-ˋˏ ❝ Chapter 35 ❞ ˎˊ-
"Ini pesanan cik. Selamat menjamu selera," Shasha memaniskan muka apabila menghidangkan makanan tersebut kepada pelanggan. Usai siap, dia berjalan ke arah kaunter di mana terdapatnya Hani. Kerusi di sebelah Hani ditariknya lalu dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi.
"Ah. Penatnya," rungut Shasha, bahunya diurut perlahan. Hani yang melihat laju menghulurkan bantuannya mengurut bahu Shasha yang sudah keletihan.
"Bertabahlah anakku. Kita kena redha apabila kafe kita penuh setiap masa!"
Termasuk hari ini, sudah seminggu Shasha bangun dari komanya. Dia juga sudah sihat seperti sediakala dan boleh kembali bekerja seperti dahulu. Pastilah rakan-rakannya sangat gembira, lagi-lagi Hani kerana semenjak ketiadaan Shasha, dia yang menjadi penjaga kaunter dan dia jugalah yang menjadi pelayan.
Tapi Hani tak kisah pun, sebab kafe diorang menjadi semakin jarang dikunjungi apabila Shasha tiada. Kadang-kadang ada seorang je pelanggan pada satu hari. Diorang datang kerja nak main je.
Namun selepas Shasha masuk kerja semula, tiba-tiba sahaja kafe mereka dikunjungi ramai. Sekarang, kafe mereka dah viral dek seorang instafamous telah mengongsikan gambarnya di dalam kafe ini. Oleh itu, ramai manusia yang turut sama berminat untuk menjejakkan kaki ke dalam kafe mereka yang estetik ini.
Walaupun nampak agak tidak munasabah, tapi itulah hakikatnya. Mereka berempat juga berasa hairan dan ragu-ragu, namun ditepis sahaja perasaan tersebut.
Sekarang, mereka berempat perlu tabah menjalankan tugas lebih masa kerana kekurangan pekerja di dalam kafe tersebut. Wah, sadis betul. Dah viral pun masih tak ada pekerja baru yang diambil kerja.
"Ah, sedapnya. Ha kat situ, kat situ," Shasha mengarah Hani apabila dia memicit bahagian bahunya yang sakit. Fuh, puas je rasanya.
"Hm, saya peliklah. Nampaknya awak ni bawa tuah. Baru first day awak kerja terus ramai orang. Hiks," Hani mengelap air mata palsunya, konon sedih kerana dia tidak seperti Shasha yang membawa tuah. Shasha menayang wajah cemberut.
"Ngeh, ye ye je bawa tuah. Saya lagi suka kalau kafe kita lenggang je setiap masa. At least gaji masuk walau sikit–"
"Sha, pesanan meja 21 dah siap!"
"Aish jinjja," Shasha mendecit kecil apaba suara Jihee kedengaran dari dapur. Dia bukan marahkan Jihee, namun dia sudah terlalu penat! Haih, kenapalah tiba-tiba sahaja kafe mereka penuh orang? Tak suka lah!
"Arraseo! Dah tepi tepi, bye," ujar Shasha lalu berdiri dari duduknya. Apron dibetulkan lalu dia berjalan menuju ke dapur, namun dia terhenti dek satu figura menghalangi jalannya.
"Eh, bos?" soal Shasha terkejut. Spontan kepala terpusing ke arah bilik bos yang berada tidak jauh darinya. Oh my god, bos keluar bilik? Wah, ini memang tidak disangka-sangka.
Bos Shasha atau pemilik kafe ini, Puan Im, hanya terdiam apabila disapa Shasha. Sekelilingnya dipandang.
"Shasha. Boleh jumpa saya di bilik saya?" soal Puan Im. Shasha mengangguk kecil, terbit rasa hairan di dalam hati. Namun apabila teringat akan tanggungjawabnya, segera dia menahan bosnya dari pergi dahulu.
"Eh kejap bos, saya ada kena hantar pesanan untuk meja 21," cepat-cepat Shasha berkata. Baru dia ingin bergegas ke dapur, suara Puan Im menghentikannya.
"Hani, tolong hantarkan pesanan tu. Shasha, jumpa saya," arah Puan Im lalu terus masuk ke dalam biliknya. Hani yang dari tadi menghendap situasi itu terus membulatkan mata apabila dirinya disuruh melakukan kerja Shasha. Dia keluar dari bawah kaunter, tempat persembunyiannya tadi. Ala, bos nampak lah pula. Tak memasal kena ganti Shasha.
"Ala apa bos ni," cebik Hani. Baru sahaja ingin pergi mengambil pesanan, seorang pelanggan tiba di kaunter untuk membuat pembayaran. Tidak lama kemudian, datang lagi dua orang pelanggan.
"Eh. Alamak. Ottokae–" otak Hani sudah berhenti bekerja melihatkan terlalu banyak kerjanya yang pergi disiapkan. Shasha tersengih kejam ke arah Hani. Lantas dia melarikan diri dari situ.
"Bye Hani, goodluck!"
"Shasha tolonglah saya!"
Shasha tergelak kecil, namun setibanya di hadapan bilik bos laju dia berdehem kecil. Rambutnya dibetulkan. Nafas ditarik lalu pintu bilik tersebut diketuk sebanyak tiga kali.
"Masuk," arah Puan Im. Shasha menurut kata, masuk ke dalam bilik tersebut. Sekelilingnya dipandang.
Ini bukan kali pertama bos panggil dia. Biasanya, bos akan panggil setiap pekerja yang berbeza setiap minggu untuk diberi sedikit nasihat agar dia boleh membetulkan diri, ataupun memberi pujian kepadanya. Ya, selama ini, Puan Im memerhati tingkah laku mereka di kerja. Cuma dia tidak keluar dari bilik sahaja. Sebab tu jarang nak nampak muka dia.
Dan setiap kali mereka dipanggil, pasti disuruh masuk ke dalam biliknya. Sebenarnya ada je telefon yang menghubungkan bilik bos dengan kafe di luar dan selalunya Puan Im menelefon telefon kafe untuk menyuruh mereka masuk. Entah kenapa kalini dia sendiri yang keluar suruh Shasha jumpa. Mungkin keadaan kafe yang bising dan sarat dengan orang membuatkan deringan telefon tidak didengari kot.
"Ada apa puan panggil saya ni?" soal Shasha apabila dilihatnya Puan Im hanya terdiam sambil merenung kertas kosong di hadapannya. Puan Im mengangkat kepala memandang Shasha.
"Ah, maaf. Aigoo, saya asyik mengelamun sahaja baru-baru ni. Maklumlah, ada masalah sedikit di rumah," ujar Puan Im lalu mengukir sebuah senyuman. Shasha membalas dengan senyuman kecil. Dia sedia maklum dengan hubungan Puan Im dengan suaminya yang agak renggang. Sebab itulah Puan Im banyak menghabiskan masa di kafe. Malas bersua muka dengan suaminya yang hanya suka berjudi dan berseronok.
"Sebenarnya, Shasha..." Puan Im membuka bicara. Shasha diam, tekun mendengar.
Keadaan menjadi senyap seketika. Baru sahaja Shasha ingin bertanya, suara Puan Im terlebih dahulu memecahkan kesunyian.
"Awak baru sedar dari koma kan?" soal Puan Im. Dia menggigit bibirnya apabila gagal memberitahu tujuan utamanya dia memanggil Shasha kemari. Shasha tersenyum kecil, lalu kepala dianggukkan.
"Ya, betul tu. Maaf sebab lambat sedar, hehe. Kalau tak saya boleh masuk kerja awal sikit."
"Ani, ani, gwaenchana," Puan Im tersenyum nipis. Kepala ditundukkan menghadap kertas kosong di hadapannya. Baiklah, dia kena buat benda ni!
"Mianhaeyo."
"Eh?" soal Shasha perlahan. Hairan apabila bosnya tiba-tiba sahaja meminta maaf. Dipandangnya wanita itu yang sudah mengalihkan pandangan, tidak mahu bertentang mata dengannya.
"Waeyo?" soal Shasha tidak faham. Yelah, takde angin takde ribut tiba-tiba je minta maaf?
Puan Im mengeluh kecil. Sudah masanya Shasha tahu, namun hatinya terasa sungguh berat ingin memberitahu. Perasaan bersalah mencengkam diri. Dari hari Shasha kena langgar lagi, dia rasa diri dia teruk. Namun apa yang boleh dia buat, dia sudah pun terlanjur melakukan perkara ini.
"Saya rasa macam sayalah punca awak kemalangan dan koma."
"Eh, kenapa puan cakap macam tu?" Shasha tergelak kecil mendengar ucapan Puan Im. Aigoo, apa pula dia punca kemalangan tu? Bukannya Puan Im yang tolak dia ke tengah jalan. Dia yang...
Hm, sebenarnya Shasha tak ingat mana kejadian kemalangan tu dulu. Tapi Jihee pernah beritahu yang dia dilanggar lari. Lampu untuk pelintas jalan kaki dah hijau, tapi ada kereta laju melintas. Kebetulan pula Shasha seorang je yang melintas masatu. Kereta tu pula lepas langgar terus lari dan menghilangkan diri tanpa jejak. Polis pun dah putus asa menyiasat.
Apa-apa pun, dia pasti Puan Im tiada kaitan langsung dengan kemalangan tu. Mungkin dia rasa bersalah sebab waktu tu waktu Shasha pulang dari bekerja?
"Ani..." Puan Im mengeluh.
"Gwaenchana! Puan tak bersalah pun,and saya pun baik-baik je. Tengok!" Shasha mendepakan tangan lalu berpusing-pusing di situ bersama sengihan. Puan Im tersenyum kecil melihat gelagat Shasha. Teringat pula akan arwah anak gadinya.
"Tapi Shasha... Haih, awak tak faham."
"Ani, jinjja. Puan tak bersalah pun. Lainlah kalau..." Shasha meleretkan suara. Matanya dibulatkan. Mulutnya yang sudah terlopong ditutup dengan tangan.
"Puan yang bawa kereta tu?"
"Eh tak!" laju Puan Im menafikan. Shasha tergelak kecil. Ya, dia tahu. Saja test. Tengok riak cemas Puan Im. Lagipun, Puan Im dah anggap dia seperti anaknya sendiri walaupun jarang keluar bilik. Tak mungkinlah dia sanggup melanggar Shasha.
...kan?
Puan Im menghela nafas. Baiklah, dia kena kuat. Wajah Shasha dipandang. Masa untuk memberitahu Shasha.
"Saya nak beritahu sesuatu pada awak. Tapi, sebelum tu, saya nak minta maaf sangat-sangat."
"Aigoo, puan tak–"
"Stop kata saya tak bersalah. Hakikatnya saya memang bersalah pun," potong Puan Im. Shasha tersenyum kecil. Kerusi berhadapan dengan Puan Im didudukinya setelah diberi isyarat olehnya.
"Apa dia?" soal Shasha. Terasa teruja pula ingin mendengar butir bicara bosnya. Haih, dah 3 bulan kot tak jumpa. Rindu!
Puan Im menghela nafas.
"Awak masih ingat lagi... Shanderella?"
"Hah?" soal Shasha. Berkerut dahinya apabila perkataan yang asing itu kedengaran di telinganya. Shanderella? Apa tu, haiwan ke?
"Natang– eh, binatang apa tu?" soal Shasha. Puan Im mengerutkan dahi melihat reaksi Shasha. Eh, budak ni tak ingat atau buat-buat tak ingat?
"Tak, tak. Ni bukan binatang. Tu kamu lah. Nama kamu," ujar Puan Im. Makin berkerut dahi Shasha tidak faham. Nama dia? Nama dia Park Isya. Sesat mana pula Shanderella ni?
"Aniyo, tu bukan nama saya. Nama saya Park Isya je. Takde nama lain dah," ujar Shasha. Puan Im menggelengkan kepalanya menidakkan, lalu mengeluh perlahan.
"Saya rasa, awak dah tak ingat..."
"Bukan saya tak ingat, tapi saya memang betul-betul takde nama macam tu. Lagipun, nama tu nampak buruk hehe. Mana padan dengan saya yang comel ni!"
Okey, Shasha pun rasa nak termuntah di situ disebabkan pujian terhadap diri sendiri. Namun melihatkan Puan Im tergelak kecil, terus hilang rasa geli itu. Rasa bangga pula dapat buat bos sendiri tergelak.
"Hm. Kalau begitu, tak apalah," ujar Puan Im. Senyumannya mengendur. Terbit niat ingin merahsiakan segalanya dari pengetahuan Shasha. Sekurang-kurangnya, Shasha tak sakit mana bila teringat kenangan lepas.
Lagipun, kalau Shasha tak ingat nama tu, mesti dia tak ingat segala benda yang berlaku kat sana kan? Dan semestinya, dia takkan ingat dia.
"Awak boleh keluar. Maaf mengganggu–"
"Shireoo~" potong Shasha. Puan Im mengangkat kening ke arah Shasha yang sudah tersengih.
"Saya tak pernah ada nama asing tu, tapi puan teruskan jelah apa yang puan nak cakap hoho. Saya dengar," ujar Shasha sambil tersenyum. Terkedu Puan Im seketika. Ah...
"Ka–Kamu pasti?" soal Puan Im. Shasha menganggukkan kepala, yakin.
Alaa, bagilah dia duduk berehat seketika dari kerja yang menyakitkan badan tu. Dia lebih rela dengar Puan Im bercerita daripada layan pelanggan kat luar. Biarlah Hani botak kepala menjadi penjaga kaunter dan pelayan sekaligus. Hehehe.
Lagipun...
Entahlah, walaupun nama tu terasa asing pertama kali mendengar, namun semakin lama, nama itu menjadi semakin familiar...
Tak semena-mena minda Shasha teringat akan mimpi ngeri yang selalu dialaminya.
Puan Im mengetap gigi. Dah kalau Shasha nak dengar, maksudnya dia sudah tidak boleh merahsiakannya lagi. Wajah Shasha dipandang.
"Awak ingat tak masa awak dan yang lain jumpa buku Cinderella dalam freezer di dapur?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro