-ˋˏ ❝ Chapter 29 ❞ ˎˊ-
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
Terbuka mata Hani apabila mendengar bunyi bayi merengek di petang hari. Ganggu tidur dia je! Bebola matanya dikesat.
"Boleh pula ada baby sesat dalam istana ni?" gumam Hani perlahan. Dia membetulkan posisi baringnya, cuba untuk tidur semula. Namun, hilang terus mood tidurnya apabila sedar akan tempat dia baring.
"Weh. Ni lantai ke?" Hani merengus kecil. Lantai itu ditumbuknya geram.
"Aduhh aku pengsan semalam bukan nak tolong angkat naik atas katil. Sumpah tak gentle langsung Joshua tu. Dibiarnya aku atas lantai. Huh! Nasib juga bagi bantal dengan selimut," Hani membebel kecil. Dia mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk.
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
"Baby tu pun asal bunyi pelik sangat?" Berkerut dahi Hani. Rambut pendeknya dipegang dan sekelip mata sahaja rambutnya terikat dua dalam bentuk bun.
"Dah lah. Fedup lah dengan semua orang kat sini. Tahulah aku ni watak sampingan je. Huh!" Hani mula membebel sekali lagi. Seketika dia terhenti.
"Eh? Watak sampingan?" Hani menggaru kepala. Kenapa... Dia cakap benda yang dia tak nak cakap pun tadi?
"Um ala betul lah tu. Aku ni kan watak sampingan je dalam keluarga diorang. Hiks, darah keturunan diraja pun takde! Lepastu menyemak kat istana ni! Arhsgshshjsksjgejs–"
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
"Shuaaaaa~"
"Eh baik aku cari baby tu. Mana tahu Hyeongjun lebih terpikat ke lepas tahu aku ni janda. Janda hots. Aumms!" Hani terus berdiri dan dari duduknya.
"ARGHHHH"
"WARGHHHHH"
Terjerit dua ekor beruk di dalam bilik itu.
"BUNYI APA TU BUNYI APA TU" Kalut Hani memandang sekeliling bilik sebelum anak matanya tertancap pada Shasha yang berada di atas katil dengan mata membulat.
"Duh, awak jerit apasal?" Hani menayang wajah kerek. Shasha yang masih lagi terkejut terdiam di situ. Terkelip-kelip matanya memandang Hani.
"Sejak bila awak ada kat situ?!" tanya Shasha kuat. Tanjat gegirl duh! Hani menggaru kepala yang tidak gatal.
"Sejak semalam...? Cih, lupa lah tu. Hm takpe. Faham. Ingat Joshua je kan?" Hani melabuhkan punggung di atas katil dan mencebik kecil. Shasha tersenyum kecil melihat perangai gadis itu.
"Ala bukan lupa, tak ingat je. Ha awak nak pergi mana?" tanya Shasha cuba mengubah topik. Hani memusingkan kepala memandang Shasha. Sekali imbas macam penanggal.
"Oh ye. Awak takde dengar bunyi baby ke tadi?"
Shasha mengangkat kening. "Baby?"
"Ye baby. Saya dengar baby tu nangis Shshshshuwaaa tadi. Tak dengar ke?"
Shasha mengemam mulutnya, cuba menahan gelak. Wajah polos Hani dipandangnya.
"Oh. Bunyi ni ke? Shuaaaaa~"
Berubah terus riak wajah Hani.
"Yah! Neo–!"
"Wae, wae?" Shasha menjelir lidah ke arah Hani. Hani menghembus nafas kuat. Eiii!
"Hehe," Shasha sekadar tersenyum tidak bersalah. Jarinya juga diangkat dua untuk membuat simbol 'peace'. Tak cukup dengan itu matanya dikenyit.
"Aih jinjja!" Hani mengalihkan pandangan.
Aduh, tergugat hati jantan dia!
"Dah lah. Saya nak pergi. Awak bersenang-lenang lah dengan Shua. Merajuk." Hani berdiri dari duduk. Belum sempat dia nak teleport, Shasha terlebih dahulu memegang lengan Hani.
"Um. Boleh tolong panggilkan Shua? Hoho," minta Shasha tanpa segan-silu. Di wajahnya langsung tidak terpancar sebarang rasa serba salah, membuatkan Hani berasa geram dengan perangainya itu.
"Nak Shua? Panggil sendiri!"
Lalu sekelip mata sahaja peri itu sudah menghilangkan diri. Teleport ke mana entah. Shasha tergelak kecil. Suka menyakat rakannya itu.
Dia lupa lah tu yang dia pernah juga single pada suatu masa dahulu. Dasar lupa diri.
Ketok ketok
Pandangan Shasha teralih ke arah pintu apabila ia diketuk dari luar. Tak lama selepas itu masuklah figura yang dirindui Shasha ke dalam bilik. Joshua mengukirkan sebuah senyuman buat kesayangannya. Lantas dia menuju ke katil.
"Bangun dah?" tanya Joshua seraya mengambil tempat di sebelah Shasha. Shasha melentokkan kepala ke bahu lelaki itu dan mengangguk kecil.
Keadaan menjadi hening seketika dek kedua mereka masing-masing membisu, cuba merangka ayat untuk menyampaikan isi hati masing-masing.
"Sha."
"Shua."
Serentak kedua manusia itu bersuara. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan keliru sebelum kedua-duanya tergelak bersama.
"Awak cakap dulu." ujar Shasha usai tawanya mula reda. Lengan Joshua dipaut. Joshua menggeleng kecil seraya mengusap kepala Shasha.
"Nope. Ladies first,"
Shasha mencebik kecil.
"Um, Shua. Awak tahu tak. Semalam kan, Hani melawat saya kan. Lepastu dia meroyan. Lepastu dia pun nak peluk saya kan. Lepastu, masa dia peluk saya, saya nampak tulisan bercahaya tu," cerita Shasha lancar tanpa sebarang gagap. Joshua hanya tekun mendengar.
"Hmm tulisan tu cakap kan, dia nak kurangkan masa 8 hari saya sebab saya nampak macam tak nak buat misi yang dia bagi tu..." suara Shasha kian mengendur, namun Joshua masih dapat menangkap butir bicaranya.
"Mwo? Kurangkan?" tanya Joshua agak terkejut. Posisinya diubah menghadap Shasha menyebabkan Shasha terpaksa melepaskan pautannya pada bahu Joshua.
"Eung..."
Shasha menundukkan kepala. Air mata kian bertakung di mata.
Entahlah, dia rasa sedih dengan hakikat yang dia hanya ada masa lagi 3 hari untuk hidup. Jujur dia cakap, terbit sedikit penyesalan di dalam hati kerana memilih jalan ini.
Namun dia sudah buntu. Buntu dengan pilihan yang kedua-duanya kelihatan berakhir dengan sadis.
Dia tinggal di sini bersama Joshua, dia akan mati.
Dia tinggal di dunianya pula, pasti dia tidak akan ubah seperti mayat hidup kerana sebahagian dirinya masih berada di sini.
"Lepastu emosi saya jadi tak stabil. Saya marah tengking benda tu sampai Hani takut dengan saya. Hm," kata Shasha. Ada sedikit nada bergetar pada suaranya. Joshua yang sedar akan perubahan gadis itu lantas menghadiahkannya sebuah pelukan hangat.
"Jadi, semalam tu..." Joshua meleretkan suara. Sebenarnya itu yang dia nak tanya tadi.
"Semalam tu, entahlah. Mungkin emosi saya jadi tak stabil gila-gila sampai saya ambil tindakan nak bunuh diri? Tapi sumpah saya cakap, saya tak terdetik pun nak bunuh diri!" Shasha menegakkan badan dan mengangkat tangan kanannya, seolah bersumpah dengan kata-katanya.
"Aigoo. Sini," Joshua lantas mengambil gadis itu masuk ke dalam pelukannya semula. Kepala Shasha diusap lembut.
"Saya ingat apa yang berlaku semalan, tapi bukan saya yang buat tau! Saya rasa kan dunia ni yang kawal badan saya. Awak tahu tak, dunia ni boleh kawal badan saya kalau saya tak dengar cakap dia. Macam malam tu, saya nak bunuh awak tapi tetiba je kaki berlari ashsushusgsgef tapi nasib baik juga dia larikan saya kan," tutur Shasha panjang lebar. Joshua mengangguk faham. Kepalanya dilentok ke kepala Shasha.
"Gwaenchana. Kita ada lagi masa 6 hari kan? We try our best to end this the right way okay?" pujuk Joshua. Tangan Shasha disatukan dengan tangannya. Shasha menggigit bibir mendengar ayat itu.
"Tapi semalam dia dah kurangkan jadi 3 hari..."
"Mwo?"
Terduduk tegak terus Joshua mendengar ayat itu. Tak semena-mena tangan Shasha dilepaskannya.
"No, no. Kita kena end benda ni sekarang–"
"Ala Shua janganlah."
Laju sahaja Shasha menyambar tangan Joshua sebelum lelaki itu sempat bangkit dari katil. Kepalanya dilentokkan ke bahu Joshua. Pegangannya pada lengan lelaki itu diketatkan agar dia tidak lari membuat perkara yang tidak diingini.
Joshua terdiam. Senyumanya cuba ditahan. Alalalala dia tak boleh lah dengan kecomelan Shasha ni. Orang tengah serius ni!
Dek suka dengan posisi tersebut, Joshua hanya membiarkan seketika gadis itu memeluk lengannya sambil bibir tidak henti mengulum senyuman. Namun senyumannya pantas hilang sebaik merasa lengannya semakin membasah. Gadis di sebelahnya dipandang.
"Sha?"
Joshua menolak sedikit badan Shasha, sekaligus membuatkan dia dapat melihat wajah Shasha yang sudah kemerahan dek menangis. Laju sahaja air mata gadis itu dikesat Joshua.
"Hey hey. Waegurae?" soal Joshua lembut. Pantas tubuh Shasha didakapnya. Shasha semakin teresak dalam pelukan Joshua.
"Dunia ni jahatlah. Kenapa mesti saya? Kenapa dia buat saya macam ni? Kenapa dia tak bagi saya hidup happy je dengan awak? Dari 3 bulan dikurangkan menjadi 3 hari. Pabo betul. Bukannya berat sangat kesalahan saya ni," tersedu-sedan gadis itu cuba berbicara. Hingus ditarik.
Joshua sekadar menayang satu senyuman. Dia rasa Shasha comel lah pula harini. Kepala Shasha diusapnya.
"Be strong sayang. I know you can handle this."
"Tak, saya tak boleh Shua. Sjahjshsyehejs," Shasha menyembamkan muka ke dada bidang Joshua. Haruman wangi Joshua membuatkan dia berhenti berfikir buat seketika. Oh harumnya.
"Yes you can. Nak tak nak kita memang kena tamatkan benda ni. Lepastu awak pun kembali hidup kat dunia awak. Kan saya dah kata, kalau ada jodoh memang tak kemana. Kita akan berjumpa semula." kata Joshua. Shasha menarik hingus seraya memandang wajah tampan Joshua.
"Kalau takde jodoh?"
Joshua tersenyum kecil mendengar soalan Shasha. Rambut hadapan gadis itu diserabutkannya.
"Gwaenchana. You deserve better."
"HUWAAAAAAHHSJSGSJSHSJSNS" Meraung Shasha mendengar jawapan itu. Joshua tergelak kecil.
"Ala jahatlah awak ni esok saya dah nak mati tau!" Shasha menampar pelan lengan Joshua. Joshua sekadar tersengih melihat reaksi comel gadis itu. Kepala Shasha ditariknya pelan dan disandarkan di bahunya.
"By the way, saya nak tanya soalan ni lama dah."
Shasha menyatukan tangannya dengan tangan Joshua. "Apa dia?" tanyanya sambil menyentuh urat-urat di tangan Joshua.
"Tak sakit ke kanser otak tu?" soal Joshua. Shasha menggeleng kepala.
"Tak langsung. Sumpah rasa macam sihat wal'afiat je. Sakit masa kat pantai haritu jelah. Mungkin sakit dia datang balik masa nak mati kot," balas Shasha bersahaja. Joshua menganggukkan kepala.
"Lepastu sekarang nak buat apa?" tanya Joshua setelah lama mereka mendiamkan diri dan hanya kekal dengan posisi Shasha bersandar pada bahu Joshua. Mendengar soalan itu, Shasha merapatkan diri dengan Joshua. Tubuh lelaki itu didakapnya.
"Nak spend time dengan awak je."
Joshua tersenyum kecil. Kini tubuh Shasha pula didakapnya.
"Arraseo shayang~"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro