Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 28 ❞ ˎˊ-

"JOSHUAAAAAA"

"HONG JOSHUAAAAA"

"WOI PUTERA KESAYANGAN SHASHA"

"KO KAT MANA DUH"

Lantang kedengaran suara seekor peri bergema di dalam ruangan istana itu. Pandangan kesemua pembantu dan bodyguard ke arahnya diketepikan kesemuanya. Buat masa sekarang, maruah dia tak penting, penting lagi keselamatan Shasha.

"WEH MANA DUH JANTAN TU" Hani mengusutkan rambut sebal. Dah berapa lama dah dia berjalan ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini untuk mencari Joshua namun tetap juga tak jumpa.

Dah tu tak reti tanya orang ke?

"Eo, maja," Hani menepuk kepala sendiri apabila menyedari akan kebodohannya. Dia merengus kecil sebelum seorang maid dipanggilnya kasar.

"Oi perempuan"

Terpinga-pinga maid itu sebentar. Hani laju sahaja berlari anak ke arahnya dan mencengkam kolar bajunya.

Tak, korang kena faham, kalau dia cuak, automatik jadi ganaih kemain.

"Mana Joshua?" tanya Hani dingin. Wajah maid yang sudah ketakutan itu dipandang tajam. Terketar-ketar maid itu cuba bersuara.

"A–A–A–Ada k–kat t–ta–taman–"

Drastik Hani melepaskan kolar maid itu. Kakinya laju melangkah menuju ke taman sepertimana diberitahu maid itu. Maid itu menghembus nafas lega. Ingatkan dia dah nak mati tadi.

"Duh, patut tak jumpa. Aku punyalah terpekik terlolong macam orang gila dalam istana tu, dia boleh bersenang-lenang kat luar. Ha mestilah dia tak dengar. Kau ni pun Hani, cari dalam istana saja. Ugh," Hani membebel kecil. Terhenti terus kakinya saat figura yang ingin dijumpainya muncul di pandangan.

"JOSHUA" Panggil Hani kuat. Terjongket bahu lelaki itu terkejut. Belum sempat otaknya mahu proses apa-apa, tangannya laju ditarik oleh Hani. Gadis cilik itu mengheret Joshua masuk ke dalam istana dengan kadar segera.

"Eh eh. Sabar," tutur Joshua cuak. Hampir saja dirinya hilang keseimbangan apabila diheret sebegitu rupa.

"Sabar tak sabar. Sekarang ni isteri awak dalam bahaya!" kata Hani. Membulat terus mata Joshua. "Wae? Apa berlaku?" tanya Joshua cemas. Langkahnya mula dilajukan, dan kini lelaki itu pula yang mengheret Hani.

"Eh sabar duh. Laju sangat kenapa?" Terkial-kial Hani cuba menyamakan langkah kecilnya dengan langkah Joshua. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan pintu bilik Shasha.

Joshua dengan laju memulas tombol pintu itu. Riak wajahnya tidak usah dikata, risau habis. Bertambah cuak apabila tombol itu tidak boleh dibuka langsung dari luar.

"Hani. Kunci." tutur Joshua. Wajahnya diraup kesal. Hani pula sudah ternganga. "Weh serious lahhhh" dengan laju, Hani memutarkan tombol itu. Kunci.

"Sha. Can you hear me? Buka pintu ni," Joshua mengetuk pintu berkali-kali. Sesekali telinganya dilekapkan di muka pintu untuk mendengar balasan Shasha. Namun keadaan di sana kedengaran terlalu senyap.

Hani pula sudah bermundar-mandir di situ. Jarinya digigit rakus. Sumpah dia takut. Cuak. Risau. Sedih. Semua perasaan tu bercampur-aduk. Dia pun tak tahu apa perasaan yang tepat untuk menceritakan situasi dia sekarang.

PRANGG!

Berpandangan dua makhluk di luar bilik itu sejurus mendengar bunyi kaca pecah. Makin cuak kedua-duanya. Joshua semakin laju mengetuk pintu manakala Hani sudah menangis kecil.

"Sha. Jangan buat benda gila!" larang Joshua keras dari luar. Tangan masih setia mengetuk pintu. Hani di sebelahnya sudah mula 'rap'.

"Weh habislah. Tu bunyi kaca tadi kan? Shasha nak buat apa do. Okay tak, husnodzun, dia baling kaca tu sebab dia kena rasuk– EH RASUK HOOH. WEH JOSHUA TADI DIA KENA RASUK DO. ADUH YANG AKU SENGAL SANGAT PERGI TINGGAL DIA KENAPA. SEKARANG KITA NAK BUAT APA JOSHUA? KITA NAK BUAT APA? KITA. NAK. BUAT. APA?!"

"Tak tahu!" balas Joshua. Tangan Hani yang berada di bahunya yang sedang menggoncangkan tubuhnya ditepis. Rambutnya diraup kasar. Boleh gila dia kat luar ni.

Di saat yang genting itu, barulah dia teringat akan sesuatu. Serta merta Hani dipandang.

"Hani. Awak fairy kan?" tanya Joshua. Hani menggigit kukunya.

"YE MEMANG LAH SAYA FAIRY TAPI BENDA TU TAK PENTING ADUH SOALAN APA AWAK TANYA SAYA NI?" Jerit gadis yang lebih pendek itu. Joshua merengus geram. Geram dengan si peri itu. Lantas Hani yang sedang meroyan itu ditamparnya perlahan agar peri itu sedar diri sikit.

"Teleportkan kita. Now." arah Joshua mendatar.

"ADUH TELEPORT KEBENDA– EH TELEPORT. EH BANGANG LA ASAL TIME TIME GINI AKU BOLEH LUPA DIRI SHSHSHSHSHS," Laju Hani membebel, sambil itu tangannya juga laju mencapai lengan Joshua di sebelah. Dalam sekelip mata, mereka berdua teleport ke dalam tandas di dalam bilik Shasha.

Joshua tanpa sebarang bicara laju sahaja menolak pintu itu ganas. Bunyi yang kuat terhasil. Meliar matanya melihat sekeliling bilik. Membulat terus matanya apabila mendapati Shasha sedang terduduk di atas lantai. Lebih mengejutkan, di tangannya terdapat sekeping kaca.

"SHASHA!" Sepantas kilat, Joshua berlari ke arah Shasha. Kaca di tangannya dirampas dan dibaling laju. "Awak nak buat apa tadi? Gwaenchana?" tanya Joshua prihatin. Wajah Shasha diteleknya.

Namun Shasha hanya menatap kosong ke hadapan. Bagaikan mayat hidup. Wajah Joshua langsung tidak dipandangnya. Menyedari akan tiada respons berikan, laju sahaja Joshua mencempung tubuh Shasha lalu diletakkan di atas katil.

"EH LIPAS NI SEMAK LAH– WEH SHASHAAAAAAAAA"

Naik beberapa oktaf suara Hani sejurus keluar dari tandas itu. Lantas dia berlari anak menuju ke katil. Tak semena-mena air mata mengalir di pipinya.

"SHASHA AWAK OKAY KAN? JANGAN BUAT SAYA RISAU BOLEH TAK. SUDAHLAH AWAK KENA RASUK– WEH KEBENDAAAAAAA" Suara Hani ternaik lagi apabila matanya tertancap kepada pasu kaca yang sudah pecah di atas lantai.

Tanpa menghiraukan Hani yang sudah bagai kehilangan otaknya itu, Joshua terus saja memeluk erat tubuh Shasha yang sedang terduduk di atas katil itu.

"Yah. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Saya takut," tutur Joshua perlahan di tepi telinga Shasha. Mendengarkan suara lembut itu, Shasha bagai tersentak dari dunianya.

"S–Shua?"

Joshua melepaskan pelukan. Rambut Shasha diselitkan di belakang telinganya seraya tersenyum pahit. "Ye sayang. Ni saya," kata Joshua. Tanpa sedar Shasha mengalirkan air mata. Kepalanya digeleng pelan.

"S–Shua. Saya tak buat–"

"WEH SHASHA ASAL TANGAN AWAK BERDARAH EH GILA LAHHHH–"

Terus jatuh terjelopok Hani ke atas lantai tidak sedarkan diri sejurus dia melihat darah itu. Joshua yang mendengar ayatnya tadi terus saja memandang tangan kanan Shasha. Darah merah memenuhi tangannya, juga mengotori selimut dan juga cadar katil itu.

Joshua menggigit bibir. Lupa pula dia yang Shasha ada genggam kaca tadi.

"Sha, I'll be right back–" terhenti ayat Joshua apabila gadis di hadapannya tiba-tiba sahaja rebah ke arahnya. Laju Joshua menangkap tubuh itu daripada jatuh. Kepala Shasha diletakkan perlahan-lahan di atas bantal di atas katil itu.

"Aish. Okay Shua. Relax," Joshua cuba menenangkan diri. Sekeliling bilik dipandang. Lantas tuala kecil yang berada berdekatan diambilnya lalu tangan kanan Shasha yang luka itu diikatnya untuk mengelakkan darah semakin banyak.

"Okay. Okay. Satu tangan je kan?" Joshua terus menilik anggota tubuh Shasha yang lain. Kepala, kaki, leher. Namun sejurus melihat tangan kirinya, membulat terus mata Joshua.

"Apa... Apa ni–"

Tangan kiri Shasha ditilik. Cuak habis Joshua apabila mendapati satu hirisan kaca di situ.

Satu hirisan kaca di atas urat nadi Shasha.

【👠】

"Doktor. Dia okay je kan?" Joshua terus meluru ke arah Doktor Kim sebaik lelaki itu keluar dari bilik. Doktor Kim mengeluh perlahan. Rambut yang sudah nipis diraup ke belakang.

"Begini tuanku. Tangan kanannya baik-baik sahaja, cuma luka yang agak dalam akan menyebabkan dia mempunyai parut di situ buat beberapa bulan. Tangan kirinya juga baik-baik sahaja. Luka di nadinya tidak terlalu dalam dan tidak terkena urat nadi lagi."

Joshua menghembus nafas lega.

"Baiklah. Terima kasih dokto–"

"Tetapi..."

Kelegaan Joshua beransur hilang mendengar perkataan itu. Kerisauan melanda dirinya.

Takde benda buruk akan berlaku kan?

Doktor Kim mengeluh kecil.

"Patik buat pemeriksaan pada Puteri Shasha sebentar tadi, dan kansernya semakin merebak lebih laju dari yang sepatutnya. Sekarang, hampir seluruh kawasan otak tuan puteri terkena kanser."

Joshua menggigit bibir. Wajahnya diraup.

"Juga, patik tidak tahu sehingga bila tuan puteri boleh hidup. Hal ini tidak boleh diramal. Lebih baik tuanku bersedia dengan segala kemungkinan. Patik pergi dulu," Doktor Kim meminta dirinya.

Joshua pula hanya kaku berdiri di situ.

"Tak tahu sampai bila Sha boleh hidup...?" tuturnya perlahan. Keluhan dilepaskan seraya dia mengambil langkah masuk ke dalam bilik dan menuju ke katil.

Joshua duduk di birai katil. Wajah pucat Shasha ditenungnya. Sesekali dialihkan beberapa helai rambut yang menyemak di wajah Shasha.

"Awak kuat Shasha. Awak dah hadapi banyak benda..." Joshua mendongak ke atas memandang langit. Atau lebih tepat, memandang sesiapa yang berada di balik semua ini.

"Dan saya takkan biarkan 'dia' menang. Kita tetap akan bersama. I will make sure of it," tangan Shasha digenggamnya erat. Joshua mengusap tangan Shasha dan dikucupnya ringkas.

"Saranghae. Manhi," kata Joshua. Wajahnya didekatkan dengan Shasha dan satu kucupan penuh kasih sayang diberi di dahi gadis itu. Selepas itu, tangan Shasha kembali diletakkan semula dan selimut Shasha dirapikan.

"Eh?" soal Joshua perlahan apabila terpandang akan Hani yang terbaring di atas lantai. Tak semena-mena dia menepuk dahi sendiri. Lupa pula Hani pengsan tadi. Ha sibuk sangat dengan isteri sendiri sampai lupa kehadiran peri sekor ni.

"Ala dia ni. Pengsan tengok darah ke?" Joshua tergeleng kecil. Tersenyum dia melihat Hani dia atas lantai itu. Hmm, teringat pula dengan Dokyeom, kawan dia yang memang fobia dengan darah.

Joshua mengeluh kecil. Rindu rasanya dengan rakan dan ahli keluarganya. Rindu. Tapi apa yang dia boleh buat kalau gadis yang dia suka ada di sini.

Dia tidak sanggup meninggalkan Shasha...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro