Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 4 ❞ ˎˊ-

"HEE?!" Aku menjerit kuat. Terus pipi Jihee aku tekup dengan rasa tak percaya. Pipinya aku tampar beberapa kali dan hasilnya, dia menampar semula pipiku kuat.

Alahai sakit. Aku tampar perlahan aje kot.

"Kau dah kenapa betina? Lepas kitorang kurung dalam bilik stor tu terus jadi tak waras eh?" tanya Jihee. Nayun di sebelah dipeluknya ketat. Amboi.

"Tak. Korang pun sama macam saya kan? Kena sedut masuk dunia ni kan? Lepastu dia suruh kita tamatkan cerita ni dengan sad ending kan?" tanyaku teruja. Wajah mereka berdua aku pandang dengan penuh harapan.

"Apa kau mengarut ni?" Jihee mengerutkan dahi. Nayun di sebelah juga sudah menayang wajah beruk.

"Janganlah buat-buat tak tahu," eii tetiba rasa geram dengan diorang berdua.

"Apa kau ni?" Jihee masih mengerutkan dahi. "Unnie, nampaknya kita kena suruh dia kerja banyak-banyak lagilah supaya otak dia waras sikit," Nayun bersuara dan memeluk lengan Jihee.

"Ha bagus juga. Alang-alang omma takde ni boleh lah kita buli dia puas-puas. Kalau tak selalu omma rampas dia, tak sempat kita nak buli juga," Jihee mengangkat keningnya sambil memandang ke arahku atas bawah.

"Yah korang ni kenapa? Eii cakap jelah dunia tak guna ni dah sedut kita semua masuk dalam ni! Lepastu kita boleh bekerjasama bunuh putera tu biar semua ni cepat berakhir!" Sebab hilang sabar, aku menjerit kuat ke arah mereka berdua. Membulat mata mereka sejurus aku menghabiskan ayat.

"Betina tak guna! Kau nak bunuh putera aku?" Nayun meluru ke arahku dan terus menolakku jatuh. Uih punggung aku.

"Putera awak?" tanyaku hairan. Aku cuba untuk berdiri namun ditolak jatuh sekali lagi oleh Jihee.

Tak, yang aku lembik sangat ni dah kenapa? Aku syak dunia ni sengaja buat aku jadi lembik sebab nak aku kena buli dengan dua ketul ni.

"Dasar betina! Kau memang dah rancang nak bunuh putera aku dari dulu kan? Kau nak ikut kitorang pergi majlis tu malam esok kan!" Jihee berteriak kuat.

Hoh, ada aku cakap ke aku nak ikut diorang pergi majlis?

"Erk..." Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Yelah, takde apa yang aku boleh nafikan. Kalau aku mengaku karang diorang mengamuk. Silap silap rambut aku ditariknya lagi. Fuhh

"Tapi seriuslah. Korang tak disedut macam saya ke? Habistu macam mana korang boleh ada kat sini?" tanyaku pelik. Mengaku jelah yang dorang pun kena sedut masuk dunia ni. Bukannya dunia ni nak bunuh diorang pun.

"Kau gila? Kitorang memang tinggal kat sini dari dulu lah!" Nayun menghentak kakinya. Hmm gediknya watak dia dalam cerita ni.

Aku berdiri dan memandang mereka berdua bersilih-ganti. Muka diorang memang sebijik macam yang real life punya. Takkanlah diorang tak ingat yang diorang kena sedut?

"Agaknya kau dah semakin tak waras, jadi aku ingatkan. Kitorang ni kakak tiri kau, walaupun kitorang rasa jijik nak mengaku, tapi ya, kita adik beradik tiri. Mak kau dah mampos lama dah, dan bapak kau dah kahwin dengan mak kitorang. Dan sekarang, bapak kau ada kat luar negara, tengah berdagang dengan orang. Bapak kau sibuk bekerja setiap masa, jadi kami sekeluarga layan kau macam bibik sebab kau memang layak. Bapak kau bukannya kesah pun pasal kau, dia lagi percayakan mak aku dari kau," Jihee menerangkan dengan panjang lebar.

Sekejap, maksudnya diorang berdua ni memang character tetap cerita ni ke? Dah kenapa dunia ni buat muka diorang sebiji macam muka kawan aku? Sengaja lah tu nak aku terasa bila diorang buli aku. Cis!

Tiba-tiba tulisan bercahaya tadi kembali muncul di belakang Jihee dan Nayun. Aku mengecilkan mata cuba membaca tulisan itu.

"Ya, mereka berdua merupakan character tetap cerita ini. Semua manusia di dalam cerita ini merupakan character tetap. Hanya kamu seorang sahaja yang disedut masuk ke dalam dunia ini."

Oh, patutlah diorang blur semacam je bila aku tuduh diorang kena sedut. Hukhuk.

"Jadi, kau bibik buatlah cara bibik. Jangan. Nak. Memandai. Macam. Rumah. Ni. Rumah. Kau."

Setiap perkataan yang diutarakan oleh Jihee disertakan dengan tunjalan di dahi aku. Aku terundur ke belakang.

"Apa-apalah," kataku malas. Baru sahaja ingin lari dari dua makhluk ini, sehelai kain buruk dibaling ke arahku.

"Kau nak lari mana? Aku suruh lap lantai kan? Pergi lap sekarang!" Nayun mengarahkan aku. Aku menundukkan badan mengambil kain buruk itu.

Ikut jelah apa yang tenuk ni cakap. Kita kena ikut je flow cerita ni. Haih kenapalah Cinderella dalam banyak banyak cerita? Tak sabar nak bunuh putera tu nanti. Kalau guna pisau dapur syok juga.

"Yah, kau dengar tak apa yang aku cakap?"

Aku tersentak dari lamunan apabila Nayun memetik jari di hadapan mukaku. Wajah cemberut Nayun aku pandang.

"Apa?" tanyaku. Nayun merengus kecil.

"Kau pekak? Aku tanya, kau nak lap lantai pakai kain kering ke? Pergi bilik air, isi air!" badan aku ditolak kasar. Minah ni tak boleh rilek ke apa. Aku hanya mengikut arahannya dan mengambil langkah. Namun, terus aku menghentikan langkah apabila satu soalan hinggap di kepala.

Tandas kat mana?

"NaHee, tandas kat mana?" aku menoleh memandang mereka berdua. Berkerut dahi mereka memandang aku.

"Siapa Nahee?" tanya Jihee. Nayun di sebelahnya juga sudah memasang riak hairan.

"Korang lah. Nama ship Jihee dan Nayun," balasku. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Ship?" tanya Nayun.

Aih, bengong la pula diorang ni.

"Ha takpelah. Bilik air mana?" tanyaku. "Kau ni dah kenapa? Hilang ingatan ke?" tanya Jihee. Dia memandangku atas bawah dengan wajah menjudging.

"Kat sana," Nayun menunding jari ke arah sebuah bilik. Aku mengangguk kecil dan mengambil langkah menuju ke sana.

【👠】

Aku menjeling Nayun dan Jihee.

Entah apa masalah diorang, dari aku ambil baldi dekat tandas sampailah sekarang di mana aku tengah mengelap lantai yang dikatakan 'kotor' oleh diorang, diorang asyik perhati aku. Tahulah aku cantik ngeh.

"Lap lah elok-elok!" marah Nayun. Kepala aku ditolaknya dari belakang.

"Ha ye," aku membalas malas. Lantai itu aku lap dengan lebih kuat.

Tapi kan, kalau dunia ni jadikan kawan aku sebagai watak kat sini, agak-agak Hani ada tak? Takkan diorang berdua je? Aku rindu Hani ni uhuks. Maybe watak Hani tak muncul lagi kot?

Kalau diorang berdua jadi watak kakak tiri, agak-agak Hani jadi watak apa eh? Mak tiri? HAHAHAHAHA takleh bayang dia jadi mak tiri aih.

"Yah, pekak!"

Takde angin takde ribut, tiba-tiba sahaja aku disimbah dengan air sabun yang berada di dalam baldi.

"Ah!" Terjerit kecil aku. Spontan aku berdiri dan melihat ke arah gerangan manusia yang menyimbah aku tadi.

Jihee.

Urgh nak marah rasa bersalah pulak. Sumpah aku benci dunia ni.

"Kau tengok tu, Nayun dah jatuh! Ni semua salah kau!" Serentak itu dia menunding jari ke arah Nayun yang sudah terduduk di atas lantai sambil mengerutkan dahinya.

"Hah? Habistu siapa suruh lalu kat sini? Dah tahu lantai basah mengada juga nak lalu," balasku. Padan muka dia. Muehehe.

"Apa kau cakap?" Jihee menarik rambutku kasar. Berkerut dahi aku menahan sakit.

"Sakitlah!" Aku menolak Jihee kuat, cuba untuk melepaskan diri dari genggaman tangannya yang kuat itu. Sudahlah sakit kepala bila Nayun tarik rambut aku tadi tak hilang lagi, Jihee pergi tambahkan pula.

"Ah!" Usaha aku menggelupurkan diri berhasil apabila Jihee melepaskan rambutku dan terjatuh ke atas lantai. Aku merapikan rambut. Gila sakit.

Membulat mataku sejurus terlihat gumpalan rambutku di genggaman tangan Jihee. What the...

"DASAR ANAK KUTIP, KAU BUAT APA KAT ANAK-ANAK AKU HA?!"

Satu suara mak nyah hinggap di telinga aku. Tak sempat nak brain apa-apa, tubuh aku ditolak jatuh oleh seseorang.

"Aduh!" Aku mengaduh kecil. Gerangan manusia yang melanggar aku tadi aku pandang geram. Dia sedang melutut di hadapan Jihee dan Nayun yang sedang terduduk di lantai sambil mencebikkan mulut, membelakangi diriku.

"Omma, Shasha tolak Jihee and Nayun jatuh!" Nayun mengadu.

Omma? Mak tiri aku?

Manusia yang dipanggil omma itu pun menoleh memandang aku.

Terbuntang mataku melihat muka 'mak tiri' aku.

Gila, kalau macam ni, aku lebih sanggup Hani jadi mak tiri aku do!

Itu Park Jimin, abang kandung aku real-life a.k.a MUSUH UTAMA AKU!

AJSJHSHSHSJSJS

DAH KENAPA DIA DIBERI WATAK MAK TIRI PULA? DIA JANTAN DUH!

KALAU MACAM NI, AKU TAK YAKIN BOLEH TERUSKAN JALAN CERITA ASAL. TENGOK MUKA JIMIN PUN AKU RASA MACAM NAK TUMBUK DIA URGH. NANTI KANG STORYLINE BERUBAH, CINDERELLA JADI MANUSIA GANAS AAAAAAA

"Yah! Kenapa kau yang kena jadi mak tiri hah?!" Aku menjerit geram ke arah Jimin. Eii devastated!

"Hoi, kau ni memang anak derhaka kan! Dah pandai menjerit kat aku?" Jimin menjerit dengan suara mak nyahnya dan terus menarik rambut aku.

"WOI SAKIT PABOOOO" Aku menggelupur apabila Jimin mengheret aku pergi. Weh rasa cam nak tercabut kulit kepala aku ni.

Aku cuba menarik rambut yang berada di genggamanku dari Jimin. Entah kenapa kekuatan dia bagaikan sepuluh kali ganda dari yang real-life punya.

"Hiyark!"

Dengan segala kudrat yang ada, aku berjaya menarik rambut Jimin dari belakang. Tanjat Jimin jadinya. Ha itulah kau. Main-main lagi dengan aku!

"Lepaskan aku lah dasar betina haram!" Jimin menjerit kuat dan menarik rambutku. Aku pun apa lagi, turut sama menarik rambut pendeknya. Mesti busuk tangan aku nanti sebab terkena tempias bau rambut dia hm. Bau kelapa.

"Lepaskanlah tangan kau dulu, pendek!" aku menarik rambutnya lebih kuat. Jimin turut berbuat demikian. Masing-masing menahan sakit, namun masih tiada kesedaran untuk melepaskan rambut masing-masing. Orang gila je lepaskan rambut pihak lawan ni.

"Yah!" Aku terjatuh ke atas lantai bersama Jimin apabila manusia ketot ni menguatkan cengkamannya pada rambut aku. Sekuat tenaga aku menarik kuat rambutnya. Kami berdua menjerit kegeraman dan kesakitan.

Jujur aku cakap, benda ni macam yang kitorang selalu buat kat rumah, tapi kat rumah, aku yang selalu menang sebab dia kan lembik. Kali ni dunia kejam ni buat kekuatan kami sama taraf. Kita tengok siapa yang menang nanti!

"Dasar betina sun–"

...

...

...

Aik?

Perlahan-lahan aku mengangkat kepala memandang ke arah Jimin. Kelihatan Jimin hanya kaku tidak bergerak sambil mulutnya terbuka, mungkin ingin menghabiskan ayatnya tadi.

Eh?!

Aku memandang ke arah sekeliling. Nayun dan Jihee yang turut menyaksikan situasi kami bergaduh turut kaku tidak bergerak dengan posisi mereka yang aku rasa tengah tergedik menjerit.

Heol, kenapa diorang tetiba jadi mannequin ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro