Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 42 ❞ ˎˊ-

"Hiks... Macam tak percaya je ni hari terakhir kita..."

Dari dalam kereta, Hani menyentuh kafe yang kelihatan dari tingkap kereta. Hingus dilap. Dia baru sahaja habis bersua muka dengan Puan Im buat kali terakhir. Begitu juga dengan pekerja yang lain, Jihee, Nayun dan Shasha.

Namun disebabkan Hani yang terlebih sensitif, dia menangis semahu-mahunya sebaik tiba gilirannya mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Im. Dipeluknya tubuh bos itu sekuat hati. Sampai sesak nafas Puan Im jadinya. Lagak macam Puan Im dah nak meninggalkan dunia ni sahaja. Haih!

Sementara Hani enak melayan perasaan, menangis mendayu-dayu di tempat duduknya, di sebelahnya pula kelihatan Shasha yang asyik melirik album bertajuk Shanderella di tangannya. Dari detik pertama dia dapat album tu hinggalah detik ini, kerja dia asyik memerhati album itu!

"Yah! Tadi awak menangis sangat kat kafe kan! Sekarang awak dah ada teman menangis, kenapa awak tak nak menangis sekali?" Hani menepuk tangannya di hadapan wajah Shasha untuk menarik perhatian gadis itu. Shasha pula sekadar menjeling rakannya itu. Hani memegang dada. Uh, kena jeling!

"Yaish. Saya bukan macam awak, cengeng!" ujar Shasha selamba. Lantas perhatiannya ditumpukan kembali kepada album di tangan. Seperti album itu merupakan tiket menang loteri yang besar.

Hani mencebikkan bibir. Lantas hingusnya dihembus dan dicalit ke bahu Shasha. Tak senonoh betul.

"YAHHH!" Shasha terus sahaja menjadi geli-geleman apabila baju bersihnya dinodai dengan hingus Hani. Oh, jijik! Dengan cemas, dia mencari tisu atau apa-apa kain di sekelilingnya. Pantas diambil kain buruk yang dilihatnya dan dilap kasar di bahu.

"Hah, padan muka! Cakap orang cengeng, padahal awak tu lagi cengeng! Tengok muka jantan hensem pun nangis! Padahal dia tak marah pun! Uuuu cengeng!" Hani mengejek habis-habisan, lidahnya dijelir bagi menyakitkan lagi hati Shasha. Shasha tanpa sebarang ragu-ragu terus sahaja membaling kain buruk itu ke muka Hani.

Habis hingus Hani yang berada di situ terkena lidahnya yang sedang dijelir. Cuak Hani membaling kain buruk itu. Air masak diambil dan dikumur-kumur. Ha padanlah engkau.

"Saya bukan cengeng macam awak! Tadi tu, air mata keluar sendiri..." Shasha cuba berhujah mempertahankan diri. Dia terdiam seketika sementara Hani sedang berperang menghilangkan rasa hingus di lidahnya.

Pelik betul. Mengapa air mata dia tiba-tiba keluar ya? Padahal lelaki tu bukannya marahkan dia pun. Shasha sendiri tertanya-tanya. Tengok sahaja wajah pelanggan itu, automatik sistem badannya bekerjasama bagi mengeluarkan tangisan.

Shasha akui kata-kata Puan Im di taman sebentar tadi. Dia bukannya jenis yang cepat nangis kalau ada orang marah.

Shasha melihat album di tangan. Semua jawapannya ada di dalam album ini... Agaknya apa yang dimaksudkan oleh Puan Im? Sekiranya Hani yang suka menyibuk itu tiada di dalam kereta ini, pasti Shasha sudah membuka terus album itu sebaik masuk ke dalam perut kereta. Namun dia perlu sedar juga, dia sedang menumpang orang.

"Ha mengelamun! Tu, dah sampai rumah lah mak cik! Tak nak turun ke?"

Suara lantang Hani kedengaran, meragut Shasha daripada terus tenggelam di dalam fikirannya. Terus Shasha menghulur tangannya ke arah ibu Hani di hadapan, ingin bersalaman.

"Kamsahamnida, ahjumma!"

"Eo~"

Lalu Shasha pantas turun dari kereta Hani. Dirinya sudah tidak sabar hendak membaca isi kandungan album itu. Tidak dihiraukan akan Hani yang sedang membebel apa entah kepadanya.

"Shasha dah balik!" ujar Shasha sejurus kakinya dibawa memasuki rumah. Kiri kanan dijenguk. Dia sudah sedia maklum bahawa tiada Jimin dan Tuan Park sekarang kerana keduanya masih lagi bekerja. Tetapi kelibat Puan Park langsung tidak kelihatan.

"Omma?" soal Shasha. Niatnya ingin mencari kelibat ibunya, namun dibatalkan apabila terpandangkan album di tangan. Hmm... Biarlah. Mungkin omma sedang berkebun di belakang, takpun sedang membawang dengan jiran.

"Omma, Shasha naik atas dulu!" ujar Shasha, suaranya dikuatkan. Walaupun dia tidak pasti akan keberadaan ibunya, tetap diberitahu perkara itu. Tanpa berlengah lagi kakinya diatur menuju ke tangga bagi menapak ke biliknya.

Tidak lama masa yang diambil, Shasha sudah tiba di biliknya. Beg tangannya diletak di atas meja. Tanpa membasuh kaki terlebih dahulu, terus sahaja dia melompat ke atas katil. Album Shanderella diletak elok di hadapannya.

"Ah... Nervous lah pula..." Shasha menggigit bibir. Secara tiba-tiba perasaan gementar menguasai diri. Album Shanderella yang berada di hadapan mata dipandang lama. Cuba mencari kekuatan.

Nafas dalam ditarik. Perlahan-lahan Shasha mengangkat tangannya menyentuh album itu.

"MAGO MAGO"

"AH KAMCHAGI!" Shasha terjerit kuat. Dadanya diurut. Terkejut benar apabila keadaan yang sunyi itu tiba-tiba dihidangkan dengan bunyi nada dering telefonnya. Mujur album yang disentuhnya tadi tidak melayang. Dengan jantung yang berdegup laju mengepam darah, Shasha mencapai telefonnya.

"Wae?" soal Shasha mendatar. Melihatkan nama panggilannya Hani cukup membuatkan dia rasa malas untuk menjawab. Haish budak ni, baru je tadi diorang bersua muka di dalam kereta.

"SHASHAHSAHSHHAJSHSHJAHSSHSHSJSHAAAAAAA"

"Wae?" soal Shasha lagi. Telefon itu dijarakkan sedikit dari telinganya. Berdesing seketika gegendang telinganya mendengar suara Hani yang kuat itu.

Keadaan menjadi senyap seketika. Hani juga diam tidak berkata apa. Shasha mengangkat kening. Baru sahaja ingin mendekatkan telefon dengan telinganya, suara Hani kedengaran semula.

"SHASHAAAAAA AWAK TAHU TAK TADI TADI TADI LEPAS HANTAR AWAK BALIK KAN MAK SAYA SINGGAH KEDAI NAK BELI TAKOYAKI KAN KAN KAN LEPASTU KAN MAMA SURUH SAYA TURUN SEBAB DIA MALAS KAN LEPASTU KAN SAYA TURUNLAH KAN LEPASTU PESAN TAKOYAKI MACAM BIASA KAN LEPASTU KAN LEPASTU KAN LEPASTU KAN SAYA RASA MACAM ADA AURA AURA KECOMELAN DI TEPI SAYA UGH BILA SAYA TOLEH TEPI JE ADA hyeongjun AAAAAAAAAAAA"

"Gosh," Shasha mengerutkan dahi. Telefon itu dijauhkan dari telinga. Mujur sahaja dia tidak sempat mendekatkan telefon itu di telinganya, kalau tak rasanya dah pecah gegendang telinga dia mendengar suara Hani yang berfrekuensi tinggi and beramplitud besar itu.

Shasha menayang wajah jijik. Fuh, masa cerita punyalah kuat suara Hani. Tapi bila sebut nama Hyeongjun je, terus suara berubah gedik dan gatal sekejap. Seram betul, meremang bulu roma!

"AHSHSHSHSJSJJSJSJS–"

"Yah, bisinglah!" Shasha menjerit tepat di mikrofon telefonnya. Sengaja berbuat begitu, biar Hani rasa apa yang dia rasa. Namun sia-sia terasa kerana Hani yang berada di talian sebelah hanya terus menerus meracau.

"Aish," dengan perasaan penuh kesal dan sebal, Shasha menamatkan panggilan. Kalaulah perkataan menjengkelkan boleh diubah kepada manusia, sesungguhnya Hani adalah manusia yang tepat untuk perkataan itu. Annoying tak terkata!

Shasha kembali terpandang album di hadapannya. Serta-merta perasaan jengkel tadi berubah kepada gementar semula. Nafas dalam ditarik. Ah, takut!

"Sjsjsjsjjsjsjsjsjs–" Shasha cuba menenangkan diri. Nafas ditarik dan dihembus. Okey Shasha. You can do it!

Shasha memberanikan diri. Kalau dia tak berani sekalipun, dia tetap kena buka juga album ni! Dia perlu tahu isi kandungan album berwarna ungu ini! Tulisan Shanderella itu dipandangnya.

Shasha menghembus nafas. Dengan sekali cubaan, dia membuka album itu. Usai dibuka, dapat dia lihat beberapa keping gambar yang diikat dengan seutas tali, sebuah buku dan juga sebuah CD di dalamnya.

Jantung Shasha berdegup laju. Laju Shasha mengambil bantal dan menekup wajahnya.

"KYAAAAAAAAAAAA!"

Lagaknya sebiji seperti peminat K-POP yang sedang melakukan sesi membuka album yang baru sahaja mereka beli, lalu menjerit keterujaan. Bezanya, Shasha menjerit kerana terlalu takut dan gementar. Perutnya terasa memulas, jantungnya berdegup laju mengepam darah.

Setelah menghabiskan beberapa minit berperang dengan perasaan gementar itu, Shasha cuba menenangkan dirinya sekali lagi. Barang-barang yang berada di dalam album itu dilihat.

"Sekarang... Nak tengok yang mana dulu?" soal Shasha sendirian. Diperhati satu-persatu barang-barang itu. Beberapa saat terdiam, akhirnya Shasha membuat keputusan untuk melihat gambar-gambar itu dahulu. Dengan perasaan yang bercampur aduk, dia mencapai beberapa keping gambar yang diletakkan di situ.

"Oke oke. Il, i, sam!"

Dengan kiraan 3, Shasha meleraikan tali yang mengikat kesemua gambar bersama. Matanya yang sengaja disepetkan dibuka perlahan-lahan, sekadar ingin mengintai wajah manusia di dalam gambar tersebut.

Ala, dia nervous!

"Eh?" Spontan mata Shasha terbuka luas. Terkerut dahinya. Mata masih melekat pada gambar itu.

"Ah mwoya? Kenapa tak tunjuk muka?"

Soalan itu terpacul dari mulut Shasha apabila dilihatnya gambar pertama. Di situ, hanya kelihatan bahagian belakang badan seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja.

Lantas Shasha melihat gambar kedua. Juga sama, diambil dari sisi belakang mereka. Cuma tempat sahaja yang berlainan. Sekiranya tadi mereka bermanisan di sebuah bangku, kali ini mereka sedang berjalan di sebuah laluan dengan daun-daun kering yang jatuh ke atas tanah.

Gambar kedua itu lantas ditukar dengan gambar ketiga dengan sedikit ganas. Barangkali Shasha sedikit geram kerana tidak dapat melihat wajah mereka.

Gambar ketiga kelihatan agak berbeza daripada dua gambar yang pertama. Kali ini, kamera difokuskan ke arah tangan si lelaki dan si perempuan yang sedang berpegangan. Hanya bahagian badan mereka kelihatan, kepala mereka tidak kelihatan langsung!

Shasha menilik baju mereka berdua. Nampaknya, mereka berdua merupakan golongan diraja. Boleh dilihat daripada perhiasan yang berada di baju si lelaki dan juga gaun si perempuan. Si lelaki elok berbaju putih dan dihiasi dengan pelbagai hiasan. Si perempuan turut mengenakan gaun berwarna putih. Warna yang sepadan.

Shasha kembali melihat gambar pertama dan kedua semula. Nampaknya kesemua gambar ini diambil pada waktu yang berlainan. Buktinya, pasangan itu memakai baju yang berlainan di dalam setiap gambar. Gambar pertama bertema merah manakala yang kedua bertema biru.

Shasha melihat pula gambar keempat. Tak semena-mena dia merengus kasar apabila wajah mereka berdua masih lagi tidak ditunjukkan. Dengan geram, dia melihat kesemua gambar dengan laju, fokusnya hanya untuk melihat wajah dua manusia itu.

Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Dia juga tidak tahu mengapa, tapi pada saat ini, dia hanya meminta untuk melihat wajah dua orang itu.

Shasha terus meneliti satu persatu gambar. Gambar yang tidak menunjukkan wajah mereka langsung sahaja dibaling ke udara. Habis bersepah kawasan katil Shasha dengan gambar-gambar itu.

"Yaish. Takkan takde satu pun gambar yang tunjuk muka dorang?"

Baru sahaja ingin membaling gambar terakhir yang berada di pegangannya, Shasha terhenti mengejut. Membulat matanya melihat terdapat wajah di gambar itu. Lantas, dia mendekatkan gambar itu dengan wajahnya, ingin melihat dengan lebih jelas.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"AHHHHHH!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro