Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 48 ❞ ˎˊ-

"Apak ah. Tak sangka sunbae kerja kat sini."

Kini Shasha dan Hani sudah berada di dalam kafe di bangunan Samsung Technologies. Hani mengangguk kepala, mengiyakan kata-kata Shasha. Kek di dalam mulutnya ditelan sebelum dia berbicara.

"Hooh! Tak sia-sia kita datang temuduga harini."

Sebenarnya, tempoh calon untuk menemuduga di syarikat ini berlangsung selama lima hari. Semestinya ramai calon yang ingin bekerja di situ, termasuklah Shasha dan Hani sendiri. Setiap hari akan ada staf yang berbeza mengendalikan temuduga itu.

Hari pertama adalah kemarin. Sepatutnya, mereka berdua pergi ke temuduga kemarin kerana itu adalah hari pertama, perlulah tunjukkan diri itu berdisiplin. Namun, disebabkan keduanya menangis bagai nak tercabut anak tekak pada hari sebelumnya, kemarin mata mereka telah disahkan sembab habis. Jadinya, perlu tunggu sehari lagi, kalau tidak, pengsan staf apabila melihat wajah mereka.

Bertuah pula mereka hari ini apabila bertemu dengan senior di sekolah mereka dahulu. Senior di Lila Art High School, merangkap juga teman baik abang Shasha, Jimin. Beberapa kali juga Shasha terserempak dengan mereka dan di rumahnya dahulu. Sekarang sudah jarang kerana masing-masing sudah sibuk dengan hidup mereka.

"Ehek Shisha. Suka lah tu dapat jumpa crush," sakat Hani, lalu tergelak besar hingga terpercik cebisan keknya ke meja sebelah. Shasha mencebik kecil. Ya, kalau nak tahu, sebenarnya Shasha menaruh hati terhadap salah seorang dari mereka.

Siapa sahaja yang tidak jatuh hati pada Jeon Jungkook? Personaliti yang baik hati, prihatin, lawak dan comel mampu mencairkan hati sesiapa sahaja. Ditambah pula dengan pakej fizikal yang lengkap. Wajah kacak, tubuh tinggi lampai, tangan yang berotot... Fuh, memang suami material betul!

Di antara empat ketul sekawan itu, Shasha juga sudah terjerat dengan insan bernama Jeon Jungkook itu. Nasib baik juga hanya dia seorang, kalau semua berkongsi perasaan sama dengan Shasha, pasti boleh bergaduh sampai putus kawan!

Di zaman persekolahan menengah mereka, Jihee sudah menaruh hati pada Jimin. Nayun pula tidak mempedulikan soal hati dan cinta, baginya pergi ke sekolah hanya untuk berjumpa kawan, dan makan! Hani pula lebih gemar menjadi antis. Setiap kali Shasha meroyan tentang Jungkook, ada sahaja yang Hani ingin sangkalkan.

"Weh, Jungkook sunbae main bola sepak tadi. Hot nak mati!"

"Ceh, matahari lagi hot."

"Hani Hani Hani Hani! Kookie sunbae pakai spek lah, comelnya!"

"Eeii, dengan rambut kelapa dia, ke'noob'an dia makin terserlah!"

"Oh my god! Jungkook pakai sleeveless weh!"

"Huh, sengaja lah tu nak bagi orang mati bila terbau ketiak dia!"

"Takde lah. Saya rasa macam dah tak suka dia," jujur Shasha berkata. Chocolate Ice Blended di dalam cawan disedut menggunakan penyedut minuman.

Betullah, dia sudah tidak menaruh harapan lagi pada Jungkook. Semuanya sejak Joshua mencuri hatinya. Namun, apakan daya, mereka sudah tidak boleh berjumpa lagi. Shasha mengeluh kecil apabila kepala teringat ayat Joshua kepadanya.

"Kalau kita ada jodoh, kita pasti akan berjumpa lagi."

"Elelelele! Okeylah, saya faham awak tak suka dia. Akhirnya awak nampak apa yang saya nampak selamani," Hani bersuara biasa, jiwa antinya menyerlah. Kalau boleh, semua jantan di dunia ni dia nak anti. Jimin dan Jungkook terutamanya.

"Aigoo," Shasha tergeleng kecil. Sambil mulut mengunyah, kepalanya teringat akan Joshua. Joshua... Apa yang dia buat sekarang ya? Adakah Joshua akan mencarinya setelah mendapat memori itu semula, atau dia hanya akan berputus asa? Mungkin sahaja dia tidak mencari Shasha? Bagaimana kalau Joshua tidak cam bahawa pelayan cuai di kafe itu adalah Shasha? Bagaimana jika mereka tiada jodoh...

PANG!

Terhinjut bahu Shasha apabila Hani menepuk kuat permukaan meja mereka. Pelanggan yang lain turut sama terkejut mendengar bunyi itu.

"Hah! Saya tahu! Mesti korang berdua ada jodoh kan? Dulu awak suka dia tapi tak berani nak confess sampailah perasaan tu hilang. Tapi lepastu, Jungkook sunbae pula yang suka kat awak! Lepastu Jungkook sunbae berjuang demi cintanya sampailah awak jatuh hati semula pada sunbae dan korang pun berkahwin! Yeehaww–"

Lantas mulut Hani disumbat kek oleh Shasha. Shasha menekup wajahnya. Sudahlah suara Hani tu kuat bukan main! Pulak tu mereka sedang menjadi perhatian kerana mendengar hentakan meja. Hani pula selamba badak mention nama Jungkook yang memang bekerja di sini. Aih, ini mencari nahas namanya!

"Hani, awak memang memalukan. Haih," Shasha kekal menekup wajah, sambil itu mata meliar ke sekeliling. Nampaknya pelanggan lain sudah beransur tidak memedulikan mereka. Dalam hati dia berharap agar tiada sesiapa mendengar nama Jungkook. Fuh.

"Hehe. Sorry, sengaja cakap kuat macam tu sebab tadi sunbae lalu," selamba Hani bersuara. Membulat mata Shasha. Lantas kepala ditoleh memandang sekeliling. Dari situ, dapat dia lihat kelibat Jungkook dan Taehyung yang semakin menjauh.

"Yahhhh! Hani, awak memang sengajaaaa!" Shasha menyembam muka ke atas meja. Tergelak sakan Hani melihat reaksi kawannya itu. Muka pun dah merah macam tomato! Itulah, takut sangat nak confess. Tu, Hani dah tolong.

"Ala rilekslah. Nanti Jungkook sunbae balas cinta awak ya?" usik Hani, lalu air Strawberry Smoothienya dihirup. Shasha mengangkat kepala. Wajahnya masih tersisa rona warna merah.

"Yaish, kan saya dah cakap saya tak suka sunbae! Tu kisah lama, sekarang saya dah move on!" kata Shasha lalu merengus kecil. Urgh, mesti Jungkook dan Taehyung tengah sakan gelakkan dia sekarang ni!

Hani menggeleng laju. Jari telunjuk digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"No no no! Shasha, awak kenalah berjuang untuk mendapatkan lelaki yang awak suka! Terima atau tolak itu lain cerita! Mana tahu kalau dia pun dah lama suka kat awak? Tak perlu paksa diri supaya move on kalau awak masih sukakan dia! Fight for your love!"

Usai mengucapkan kata-kata penuh motivasi itu, terus Hani mengangkat punggungnya dari kerusi. Kaki dikepit-kepit sambil dia menuju ke arah tandas. Nampak gaya macam dah tak boleh ditahan tu. Sempat lagi beri sepatah dua kata sebelum dia membuang!

Shasha yang mendengar kata-kata itu pula sudah terdiam. Mindanya kembali teringat akan Joshua.

"Fight for your love!"

Terngiang-ngiang ayat itu di kepala Shasha. Shasha menarik nafas. Ya! Dia kenalah berjuang untuk cinta dia!

Tapi dalam hal ini, bukan Jungkook yang dia mahu perjuangkan. Sebaliknya, cintanya kepada Joshua,lelaki yang entah apa khabarnya sekarang. Shasha menanam azam di dalam diri. Dia akan cari Joshua sampai jumpa!

【👠】

"Baiklah, sekarang, perkenalkan semua pekerja baharu. Bermula dari yang tinggi kat hujung sana tu, sila perkenalkan diri."

"Anneyonghaseyo, Kim Sawan dari Department Production imnida."

"Anneyonghaseyo, Kang Yeeun imnida. Saya dari Department Marketing."

"Anneyonghaseyo, Park Hani imnida! Saya diterima bekerja di bawah Department Accounting and Finance."

"Anneyonghaseyo, Park Isya imnida. Sama macam Hani, saya pun dari Department Accounting and Finance."

"Nae anneyonghaseyo, Bae Jongang imnida! Saya pula dari Department Research and Development."

"Choi Blah imnida. Department of Operation."

Usai habis sesi perkenalan diri ke semua pekerja di bahagian-bahagian yang lain, barulah kesemua pekerja yang baru diterima itu mampu duduk di tempat kerja masing-masing. Shasha mengeluh kecil. Kakinya dan mulutnya terasa kebas kerana terpaksa berjalan ke semua bahagian di dalam syarikat itu yang tingginya 45 tingkat dan mengulangi ayat yang sama sebanyak hampir 100 kali.

"Wah. Akhirnya, punggung kita berjaya juga berciuman dengan kerusi. Huhuhu," Hani yang berada di meja bersebelahannya mengelap air mata palsunya. Bertuah betul mereka berdua kerana ditempatkan duduk bersebelahan.

Hari ini merupakan hari pertama mereka bergelar seorang pekerja syarikat Samsung Technologies secara rasmi. Nasib juga mereka diterima... Walaupun mereka tidak pasti diterima disebabkan mereka menepati kelayakan, atau disebabkan orang dalam. Lagi-lagi apabila Jungkook dan Taehyung yang menemu duga mereka memang rapat dengan Jimin. Hmm...

"Park Isya dan Park Hani!"

"Nae!"

Berdiri tegak dua gadis itu apabila nama mereka dipanggil oleh ketua bahagian perakaunan dan kewangan. Tidak lama kemudian mereka berdua didatangi Encik Jung, gerangan yang memanggil mereka berdua.

"Untuk kerja pertama kamu berdua, saya nak kamu berdua lihat senarai-senarai jualan kita pada tahun lepas,dan kirakan untung dan rugi bagi setiap minggu, bulan, dan tahun. Kerja ini memang agak senang, tetapi saya harap kamu berdua tidak ambil ringan pada kerja ini, ya? Kemudian masukkan bacaan statistik untung dan rugi ke dalam sistem pangkalan data. Passwordnya sudah saya catat di situ," arah Tuan Jung panjang lebar.

"Baik, Tuan Jung!" Shasha dan Hani laju mengangguk kepala. Badan mereka ditundukkan apabila Tuan Jung bergerak pergi.

"Fuh. Tak sampai seminit duduk dah bagi kerja," omel Hani perlahan. Takut juga jika pekerja lama terdengar omelannya, lalu diberitahu kepada pihak atasan. Shasha menggeleng kecil.

"Biasalah, kita mohon kerja kat sini bukannya nak goyang kaki macam kita kerja kat kafe dulu," ujar Shasha. Hani mencebik kecil mendengar ayat Shasha.

"Haah lah. Baiklah, untuk mulakan kerja pertama kita, kita perlukan satu benda yang sangat penting. Apa dia Shasha?" soal Hani, sambil itu lengan bajunya disinsing ke atas. Gaya seperti mahu membelasah orang sahaja.

"Uh... Kerjasama?" soal Shasha yang masih kelabu-kelabu asap. Hani menggeleng kepalanya, tapak tangannya diletakkan di hadapan muka Shasha.

"Ani ani ani. Tenaga Sha, tenaga!" kata Hani bersemangat, namun selepas itu, lantas dia tercebik-cebik. Matanya yang bulat dibuat sepet. "Sekarang, kita takde tenaga yang mencukupi! Jadi, awak pergi buat air untuk kita. Buatlah air Molo untuk tenaga yang berkekalan!" Sempat lagi Hani mempromosikan air coklat jenama Molo.

Shasha mengerutkan dahi. "Eh, apa saya pula? Awak nak awak buatlah sendir–"

Mulut Shasha ditekup oleh Hani sebelum sempat dia menghabiskan ayat. "Alah, kita berdua je pekerja baru kat department ni. Takkanlah saya yang gojes ni nak buat air pula kan? Awak adalah pilihan yang sesuai antara kita berdua. So, go!"

Tanpa sempat Shasha berbuat apa-apa, tubuhnya terlebih dahulu ditolak kasar oleh Hani ke belakang. Mujur sahaja dia sempat menyeimbangkan diri, kalau tidak pasti sudah terlanggar senior di belakang. Shasha memandang tajam Hani yang sekadar menayang wajah selamba. Dengan tidak rela, kaki diatur menuju ke pantri.

Setibanya di sana, lantas dicarinya paket Molo yang entah berada di mana. Cari punya cari, satu paket pun tidak dijumpai Shasha. Bukan jenama Molo sahaja, malah mana-mana paket air pun tidak dijumpainya. Hanya tersusun cawan-cawan di rak, dan juga penapis air Kowe.

"Bwoya? Takkan takde satu pun paket air?" soal Shasha sendirian. Patut ke dia ambil air masak je? Hm, tapi air masak tak syok. Dia pun mengidam air Molo juga sekarang.

"Awak pekerja baru kat sini, kan?"

Lantas kepala Shasha tertoleh ke belakang apabila satu suara menegur. Kelihatan seorang wanita berkaca mata bulat sedang berdiri di pintu pantri sambil melihat ke arah Shasha. Terus badan dibongkokkan Shasha.

"Nae. Park Isya imnida!" kata Shasha seraya menayang satu senyuman. Wanita yang tertulis nama 'Kim Chaewon' pada tanda namanya mengangguk kepalanya tanda faham.

"Sebenarnya, stok paket tu dah habis minggu lepas. Lusa barulah dia hantar stok yang baru. Kalau awak nak minum air, boleh ambil paket dari pantri tingkat atas. Pekerja department marketing pun tak kisah, lagipun pekerja diorang tak minum sangat air macam pekerja department sini."

Shasha mengangguk faham. Terasa malas pula kaki mahu naik ke tingkat atas. Sudahlah banyak pekerja yang dia tak kenal. Fuh, minta simpang!

"Kalau macam tu takpelah. Kamsahamnida sunbae-nim!" sekali lagi Shasha menundukkan badannya. Namun, belum sempat dia ingin berlalu pergi, Chaewon terlebih dahulu menahannya.

"Eh, sekejap awak. Alang-alang awak nak pergi atas, awak boleh ambilkan paket-paket ni sekali?" Serentak dengan itu sehelai kertas dihulur oleh Chaewon. Shasha cuba mengawal riak. Kertas itu disambutnya dengan senyuman.

"Baiklah sunbae-nim!" ujarnya dan tersenyum ceria. Chaewon membalas senyumannya sebelum meningalkannya dan menuju ke tempatnya semula.

Shasha mengalihkan pandangan ke arah kertas yang baru sahaja diterimanya. Nak tercekik dia membaca senarai paket minuman yang perlu dia ambil. Tak silap dia, dalam satu department ni, hanya ada lebih kurang 20 pekerja sahaja. Apa kes paket air nak sampai 100 ni?

"Aih. Diorang ni alien ke apa?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro