-ˋˏ ❝ Chapter 16 ❞ ˎˊ-
"Ah, jadi inilah bakal isteri yang kamu katakan itu?"
Aku yang baru sahaja hendak menarik rambut Joshua terus berdiri tegak dengan tangan yang diletakkan di belakang badan apabila satu suara tua kedengaran. Mata aku meliar ke sekeliling. Kelihatan dua orang manusia yang sejoli di meja makan yang panjang ini.
"Betul itu, ayahanda. Ini Puteri Shanderella. Panggil sahaja Shasha," kata Joshua. Aku tersenyum ke arah pasangan itu dan menundukkan badanku ke arah mereka sebawah yang mungkin.
"Anneyonghaseyo," sapaku ramah. Tipulah kalau kata nak nervous. Jumpa King and Queen real life kot. Walaupun ni bukan dunia real, tapi feel dia tu ada.
Wanita yang duduk di situ menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil memandangku atas bawah. Aku masih mengekalkan senyuman kekok. Mak cik ni scan badan aku ke apa?
"Cantik orangnya. Pilihan yang bijak, anakanda. Marilah bersantap bersama-sama," kata wanita itu. Kembang-kempis hidung aku mendengar pujian wanita itu. Hewhew aku cantik.
"Baiklah ibunda. Mari," Joshua memegang tangan aku dan berjalan ke arah kerusi kosong. Baru aku perasan yang Joshua guna bahasa baku bila cakap dengan mak ayah dia.
Joshua menarik kerusi untuk aku duduk. Uih gentlemannya. Usai aku duduk, Joshua mengambil tempat di sebelahku. Sehelai kain napkin yang berada di atas meja diambil dan diletakkan di atas pehaku.
Aku sebagai seorang perempuan, cair dengan tindakan dia sksksksks
Aku melihat makanan di hadapan mata. Wah, bulgogi! Mata aku meliar ke seluruh meja panjang ini. Ada juga kimchi jjigae, sundubu jjigae,saengseon jjigae, nakji bokkeum, seolleongtang, dolsot bibimbap, jjinmandu dan banyak lagi yang aku tak nak sebut sebab nanti semput. Daebak lah! Selamani aku makan ramen je kat rumah Jimin.
Aku menoleh ke tepi. Joshua dah start makan. Aku menoleh pula ke arah ibu bapa Joshua. Diorang tak makan lagi. Sebaliknya, diorang tengok aku macam nak lahap aku je. Aku tersenyum kekok dan melarikan pandangan. Ini lagi seram dari mimpi tadi.
Aku mencapai sudu. Kalau Joshua dah makan, aku pun nak makanlah. Kisah apa aku kalau kena perati macam tu. Lapo.
Baru sahaja hendak mengambil sesudu sundubu jjigae , satu soalan menghentikan perbuatan aku.
"Puteri Shasha umurnya berapa, ya?"
Aku memandang ke arah si penyoal. Appa Joshua. "21, tuanku," jawabku sopan. Baiklah, aku akan anggap ni latihan untuk berjumpa dengan raja dan ratu sebenar suatu hari nanti agugugugu.
"Oh, muda lagi," komennya. Aku mengangguk kecil sambil tersenyum. Selepas itu, perhatian aku kembali diraih oleh sundubu jjigae. Sudu aku angkat.
"Apakah pekerjaan ibu bapa kamu?"
Sekali lagi kepala aku terteleng ke arah si penyoal. Omma Joshua. Aku menayang senyuman palsu. Tak merasalah aku nak makan harini.
Ha, storyline asal Cinderella, mak bapak dia kerja apa eh? Mak dia dah mati kan? Ke bapak dia mati? Ah hentam jelah.
"Ibu bapa patik sudah meninggal, tuanku. Sekarang ini, patik tinggal bersama mak cik tiri di rumah peninggalan bapa," jawabku sambil mengekalkan senyuman.
"Oh, begitu. Maaf ya kalau soalan ini agak sensitif," kata omma Joshua. Aku menggelengkan kepala.
"Tidak mengapalah," jawabku dan kembali menumpukan perhatian kepada sundubu jjigae. Dengan penuh bersemangat, aku mencedok kuah sundubu jjigae dengan sudu. Yes, berjaya! Tiada lagi soalan menganggu!
Aku tersenyum puas. Sudu diangkat, mulut dibuka. Belum sempat mulut nak ngap...
"Ah, betullah. Joshua ada bercerita tentang kamu yang selalu dibuli oleh mak cik tiri dan kakak tiri kamu. Malang betul nasib kamu," appa Joshua bersuara. Aku meletakkan sudu ke dalam mangkuk dengan agak kuat. Frust sebab tak dapat makan.
"Kasihan betul kamu. Nampaknya kamu seorang gadis yang kuat kerana mampu bertahan sehingga hari ini. Kami berbesar hati menerima kedatangan kamu sebagai ahli keluarga kami," kata omma Joshua pula.
Aku tersenyum manis ke arah mereka berdua. "Terima kasih, tuanku," kataku dan menundukkan sedikit kepala ke arah mereka berdua.
"Panggil sahaja kami ayahanda dan ibunda. Sebentar lagi kamu akan menjadi sebahagian dari kami," kata omma Joshua. Aku tersenyum manis ke arah mereka.
"Baiklah, ayahanda, ibunda," kataku. Agak kekok tapi takpe. Mereka berdua tersenyum ke arahku.
Aku memandang tajam ke arah sudu berisi sundubu jjigae. Sepantas kilat, aku memasukkan sudu ke dalam mulut. Namun tidak ku sangka, ada yang lebih laju daripada aku.
Krekk
Mende pulok ni?
Aku dan Joshua menoleh ke arah 'ayahanda' dan 'ibunda' yang sudah berdiri dari duduk.
"Ibubapanda hendak ke mana?" tanya Joshua dengan mulut yang penuh. Aku menahan gelak. Ibubapanda? Sesuka hati dia cipta perkataan baru.
"Kami sudah habis bersantap. Ada baiknya kami pergi dahulu. Boleh juga kamu berdua berduaan. Pasti Shasha tidak selesa kalau ada kami di sini," kata omma Joshua. Eh dah habis makan? Aku menoleh ke arah pinggan mereka. Dah licin. Bukan tadi penuh ke? Dahlah sibuk tanya aku soalan tadi, sempat pula diorang habiskan. Hebat betul character diorang.
Joshua mengangguk faham. Aku juga sudah menayang senyuman manis kaw kaw kepada mereka berdua. Memang tak selesa pun. Asal aku nak makan je kena tanya soalan.
"Baiklah, ayahanda, ibunda," jawab Joshua dan sambung menyantap makanannya. Omma dan Appa Joshua berjalan pergi dari sini. Akhirnya, aku dapat makan dengan tenang!
Aku menyuapkan sudu ke dalam mulut. Finally, aku dapat merasa sundubu jjigae setelah lama berperang dengan 'ayahanda' dan 'ibunda'! Omona, sedapnyaaaa—
"Pft,"
Terus kepala aku terteleng kepada orang sebelah. Joshua yang terkejut melihat aku memandangnya tersedak. Terbatuk-batuk dia jadinya.
"Apo?" tanyaku. Joshua menggelengkan kepala. Mulut dilap dengan kain.
"Lawak. Setiap kali awak nak makan, diorang serang awak dengan soalan. Saya perhati je muka awak tau." kata Joshua dan meniru ekspresi muka yang aku lakukan tadi dan tergelak.
Aku memukul bahunya kuat. Tanpa mempedulikannya, aku mengambil sesudu lagi sundubu jjigae. Baik aku layan makanan ni dari layan dia.
"Okay, saya dah siap. Bye!" Joshua berdiri dari duduk. Selaju yang mungkin, aku menggenggam baju Joshua, cuba menghalangnya dari pergi.
"Ish temanlah! Janganlah tinggal saya sorang-sorang! Duduk balik!" Aku menariknya duduk di atas kerusi. Joshua tergelak kecil.
"Arraseo arraseo," katanya dan membetulkan kerusi. Aku tersenyum puas dan sambung memakan sundubu jjigae. Serious sedap skskskksks. Mesti Kook yang masak kan? Dia kan Kooker kat sini. Ngehek. Lepas habis sundubu jjigae, aku mengambil bulgogi pula.
"Wah, lapo sangat gamaknya tu," kata Joshua dan tergelak kecil. Aku menoleh ke tepi memandangnya. Naik geli aku apabila melihat Joshua sedang menongkat kepala di atas meja dan memandang ke arahku sambil tersenyum. Ada juga aku sembur makanan ni kat dia kan.
"Tak payah la tengok macam tu! Ish, pergilah sana!" Aku menolak kepala Joshua dan sambung melahap bulgogi. Geli tak geli, aku pun ada rasa malu juga. Dahlah aku makan gelojoh tadi. Joshua ni pun, kalau nak perhati cakap lah dulu. Boleh aku cover ayu.
"Betul ni? Boleh pergi?" tanya Joshua. Tanpa banyak soal, dia berdiri dari duduknya. Aku menjeling character itu. "Ha pergilah. Senang sikit saya nak dating dengan Kookie kalau awak takde hewhew. Pergi sana, shuh shuh!" Aku berdiri untuk menolak badan Joshua pergi dan sambung duduk untuk makan. Sempat aku lihat lelaki itu memuncungkan bibirnya.
Biar dia. Nak pergi sangat kan? Wek.
【👠】
"Naye gotongi itneun gose, naega sum shwige hasoseo," aku meng-humming lagu BST, Off sambil berjalan. Guna falsetto jelah aku mampu. Kalau guna chest voice kang ada yang buat konsert kat sini. Highnote Jengguk mengancams gitu.
Aku memegang tombol pintu. Lepas makan tadi, ada maid suruh aku datang sini untuk berdandan. Dalam ni ada stylish berpengalaman yang diorang tempah khas untuk aku. Tetiba rasa macam jadi k-idol pula.
Aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik ini. Sejurus aku melangkah masuk, satu suara nyaring menyapa pendengaran.
"MY EVERYTHING! MY BLOOD AND SWEAT! GOT NO FEARS I'M SINGIN' OH!"
Mataku tertancap ke arah seorang lembaga yang sedang berdiri di atas meja sambil memegang sebuah botol plastik yang dibuat sebagai mikrofon. Ni ke stylish tu? Bapak ganas.
"OH. I'M TAKING OVER! YOU SHOULD KNOW THAT!"
Bersungguh stylish ni menyanyi sampai crack suaranya. Aku hanya diam memerhati gelagatnya. Nak gelak tak sanggup.
"HOO! NINI PERI IN YOUR AREAH!"
Berkerut dahi aku mendengar slogan familiar itu. Serentak itu juga stylish baru aku memusingkan badannya menghadap aku.
Aku mengangkat kening ke arahnya.
"Hani?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro