Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 43 ❞ ˎˊ-

"AHHHHHH!"

Shasha menjerit kesal. Bantal diambil lalu ditekup di wajahnya sebelum dia menjerit buat kali kedua.

"AHHHHSHSHSHSJSHHSHSHS!"

Shasha membaling bantalnya ke tepi. Gambar itu dicampaknya geram ke dalam album yang terbuka di hadapannya.

"Kenapa tunjuk sisi muka dia je?!"

Ya, di saat harapan tingginya untuk melihat wajah dua orang itu hampir tercapai, ia hancur dengan begitu sahaja apabila gambar terakhir itu hanya memaparkan sisi wajah mereka berdua. Juga bermakna, Shasha masih lagi tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas. Itu sudah cukup membuatkan anak Park itu meraung persis seorang anak kecil  apabila dia tidak mendapat apa yang diinginkannya.

Shasha kembali duduk menegak. Gambar terakhir tadi diambilnya semula lalu ditatapnya sebelum Shasha kembali menggila.

"AHHHSHSHSHSH KENAPA DIA TAK TUNJUK MUKA DARI DEPANNNNNN?!"

【👠】

Usai menenangkan diri buat beberapa minit, Shasha hanya menatap kosong gambar terakhir itu. Diperhatinya bagai nak tembus sahaja gambar itu.

"Hihi. Muka perempuan tu macam aku lah."

Mulalah Shasha tersengih sendirian, membayangkan dirinya di tempat perempuan itu. Wajah sisi lelaki itu dipandangnya.

"Tapi kenapa lelaki ni macam familiar je?" soal Shasha sendirian. Dia terdiam seketika melihat wajah lelaki itu.

Srott...

Lama Shasha terdiam sehinggalah bunyi menyedut hingus memecahkan suasana. Shasha mengelap air mata yang meluncur di pipinya.

"Wae... Wae ureo–" Shasha tersedu-sedan, tidak sempat menghabiskan pertanyaan untuk dirinya. Kenapa dia menangis?

Shasha kembali menatap wajah lelaki itu. Pandangannya semakin kabur dengan air. Melihatkan wajah lelaki itu, automatik air matanya keluar sendiri tanpa rela. Kejadian pagi tadi kembali bermain di minda.

"Hiks. Janganlah menangis!" Shasha mengelap kasar air matanya. Kepalanya diketuk-ketuk agar sistem saraf parasimpatis yang mengawal air mata berhenti mengeluarkan cecair tersebut. Namun, semakin banyak air mata Shasha yang keluar. Dia juga sudah tersedu-sedan di situ.

"Ke– Kenapa..."

Kenapa dia rasa sakit? Dadanya dipukul. Perasaan ni... Datang kembali.

"Geu–Geumanhae..."

Macamlah air matanya bakal berhenti sekiranya dia mengarah sebegitu. Shasha menggigit bibir, cuba menahan sedu-sedan yang semakin kuat. Terus gadis itu membaringkan dirinya di atas katil itu. Selimut ditarik membaluti dirinya. Kini, dia terlihat persis seperti sebuah kepompong yang sedang menunggu masa untuk pecah, namun dia sedang menunggu air matanya kering.

Beberapa minit berlalu, terasa sia-sia sahaja perbuatan Shasha menunggu. Bukannya tangisannya semakin mereda, malahan semakin teruk ia membanjiri pipinya. Selimut yang membalutinya juga sudah basah.

Shasha mengeluarkan kepala dari kepompongnya. Lantas buku yang berada di dalam album itu dicapai. Habis ditolak jatuh segala benda yang menghalangnya.

Walaupun tangisan dia tak berhenti, dia tetap kena teruskan perjalanannya menjelajah isi album ini! Itu adalah satu-satunya cara untuk segala persoalannya terjawab!

Kulit buku itu dipandang kosong oleh Shasha. Tajuk yang sama, Shanderella terpampang di situ. Di situ juga terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berpandangan sesama sendiri di sebuah taman bunga. Sama seperti gambar-gambar tadi, wajah mereka berdua tidak jelas kerana diambil dari jauh.

"Haih," Shasha mengeluh kecil. Takpelah, dia redha tak dapat tengok muka pasangan sejoli tu. Buku itu diselak, menunjukkan isi dalamannya. Halaman pertama tercetak maklumat-maklumat berkaitan buku itu. Dengan kosong minat, Shasha hanya menyelak halaman-halaman itu dan terus ke halaman yang tertulis Prolog.

Cinderella.

Cinderella ialah tradisional popular dengan banyak versi yang dijumpai di banyak negara, dengan berbagai kelainan.

Versi paling awal dari cerita ini berasal dari China pada 860. Versi paling terkenal ditulis oleh penulis Perancis pada berdasarkan cerita rakyat iaitu Giambattista Basile sebagai La Gatta Cennerentola pada 1634, namun filem animasi dari Walt Disney, telah menjadi piawai versi kontemporari.

Versi yang paling terkenal menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak-kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik. Tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia. Dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari dia diseksa, dengan cara disuruh mencuci pinggan, mengemop lantai dan melayani mereka. 

Tetapi Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia. Suatu hari, seorang putera raja ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta tari-menari besar di istana, tetapi Cinderella tidak diizinkan untuk ikut.

Walaupun begitu, seorang pari-pari datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang puteri cantik. Di istana, si putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya menari. Cinderella jadi lupa, bahawa dia harus pulang sebelum pukul 12 tengah malam, kerana pada jam itu semua sakti pari-pari berakhir.

Terdengar bunyi loceng pukul 12 tengah malam, Cinderella segera berlari. Tanpa disedari, sebelah kasut kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Si putera memungutnya, dan mengumumkan gadis mana yang kakinya muat dengan kasut itu akan dia jadikan isteri.

Namun, sepatu itu tidak muat di kaki sesiapa yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella lalu ikut mencuba, dan kakinya muat! Cinderella akhirnya menikah dengan Putera dan hidup bahagia selamanya.

Cinderella diciptakan khas buat kanak-kanak. Terdapat banyak pengajaran yang boleh mereka ambil dari cerita ini. Oleh itu, Cinderella bukan sahaja terkenal sebagai buku cerita yang ditulis, malahan terdapat juga animasi kartun dan filem tentangnya.

Walaupun begitu, kita semua adalah manusia. Pastilah kita akan semakin membesar bukan? Dari seorang kanak-kanak yang suci dan bergembira setiap masa, kita akan melalui fasa remaja, dewasa dan akhirnya menjadi orang tua. Kesemua orang tidak terkeculi, lainlah jika ajal menjemputnya lebih awal.

Sebagai seorang dewasa, tentu sahaja kita menganggap Cinderella sebuah cerita yang klise. Pengakhirannya boleh dijangka bahawa Cinderella akan berkahwin dengan Putera dan “ hidup bahagia selama-lamanya ”.

Pernahkah anda terfikir, apa yang akan terjadi sekiranya cerita Cinderella diubah versinya? Daripada seorang yang lemah lembut dan baik hati, kepada seorang yang mudah berasa jengkel, kuat memberontak serta tidak peduli akan sekelilingnya. Daripada tujuan ingin menari bersama putera, kepada tujuan ingin membunuh putera. Yang paling penting sekali, daripada pengakhiran yang gembira kepada pengakhiran yang sadis.

Mempunyai nama yang hampir sama, Shanderella telah mengubah hampir sembilan puluh peratus jalan cerita asal Cinderella kepada jalan ceritanya sendiri. Bermula apabila dia mendapati dirinya berada di dalam dunia yang asing, sehinggalah dia diberi misi untuk menamatkan cerita itu dengan pengakhiran yang sedih.

Ikuti kisah Shanderella yang sungguh mendebarkan ini! Pastikan anda menyediakan beberapa kotak tisu di sebelah menjelang bab akhir nanti, kerana kami tidak jamin anda tidak akan menitiskan air mata!

Shasha mengerutkan dahi. Prolog yang dibaca ini agak lain dari cerita-cerita yang pernah Shasha baca sebelum ini, itu yang pasti. Namun dia sekadar tidak mengambil endah tentang hal itu. Belum sempat dia ingin menyelak ke halaman seterusnya, anak matanya tertangkap satu perenggan yang menarik hatinya.

"Daripada tujuan ingin menari bersama putera, kepada tujuan ingin membunuh putera..."

Berkerut dahi Shasha membaca. Terus dia menggerakkan badannya untuk duduk tegak. Badan disandar pada penyandar kepala katil. Mata ditutup. Aduh, masa-masa ni pula dia rasa sakit kepala...

Pandangannya kembali difokuskan ke arah buku itu. Shasha mengecilkan mata membaca satu ayat dari perenggan seterusnya.

"Bermula apabila dia mendapati dirinya berada di dalam dunia yang asing, sehinggalah dia diberi misi untuk menamatkan cerita itu dengan pengakhiran yang sedih..."

Ketika itu, satu memori terlintas di fikiran Shasha sepantas kilat. Dek terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika itu, refleks Shasha berundur ke belakang dan hasilnya, kepalanya terhantuk kuat penyandar kepala katil.

"Ah appo!"

Shasha mengusap kepala. Dia memandang sekeliling biliknya.

"Mwoji?" soalnya perlahan. Dia pasti, dia nampak sesuatu tadi! Ayat tadi kembali dibacanya.

Kenapa dia rasa familiar dengan ayat tu?

"Ah mwoyaaa..."

Shasha menyerabutkan kepala. Apa benda ni! Matanya ditutup. Sedaya upaya dia cuba fokus untuk mengingati semula apa sahaja yang berada di dalam ingatannya. Dia tahu dia ada kaitan dengan benda ni!

"Dunia asing... Misi..."

Perkataan itu digumam Shasha. Berkerut dahinya cuba mengingat. Ketika itu, satu memori muncul seperti yang dia mahukan.

"Untuk keluar dari dunia ini, kamu diberi satu misi untuk menamatkan cerita ini dengan sad ending dalam masa 3 bulan."

"Ha lepastu? Bawa lah saya jumpa putera tu. Biar saya bunuh dia sekarang. Lagi cepat lagi bagus kan?"

"MAGO MAGO"

"Yaishhh!"

Automatik Shasha merengus geram apabila nada dering telefonnya berbunyi kuat, sekaligus mengganggu fokusnya untuk mengingat semula. Shasha mengambil telefonnya geram. Nama pemanggil dilihat. Hani!

"Jangan kacau saya boleh tak? Awak nak apa?!" Dek terlalu geram dan tidak boleh mengawal emosi, Shasha terus menghamburkan segalanya sejurus dia mengangkat panggilan Hani. Dadanya turun naik menahan amarah.

Hani yang menelefon pula hanya mendiamkan diri di talian sebelah. Terasa mungkin? Shasha merengus kuat. Geram.

"Yah! Janganlah bazirkan masa saya! Cepatlah cakap–"

"Sa–Saranghae Shasha..."

Terdiam terus Shasha apabila suara seorang lelaki kedengaran. Suara yang sudah pastinya bukan milik Hani. Spontan nama pemanggil ditilik Shasha sekali lagi. Nombor Hani tadi sudah bertukar menjadi satu nombor yang tidak dikenali!

"Hello?" sapa Shasha. Matanya digosok. Mata dia tak betul ke apa sampai nampak Hani yang call? Haish, kan dah tertengking orang asing.

Tapi... Kenapa orang tu cakap...

"Yeoboseyo?" soal Shasha apabila tiada suara kedengaran. Apa yang dia dengar sekarang hanyalah bunyi nafas seseorang yang semakin memberat. Lelaki di talian sebelah terbatuk kecil.

"Saranghae..."

Sebak hati Shasha mendengar suara lemah lelaki itu. Bibir digigit, cuba menahan tangisan. Tak semena-mena satu nama muncul di fikirannya.

"Sh–Shua?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro