"Sh—Shua?"
Tut tut tut...
Usai Shasha bertanya, terus sahaja talian terputus. Membulat mata Shasha. Sepantas kilat, dia mendail semula nombor tadi. Namun hampa, apa yang kedengaran hanyalah suara operator yang memberitahu bahawa nombor itu tiada di dalam perkhidmatan.
"Apa..."
Shasha terdiam sendirian memikirkan hal itu. Apa yang baru dia lalui tadi? Buku Shanderella di hadapan dia pandang.
Bagai ada satu firasat yang kuat mengatakan bahawa dia perlu membaca buku itu. Shasha menghela nafas. Buku itu diambilnya.
Biarlah. Dia akan membaca buku ini sehingga ke noktah terakhir. Dia yakin segala misteri akan terungkai selepas itu!
【👠】
"Tsk tsk..."
Hanya kedengaran bunyi esakan kecil di dalam bilik itu. Di atas katil, terbaringnya Shasha dengan lemah di situ. Air mata mengalir di pipinya. Habis serabai wajahnya dengan tompokan air mata yang tersisa. Di tangannya terdapat buku berwarna ungu yang bertajuk Shanderella.
Sugul sahaja wajah Shasha. Dia hanya diam sahaja, termenung memandang siling, bersama hingus yang seringkali ditarik untuk mengelakkannya meleleh.
Dia sudah menghabiskan pembacaan buku itu. Benarlah kata-kata penulis di Prolog, pembaca perlu menyediakan tisu kerana kisah ini sangat sedih dan mengayat hati.
Shasha sendiri juga sudah menangis tidak berlagu. Dia bagaikan dapat menyelami watak utama wanita yang mempunyai nama yang sama dengannya itu. Setiap babak yang dia baca, segalanya bagaikan menjadi kotak filem dan dimainkan di minda Shasha. Segalanya terlihat jelas dan nyata. Sehingga Shasha pun tertanya sendiri, adakah watak itu dirinya?
Barangkali tidak. Mustahil.
"Tsk—"
Shasha menarik hingus. Dia sedang di dalam fasa menenangkan diri sebelum menyambung pembacaannya yang tergantung. Ya, dia masih lagi tidak habis membaca. Babak terakhir yang dia baca ialah ketika Shasha bangun di pagi hari dan tidak menjumpai Joshua di sisinya. Selepas itu, Shasha tidak mampu meneruskan pembacaan. Dia seolah-olah tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Perkara yang buruk, semestinya.
Joshua. Ya, nama itu tersangatlah tidak asing bagi Shasha. Shua... Nama yang membawa seribu rasa sakit di hatinya.
Pelbagai sangkaan Shasha tiba sejurus dia mengetahui Shasha dan Joshua merupakan watak utama di dalam cerita ini. Banyak persoalan bermain di kepalanya. Namun, laju sahaja ditangkis segalanya dan difokuskan pembacaan. Daripada dia sibuk berteka-teki, lebih baik dia terus mencari jawapan.
Dan sekarang, fokus utamanya adalah untuk menamatkan cerita ini.
Buku di tangannya dipandang. Kosong sahaja pandangannya. Selepas beberapa saat melihat, Shasha kembali mengalihkan pandangan. Ah, dia perlukan masa lagi sebelum membaca bab yang terakhir!
Dia terdiam seketika, memikirkan jalan cerita yang sudah dia baca. Membaca buku itu bagaikan menaiki roller-coaster perasaan. Sekejap dia rasa pelik, sekejap marah, sekejap sedih, sekejap bengang, sekejap geram, sekejap gembira, sekejap cringe. Bermacam-macam perasaan.
Dan buku ini juga tidak menunjukkan penulisan dari sudut pandangan Shasha mahupun Joshua, sebaliknya dari sudut pandangan orang ketiga. Yang bermaksud, segalanya dapat diketahui.
Dia kembali terimbas satu babak yang menunjukkan ketika Joshua disedut ke dalam dunia itu. Nampaknya Joshua juga menerima nasib yang hampir sama seperti Shasha, iaitu terlibat di dalam kemalangan jalan raya lalu disedut masuk ke dalam dunia itu.
Shasha menggigit bibir. Nafas dalam ditarik. Buku di tangan dipandang.
Baiklah, mari habiskan pembacaan!
【👠】
"SHASHA! BUKA PINTU NI!"
"SHISHA! AKU TAHULAH KAU NAK BERFEELING K-DRAMA SENDU SORANG-SORANG, TAPI TOKSEY LAH KUNCI PINTU NI!"
"YAH, PONDAN HYUNG! FIKIR LAH! TAKKAN TAKDE KUNCI BILIK SHASHA DALAM RUMAH NI!"
"ADA TAPI MANA AKU TAHU OMMA LETAK MANA! EH, KAU PANGGIL AKU APA TADI, PONDAN?!"
"YAISH, KALAU TAK TAHU PERGILAH CARI!"
"SUMPAH KAU DERHAKA DENGAN AKU HANI. AKU SUMPAH KAU JADI TANGGANG SATGI, MERANA KAU!"
"BISINGLAH! HANI TAK RESTU HUBUNGAN HEE DENGAN HYUNG! TENGOKLAH NANTI, MASA MAJLIS PERKAHWINAN HYUNG TIBA, HANI NAK CULIK HEE, BIAR PADAN MUKA HYUNG TAKLEH KAHWIN!"
"KUAJO MUNG!"
Shasha hanya diam melayan perasaan di dalam biliknya. Sembab habis matanya dek menangis teruk. Buku Shanderella sudah berada ke hujung bilik. Usai menghabiskan bacaan, langsung buku itu dibaling dek terlalu geram. Terpelanting habis buku itu jadinya.
"CEPATLAH CARI KUNCI BILIK! KALAU SHASHA BUAT BENDA GILA DALAM NI MACAM MANA?"
"SEMAKLAH, KAU NAK KUNCI TU CARILAH SENDIRI! BIAR AKU BERJAGA LUAR BILIK SHASHA!"
"YAHHHHH NI RUMAH HYUNG KAN, MANA HANI TAHU NAK CARI KAT MANA KUNCI TU! HYUNG PERGILAH CARI!"
"KAN AKU DAH KATA AKU TAK TAHU EOMMA LETAK MANA!"
Pergaduhan Hani dan Jimin bagaikan bunyi angin yang samar-samar di pendengaran Shasha. Telinga Shasha langsung tidak menangkap butir-butir bicara mereka berdua, namun dapat dia simpulkan yang mereka sedang bergaduh. Hm, Hani ialah manusia yang paling anti dengan Jimin di dunia ni. Dia sendiri pun adalah yang kedua paling anti dengan Jimin.
Shasha menarik nafas lemah. Sumpah, seluruh tenaga dia bagaikan terbang menghilang sejurus menghabiskan buku itu. Benar jangkaannya, buku itu pasti berakhir dengan sad ending. Pelbagai perasaan bercampur-aduk di dalam diri Shasha, namun perasaan sedih berjaya menguasai.
"Hiks–"
Tak semena-mena Shasha mengalirkan air mata. Joshua... Mengapa Joshua perlu mati...?
Pandangan Shasha kini dialihkan ke arah CD yang berada di dalam kotak album. Hanya itu satu-satunya benda yang tidak dia lihat lagi. Dengan lemah, dia mencapai CD itu dan turun dari katil, bergerak menuju ke meja belajarnya. Komputer ribanya dibuka.
Setelah beberapa ketika dia menyiapkan komputer ribanya, CD itu dimasukkan ke bahagian tepi komputer yang memang khas untuk cakera padat. Shasha mendiamkan diri, menunggu CD itu diproses oleh komputernya.
Berkerut seketika dahi Shasha apabila komputernya bercahaya terang, sangat terang, secara tiba-tiba. Matanya disepetkan seketika bagi melindungi retina mata dari cahaya itu. Usai cahaya itu memudar, perlahan-lahan, Shasha membuka mata.
SHANDERELLA
« CHARACTERS // MAIN LEADS »
« THE WORLD // CINDERELLA KINGDOM »
Berkerut sedikit dahi Shasha membaca. Dia tertanya seketika. Apa ni? Cerita Shanderella juga ke?
Shasha menongkat dagu. Hmm, rasa malas pula nak tengok disebabkan dia sudah membaca buku itu. Semuanya dia dah tahu. Jalan cerita Shanderella pun dah melekat kat kepala Shasha.
Lama berdiam diri, akhirnya Shasha mengambil keputusan untuk melihat dokumen yang berada. Ditekannya fail 'CHARACTERS' tanpa sebarang syak wasangka. Dia mengelap sisa tangisan sementara menunggu komputernya memaparkan isi dokumen itu.
"Haih. Cengengnya aku," komen Shasha perlahan seraya menghembus hingusnya ke permukaan tisu. Emosi dia dah stabil sekarang. Hmm, bila difikirkan semula, entah kenapa dia menangis teruk sebegini. Sebelum ini pun tak pernah dia menangis seteruk ni semasa membaca atau menonton filem sedih.
"Aigoo. Mata aku dah macam apa dah," Shasha mencebik kecil melihat dirinya di biasan cermin meja. Dia mengeluh kecil. Teringat pula yang dia perlu pergi interview di Syarikat Samsung Technologies lusa. Harap-harap, esok matanya sudah mula membaik.
Ting!
Shasha mengalihkan pandangan ke arah komputernya usai ia berbunyi, menandakan fail itu sudah bersedia untuk paparan. Shasha menekan semula di nama fail itu, lalu tidak sampai sesaat muncul satu gambar di skrin penuh komputer riba itu.
Membulat mata Shasha melihat.
【👠】
"HYUNG PERGILAH!"
"KAU LAH PERGI!"
"URGHHH HYUNG NI MEMANG BUAT HANI GILA LAH!"
"KAU MEMANG DAH GILA DARI DULU!"
Sementara itu, situasi di luar bilik Shasha kekal tidak terkawal. Dua manusia itu kekal bertikam lidah. Hani mengusutkan rambut. Yaish, Jimin ni memang buat dia naik angin! Hilang segala kesabaran di dalam diri!
Dia datang ke sini pun, kerana Shasha tidak menjawab panggilan telefonnya. Maklumlah, dia tidak habis lagi bercerita tentang lelaki yang dijumpainya di kedai takoyaki tadi, tetapi Shasha sudah meletakkan talian. Hani hanya menganggap Shasha bosan dengannya, jadi dia mendail nombor Shasha semula dengan niat ingin menjengkelkan lagi gadis itu.
Namun lain pula yang jadi apabila Shasha tidak mengangkat panggilannya, berkali-kali. Cuak punya pasal, Hani terus berlari menuju ke rumah Shasha. Setibanya di rumah, dapat dia lihat Jimin yang duduk bersenang-lenang di atas sofa, barangkali baru pulang dari kerja. Kedua mereka naik ke atas ingin memeriksa keadaan Shasha. Apabila didapati pintu bilik Shasha berkunci, habis cuak kedua manusia itu sehingga tidak mampu berfikir dengan waras!
"GERAMNYA HAKU DENGAN ANAK JANTAN AHJUMMA PARK NI!" Hani menyerabutkan rambut. Lantas dia menuju ke arah Jimin, ingin melancarkan serangan tarikan rambut. Jimin yang melihat Hani menjadi ganas langsung sahaja membuka silat kudanya.
"AHHHHHHHHHH!"
Terhenti terus segala pergerakan apabila jeritan Shasha kedengaran kuat dari dalam bilik. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.
"Shasha!"
Terus sahaja mereka berdua mengetuk pintu bilik Shasha dengan kuat. Digoncangnya sampai nak roboh pintu tu.
"SHASHA! KENAPA?! APA JADI?!"
"WOI SHASHA, BUKA LAH PINTU NI! KAU DAH KENAPA!"
"SHASHAAAAA!"
Menggila habis mereka berdua cuba membuka pintu yang terkunci itu. Jeritan nyaring Shasha sebentar tadi membuatkan keadaan yang haru-biru bertambah kucar-kacir! Hani sudah berjalan ulang-alik di hadapan bilik Shasha sambil mengusutkan rambutnya, Jimin pula masih tidak henti menggoncang pintu dengan harapan pintu itu akan roboh.
"ARGH TAK BOLEH! NYAWA SHASHA DALAM BAHAYA! IKUT HANI SEKARANG, KITA CARI KUNCI BILIK!"
Hani terus menarik tangan Jimin lalu dibawanya lelaki itu berlari menuruni tangga. Hampir-hampir Jimin tersadung dek kelajuan Hani yang tidak setaraf denganya. Hani terus berlari mengheret Jimin menuju ke bilik master yang berada di situ, bilik Encik dan Puan Park.
"HYUNG CARI SITU! HANI CARI SINI!" Terus saja Hani mengarahkan sambil menolak tubuh kurus Jimin ke meja tepi katil. Jimin terus memulakan sesi mencari kunci bilik Shasha di laci tersebut tanpa membantah. Seram pula tengok Hani macam ni. Hani pula mencari kunci tersebut di laci meja solek. Habis berterabur semua barang Hani keluarkan. Tak senonoh betul.
"Yah! Janganlah sepahkan, nanti eomma marah lah!" Jimin sudah membulatkan mata melihat Hani dengan selamba badak melempar barang ke tepi. Hani menatap tajam wajah Jimin. Kecut lelaki itu buat seketika.
"MARAH TAK MARAH, SEKARANG NI SHASHA LAGI PENTING!"
"Okey! Okey..." Langsung Jimin mengundur diri. Hani yang masih agresif melempar barang dipandangnya sekilas. Sebiji macam gorila mengamuk.
"HA DAH JUMPA!" Tak sempat Jimin ingin menoleh melihat kunci yang dijumpai, tangannya sudahpun ditarik kasar oleh Hani keluar dari bilik. Sekali lagi dia hampir tersadung apabila diheret sebegitu rupa, namun dia bernasib baik kerana fleksibiliti badannya telah berjaya menyelamatkannya.
Setibanya mereka berdua di atas, terkocoh-kocoh Hani cuba memasukkan satu persatu kunci yang berada di dalam gugusan itu. Bukan main ganas dia cucuk kunci itu masuk ke dalam tombol. Jimin yang melihat pun mendapat anxiety.
"Yah. Tepi tepi! Biar hyung buat," terus Jimin menolak Hani ke tepi dan merampas gugusan kunci itu. Dicubanya satu persatu kunci dengan lembut namun tangkas. Daripada Hani yang dah macam orang gila. Nanti kang habis rosak tombol pintu Shasha, dah tak boleh masuk.
"Dah terbuka!" jerit Jimin apabila kunci itu berjaya membuka pintu bilik Shasha. Hani terus sahaja menyepak pintu itu dan berlari masuk ke dalam bilik Shasha bersama Jimin di belakang.
"SHASHA!"
Kiri kanan dipandang. Bilik air diterjah. Tiada. Langsung tiada kelibat Shasha di dalam bilik itu. Hani dan Jimin saling berpandangan.
"MANA SHASHA?!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro