-ˋˏ ❝ Chapter 27 ❞ ˎˊ-
"Ketuk ketuk."
Shasha mengalihkan pandangan ke pintu. "Siapa tu?" tanya Shasha. Malas rasanya ingin turun dari katil. Namun, manusia yang mengetuk pintu hanya mendiamkan diri.
Shasha menayang wajah cemberut. "Masuklah," arahnya. Gelas kaca di meja kecil sebelah katil dipandang. Kalau ada penjahat yang masuk, dia akan baling gelas tu.
Pintu bilik dibuka dari luar lalu masuklah seorang gadis yang berpakaian serba pink. Wajahnya tertutup dek terlalu banyak barang yang dipegangnya. Bertimbun sampai atas.
Shasha hanya diam memerhati gadis itu terkial-kial berjalan menuju ke katilnya tanpa niat membantu. Bukan jahat, cuma malas. Ala dah jahat tu jahat jelah.
"HoO NiNi pERi iN yOuR aReAH!"
Barang-barang yang dipegang gadis itu dicampak ke atas katil selepas dia mengungkapkan slogan wajibnya dengan suara crack dek terlalu penat membawa banyak barang.
"Uwaa!" Teruja Shasha apabila mengetahui Hani datang melawatnya. Barang-barang yang bertaburan di atas katilnya ditilik. Ada juga yang menindih kakinya. Kacau je dia berehat. Nasib bawa banyak souvenir.
"Tadaa! Ni semua hadiah untuk awak! Banyak kan?" Hani mendepakan tangannya. Shasha tersenyum lebar. Kepalanya diangguk laju.
"Ni semua makanan tau! Semuanya saya buat sendiri! Home-made!" kata Hani kuat. Bukan nak riak tapi memang suaranya semulajadi kuat. Bersinar mata Shasha.
"Jinjja? Omona, gomawo! Angin apa yang sampuk awak sampai tetiba jadi baik ni?" Shasha mencapai sebuah bekas dan membukanya. Aroma mk memasuki rongga hidungnya. Sedapnya bau!
Mendengarkan soalan itu, riak Hani bertukar muram. Dia mengambil tempat di atas katil bersebelahan Shasha dan menyelimutkan diri dengan selimut. Mood sendu on!
"HIKS AWAK LAH! AWAK TAK BAGITAHU SAYA PUN YANG AWAK ADA KANSER OTAK KAN? HAH? SAYA TAHU NI PUN SEBAB JOSHUA SEMALAM TAU KALAU DIA TAK BAGITAHU SAYA SELAMANYA LAH SAYA TAK TAHU PASAL PENYAKIT AWAK NI HA INGAT DRAMA KE NAK SOROKKAN PASAL PENYAKIT NI HAH INGAT LAWAK AH INGAT BEST AH AJSHSJSHHDHSJSHUWAAAAA"
Hani meraung kuat. Mujur saja kepalanya dibalut di dalam selimut, kalau tak hmm innalillah buat telinga Shasha. Shasha menahan gelak melihat aksi Hani itu.
"Alololo awak merajuk ke? Ala mianlah. Kita bukannya berjumpa sangat pun. Saya tahu pun kemarin kemarin. Ha masa tu tak jumpa awak lagi. Lagipun tak sakit sangat pun hoho," kata Shasha sekadar ingin menenangkan Hani.
Hani menarik kepalanya keluar dari selimut dan memandang wajah pucat Shasha. Hingus ditarik.
"Sedih tau. Kenapa awak tak seru je saya untuk bagitahu perkara ni? Joshua juga yang seru saya semalam. Siapa kawan saya ni eo? Ke awak memang dah tak kisah pasal saya..." suara Hani mulai mengendur. Kepalanya kembali disorokkan di dalam selimut.
Terdiam seketika Shasha. Hmm, Joshua buat apa seru Hani semalam? Tahu pula Joshua nak seru Hani eh.
"Hmm mianhae. Saya tak terfikir langsung nak seru awak. Jujurnya, saya tak fikir langsung pasal awak sejak saya dapat tahu tentang penyakit ni. Entahlah, rasa macam..." Shasha menggigit bibir bawahnya. Rasa macam menunggu masa untuk mati je. Huh, pathetic!
"Sejujurnya kan, saya tak suka bila awak dah kahwin ni. Awak tahu kan lepas awak kahwin je terus tak fikir member dah hiks. Asyik dating dengan Joshua je. Dulu saya letakkan semua kesalahan ni pada Joshua and saya tak berapa suka dia tapi rupanya awak sendiri yang... Ish menci lah sensitif cemni!"
Shasha mengerutkan dahi mendengar bebelan Hani yang tidak berapa jelas dek berada di dalam selimut. Shasha menarik selimut yang membaluti Hani namun Hani pantas menahannya kuat.
"Ala mianhae. Eo? Saya bukannya fikir sangat pasal dunia ni. Saya fikir nak keluar je. Alih-alih dapat penyakit pula. Takpelah, kalau dah macam ni apa lagi yang saya boleh buat kan? Redha jelah. Tinggal 8 hari je lagi nak mati."
Spontan Hani terduduk tegak menghadap Shasha. Wajahnya sudah merah dengan air mata yang penuh di wajah. Hingus ditariknya. Terkedu Shasha melihat wajah peri itu. Tak sangka Hani menangis walhal diorang cuma kawan beberapa hari sahaja. Terasa diri ini dihargai...
"Janganlah. Saya tak suka lah awak cakap pasal mati ni," tutur Hani perlahan dengan suara yang agak serak. Shasha tersenyum nipis.
"Alaa awak kena biasakan diri sebab lepas ni saya pula yang dah takde. Aigoo, siapalah nak jaga awak nanti ye? Aigoo, aigoo, jangan lupa datang majlis pengebumian saya tau!" Shasha mencubit kedua belah pipi Hani lalu ditepis kuat oleh Hani. Shasha tersenyum menyembunyikan sakit ditepis. Pedih woo!
"Tch, pabo," Hani memalingkan wajahnya ke arah lain. Membulat mata Shasha mendengar. Pabo?
"Mwo? Awak tu michin!" balas Shasha. Kenapa semua nak panggil dia pabo? Dengan Joshuanya lagi. Dia bukannya pabo sangat pun. Tak caye meh kita buat exam! Antara Joshua, Hani dengan Shasha. Kita lihat pabo yang sebenar.
"Awak tu...!" Hani menunding jari ke arah Shasha yang sudah mengangkat keningnya beberapa kali ke arah Hani. Hani merengus kecil. Tak lama selepas itu dia mengelap tangisannya dan menarik hingus di hidung.
"Hiks Shasha. Nak pelukkkkkk~" Hani mendepakan tangannya. Shasha pun turutkan sahaja permintaan rakannya itu. Dipeluknya tubuh Hani.
"Thanks and sorry for everything," tutur Hani perlahan. Shasha tersenyum kecil. Belakang badan peri itu diusapnya. Rasa nak menangis pula apabila rasa rindu kembali menjengah.
Agaknya mereka yang sebenar sedang buat apa ya? Rasa menyesal terbit di dalam diri. Diorang mesti sedih kalau tiba-tiba dia mati kan? Yelah, dia kena langgar kereta lepastu hilang lepastu jumpa-jumpa je dah mati.
"Saranghae Shasha," tutur Hani lagi mematikan lamunan Shasha. Sebak Shasha mendengarnya. Sumpah rasa nak nangis.
"Nado-"
Terhenti terus ayat Shasha apabila satu cahaya yang terang muncul di hadapan matanya. Matanya disepetkan sebelum kembali dibuka luas. Terdiam terus Shasha apabila satu tulisan bercahaya kelihatan.
"Ya' know what? We are the bad guys. So you have an estimated 8 days left, but we're going to shorten it to 3 days since you seem like you're not going to do anything to complete your mission. If you're going to do only 5% of your mission afterwards, we'll give that 8 days back. The choice is on you."
Shasha mengetap bibir membaca tulisan itu. Tanpa sedar tangannya mula membentuk sebuah genggaman. Segala perasaannya bercampur aduk. Geram, sedih, dan marah.
"Wae..." gumam Shasha perlahan. Nafas ditarik.
"KENAPA KORANG BUAT MACAM NI KAT AKU HAAA KO INGAT AKU NI SIAPA NAK MAIN TOLAK-TOLAK HARI PULA EH KAU INGAT FUN AH? AKU SUMPAH MOVIE KAU NI RATING MENURUN, TAKDE SIAPA YANG NAK TENGOK HA PADAN MUKA DAH LAH SESUKA HATI SEDUT ORANG THEN SESUKA HATI MAK BAPAK SURUH LENGKAPKAN MISSION EH PABO BETUL KENAPA KAU TAK LENGKAPKAN JE MISI TU SENDIRI HAH?"
Terkejut Hani mendengar suara halilintar Shasha membebel. Pelukan dilepaskan. Wajah Shasha dipandang. Sampai merah mukanya menjerit.
"Wae wae? Awak cakap apa ni?" Cuak Hani jadinya. Dilihatnya Shasha memandang ke suatu arah. Tanpa berlengah Hani turut memalingkan kepalanya ke arah tersebut namun tiada apa yang dia dapat lihat. Hanya dinding bilik sahaja.
"TAU TAK AKU TERSEKSA TAU TAK! KE MEMANG NI YANG KAU NAKKAN EO? TCH WE ARE THE BAD GUYS? TAHU PULA EH! KORANG MEMANG LAYAK JADI BAD GUYS. BUKAN BAD GUYS JE, KORANG ADALAH THE WORST GUYS EVER AKSHJSJSJS SUKA SEKSA AKU KAN LEPASTU TAK BAGI AKU HEPI JAHSHSHSHSHSJ SIBUK NAK BAGI AKU SAD ENDING JAJSJJSE KENAPA TAK BAGI MISSION HAPPY ENDING JEEEE?"
Tanpa menghiraukan Hani, Shasha menjerit lagi ke arah tulisan bercahaya itu. Tulisan itu tampak tidak memudar sejak tadi. Hani pula sudah takut melihat Shasha yang bagai dirasuk itu.
"Sha-" Hani cuba menyentuh bahu Shasha sebelum gadis itu bertindak liar sekali lagi.
"WAEEEE WAE WAE KALAU KAU NAK AKU MATI CAKAP JELAH TAK PAYAH NAK SEDUT AKU KE DUNIA NI THEN ACAH BAGI MISSION WALHAL TUJUAN UTAMA KAU NAK AKU MATI JE YSISHHS AKU BOLEH BUNUH DIRI JELAHHH!"
Kali ini Hani terus bertindak turun dari katil dan menjauhi Shasha. Shasha tampak tidak menahan Hani dan hanya menatap tajam ke arah tulisan bercahaya itu. Kelihatan tulisan bercahaya itu membentuk sebuah tulisan lain.
":)"
"WHAT THE-" Membulat mata Shasha membaca tulisan itu. Emoji senyum? Wah wah. Dunia ni memang...
"Hiks Sha. Kenapa dengan awak ni..." Hani pula sudah berjalan menuju ke pintu bilik. Diperhatikan Shasha yang semakin menggila sekali lagi sebelum dia keluar dari bilik dan berlari mencari Joshua di seluruh istana.
Tidak lupa juga Hani mengunci bilik dari luar. Dia sudah menganggap Shasha dirasuk dan jika tidak dikunci nanti merayau keluar.
"Hiks..." Sejurus Hani keluar dari bilik, terus Shasha teresak kecil. Dia membaluti diri di dalam selimut.
"Kenapa kejam sangat..." tutur Shasha perlahan.
Setiap hari hanya soalan sama yang diulang. Kenapa dunia ni kejam sangat? Tak boleh ke bagi dia hidup bahagia je? Kenapa mesti dia yang kena sedut dalam dunia ni? Kenapa...
Shasha mengelap air mata yang mengalir dengan kasar. Dia pun nak bahagia juga. Itu saja satu-satunya hasrat yang dia ada sekarang ini. Dia ingin bahagia bersama Joshua, bersama rakan-rakannya dan ahli keluarganya.
"K-Ke dunia ni memang nak aku mati..." gumam gadis itu dengan suara yang terketar-ketar. Tanggapan negatif mula bertandang di fikirannya.
Ya, dunia ni memang nak aku mati.
Sebab tu dia seksa aku macam ni.
Kenapa?
Sebab aku useless.
Aku tak layak bahagia.
Aku ni layak dibenci je.
Aku ni layak mati je!
Semakin kuat tangisan Shasha. Dengan emosi yang tidak stabil, dia turun dari katil. Matanya meliar melihat sekeliling.
Dan pada saat itu, matanya tertancap akan sebuah objek yang berada di atas meja.
Pasu kaca.
Shasha menapak ke arah pasu itu. Air matanya yang mengalir laju diabaikan. Terketar-ketar tangannya cuba mencapai pasu itu. Nafas ditarik dalam. Cuba mencari kekuatan. Dengan penuh tanggapan negatif di dalam kepala, gadis itu bertindak membaling pasu kaca itu.
PRANGG!
Pecah berderai pasu itu jadinya. Terus saja Shasha terduduk di atas serpihan kaca itu. Sekeping kaca yang agak tajam diraihnya.
Berair mata Shasha memandang objek yang berada di tangannya itu.
"Aku kalah. K-Kau menang, Shanderella."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro