Percubaan Hani untuk mencelah ke dalam situasi itu berjaya digagalkan apabila kakinya dipijak kuat oleh Shasha. Shasha menjegilkan matanya ke arah Hani. Tercebik kecil Hani jadinya.

"Ala, cakap benda betul pun tak boleh."

"Yaish. Nampak ni?" Shasha akhirnya tidak dapat menahan diri lalu menunjukkan penumbuknya ke muka Hani. Hani tersengih puas. Lagaknya teruja sangat nak dapatkan penumbuk Shasha!

"Eip eip. Buat kerja sekarang. Baru cepat siap," Jungkook bertindak meleraikan pergaduhan dua gadis itu. Kepalanya digeleng kecil. Aigoo, aigoo...

Keadaan menjadi senyap seketika apabila mereka semua fokus membuat kerja. Atau lebih kepada, Jungkook yang fokus membuat kerja, Shasha yang fokus menahan malu dan Hani yang fokus menahan gelak melihat Shasha. Macam-macam ragam.

Usai habis mengira beberapa paket, Shasha meregangkan badannya seketika. Pada ketika itu, ekor matanya tertangkap satu kelibat melintasi pintu pantri. Terhenti terus sesi regangan Shasha. Pintu pantri dipandangnya.

Kepalanya dikerutkan. Kenapa dia rasa macam ada suatu aura... Lantas dia berdiri dari duduk. Pintu pantri dituju lalu kepalanya meliar mencari kelibat yang melintasi pantri tadi.

"Eh, Sha nak pergi mana?" Soalan Jungkook Shasha abaikan buat seketika. Pada waktu itulah dia terlihat satu kelibat yang sedang berjalan keluar dari ruangan kerja tersebut. Tergamam seketika Shasha apabila melihat wajah kelibat itu sekilas.

"Shua?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro