-ˋˏ ❝ Chapter 19 ❞ ˎˊ-
Usai berperang dengan Hani, aku mengatur langkah menuju ke taman. Dapat aku lihat kelibat Joshua bersendirian di sana. Agaknya taman ni memang favourite place Josh lah. Hampir setiap hari dia asyik ke taman.
Aku berjalan dekat ke arahnya tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Nampaknya dia masih tak sedar akan kewujudan aku kerana dia hanya diam duduk di bangku di situ. Mengelamun apa tu bang?
Aku tersengih jahat. Kedua tangan aku angkat, bersedia untuk sentuh bahu dia. Baru sahaja aku nak menyergah Joshua, satu cahaya yang membutakan muncul di hadapan mata aku. Berkerut dahi aku.
"Kamu diberi masa lagi dua minggu untuk menyelesaikan misi kamu. Hal ini kerana terdapat seorang lawan kamu di dalam dunia ini. Dia juga mempunyai misi seperti kamu, dan kamu telah membiarkannya menyelesaikan misi itu sebelum kamu menyelesaikannya.
Jika kamu gagal, bersedialah untuk mati di dunia ini."
"Huh..." Tanpa sedar aku mengeluh kecil membaca mesej itu. Joshua aku pandang. Macam mana aku boleh lupa?
Tapi sekejap, lawan aku? Heol. Dia pun sama macam aku lah? Kena sedut masuk dunia ni?
Siapa weh? Aku nak tahu sjskskkw. Adakah ianya Hani? Tapi em macam bukan je, dia jadi lebih gedik dalam ni. Nayun and Jihee? Jahat semacam je? Jimin? Takkanlah...
Jungkook? Ehek, boleh jadi juga.
"Eo, Shasha."
Aku memandang Joshua yang bersuara. Joshua sudah mengalihkan pandangannya ke arahku dengan satu senyuman di pagi hari. Aku membalas senyumannya.
"Anneyong," sapaku. Joshua menepuk ruangan kosong di sebelahnya di bangku itu, mengisyaratkan aku untuk duduk. Tanpa sebarang bantahan, aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Buat apa?" tanyaku sambil memandang ke hadapan. Joshua perhati pokok je ke dari tadi? Hurm, mungkin dia pencinta bunga kot ehek.
"Fikir pasal awak," jawapan Joshua buat aku tercekik air liur sendiri. Aku berdehem. "Wah, cantiknya bunga tu!" Aku menunding jari ke arah sebuah bunga ros yang elok mengembang. Sengaja tukar topik.
"Awak lagi cantik," balas Joshua lagi. Terdiam terus aku. Fuh, aku dapat rasakan muka aku dah memerah.
"Ish! Dah lah, jom breakfast. Awak dah makan ke belum?" Aku berdiri dari duduk dan menunduk memandang Joshua. Joshua tersenyum segaris membalas pandanganku.
"Dah. Makan kasih sayang awak," katanya dan tersengih pula. Aku menayang wajah jijik. Urgh, terlalu banyak pickupline!
"Eii mengarut!" Aku mencapai tangan Joshua dan menariknya masuk ke dalam istana. Fuh, boleh meletup aku kalau hari-hari tinggal dengan Joshua ni.
Em, hari-hari? Amaran tadi bermain semula di fikiranku.
Perlu ke... aku cipta sad ending?
【👠】
Aku meletakkan sudu dengan sedikit kuat. Terhasil bunyi apabila sudu itu bertembung dengan pinggan kaca. Wajah kacak Joshua aku pandang.
"Boleh tak stop pandang saya macam tu? Pergi makan tu," pintaku sedikit keras. Nak makan pun aku kena cover ayu. Menyusahkanlah! Joshua hanya tersenyum kepadaku.
"Tengok awak makan pun saya dah kenyang."
Dush! Hatiku bagaikan baru sahaja dipanah dengan ayat-ayat manis lelaki itu. Hilang terus rasa geram tadi, diganti dengan rasa malu dan cringé pula. Uwekk!
"Ish betul-betullah!" aku mengambil sudu dengan kasar dan sambung melahap telur hancur di pinggan. Mujur kalini mak ayah Joshua tak datang breakfast sama.
"Hehe, mian. Saya dah habis makan. Tunggu awak je ni," Joshua menghirup air teh di cawannya. Oh. Patut pun. Pinggan Joshua yang sudah licin aku pandang, kemudian pinggan aku yang masih berisi pula dipandang. Lambatnya aku makan hiks.
"Lepas ni free tak?" tanya Joshua sambil menongkat dagu di meja makan. Aku menghabiskan kunyahan di mulut sebelum membalas.
"Um, saya free je sejak kahwin dengan awak ni. Bukan boleh buat apa pun." Uish, sejak berkahwin. Padahal baru semalam berkahwin. Aku kembali menyuap telur ke dalam mulut. Sedap duh. Mesti Kookie yang masak ehek.
"Pergi jalan-jalan nak?" tanya Joshua sambil mengerdipkan matanya. Erk, dia ingat aku cair lah? Tapi dia comel hiks. Aku menelan telur yang sudah dikunyah.
"Saya okey je," balasku. Dahi Joshua berkerut sedikit sedang aku mengutarakan jawapanku. Dia mengelap dahinya dengan lengan baju. Alamak, telur aku terpercik ke? Cepat-cepat aku tutup mulut aku dengan tangan sambil menguyah.
"Arraseo," balas Joshua dan tersenyum manis sebelum sambung memerhatikan aku. Alang-alang dia nampak macam terlalu obses dengan wajah aku yang cantik ni, aku terus sambung makan dengan lahap tanpa sebarang usaha untuk cover ayu. Ha biar dia rasakan percikan telur-telur kunyahan aku muahaha!
Nak tenung aku sangat kan? Nah amek!
【👠】
"Sha Sha Sha Sha Sha Sha Sha Sha, tengok tu!"
Aku yang sedang sibuk mengamati patung beruang yang berada di tangan terganggu. Aku mengalihkan pandangan ke arah Joshua yang sudah memandang ke suatu arah.
"Wah! Cantiknya!" Patung beruang sudah dilupakan apabila suatu pemandangan indah terpancar di hadapan mata. Matahari sedang berangkat pulang. Atau lebih tepat, bumi yang berputar uhuk.
Bersinar mata aku melihat pemandangan matahari terbenam itu. Sumpah ni first time aku tengok sunset depan mata tau. Even ni bukan real, tapi still cantik!
"First time?" tanya Joshua. Aku mengangguk sambil mata tidak lepas memandang matahari. Keadaan di antara kami sunyi seketika. Masing-masing mengagumi keindahan ciptaan Tuhan di hadapan mata.
Tak lama kemudian, dapat aku rasakan tangan Joshua menolak kepalaku ke tepi, menyebabkan kepalaku tersandar di atas bahunya. Aku cuba menegakkan kembali kepala, namun tangan Joshua menahan kepalaku dari pergi.
"Awak tahu tak..." tanyaku perlahan. Sengaja ingin berbual kosong. Bosan. Joshua berdehem perlahan, menyuruhku menyambung ayat. Aku membetulkan posisi kepalaku.
"Saya ingatkan nak tengok sunset buat kali pertama dengan bakal suami saya sebab nampak romantik heee, alik-alik first time saya dapat dengan awak pula uhuhu," ceritaku dengan nada sendu. Joshua tergelak kecil. Bergegar kepala aku di bahunya.
"Habis, saya ni apa? Bukan bakal hubby?" tanya Joshua sambil mengusap rambutku. Aku terdiam sejenak. Hooh lah, Joshua kan bakal suami aku. Bukan setakat bakal, tapi suami yang sah terus sksksksks aku lupa aku dah berkahwin.
"Ehe. Lupa," balasku dan mendekatkan diri lagi dengan Joshua. Malam ini terasa agak sejuk, walaupun aku dah pakai berlapis baju tapi still rasa sejuk. Bila ada dekat dengan Joshua, rasa selesa dan hangat je ehek.
"Dah nak gelap dah ni. Jom balik. Ke awak ada nak main apa-apa lagi?" tanya Joshua. Aku menggeleng kecil.
Lepas breakfast tadi, Joshua terus bawa aku pergi ke funfair. Tak sangka zaman macam ni pun still ada funfair. Tapi ia dipanggil fairground. Gabungan funfair and playground kot.
Bermacam-macam game kitorang main and bermacam-macam makanan kitorang rembat. Paling syok masa nak main roller coaster tadi. Walaupun tak extreme mana sebab ni zaman dulu-dulu, tapi best! Huehuehue!
Sampai tak sedar masa berlalu dengan sekejap je. Tahu-tahu je dah nak malam. Hiks, tak puas lagi main! Tapi takpe, seronok! Ala, esok-esok datang lagi muehehe.
"Eo, saya lupa! Sekejap, saya nak beli something. Awak tunggu sini kejap." Joshua bangkit dari duduknya menyebabkan aku terpaksa menarik semula kepalaku yang bersandar di bahunya. Dia berjalan pergi meninggalkan aku bersendirian di sini. Eceh, sendu sangat bunyinya.
Aku diam memerhati pemandangan di hadapan mata. Walaupun matahari dah terbenam sepenuhnya, tapi pemandangan still cantik sebab kelihatan warna biru dan ungu di langit. Haih, kenapa pemandangan kat sini cantik sangat?
Aku memeluk tubuh. Fuh, sejuk dia boleh rasa hingga ke tulang-belulang. Sedang aku diam melayan perasaan, tiba-tiba sesuatu diletakkan di belakang badan aku.
Aku memandang ke arah badanku. Kot baju? Laju aku menoleh ke belakang. Kelibat Joshua yang sedang melarikan diri ke kedai makanan menyapa pandanganku. Aku tersenyum senget. Alahai, sweetnya.
Aku kembali melayan perasaan sehingga tidak sedar akan masa yang sudah berlalu lama. Sedar-sedar je Joshua dah mengambil tempat di sebelahku.
"Dah siap? Jom balik," aku memandang ke arah Joshua. Terdiam terus aku apabila mendapati seorang lelaki asing di sebelahku. Ini bukan Joshua!
"Erk," Aku memandang sekeliling mencari kelibat Joshua. Takde pun. Mungkin dia masih membeli kot. Aku sudah berura-ura mahu pergi meninggalkan lelaki yang sesedap rasa je duduk sebelah aku.
"Ke mana kamu hendak pergi?" tanya lelaki itu apabila menyedari pergerakan aku. Aku tersenyum kekok ke arahnya. "Hehe, saya tak selesa jadi saya nak pergi dulu, bye," jujurku dan terus berdiri namun lelaki itu dengan pantas menangkap tanganku.
Uih! Cepat-cepat aku tarik semula tangan aku namun dia semakin mengetatkan pegangan. Aku memandangnya tajam. Apa masalah dia ni?
"Saya dah berkahwin," kataku keras walaupun aku tak tahu apa yang dia inginkan. Lelaki itu tersenyum sinis. Hm dia hensem tapi tulah akhlak eobseo.
"Tidak baik menipu. Kamu ini, tiada langsung cincin di jari. Lawak sungguh kamu ini," kata lelaki itu dan tergelak kecil. Sksksksks betul juga. Nak buat macam mana, perkahwinan kitorang dirancang terlalu awal sampai tak sempat nak pergi kedai beli cincin ukur baju apa semua huh!
"Jangan kacau saya. Saya nak balik, suami dah tunggu," balasku senada dan cuba berjalan pergi namun sekali lagi tangan aku dipegangnya keras. Berkerut dahi aku menahan sakit. Kot ye pun gentle lah sikit!
"Biarlah saya hantarkan awak balik ke rumah," lelaki itu tersenyum manis. Oh nak hantar sangat eh? Mata aku turun memandang seluarnya. Kaki aku sudah bersiap-sedia untuk diangkat menyepaknya. Biar dia tak boleh bagi zuriat!
Dia yang sedang tersenyum aku pandang. Nafas aku tarik. Okay, satu, dua, tiga!
Aku mengangkat kaki menuju ke arah tempat melahirkan anaknya. Belum sempat kaki aku bertemu dengan 'tet'nya, lelaki itu ditarik ke tepi menyebabkan sepakanku tersasar. Eh!
Aku mendongak memandangnya yang sedang memandang orang yang menariknya tadi sehingga terlepas pegangannya pada tanganku. Bersinar mata aku melihat orang itu.
Joshuaaaaa!
Joshua menghadiahkan satu senyuman kepada lelaki itu dan berjalan ke sebelah aku. Tangan aku diraihnya dan dikucup sebentar. Rasa cringé yang mendatang aku tepis. Tiber betul anak Hong ni.
Lelaki itu tampak speechless melihat Joshua. Dia mengundur setapak ke belakang. Bergerak-gerak anak matanya melihat Joshua.
"Gwaenchana, sayang?"
Erk. Aku mengangguk kekok. Joshua kini mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.
"You have any problem with my wife?"
Membulat mata lelaki itu terkejut. Kepalanya terus digelengkan laju. Wajah aku dan Joshua dilihat bersilih ganti.
"Adakah gerangan yang cantik ini isteri tuanku? Maafkan patik, sesungguhnya patik tidak mengetahui hal ini. Maafkan patik," lelaki itu terus menundukkan badannya berkali-kali tanda maaf. Tak cukup dengan itu, dia terus melutut ke tanah dan menunduk berkali-kali ke arah Joshua. Uish, sampai macam tu sekali.
"Eh, eh, jangan," Joshua menghalang perbuatan lelaki itu. Badan lelaki itu ditariknya supaya berdiri semula. Dapat aku lihat lelaki itu menggigit bibir bawahnya. Alahai bersalah betul.
"Maafkan patik. Patik terpersona dengan kecantikan isteri tuanku yang bagai bidadari dari kayangan." Pujian lelaki itu buat aku tersengih lebar. Terkembang-kempis hidung aku jadinya. HAHAHA bagai bidadari duh, korang ada?
Joshua tersenyum nipis. "Tidak mengapa. Beta tidak murka dengan kamu, tidak perlulah rasa bersalah," katanya. Aku mengangguk, mengiyakan kata-kata Joshua. Ceh, tadi bukan main nak sepak dia.
Lagipun, tak hairan lah kalau lelaki tu tak tahu Putera kerajaan Cinderella ni dah berkahwin. Majlis perkahwinan kitorang pun buat simple-simple je. Hiks, sadis betul.
Joshua memegang tangan aku dengan lembut. Ha macam inilah baru lelaki. Bukannya cengkam tangan aku macam hape tah tadi. Dalam diam aku memerli lelaki itu.
"Kami pulang dahulu. Jangan rasa bersalah dengan kejadian tadi. Beta maafkan," lembut sahaja bicara Joshua. Lelaki itu mengangguk faham dan menundukkan badan ke arah kami berdua.
"Gwaenchana?" soal Joshua sambil menilik badanku. Kepala aku anggukkan lalu satu senyuman aku tayang.
"Awak dah siap ke?" soal aku sambil melihat ke arah tangannya. Aik, takde pun barang. Tadi cakap nak beli something? Wajah Joshua aku pandang.
"Dah. Jom balik," ajak Joshua lalu tangan aku diraihnya. Aku mengikut jejak langkah Joshua menuju ke kereta kuda kami. Wajah Joshua aku tilik dari tepi.
Rare sungguh nak jumpa lelaki gentle macam dia ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro