-ˋˏ ❝ Chapter 38 ❞ ˎˊ-
"Yeobo! Jimin! Shasha! Turun, sarapan!"
Sudah menjadi rutin harian Puan Park bagi memanggil kedua anaknya serta suaminya turun. Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi sementara menunggu mereka semua tiba di meja makan.
"Morning sayang," kelibat Encik Park merupakan yang pertama untuk muncul di situ. Dia menghampiri Puan Park lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahannya. Dia mendekatkan diri dengan isterinya, lalu pipi gebunya dikucupnya penuh kasih sayang.
"Nah, morning kiss awak."
"Ish awak ni. Tak pernah berubah," Puan Park menepuk pelan lengan suaminya. Malu walaupun sudah bertahun-tahun Encik Park melakukan benda yang sama. Aigoo, tua-tua pun nak bersweet lagi ya.
"Ah tepi!"
"Kau lah tepi, aku dulu yang sampai!"
Seperti biasa, dua adik beradik itu pasti akan bergaduh setibanya di meja makan. Masing-masing berebut inginkan kerusi yang sama.
"Ha, aku dulu!" jerit Jimin suka apabila punggungnya berjaya menyentuh permukaan kerusi tersebut. Dia menjelir lidah ke arah Shasha. Namun Shasha tidak menyerah, lantas disepaknya Jimin sehingga lelaki itu jatuh ke atas lantai. Kemudian dicuri kerusi yang diduduki Jimin tadi.
"Ha, aku dulu!" ujar Shasha, nadanya dibuat-buat seperti seorang mak nyah, jelas dia mempersonasikan suara Jimin tadi. Jimin mencebik tidak suka. Baru sahaja ingin menyepak Shasha jatuh, dia telah dihentikan oleh suara Puan Park.
"Jimin, duduk sini. Jangan nak berebut kerusi dengan adik kamu," ujar Puan Park, perkataan adik itu ditekan sedikit. Makin memuncung mulut Jimin tidak suka. Kaki kerusi Shasha disepaknya sebelum dia dengan pasrah duduk di kerusi sebelah.
"Kan bagus macam tu. Jom makan," ajak Tuan Park, lalu kesemua manusia yang berada di meja makan itu mula menjamu selera masing-masing dengan hidangan menyelerakan Puan Park di pagi hari. Lebih kurang 30 minit kemudian, masing-masing bersiap untuk berangkat ke tempat kerja mereka. Hanya Puan Park sahaja yang tinggal di rumah kerana dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Tuan Park bekerja di sebuah syarikat perkapalan sebagai seorang agensi perkapalan. Jimin pula merupakan seorang penari dan selalu berlatih tariannya di studio untuk persembahannya. Shasha pula seorang pelayan kafe.
Selalunya, Tuan Park akan menghantar Jimin ke studio tariannya kerana ia terletak berdekatan syarikatnya. Shasha pula perlu menaiki teksi kerana kafenya yang tidak sehaluan. Kadang-kadang dia menumpang kenderaan dari kawan-kawannya sekiranya mereka rajin ingin datang.
Hari ini, dia akan menumpang Hani. Hani yang offer katanya bosan pergi kerja sorang-sorang. Padahal dia pergi ke kerja pun ibu dia yang hantar, apa pula sorang-sorang.
"Omma, Hani dah sampai. Sha pergi dulu," Shasha mencium pipi ibunya lalu ditundukkan badannya tanda hormat. Lalu dia bergegas menuju ke kereta ibu Hani, takut pula lambat. Hani sampai pun lebih lewat dari yang sepatutnya.
"Yow, my chingu!" sapa Hani sebaik dia masuk ke dalam perut kereta. Shasha tersenyum kecil, sebelum menarik kepala Hani mendekatinya.
"Kenapa lambat?!" soal Shasha secara berbisik, nadanya diperlahankan takut ibu Hani mendengar. Sudah menjadi kebiasaan dia berkomunikasi dengan Hani secara berbisik di dalam kereta. Malulah nak bercakap depan ibu Hani. Bukannya tak selesa cuma...
Malu! Dia bukannya macam Hani yang berani je terpekik terlolong depan omma dia. Huhu.
"Jihoon berak atas katil," balas Hani, juga berbisik. Shasha mengangguk faham. Lalu keadaan di dalam kereta menjadi senyap seketika, hanya bunyi radio sahaja kedengaran. Ibu Hani ada bertanya beberapa soalan kepada Shasha sepanjang perjalanan, dan selepas itu masing-masing hanya membisu.
"Pstt," panggil Hani. Usai mendapat perhatian Shasha, lantas tangannya ditunjuk, membentuk satu penumbuk. Duduknya juga dibetulkan menghadap Shasha. Shasha yang faham akan gaya itu lantas duduk menghadap Hani, bersedia.
"Gawi bawi bok!"
Shasha telah mengeluarkan kertas manakala Hani telah mengeluarkan gunting. Sepantas kilat tangan Hani naik menepuk peha Shasha tanpa sempat Shasha menghalang. Shasha mencebik seketika melihat Hani yang tersengih suka.
Inilah permainan mereka berdua. Seronok betul.
"Gawi bawi bok!"
"Yah!" ujar Shasha tanpa sengaja apabila Hani memukul pehanya lagi. Walhal, dia dan Hani mengeluarkan batu, jadi tiada siapa yang menang. Hani tergelak kecil. "Mian mian, refleks."
Mereka berdua kekal bermain permainan itu sehinggalah tiba di kafe Apple. Namun, satu pemandangan yang luar biasa kelihatan.
"Eo? Kafe tutup?"
Dari dalam kereta, dapat mereka lihat kafe mereka ditutup, ada papan tanda CLOSE yang terletak di pintu. Kafe itu juga kosong, bebas dari sebarang pelanggan. Terpinga-pinga dua gadis itu seketika.
"Kejap, saya tanya Nayun," ujar Shasha. Telefon pintarnya dibuka untuk menanyakan hal ini kepada Nayun. Sepantas kilat, dia mendapat balasannya. Itulah Nayun, seorang fast replier.
"Ah. Nayun kata bos cuti sakit, bos suruh kita cuti sekali," ujar Shasha setelah membaca pesanan Nayun. Hani mengangguk faham.
"Kalau macam tu kenapa tak roger awal-awal!" Hani membentak sedikit. Ibunya yang berada di kerusi hadapan dilihat sekilas. Dia pasti ibu dia dah berapi sekarang ni. Yelah, ibunya tidak suka benda dibazirkan. Setakat ni, masa, tenaga, minyak, dan duitnya sudahpun terbazir. Huff!
"Omma, rilek. Jom kita have fun! To funfair, go!"
Hani mengarah ibunya. Shasha mengangkat kening memandang Hani. Pergi funfair pula?
"Amboi, banyak duit nak pergi funfair. Kamu ingat kamu tu orang senang ke?" soal ibu Hani lantang, namun pedal masih ditekan bergerak ke funfair. Hani memeluk tubuh ibunya dari tempat duduk belakang.
"Ala omma. Sekali sekala. Lagipun, Shasha tengah stres tu!"
Berkerut dahi Shasha. Eh, apa pula? Dia dituduh! Hani hanya tersengih melihat reaksi Shasha. Dua jari diangkat. Peace!
【👠】
"YEYEYEYYEYEYEAYYEYEYUAYAYYEYEYYAYYA"
Hani melalak teruja di hadapan pintu masuk funfair tersebut. Shasha menekup muka, tabiatnya apabila dia berasa malu.
"Hani, dah la. Orang pandang," ujar Shasha. Haih, kalau Hani berperangai macam ni, memang taklah dia nak mengaku kawan! Hani menayang satu sengihan. Lengan Shasha dipeluknya.
"Jom masuk! Harini, kita dating. Kita berdua je yeheet!" ujar Hani gembira. Kaki diatur masuk ke dalam funfair. Shasha sekadar tergeleng kecil melihat telatah Hani.
"Ngeh, kenapa tak ajak Hee dengan Nayun sekali?" soal Shasha, sekelilingnya dipandang. Nasib mereka baik harini kerana tidak terlalu ramai orang di sini. Yelah, harini kan hari kerja.
"Shireo! Saya sebenarnya kan..." Hani terdiam seketika, tidak menyambung ayatnya. Shasha membuka mulut, cuba menyuruh Hani menyambung ayatnya yang tergantung. Namun Hani lebih pantas menukar topik.
"Uyo rumah hantu! Sha, jom masuk sana!"
"Ah shireo!" bantah Shasha laju. Uih, dalam banyak-banyak permainan, kenapa mesti rumah hantu dulu yang Hani nak masuk? Hani tidak mengalah, ditarik-tariknya lengan Shasha untuk ke sana.
"Ala jom lah jom lah jom lah~"
"Taknak lah! Tak pasal-pasal mood saya spoil awal-awal pagi ni," bantah Shasha lagi. Rumah hantu tu ibarat perosak mood. Sekejap je mood happy boleh bertukar muram dan lesu.
"Ala, tapi saya nak masuk!" rengek Hani. Ada juga kang dia menjerit kat situ. "Arraseo, tapi nanti lah eo? Kita masuk rumah hantu yang last sekali sebelum balik," ujar Shasha. Hani yang muram terus bertukar gembira semula mendengar ayat itu. Assa!
"Kalau macam tu, jom naik roller coaster dulu!"
"Ala tak nak! Kenapa awak nak sangat naik yang extreme? Kita patut mulakan perjalanan kita dengan sesuatu yang relaxing dulu, lepsstu baru intense!"
"Ngeh, habistu awak pilihlah nak naik apa dulu."
"Um... Merry-go-round?"
"Jom!"
【👠】
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Shasha memandang rumah hantu yang tersergam megah di hadapannya dengan penuh ketakutan, berbeza dengan Hani di sebelahnya yang penuh dengan keberanian.
"Memang kena masuk ke?" soal Shasha. Hani mengangguk laju. Memanglah kena, favourite Hani ni!
"Mesti awak takut kan?" tebak Hani. Tahu sangat, dari riak wajah Shasha pun dah boleh agak. Hani tergelak kecil mengingatkan waktu pertama kali dia dan Shasha masuk ke rumah hantu, iaitu semasa lawatan sekolah. Habis pengsan Shasha di dalam dek terkejut dan takut. Hantu yang kejutkan dia pun cuak semacam bila dia pengsan. Memalukan betul!
"Takpe, saya kan ada!" ujar Hani yakin. Shasha meneguk liur. Hani ni bukan boleh dipercayai sangat, kat luar je berani. Masuk dalam nanti habis menjerit sana-sini. Tak takutlah konon, huh!
"Jom jom!" Hani menarik tangan Shasha, lebih kepada mengheret kerana Shasha asyik menggeleng kepala tidak mahu, badan juga dikeraskan. Berkat kekuatan Hani, dia berjaya menarik Shasha sehingga ke pintu masuk.
"Have fun!" ujar seorang pekerja yang berada di situ lalu pintu masuk dibuka. Hani tersenyum kepada pekerja tersebut, Shasha pula sudah memucat. Dek hanya diam tidak berkutik, akhirnya Hani menolak Shasha masuk ke dalam. Ish, susah betul Shasha ni!
Bang!
"EOMMA BUNYI APA TU!" Shasha laju memeluk Hani di sebelah apabila satu bunyi kuat kedengaran. Hani mengurut dada. Dia pun terkejut juga. Belakangnya dipandang.
"Tu bunyi staf tutup pintu lah. Eyy apo, tutup pintu pun nak kuat-kuat. Sengajalah tu," bebel Hani perlahan. Lengan Shasha dirangkulnya erat.
"Mesti awak takut kan? Dah, jom!" ujar Hani sambil mendekatkan diri dengan Shasha. Hm, nampak macam dia je yang takut sekarang ni. Kedua gadis itu berjalan perlahan-lahan, mata memerhati sekeliling yang gelap gelita itu, cuba mencari jalan keluar.
"HEHEHEHEHE"
"ARHHHHHH!"
Terjerit dua manusia itu apabila satu bunyi ketawa kedengaran. Terteleng habis kepala mereka melihat sekeliling. Mujur tiada apa-apa yang keluar. Haih, bunyi pun nak takut. Mereka berdua meneruskan perjalanan.
"WARGHHH!"
"ARHHHHH!"
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hani menjerit, diikuti jeritan Shasha kerana Shasha terkejut mendengar bunyi jeritan Hani. Pegangan mereka terlepas seketika.
"Wae wae?" soal Shasha cemas. Rasanya dia tak nampak pun hantu di sekeliling mereka. Hani menggeleng kepala perlahan. Satu sengihan tidak bersalah ditayang.
"Ala, saya terkejut sebab rambut awak sentuh muka saya tadi. Ingatkan apa," ujar Hani. Shasha menepuk dahi. Ah bwoya!
"Yaish. Ha sini, jom kita terus–"
"HIHIHIHIHI!"
"ARGHHHHHHH!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro