-ˋˏ ❝ Chapter 3 ❞ ˎˊ-
Aku membuka mata.
Ugh, gelap namatey!
Aku cuba mengubah posisi daripada baring kepada duduk. Kepala yang tiba-tiba sahaja pening aku pegang.
Kejap kejap, aku nak ingat balik apa yang berlaku.
...
...
...
HEOL
AKU KENA LANGGAR KAN?
Terus pipi aku tekup. Satu badan aku raba.
Semua still lengkap. Aku takde rasa sakit apa-apa pun kecuali kepala yang pening ni.
Pelik ni. Takkanlah aku amnesia? Tak ingat apa yang berlaku selepas kena langgar dengan kereta?
Tapi aku ingat je nama aku. Park Isya. 21 tahun. Pendek dan comel. Bekerja di Apple Café. Ada kawan hanat bernama Hani, Nayun dan Jihee.
Eh, cakap pasal kawan, diorang kat mana eh? Kenapa sekeliling aku ni gelap sangat? Ke aku yang lupa buka mata ni. Terus tangan aku naik meraba mata. Aduh mata aku! Cepat aku tutup mata. Alahai, tercucuk mata sendiri lah pula.
Tapi seriuslah. Kenapa aku tak ingat apa-apa selain kena langgar? Patutnya aku ada kat hospital kan?
Jangan-jangan...
WEH TAKKANLAH AKU KENA CULIK
SJSJJSJSJSJSJSJ
Aku cuba meraba sekeliling. Please lah, kalau tersentuh dinding pun jadilah. Sebab di mana ada dinding, di situ ada suis lampu. Tak pernah lagi aku dengar orang pasang suis lampu kat lantai.
Raba punya raba satu benda pun haku tak sentuh. Dinding ni memang berpakat larikan diri dari aku ke apa. Tahulah tangan aku terlalu suci untuk sentuh dia huh!
Aku cuba berdiri dan mengimbangkan diri. Setapak aku berjalan ke hadapan sambil tangan berada di awangan, masih cuba mencari objek di sekitarku.
Terhenti terus kaki aku apabila tanganku menyentuh suatu objek yang keras. Terus aku meraba-raba objek yang baru dijumpai. Sah, ni dinding! Yeheet!
Aku meneruskan sesi meraba untuk mencari suis lampu. Agaknya aku memang bernasib baik kerana tersentuh seutas tali yang tergantung di dinding itu. Mungkin dia pakai suis lampu yang tarik-tarik kot? Ala husnudzon je.
Fuh. Aku menarik nafas. Aku kira sampai tiga, lepastu aku tarik. Okey.
Satu...
Dua...
Fuh nebes nebes.
Tiga!
Aku menarik tali yang baru dijumpai sambil menyepetkan mata, bersedia sekiranya cahaya menerobos masuk ke dalam kornea mataku. Namun aneh, hanya kegelapan yang aku dapat rasa. Mata aku buka luas-luas. Still gelap.
Tali yang berada di genggaman aku tarik berulang kali. Mende niiii. Ingatkan suis lampu. Aish!
Aku membaling tali itu geram. Eiii dasar tali bagi fake hope!
Sedang aku sibuk menyumpah seranah tali ini, tiba-tiba satu cahaya yang membutakan muncul di hadapan mata aku.
Kalut aku menutup mata sambil dahi terkerut-kerut menahan silau. Yaish, muncul sudah kehodohan yang aku simpan selama ni.
Cahaya yang pada awalnya terlalu bercahaya seperti wajah aku mula pudar cahayanya sedikit demi sedikit. Aku membuka mata untuk melihat cahaya apa yang tetiba je muncul dan membutakan mata aku. Inilah yang dinamakan datang tak diundang pergi tak disuruh. Ngeh.
"Eh?"
Aku menggosok mata beberapa kali. Pipi juga ditampar bagi memastikan benda yang aku nampak ni betul. Seriuslah?
"T-Tulisan bercahaya?" tanyaku agak perlahan. Tulisan bercahaya yang elok terapung di depan mata aku pandang dengan riak taksub. Gila ah. Aku mimpi ke apa ni? Kefantasian dia menyerlah.
"Selamat datang, Park Isya. Kamu telah berjaya disedut ke dalam dunia Cinderella ini sebaik kamu dilanggar kereta tadi. Sila ikut arahan ini sekiranya kamu ingin keluar dari dunia ini dan kembali ke kehidupan asal kamu."
Terdiam aku selepas habis membaca ayat yang tentera di situ. Takleh brain do. Benda ni terlalu mengarut untuk aku. Kalau Hani yang baca ni boleh lah dia percaya bulat-bulat hm.
Tapi dari mana dia tahu nama aku eh? Full birthname pulak tu hoho. Bagi aku acah selebriti jap. Bangga bangga.
Disedut? Pft cara dia cakap tu macam aku ni boba yang disedut oleh manusia masuk ke dalam mulut. Eh cakap pasal boba ni tetiba craving boba. Haih boba sedap.
Cinderella? Wait wait. Asal macam familiar je. Cinderella cerita dunia khayalan dunia impian tu ke? Yang movie tu kan? Dah buat apa dia nak sedut aku masuk sini nya? Takde keje lah. Asal tak sedut pelakon movie Cinderella tu je. Menyusahkan aku betul. Ngeh.
"Kamu tahu tentang cerita Cinderella bukan? Cerita tentang seorang gadis yang didera ibu dan kakak tirinya. Dia tidak dibenarkan keluar dari rumah dan seorang pari-pari telah membantunya pergi ke majlis tari menari seorang putera dengan syarat dia perlu pulang sebelum pukul 12:00 pagi. Gadis itu terlalu leka dengan putera itu sehingga tidak sedar sudah hampir pukul 12:00 pagi. Sejurus loceng berbunyi, gadis itu kalut berlari pulang sehingga terjatuhkan kasut kacanya. Putera itu sanggup memasang kasut kaca itu di kaki setiap gadis di kota itu semata-mata ingin mencari gadis pujaan hatinya yang menghilangkan diri."
Iye iye aku tahu. Rasanya semua orang tahu kisah dia ni. Tak perlu kot dia cerita satu-satu ngeh. Habis masa je.
Aku hanya memerhati tulisan itu sehingga ia bertukar menjadi tulisan lain. Sementara itu, aku mengorek hidung mencari taik. Rasa macam ada something je dalam hidung ni.
"Untuk keluar dari dunia ini, kamu diberi satu misi untuk menamatkan cerita ini dengan sad ending dalam masa 3 bulan. Jikalau boleh, kamu harus membuat penonton berasa sedih sehingga bercucuran air mata mereka mengalir keluar. Sekiranya kamu gagal menamatkan cerita ini dengan sad ending dalam masa 3 bulan, kamu akan terperangkap di dalam dunia ini buat selamanya dan menghidap penyakit kanser yang tidak dapat disembuhkan, kamu akan mati secara perlahan-lahan."
Weh, dia memang benci aku ke apa? Dahla sedut aku dalam 'dunia' ni tanpa izin aku lepastu kalau aku tak dapat selesaikan misi ni sesuka hati mak bapak dia je nak bunuh aku. Hek eleh.
Sad ending eh? Patut ke aku bunuh je putera tu? Ke macam kejam sangat? Tapi erm diorang bukannya hidup pun kan? Macam aku? Tak kan? Diorang just character je en.
Hm bila difikirkan balik, benda ni dah macam cerita W and Jumanji duh. Dua-dua kena sedut ke dalam dunia komik dan dunia game pft. Yang aku ni kena sedut dalam dunia apa pula? Dunia movie? Ngeh.
"Ha lepastu? Bawa lah saya jumpa putera tu. Bagi saya bunuh dia sekarang. Lagi cepat lagi bagus kan," aku mengangkat kening ke arah tulisan bercahaya itu. Ye, aku akui tindakan ni agak pabo dah shh.
"Semoga berjaya."
Ceh, sempat lagi dia. Tadi bukan main nak bunuh aku.
Tiba-tiba kedengaran suatu bunyi dari belakang aku berserta cahaya di belakang aku. Sepantas kilat, aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang perempuan sedang berdiri di muka pintu. Mukanya tak kelihatan kerana dia membelakangi cahaya.
Oh, jadi aku ada dalam bilik gelap ni tadi. Aku ingatkan dia dah tanam aku dalam kubur ke lepastu putera tu selamatkan aku. Maklumlah 'dunia' ni kan anti dengan aku.
"Hey kau, meh sini!" Perempuan itu menjerit dan memeluk tubuhnya. Sebelah tangan dikipas di bahagian hidungnya, gaya macam terbau benda busuk.
Spontan kepala aku toleh ke kiri kanan. Erk, aku ke? Aku ada nama okay. Eii dahla jerit macam pondan. Aku syak dia ni mesti adik prince tu kan?
Tapi suara dia macam familiar je uhuks.
"Hey, bila aku panggil, datanglah sini!" Perempuan itu menghentakkan kakinya ke lantai beberapa kali. Aku mengecilkan mata memandangnya. Dah kenapa do.
"Dasar anak pungut!" Agaknya perempuan ni dah mula hilang sabar apabila dia berjalan masuk ke dalam bilik gelap ini. Tanpa sebarang amaran, rambut aku direntapnya kasar.
WEH SAKITLAH GILAAAAAA
"Woi sakitlah!" Berkerut dahi aku menahan sakit. Seakan sengaja ingin aku terseksa, perempuan ini menarik aku keluar dari bilik. Hampir tersadung aku mengikut jejak langkahnya. Apa kes perempuan ni? Dia pun anti aku juga ke macam dunia ni?
"Aduh!" Aku mengaduh apabila badanku ditolak jatuh ke atas lantai. Kulit kepala yang rasa ingin tercabut aku usap. Astaga sakitnya.
Sehelai kain dibaling kasar ke atas badanku yang terduduk di atas lantai ini.
"Kau tengok lantai ni! Kotor kan? Pergi lap cepat!"
Perempuan ini selamba mengarahkan aku. Eiii lepas tarik rambut aku, sesuka hati je nak suruh aku buat kerja! Ingat aku ni apa, bibik?
"Yah!" Aku menjerit geram dan terus berdiri lalu menunding jari ke arahnya. Terdiam terus aku apabila melihat wajahnya.
N-Nayun?
Speechless teruk aku apabila melihat Nayun yang elok memeluk tubuh di hadapan aku. Nayun memberi pandangan jijik kepadaku. "Kau nak apa ha perempuan?" tanya Nayun.
"Nayun? Im Nayun?" tanyaku. Pipi Nayun aku tekup dengan perasaan berbelah bahagi. Nayun terus menepis kasar tanganku dan menjauhkan diri dari aku. Wajah jijik tidak lupa dipasang sekali.
"Jauhkan tangan kotor kau dari aku! Arh jijik! UNNIEEE!" Nayun menjerit kuat. Aku yang masih tak boleh percaya ada Nayun di sini masih melihat taksub ke arah Nayun. Atas bawah aku pandang. Sumpah macan Nayun! Kecuali baju dia yang macam old-fashioned gitu.
"Wae wae wae?" Satu suara familiar kedengaran dari belakang aku. Bunyi tapak kaki seseorang semakin mendekat. Seorang perempuan bergerak laju menghampiri Nayun yang sedang menekup pipinya sambil tercebik.
"Tu! Betina tu sentuh pipi adik tadi," Nayun mencebik sambil menunding jari ke arahku. Perempuan di sebelahnya menoleh memandangku.
Aku bagai terkena kejutan budaya buat kali kedua.
JIHEE?!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro