Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 45 ❞ ˎˊ-

"AHHHHHHHHHH!"

Spontan Shasha berdiri menjauhi skrin komputer ribanya. Dia berundur ke belakang beberapa tapak sehingga terduduk di atas birai katil. Seluruh badannya bergetar. Bagai terkena kejutan budaya.

"K–Kenapa–"

Tergagap Shasha jadinya. Skrin komputer riba itu dipandang takut.

"Kenapa muka aku ada kat situ..."

Ya, sebaik sahaja dia menekan fail 'CHARACTERS // MAIN LEADS', terpampang wajahnya di skrin komputer riba itu. Tertulis di bawahnya, 'SHANDERELLA // FEMALE LEAD'.

Shasha terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Terpaku. Tergamam. Saat itu juga pintunya diketuk kuat dari luar bagai nak roboh. Suara Jimin dan Hani menyapa pendengarannya.

"SHASHA! KENAPA?! APA JADI?!"

"WOI SHASHA, BUKA LAH PINTU NI! KAU DAH KENAPA!"

"SHASHAAAAA!"

Shasha meneguk liur. Biasan wajahnya di cermin meja dipandang. Okay, kulit susu, mata bundar, hidung boleh tahan mancung, bibir comel, overall cantik nak mampuih. Kita tengok yang satu lagi pula. Shasha mengalihkan pandangan ke arah komputer ribanya yang masih terpampang wajah itu.

"Heol..." gumam Shasha. Sumpah, muka Shanderella sebijik macam dia!

"Takkanlah tu... Aku...?" Shasha menyoal diri. Dia menggeleng kecil kepalanya. Tak mungkin, kenapa dia langsung takde memori tentang benda tu? Baju yang dipakai oleh watak Shanderella dilihat. Gaun berwarna ungu. Shasha mengalihkan pandangan ke arah almarinya yang masih terbuka.

Memanglah baju gaun ungu tu nampak familiar bagi Shasha, tapi dia tak pernah ada pun baju jenis macam tu! Nak pinjam baju kawan apatah lagi, Shasha bukannya jenis yang suka meminjam baju semata-mata untuk bergaya.

Kalau macam tu, macam mana muka Shanderella ni boleh sebijik muka dia? Adakah syarikat penerbitan cerita ni telah mencuri wajah precious Shasha?

Shasha menggeleng kecil. Cuba menerima hakikat.

"Okey okey. Kat dunia ni kan ada 7 orang yang muka dia sama. Mungkin dia ni salah satu doppelgänger aku kot..." fikir Shasha sendirian. Lama dia menatap wajah Shanderella yang tersenyum di skrin itu.

"Kalau ada gambar female lead... Agaknya mesti ada gambar Joshua juga kan?" Soalan itu Shasha utarakan. Bibir digigit. Hmm, dari tadi lagi dia nak sangat tengok muka watak utama cerita Shanderella ni.

Shasha menarik nafas. Tetikus digerakkan lalu dia menekan simbol › yang berada di skrin agar gambar kedua dipaparkan. Melihatkan wajah yang tentera di skrin, sekali lagi Shasha terkena kejutan budaya.

"I–INIKAN LELAKI KAT KAFE TADI–"

Terkedu terus Shasha melihat wajah lelaki yang terpapar di skrin. Tak semena-mena peristiwa di kafe tadi menjengah minda. Muka watak utama lelaki ni, sebiji macam muka pelanggan tadi!

Shasha menatap wajah itu dengan tidak percaya. Di bawah gambar itu tentera tulisan 'PRINCE HONG // MALE LEAD'.

"Sh–Shua?"

Shasha menutup mata. Kepala disandarkan ke penyandar kerusi. Dahinya diurut pelan. Pening. Serabut. Sungguh dia tak faham dengan apa yang berlaku sekarang ni.

"Shua..."

"Shua..."

"Shua..."

Tak semena-mena kepala Shasha terbayangkan sesuatu. Bagaikan kepingan-kepingan puzzle kecil yang akhirnya membentuk sebuah set puzzle yang lengkap.

Bagaimana kalau... Dia ialah Shanderella?

Dia disedut masuk ke dalam dunia Cinderella.

Lalu diberi misi untuk mencipta sad ending.

Joshua juga begitu, cuma bezanya dia perlu mencipta happy ending.

Sehinggalah akhirnya Joshua membunuh diri agar misi Shasha berjaya diselesaikan.

Shasha berjaya keluar dari dunia itu dan kembali ke dunianya yang asal.

Tetapi dia tidak mampu menjalankan hidupnya dengan baik. Dia merasa kehilangan, kerana Joshua sudah membunuh diri dan tiada lagi di sisinya...

Dan sebab itulah dia selalu termimpikan seorang lelaki yang menikam dirinya. Itu Joshua!

Sebab itulah dia merasa sakit dan perit hati! Sebab itulah dia seringkali menangis apabila nama Shua bermain di fikiran!

Shasha membuka mata.

Tapi, kenapa dia tak ingat apa-apa langsung?

Terdesak inginkan jawapan yang sebenar, Shasha menekan simbol back di komputer riba itu. Dia kembali semula di halaman utama CD itu. Lantas ditekannya fail kedua, « THE WORLD // CINDERELLA KINGDOM »

BANG BANG BANG

"Eomma kamchagi–" Shasha mengurut dada apabila satu bunyi yang kuat kedengaran. Pintu biliknya dipandang. Dia terlupa pula akan kehadiran dua orang manusia di luar itu.

Shasha melihat ke arah skrin komputer ribanya. Nampaknya fail itu masih diproses oleh komputernya untuk dipaparkan kepada Shasha. Shasha berdiri dari duduk dan berjalan mendekati pintu biliknya, ingin memberitahu Hani dan Jimin bahawa dia baik-baik sahaja.

"Aigoo. Buat hal lah dua orang ni," Shasha tergeleng kecil melihat tombol pintunya sudah mahu rosak, habis dipulasnya berkali-kali oleh manusia di luar.

"Yah! Tepi tepi! Biar hyung buat!"

Suara Jimin kedengaran dari luar, lalu pintu bilik yang tadinya digoyang secara agresif menjadi aman seketika. Shasha menggeleng kecil. Tombol pintu dipegangnya lalu dipulas.

"Korang ni–"

Ayat Shasha terhenti di pertengahan. Hairan apabila pintu dibuka, Hani dan Jimin hilang begitu sahaja. Shasha menjengukkan kepala ke luar. Berkerut dahinya seketika. Sekejap, ini bukan rumahnya...

Shasha memusingkan kepalanya dengan kadar yang laju, ingin melihat bilik yang dia berada. Membuntang matanya melihat persekitarannya yang sudah berubah. Ini bukan bilik dia!

"Apa ni..."

Shasha tidak mampu berkata apa-apa. Cukup tergamam dengan situasi yang berlaku. Mengapa dia berada di dalam bilik yang lain secara tiba-tiba? Apa ni?!

"SHUAAAAAA"

Terhinjut bahu Shasha terkejut dengan satu suara yang tiba-tiba sahaja kedengaran. Kiri kanan dipandang. Tiada orang.

"JOSHUAAAAAAA"

"Jeogiyo?" soal Shasha kuat. Dia keluar dari bilik itu dan melihat sekeliling.

"HONG JISOOOOOO"

Spontan kepala Shasha melihat ke arah sumber suara itu. Tanpa berlengah, laju dia mengambil langkah menuju ke lorong sebelah kanan, arah sumber suara itu.

Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi apa-apa pun, dia perlu cari orang dulu! Siapa tahu orang tu boleh bantu dia?

"Ada orang ke?" soal Shasha lagi. Sambil itu kakinya perlahan-lahan mengambil langkah ke hadapan. Kiri kanan dipandang. Masih tiada kelibat manusia di pandangannya.

"Jeogiyo?"

Automatik kaki Shasha terhenti apabila satu suara bergema kuat. Berkerut sedikit dahinya. Kenapa suara tu macam suara dia je? Tapi, dia takde cakap apa-apa pun...

"ARHSHSHSHSHMSHUAA–!"

"Ah!" Shasha terjerit kecil apabila satu jeritan yang kuat kedengaran seiring dengan bunyi sesuatu yang terjatuh menghentam lantai. Kiri kanan dipandang cemas. Bunyi apa tu?! Siapa yang menjerit?!

"Hiks..." Shasha menggigit bibir. Berada kat sini sorang-sorang buat dia rasa takut. Macam dah mati je semua orang dalam dunia ni. Kenapa takde satu pun manusia munculkan diri pada dia?!

"AH APPOOO"

Suara itu kedengaran lagi. Shasha menghela nafas. Dia cuba mencari arah datangnya suara itu dan mengikutinya. Dalam hati, tak henti-henti dia berharap agar dia menjumpai seseorang. Sumpah, dia dah takut gila ni!

"Shua!"

Suara itu kedengaran lagi. Namun, kali ini, isi jeritannya menarik perhatian Shasha.

"Shua...?" soal Shasha. Berkerut seketika dahinya. Tak semena-mena buku Shanderella yang dibacanya tadi berlegar-legar di fikiran.

"Sekejap..."

Shasha memusingkan kepala memandang sekeliling. Riak wajahnya cuak, memerhati satu persatu hiasan yang tergantung di dinding koridor ini. Terlopong terus mulut Shasha melihat satu gambar keluarga diraja yang diletakkan di hujung koridor itu.

Gambar seorang raja, seorang ratu dan juga seorang putera.

Wajah putera itu sangatlah tidak asing. Putera Joshua Hong.

Shasha meraup muka. Terkejut. Tidak percaya.

"Seolma... Aku ada kat dunia Cinderella? Ni bukan mimpi kan?"

Shasha menepuk pipinya beberapa kali. Macam mana pula dia boleh tersesat ke dunia ni semula? Apa yang dia dah buat?

"Omo..." Shasha terdiam sebentar. Teringat bahawa dia ada menekan fail bertajuk « THE WORLD // CINDERELLA KINGDOM » di skrin komputer ribanya. Takkanlah... Dia disedut semula masuk ke dalam dunia ni kerana dia telah menekan benda tu?

"Sumpah, benda ni kena rasuk! Dunia ni berhantu!" Shasha melepaskan keluhan kasar. Tak pernah seumur hidupnya dia bayangkan yang dia disedut masuk ke dalam satu 'dunia' yang lain. Tak logik, tak masuk akal!

"Shua! Shua! Shua!"

Suara itu kedengaran lagi, namun kali ini ia semakin menjauh. Lantas Shasha menggerakkan kaki menuju ke arah suara itu. Usai melihat sebuah tangga, laju sahaja dia menuruninya tanpa berfikir panjang.

"Eh..."

Terus Shasha terhenti di tengah tangga. Sekeliling dipandang. Dahi dikerutkan.

"Aku pernah datang ke tempat ni?" soal Shasha sendirian apabila dilihatnya dewan besar yang mewah di situ. Tempat itu terasa sungguh tidak asing baginya. Bukan kawasan itu saja, malah satu istana ini!

Shasha menggelengkan kepala. Tidak mahu fikirannya terus menggangu, dia berjalan laju ke arah koridor di situ, lalu dapat dia lihat banyak pintu-pintu bilik yang berada di situ. Di hujung koridor terdapat sebuah pintu yang besar. Entah bagaimana, firasat Shasha kuat mengatakan bahawa itu ialah dapur, dan dia perlu masuk ke dalamnya.

Shasha menarik nafas. Kaki diangkat bergerak laju menuju ke arah dapur.

"AWAK NAK BUNUH DIRI KE?!"

Terhenti terus kaki Shasha mendengar suara kuat itu. Otaknya cuba mentafsir ayat yang familiar itu.

"AWAK NAK BUNUH DIRI KE?!"

"Shua?" soal Shasha perlahan. Mindanya kini terimbas akan bab terakhir buku Shanderella yang dia baca, babak di mana Joshua membunuh diri dengan menikam diri sendiri. Membulat mata Shasha.

Pintu dapur dipandang. Jangan cakap... Dia dah disedut masuk ke dalam dunia Cinderella. Lepastu, dia berada di dalam bab terakhir cerita ini.

Shasha menggigit bibir. Maksudnya, dekat dapur tu...

Mesti ada diri dia, dan juga Joshua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro