-ˋˏ ❝ Chapter 31 ❞ ˎˊ-
Memerah pipi Shasha jadinya.
"M–Mwo?" soal Shasha agak kuat. Tak sangka pula Joshua cakap macam tu. Tiber je. Shasha pun tak bersedia. Joshua tersenyum senget melihat reaksi Shasha. Aigoo, comel!
"Sebab saya sayang awak. Saya fikir nak tinggal lama sikit kat dunia ni. Dia pun cakap saya ada tempoh 2 bulan lebih lagi untuk duduk sini. Tapi tulah, kalau saya balik saya dah tak boleh datang ke dunia ni lagi. Sebab tu saya nak spend time banyak sikit dengan awak," terang Joshua.
Shasha tergamam seketika. Terharu dengan sifat Joshua. Dia juga tergamam dengan sifat dunia ini. Wah, macam tu dia layan Joshua. Layan dia macam apa je! Tahulah Joshua dapat selesaikan misi dia lagi awal, tapi at least bertolak ansur lah pada dia! Ini asyik tolak masa, tolak masa, dan tolak masa!
"Dia kata dia ada tolak masa musuh saya sebab saya berjaya selesaikan misi saya lagi awal dari dia..." ujar Joshua, suaranya mulai mengendur. Shasha mengecilkan mata mendengar ayat itu. Seolma...
"Mwoya..." gumam Shasha perlahan. Jadi selama ni, Joshua musuh dia? Wah, dia langsung tak sangka. Dia fikir mungkin Hani ke... Jungkook... Atau character lain dalam dunia ni. Dia langsung tak terfikir yang Joshua...
"Tapi..." ujar Shasha, kepala dipusing memandang wajah Joshua.
"KENAPA TAK BERITAHU SAYA AWAL-AWAL? MASA SAYA BAGITAHU AWAK TU, KENAPA AWAK TAK BAGITAHU JUGA KAT SAYA YANG AWAK PUN SAMA MACAM SAYA?"
"Sha, relax–"
"AWAK INGAT SAYA BOLEH RILEK KE DENGAN PISAU KAT LEHER AWAK TU?!"
Joshua tergelak kecil. Lehernya ditekan dengan sebelah lagi tangannya. Sakit pula leher dia bila gelak, tapi dia tak mampu tahan diri dia selepas tengok Shasha. Shasha mengambil nafas, penat menjerit. Riak tidak puas hati ditayang.
"AWAK GELAK? AWAK INGAT SITUASI NI BOLEH DIBUAT MAIN–"
"Awak comellah Shasha."
Terdiam terus Shasha jadinya. Pipinya mula menjadi merah.
Joshua tersenyum kecil.
"Saya sengaja berlakon jadi macam character dunia ni hehe. Dulu saya ingat awak pun character dunia ni. Jadi, sebab tu saya cakap, kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi. Lagipun kita sama-sama berasal dari dunia lain kan?" tutur Joshua lembut.
Shasha menggigit bibir. "Tapi– TAPI KOREA SELATAN TU BESAR! AWAK INGAT MACAM DRAMA KE NAK TERSEREMPAK MACAM TU JE?" soal Shasha.
Betul, Korea Selatan kan luas. Kat mana dia nak cari Joshua nanti?
"Aigoo. Saya ada je kat daerah–"
Joshua terhenti seketika. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Shasha yang melihat menjadi risau seketika.
"Kenapa?" soal Shasha. Joshua mengangkat kepala memandang Shasha.
"Saya... Tak ingat lah saya tinggal kat mana."
"Eh?" soal Shasha pelik. Kening diangkat. Apa ni, Joshua ada amnesia ke apa?
"Ish. Kalau camtu, awak lah yang cari saya dekat..."
Shasha terdiam seketika. Cuba mengingati tempat tinggalnya di dunia satu lagi. Berkerut dahinya.
"Kat mana eh...?" gumam Shasha perlahan. Dia cuba mengingati nama-nama negeri Korea Selatan tapi langsung tiada apa yang dia ingat.
Apa yang berada di dalam fikirannya hanyalah negeri Cinderella.
"Sha..." panggil Joshua. Jarinya menunding ke arah sebuah tulisan bercahaya yang muncul di hadapannya, di antara Shasha dan Joshua.
"Guess you're staying here for too long huh?"
"Hah? Maksudnya, ni effect sebab kita duduk lama sangat kat dunia ni ke?" soal Shasha. Joshua sekadar mendiamkan diri lalu kepala dianggukkan perlahan. Shasha mengetap bibir. Geram.
Keadaan menjadi senyap seketika apabila tulisan bercahaya itu mula menghilang. Shasha mengangkat kepala memandang Joshua yang tampak sedang berfikir.
"Lepastu? Sekarang nak buat apa?" soal Shasha. Joshua memandang wajah Shasha. Anak mata mereka bertemu. Dia tersenyum nipis.
"Saranghae Sha," tutur Joshua sayu. Membulat mata Shasha tatkala pisau itu diangkat oleh Joshua lalu diacu ke lehernya.
"ANDWAE!" Jerit Shasha, laju berlari menuju ke arah Joshua untuk merampas pisau tersebut. Terhenti terus perbuatan Joshua apabila Shasha menghampiri. Pisau tersebut diacu ke arah Shasha secara refleks, terhenti langkah Shasha secara mengejut.
"Eh! Berhenti kat situ! Jangan dekat!" arah Joshua. "KALAU TAK APA? AWAK NAK TIKAM SAYA? MEH LAH TIKAM MEH LAH!" Shasha membalas, kakinya mengambil langkah mendekati Joshua dengan beraninya.
"Kalau tak– saya tikam diri saya!"
Kaki Shasha berhenti secara drastik apabila Joshua mengacu pisau itu ke perutnya. Air liur ditelan.
"Shua... Janganlah macam ni. Kenapa awak mesti bunuh diri awak? Kan ada banyak lagi sad ending yang boleh kita cipta!" kata Shasha, nada suaranya lebih lembut kali ini. Redup anak matanya membalas pandangan Joshua.
Tak. Dia tak nak kehilangan Joshua. Dia dah korbankan diri dia untuk sampai ke tahap ini. Sanggup Joshua bunuh diri dia?!
"Shua, jebal. Jangan bunuh diri. Awak pun tahu kan sakit yang kita alami 2 kali ganda sakit biasa. Saya kena tarik rambut haritu pun berbisa dia macam kena pijak gajah. Inikan awak tikam diri awak..." suara Shasha semakin mengendur.
Joshua terdiam seketika. Teringat pula waktu di mana Shasha tarik rambut dia di dalam kereta kuda semasa pertemuan kedua mereka. Dia mengaku dia nampak cengeng dan tak gentle bila menangis, tapi sumpah sakit gila!
"Kalau awak nak bunuh diri sangat, jom lah kita bunuh diri sama-sama eo? Kita terjun istana ni. Jom," ajak Shasha. Tangannya dihulur, berharap agar Joshua bersetuju dengan ideanya.
Joshua menggeleng kepala. Senyuman ditayang. "Saya tahu ada banyak lagi sad ending. Tapi tak sempat sayang. Ini je yang terlintas di fikiran saya..." ujar Joshua lembut.
Menangis teresak Shasha jadinya.
Kenapa...
Kenapa Joshua yang mesti pergi?!
Tak, kenapa dia kena cipta sad ending?!
Tak boleh ke dunia ni minta mereka berdua cipta happy ending je sama-sama?!
Kenapa mesti sad ending?!
Teruk sangat ke Shasha ni... Sampai dunia ni nak seksa dia macam ni...
"Janganlah menangis," tutur Joshua. Lembut hatinya melihat cinta hatinya menangis disebabkan dirinya. Tapi apa yang dia boleh buat?
"Mianhae. Ni untuk kebaikan awak juga. At least, awak takdelah sakit mana," tambahnya. Shasha mengangkat kepala memandang Joshua. Jelas kelihatan air di tubir matanya.
"Paboya! Saya sakitlah bila tengok awak mati! Awak ingat saya happy ke? Nak saya gelak? Hahaha?" jerit Shasha kuat. Air matanya mengalir deras.
Joshua sekadar tersenyum melihat Shasha. Nampaknya memang inilah takdir mereka berdua. Air matanya dikesat, tidak mahu nampak lemah di hadapan Shasha.
"Shua please. Jangan bunuh diri. Saya rela saya mati kat sini sebab tak selesaikan misi tu daripada tengok awak mati depan mata saya macam ni..." ujar Shasha. Bergetar suaranya.
"Macam mana... Kalau lepas ni kita dah tak boleh berjumpa dah? Kita sendiri tak tahu kita tinggal kat mana! Macam mana kita nak berjumpa lagi? Saya... Tak nak..."
Shasha menangis teresak. Tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi.
Joshua mengetap bibir. Air matanya dikesat. Kalau boleh, dia mahu memeluk Shasha sekarang ini. Dia mahu mengesat air mata yang mengalir di pipi Shasha.
Tapi dia tidak mampu. Dia akan merasa lebih berat untuk meninggalkan gadis itu nanti.
Biarlah dia pergi sekarang sebelum dia berubah fikiran.
Teruk betul dia ni, kan?
"Sha..." panggil Joshua. Shasha mengangkat kepala memandang Joshua, masih teresak. Joshua mengangkat tangannya, cuba mengesat air mata Shasha dengan jarak jauh.
"Kenapa..." Shasha bersuara dalam esakannya. Tangannya diangkat, cuba meraih tangan Joshua, namun tidak kesampaian. Wajahnya ditekup. Dia tak sanggup...
Joshua tersenyum pahit. Pisau di tangan dibawa menuju ke perutnya. Nafas dalam ditarik.
"Saranghae Shasha..."
"ANDWAE!" Shasha laju mengangkat kepalanya. Membulat matanya melihat Joshua sudah mengangkat pisau untuk menikam dirinya. Sepantas kilat kakinya berlari laju ke arah Joshua bagi menghentikan perbuatan itu.
Namun, dia terlambat...
Pisau itu sudah selamat berada di perut Joshua.
"Andwae..."
Dunia itu bagaikan bergerak secara perlahan ketika itu. Anak mata Shasha bertemu dengan anak mata Joshua. Mereka berdua berbalas pandangan buat seketika sebelum tubuh Joshua jatuh dengan lemah ke atas lantai.
"SHUA!" jerit Shasha kuat. Laju dia berlari menuju ke arah tubuh Joshua. Kepala Joshua dirangkul. Menangis teresak-esak dia seperti seorang gila.
"Andwae andwae! Jangan tinggalkan saya. Jebal," ujar Shasha cemas. Secara refleks tangannya menarik pisau yang berada di perut Joshua lalu dibaling jauh. Tangannya menekan kuat perut Joshua untuk menghentikan pendarahan.
"Ah..." Joshua mengaduh perlahan. Berkerut dahinya merasai sakit yang teramat. Perasaan menyesal mula muncul di benak hatinya, namun apabila wajah Shasha menyapa pandangannya, perasaan itu beransur hilang.
Joshua tersenyum kecil memandang wajah Shasha. Tangannya yang sudah dipenuhi darahnya diangkat bagi memegang pipi Shasha. Shasha laju sahaja memegang tangan Joshua, tangisannya semakin laju keluar.
"Sa–"
Tidak sempat menghabiskan ayat, Joshua terbatuk darah di situ. Makin kuat tangisan Shasha.
"Jangan cakap apa-apa! Awak bertahan. Saya bawa awak pergi hospital ya?" Shasha bersuara diikuti dengan tangisannya. Kiri kanan dipandang.
"Tolong! Ada orang tak? Tolong!" jerit Shasha kuat sambil melihat sekeliling. Joshua memegang tangan Shasha yang berada di perutnya, membuatkan Shasha mengalih pandangan ke arahnya. Joshua menggeleng pelan.
"Sa–Saya dah suruh... Kosongkan is–istana–"
Sekali lagi Joshua terbatuk darah. Shasha menangis kuat. Kepalanya digeleng. Pandangannya sudah tidak jelas dek tangisan yang bertakung di mata. Shasha melihat ke arah perut Joshua. Sedaya upaya dia menekannya walaupun sudah banyak darah yang keluar membasahi baju Joshua.
"Ke–Kenapa...!" Shasha cuba untuk bersuara, namun tidak mampu. Hanya esakan yang keluar dari mulutnya.
Sumpah... Dia tak kuat...
Joshua terbatuk kecil. Matanya terasa semakin memberat. Wajah Shasha dipandang. Perlahan-lahan tangannya diangkat memegang pipi Shasha.
"Sa– Sara–"
Sekali lagi Joshua terbatuk darah. Shasha menggeleng kepalanya laju. Tangan Joshua di pipinya dipegang.
"A–Ani. Jangan cakap apa-apa..." arah Shasha. Joshua sekadar menayang satu senyuman walaupun sakit yang dialaminya sungguh teruk. Badannya semakin lemah. Namun dia berusaha untuk kekal terjaga.
Dia perlu mengucapkan ini kepada Shasha...
...sebelum dia meninggalkannya.
"Sa–Saranghae Shasha..."
Joshua terbatuk. Matanya menjadi semakin kuyu. Dia menghadiahkan satu senyuman kepada Shasha sebelum perlahan-lahan matanya tertutup. Tangannya yang berada di pipi Shasha jatuh ke bawah.
"Andwae..." Shasha menggeleng kepala. Tubuh Joshua dipeluknya sambil menangis kuat.
"Shua bangun! Ja–Jangan tinggalkan saya!" ujar Shasha teresak. Kepalanya dipusing melihat sekeliling.
"Tolong! Takde orang ke! Tolong..." suara Shasha semakin mengendur. Ketika itu, sebuah tulisan bercahaya muncul di hadapannya.
"Congrats, you have finish your mission– create sad ending. Be ready to go back in a minute."
Shasha menggeleng kepala. Kepalanya ditundukkan lalu dia menangis kuat. Tangannya dikepal menjadi penumbuk.
"Kenapa... Kenapa perlu buat saya macam ni...?" soal Shasha sayu. Tangisannya dikesat. Pada saat itulah anak matanya terpandang akan pisau yang berada tidak jauh dari situ.
Pisau...
Tubuh Joshua dipandang.
"Shua. Sa–Saya pun nak ikut awak juga..." tutur Shasha perlahan. Dia cuba mencapai pisau tersebut.
"Kenapa jauh sangat..." soalnya perlahan. Dia berdiri dari duduknya, namun kembali terjatuh kerana kakinya yang terlalu lemah untuk menampung badannya.
Dia sudah tidak bermaya selepas Joshua meninggalkannya.
Shasha terdiam seketika. Cuba mengumpulkan tenaga. Pisau itu dipandangnya. Sekali lagi dia cuba berdiri.
"Be ready to go back..."
Terhinjut bahu Shasha terkejut. Spontan dia melihat sekeliling apabila satu suara asing kedengaran. Suara siapa tu? Tubuh Joshua yang terbaring lemah si atas lantai dipandang.
"S–Shua?" soal Shasha. Dia terduduk di sebelah tubuh Joshua lalu digoncangkan pelan tubuh kaku itu.
"...in 10..."
Suara itu kedengaran lagi. Shasha melihat sekeliling.
"...9..."
"Ada orang ke?" soal Shasha. Namun langsung tiada kelibat yang dia lihat di sana.
"...8..."
Shasha terdiam seketika. Mindanya kosong.
"...7..."
Sekejap...
"...6..."
Membulat mata Shasha. Adakah ini kiraan untuk dia kembali semula ke dunia asal?
"...5..."
Pisau yang berada tidak jauh darinya dipandang. Laju Shasha berdiri dan berlari menuju ke arah pisau tersebut.
"...4..."
Tak. Dia kena bunuh diri dia juga sebelum balik!
"...3..."
Seperti tidak mahu Shasha membunuh diri, kaki Shasha secara tidak sengaja tersadung. Shasha terjatuh di atas lantai tersebut. Dia mengaduh kecil.
"...2..."
Pisau yang berada tidak jauh darinya dipandang. Selaju yang mungkin, Shasha bangkit lalu menuju ke arah pisau tersebut.
"...1..."
Pisau itu berjaya Shasha ambil. Laju dia mengangkat pisau itu untuk menikamnya di perutnya. Belum sempat pisau itu ingin menikam dirinya, suatu cahaya putih muncul dan memenuhi ruangan tersebut.
"Mission accomplished."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro