Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 18 ❞ ˎˊ-

Aku memerhati bintang-bintang dan bulan-bulan yang berterbangan di langit. Rasa malu tadi masih lagi tidak hilang. Sumpah, rasa macam nak bunuh diri je aish. Sampai sekarang pun muka aku still membahang. Udara sejuk di waktu malam yang menampar wajahku langsung tidak dirasai.

Joshua tergelak secara tiba-tiba. Aku memandangnya sekilas dan mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ish, dia gelakkan aku! Huhu nak nangis ah ceni!

"Alololo. Awak still malu eh?" tanyanya berserta tawaan kecil. Dapat aku rasakan pipi aku dicubit manja oleh manusia di sebelah. Cepat-cepat aku tepis.

"Huh!"

Sengaja. Hm. Aku pun tak tahu dari mana aku dapat keberanian nak merajuk dengan dia sedangkan sebelum ni aku tak pernah langsung berkomunikasi dengan jantan— Jimin dan appa dikecualikan.

"Sha, muka awak merah hehe,"

Pipi aku dicucuk dari tepi. Sekali lagi aku tepis tangan dia.

"Uwu telinga awak pun merah,"

Tangan Joshua naik mencubit pipiku lagi. Baru sahaja aku nak tepis, Joshua bertindak menyelitkan rambutku yang terurai ke belakang telinga. Terhenti terus pergerakan aku.

Heol.

Makin membahang muka aku.

Tak— yang dia sweet sangat ni kenapa? Aku cair!

Aku mengalihkan pandangan ke tepi memandang Joshua yang sedang mendongak ke atas melihat bintang. Wajahnya aku tilik dari tepi. Dia handsome, lepastu baik pula. Gentleman gitu. Untunglah siapa yang akan jadi bini dia nanti.

Tak semena-mena aku teringat akan misi aku. Sad ending. Aku mengetap bibir. Mampu ke aku bunuh Joshua?

Aku mengeluh perlahan. Joshua terlalu baik untuk aku bunuh. Aku tak sanggup hiks. Walaupun dia cuma character dalam dunia ni tapi aku still ada sifat berperikemanusiaan!

"Mianhae," tutur Joshua setelah lama mendiamkan diri. Aku memandang sisi wajahnya.

"Hah? Kamchagi?" tanyaku tidak faham. Joshua menoleh ke arahku dan bertentang mata denganku.

"Mianhae. Saya tak bermaksud nak buat awak malu, heee~"

Ya Tuhan, kenapa dia comel sangat? Nak terhenti jantung aku apabika dia tersengih menampakkan gigi dan eyesmilenya.

"Eo? Tak malu pun," kataku dan mengalihkan pandangan, takut makin tergoda nanti. Pemandangan indah di malam hari aku nikmati.

Tapi, kenapa dia kena minta maaf? Bukannya salah dia pun. Aku je yang terlebih uhuk gatal. Ingatkan jom nak kiss rupanya jom nak ke taman je. Huks.

"Walaupun kita dah berkahwin, tapi saya takkan sentuh awak tanpa kebenaran awak. Lainlah kalau awak bagi green light hehe. Selagi awak tak bersedia, saya takkan buat. Lagipun, saya dah tak lama kat sini."

Ayat dia betul-betul buat aku terharu. Aigoo, dia ni memang one in a billion lah!

Tapi, apa maksud dia dengan dah tak lama kat sini?

"Awak cakap apa tadi? Awak dah tak lama kat sini?" tanyaku. Wajah Joshua aku pandang. Dia sekadar menghadiahkan aku sebuah senyuman.

"Eung," balasnya. Entah kenapa, aku rasa seperti hati ini dirobekkan sedikit uhuks.

"Wae?" tanyaku sambil melarikan pandangan ke tempat lain. Uish, apahal suara aku jadi bergetar? Aku berdehem sedikit. Mata aku juga semakin lama semakin kabur. Apa pula yang dunia ni nak aku buat?

"You know, some things are just meant to be a secret."

Aku mengangguk faham. Tak semena-mena air mata aku jatuh je pipi. Mende do asal aku nangis?

"Awak nangis ke?"

Terkejut aku apabila wajah Joshua berada tepat di hadapan aku. Spontan aku menggerakkan badan ke belakang sedikit. Joshua menatapku dengan pandangan risau.

"A—Ani," tergagap aku menjawab. Joshua mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Terkaku aku di situ.

"Awak nangis eo? Janganlah nangis. Meh sini," Joshua menarik badanku ke dalam pelukannya. Aku menutup mata. Hingus aku tarik.

Pelukan dia, hangat.

Tak, aku tak rasa dunia ni kawal emosi aku kali ni. Takkanlah... Aku yang menangis sebab dia cakap dia tak lama kat dunia ni? Heol, buat apa aku nak nangis?

Aku mengetap bibir. Kenapa dengan aku ni?

Tapi, apa maksud dia? Dia dah tak lama? Kenapa? Dia ada penyakit ke? Dia akan mati tak lama lagi? Atau dia akan sambung belajar oversea?

Hingus aku tarik. Yang aku nak sibuk ni kenapa? Bukan ke aku patut suka kalau dia takde? At least sad ending boleh terjadi, dan aku boleh keluar dari dunia ni...

Dapat aku rasakan Joshua mengelus lembut rambut aku. Aku menggigit bibir supaya bunyi tangisan tidak keluar. Joshua ni...

Buat aku rasa nak gila lah.

【👠】

"Umhmhmhmh."

Aku menggeliatkan otot-otot badan. Tangan naik menutup mulut yang terbuka luas dek menguap. Mata yang susah tertutup selama beberapa jam aku buka.

"Ehekehsjsjjs!" Terus sawan aku apabila teringatkan kejadian semalam. Disebabkan kitorang kekal dengan posisi tu lama sangat, lagi-lagi dengan aku tutup mata, Joshua fikir aku tertidur lepastu dia angkat aku datang sini GAHAHAHAHASKSMS GEDIKNYA HAKU HM

Aku masih ingat lagi bahu deodorant dia fuh. Sebijik macam deodorant Hani, cuma yang ni wangi sikit sebab Hani kan lasak berpeluh ha sebab tu busuk. Aku tersengih bagai kerang busuk. Mesti sakit sendi jantan tu bila bangun pagi ni.

Oh ye. Aku toleh ke sisi. Wah, takde orang. Aku mengubah posisi dari berbaring kepada duduk di atas katil. Bilik air aku lihat dari jauh. Dia ada dalam tu kot. Tapi tak dengar pun bunyi air.

Aku merajinkan diri turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air. Pintu bilik air aku tolak. Tak berkunci dan takde Joshua kat dalam. Ngek lah Josh ni nak main sorok-sorok pula. Ngehehe takpe, tunggu wa cari kamo~

"Hey Josh~" Aku membongkokkan badan melihat di bawah katil. Manalah tahu dia duk bercangkung bawah tu ke nak buat surprise. Malangnya kelibat dia langsung tak kelihatan. Ada pun cicak je kat bawah tu.

"Yah cicak! Mana Joshua?" tanyaku. Bontot yang tertonggeng aku garu. Gatal la pula. Cicak itu aku pandang. Keras je. Dah mati ke?

Lama-lama aku pandang cicak tu seram la pula. Sudahlah bebola mata dia tepat-tepat pandang aku. Fuh, kus semangat! Baru aku nak berdiri semula, satu suara asing kedengaran.

"Joshua ada kat taman bawah."

Meremang bulu roma aku. Sekeliling aku pandang. Takde orang. Weh. Suhu bilik ini tiba-tiba sahaja menjadi rendah. Weh, janganlah...

Takkanlah cicak keras tadi yang cakap? Terketar lutut aku cuba mengintai di bawah katil semula.

Cicak tu dah takde!

"HUWAAA!"

"Ala dramanya. Ni saya lah."

Suara itu kedengaran lagi, namun kali ini tone dan pitchnya sudah berubah. Jikalau tadi suara atok tua yang kedengaran, kali ini suara budak perempuan pula. Terteleng kepala aku memusing ke kiri ke kanan. Bilik ini masih kosong tidak berpenghuni.

Pagi-pagi pun hantu tu still nak kacau aku ke? Huwaaa apa salah aku—

"Ish, sini kat atas—"

Sepantas kilat kepala aku dongakkan ke atas. Membulat mata aku melihat makhluk yang sedang melelat di atas siling itu. Satu jeritan yang kuat keluar dari mulutku.

"AHHHHH— mhmhmh!"

Makhluk itu terkejut dengan jeritan aku, terus mulut aku ditekupnya laju menggunakan tangannya yang tiba-tiba sahaja memanjang. Aku menepis tangannya di mulutku dan terus menarik tangannya kuat. Terjatuh makhluk itu di atas katil.

"Yah! Kenapa melekat kat siling? Terkejut tau tak?" tanyaku agak kuat memarahi makhluk itu. Dia tersengih.

"Ala, saja nak test jadi macam cicak. Nampak real tak?" tanyanya sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Huh, tak faham betul dengan peri sekor ni.

"Yah yah! Nak pergi mana?" tanya Hani apabila aku memusingkan badanku membelakanginya dan berjalan ke arah pintu. Aku memandangnya sekilas.

"Nak cari Joshua," balasku ringkas dan terus memusing tombol pintu. Aku keluar dari bilik tanpa menoleh ke arah Hani lagi. Wek padan muka.

"SRHSHS YAH KAMCHAGIYA!" Aku mengurut dada apabila wajah Hani muncul secara tiba-tiba di hadapan muka aku sejurus aku keluar dari bilik. Cepat-cepat aku jauhkan jarak. Dekatnya macam nak bercium je.

Hani tersengih tidak bersalah. Tanpa menghiraukan Hani, aku berjalan menuju ke pintu utama istana. Nak pergi taman hehe, tadi cicak cakap Joshua kat situ.

"Yah. Cakap pasal Joshua kan, saya nak bagitau something ni. Walaupun kedengaran mengarut tapi sumpah, saya tak reka cerita," Hani berjalan di sebelah aku, mengikuti jejak langkahku.

"Mende?" tanyaku. Tangan aku meraba bahagian sisi peha untuk mencari poket. Sesaat kemudian baru aku teringat yang aku pakai dress. Ugh, baju perempuan zaman dulu. Hm, aku pun tak mandi lagi sibuk nak keluar cari Joshua.

Muncul satu persoalan di kepala aku. Yang aku mengada nak cari dia ni kenapa?

"Ha dengar ni. Tadi saya ada lalu kat taman tu sebelum naik bilik awak. Lepastu saya nampak Joshua kat situ. Tapi kan, dia nampak macam pelik sikit do. Serious," Hani memulakan cerita. Bersungguh beno dia bercerita sampai terpercik air liur ke muka aku. Cepat-cepat aku lap muka aku yang sudah tercemar dengan air mulut Hani.

"Dia kan, dia cakap sorang-sorang kat situ! Mula-mula saya husnodzun je yang maybe ada awak kat situ, tapi bila saya menghendap kat situ saya nampak dia sekor-sekor je afuufufufu. Lepastu, dia ada mention nama Shasha HAHSHSHAHA," Hani tergelak besar sejurus menyebut namaku, lantas lenganku dipukulnya kuat.

Sakit dowh. Tak sempat aku nak mengelak.

"Hoh. Dia cakap apa?" tanyaku ingin tahu. Memula tanak tahu pun tapi lepas Hani cakap Joshua mention nama aku, adalah sedikit rasa ingin tahu. Mana tahu dia kutuk aku ke uhuhuhu

Hani tergelak besar seperti tadi dan memukul dinding di sebelahnya pula. Mujur aku tidak menjadi mangsa pukulannya kali ini. Pukulan tu nampak menyakitkan je. Dinding pun dah nak retak.

"Adalah tu. Tak nak cakap, nanti awak perasan hehe," Hani tersengih sendirian. Eleh minah ni.

"Fine. Macamlah saya nak tahu sangat, wekk," aku terus berjalan laju meninggalkan Hani di belakang. Pintu utama istana aku buka. Sinaran matahari menyapa pandangan mataku. Ah, silaunya.

Hm, agaknya Joshua cakap apa eh pasal aku?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro