Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 13 ❞ ˎˊ-

Jimin melepaskan rambutku. Mata aku dah berair mengenangkan kesakitan yang dialami. Sakit nak mampus Ya Tuhan. Lepas keluar dari dunia ni, aku nak tarik rambut Jimin sampai dia botak. Aku janji!

"Jihee sayang, Nayun sayang, kamu berdua cubalah kasut tu dulu. Omma nak uruskan anjing peliharaan omma," laung Jimin dari sini. Auch, adakah dia baru sahaja panggil aku anjing? Menitis air mata aku. Bukan sebab terasa, tapi sebab sakit tadi masih berbisa. Tapi aku pun ada terasa sikit. Huhu.

"Sejak bila omma bela anjing?" Suara kebingungan Nayun kedengaran. "Ish kau ni. Tu anak pungut lah. Dah jom cuba. Yeheet Joshua I kenot wait want to marry you!" Jihee menjerit teruja.

Aku memegang kepala. Sakitnya tak terkata. Aduhai. Tak sampai 1 minit Jimin biarkan aku berehat, dia tarik lagi rambut aku dengan sekuat tenaga. Menjerit aku minta dilepaskan. Rasanya pengawal istana kat luar pun boleh dengar.

"Diam betina! Ikut aku!" Jimin mengheret aku jauh dari dapur. Aku hanya mengikut tanpa rela dek rambutku ditarik kasar. Ada juga waktu di mana aku hampir tersadung kaki sendiri. Air mata mengalir laju di pipiku.

"Kau duduk sini diam-diam! Jangan malukan aku dengan wajah buruk kau tu!" Jimin menolak badanku ke dalam bilik stor. Sempat dia tendang kaki aku sebelum keluar dari bilik ini dan menutup pintu.

"Huwaaa sakit gilaaaaa!" Aku meraung seorang diri. Kepala aku pegang. Sumpah pedih. Terhinjut-hinjut bahu aku kerana menangis.

Aku merapatkan lutut ke dada dan sambung menangis. Entah kenapa jadi emotional harini. Kepala aku masih berdenyut-denyut. Aku benci Jimin! Huwaa!

Tapi aku tak boleh berdiam diri saja! Aku kena keluar dari dunia ni cepat! Aku mengubah posisi kepada berdiri. Tadi Nayun cakap Jisoo dah datang kan?

Aku keluar dari bilik stor. Mujur saja Jimin tidak kunci pintu. Aku berjalan dengan penuh berhati-hati ke dapur. Sebilah pisau dicapai.

Aku nekad nak bunuh Jisoo harini! Huwarghhh!

Terjengket-jengket aku berjalan ke ruang tamu dan mengintai di sebalik cermin tingkap. Kelihatan Jihee sudah menangis di pelukan Jimin manakala Nayun masih mencuba untuk memuatkan kakinya ke dalam kasut. Di sebelahnya pengawal istana sudah menayang wajah penat dan di luar rumah sana, terdapat sebuah kereta kuda. Ada Jisoo dalam tu.

Aigoo, jauhnya!

Aku menggigit bibir. Sambil cuba mengambil kekuatan, aku stalk mereka semua melalui tingkap ini.

Nampaknya kaki Nayun pun tak muat juga. Dia asyik paksa kaki dia masuk dalam tu sampai pengawal istana tegur dia huhu. Lepastu pengawal istana tu letakkan kasut di hadapan kaki Jimin pula.

EH?! JIMIN?!

Heol, Jimin pun nak try juga ke? Gila ah. Kalau muat camna? Mampus Jisoo kena kahwin ngan Jimin.

Jimin memasukkan kakinya ke dalam kasut tersebut dan muat! Membulat mata aku terkejut. Aku menggosok mata beberapa kali. Aku salah tengok ni!

Kelihatan Jimin menggelengkan kepalanya kepada pengawal istana itu. Wajah Nayun dan Jihee sudah berubah masam. Pengawal istana itu melaungkan sesuatu kepada kereta kuda itu dan keluarlah seorang jejaka dari kereta kuda.

Jisoo. Alamak hensemnya dia. Tapi nama dia macam perempuan uhuk. Terasa macam nak bunuh Jisoo Blackpink pula.

Jisoo berjalan ke arah mereka semua. Aku memegang erat pisau di tangan. Ini peluang aku! Tombol pintu aku pegang dengan sebelah lagi tangan sambil memerhati gerak geri Jisoo.

Jisoo sedang mengatakan sesuatu kepada mereka. Tak pastilah benda buruk atau baik, tapi yang pasti, riak wajah Nayun dan Jihee yang teruja tadi perlahan-lahan mengendur. Jimin juga sudah berkerut dahi.

Aku masih memerhati Jisoo. Aku sudah bersedia untuk membuka tombol pintu. Pada saat itu juga, Jisoo mengalihkan pandangannya memandangku.

Terkedu seketika aku. Terpaku dengan kehenseman dia. Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Setia pada Kook, Sha.

Aku menutup langsir. Tak mungkin dia pandang aku kan? Dia tahu ke aku ada kat sini? Dia tak kenal aku kan? Aigoo, berselirat urat kepala aku.

Aku mengintai semula di sebalik langsir. Jisoo sudah kembali bercakap dengan mereka. Fuh, overthinking betul aku ni. Tombol pintu aku pegang. Aku kena settlekan harini! Sekarang juga! Bersedia Sha!

Aku menghembus nafas dalam.

Hana...

Dul...

Set–

Nak gugur jantung aku apabila mendapati Jisoo menunding jarinya ke tingkap, atau lebih tepat lagi, ke arahku. Membulat mata aku terkejut. Jimin, Nayun, Jihee dan pengawal istana itu turut melihat ke arahku.

Cepat-cepat aku tutup langsir.

PEBENDA TU? JISOO KENAL AKU KE? ARGHHSHSJJS OMMA AKU TAK NAK MASUK PENJARA!

Tombol pintu kelihatan bergerak-gerak. Aku mengalihkan tangan darinya.

JANGAN CAKAP JISOO NAK MASUK RUMAH NI THEN BUNUH AKU BALIK HUWAAA OMMAAAAA TAKUTTTT

Serta-merta aku duduk melutut di hadapan pintu dengan tangan yang dicantumkan. Aku nak merayu supaya tak dikenakan hukuman! Ni semua salah dunia ni! Huwaa!

Klak!

"MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE MIANHAE HUWAAA SAYA TAK NAK MASUK PENJARA, MAAFKAN SAYA JISOO!" Aku menjerit sekuat yang boleh sejurus pintu dibuka. Kepala aku tundukkan memandang lantai, tak sanggup pandang wajah Jisoo.

...

...

...

"Kau dah kenapa gila? Pergi luar, Putera Joshua suruh kau test kasut tu."

Terangkat kepala aku apabila suara nyaring Jimin menyapa pendengaran. Eh, Jimin lah. Maksudnya Jimin lah yang buka pintu ni?

Aku bangkit dari melutut dan berdehem kecil. Aku diam seketika, cuba menghadam apa yang Jimin katakan tadi.

"Hah?" tanyaku apabila sel-sel otak aku berjaya dihubungkan. Jisoo suruh aku test kasut tu? Nani? Dia kenal aku ke?

"Manalah aku tahu. Dia cakap semua perempuan kena try. Yang kau pergi mengintai tadi kenapa betina? Kan dia dah nampak. Keluar jelah test kasut tu, nanti aku nak pukul kau puas-puas," kata Jimin dengan nada bersahaja namun apa yang dimaksudkannya itu tidak sama sekali bersahaja.

Jimin berjalan keluar. Takut-takut aku mengikuti jejak langkahnya. Setibanya aku keluar dari rumah, Jihee dan Nayun menghadiahkan aku satu jelingan tajam.

"Duduk," arah Jimim ringkas. Aku melabuhkan bontot bersebelahan dengan Jimin dan menundukkan kepala ke bawah. Dinginnya situasi sekarang ni.

Sebuah kasut diletakkan di sebelah kakinya. Aku mendongak ke atas. Kelihatan Jisoo tersenyum ke arahku.

Aigoo hensemnya. Kenapalah manusia sehensem dia boleh wujud di dunia ni?

Sedang aku sibuk berfangirling, Jisoo mendekatkan kepalanya denganku. Dia membisikkan sesuatu padaku.

"Tak sabar nak kahwin, kan Princess Shasha?"

Memerah muka aku. Jisoo kembali menarik kepalanya dan mengenyit matanya ke arahku sambil tersenyum, langsung tidak menghiraukan manusia di sekelilingnya.

Aku terkaku dengan tindakannya. Jisoo dah tahu ke aku siapa? Kenapa dia panggil aku Princess Shasha? Kalau dia dah tahu, mesti dia nak bunuh aku kan? Ah! Macam mana kalau dia dah tahu aku siapa. Then lepas aku test kasut ni, kitorang kahwin, lepas tu dia balas dendam and bunuh aku! Andwaeeee!

"Woi anak pungut. Kau mengelamun apa?" Otak aku berhenti berhalusinasi apabila Jimin di sebelah mencubit peha aku dan membisikkan sesuatu secara keras. Tiba-tiba Jisoo tergelak kecil. Aku sudah menayang wajah blur. Apa yang lawak?

"Aigoo. Suka mengelamun pula bakal isteri saya ni ya?" Jisoo duduk mencangkung di hadapan aku. Kaki aku diambilnya dan dimasukkan ke dalam kasut kaca itu. Lemah lembut je gerak-gerinya.

Aku speechless buat kali kedua. Dia cakap apa? Bakal isteri? Sksksksksskskks

"Y-Yah neon mwohae..." aku menolak tangannya yang memegang kakiku. Mukaku terasa membahang. Sumpah lah, sebelum ni tak pernah ada lelaki yang bersentuhan dengan aku kecuali appa dan Jimin. Meremang bulu roma aku jadinya.

Jisoo kembali mencapai kaki aku, dan aku juga menolak tangannya sekali lagi. Dia mengangkat kepala memandang aku yang turut memandangnya.

"Tak payah lah. Saya boleh sarung sendiri," aku menggelengkan kepala. Lagipun, aku dah boleh rasa panas kat situ. Satu, panas sebab malu dan kedua, panas daripada dua orang perempuan dan seorang mak nyah. Aku melirik ke arah tiga ketul manusia yang sudah membara di tepi.

Jisoo tersenyum manis. Terbentuk eyesmilenya.

"Shh, let me do it for you."

Memerah habis muka aku apabila mendengar suara separa berbisik itu. Manusia yang panas tadi pun bagaikan disimbah dengan air batu dari kutub utara. Semua dah cair dengan suara mengancam itu.

Aku memandang Jisoo yang sedang memakaikan kasut itu pada kaki kananku yang sedang berkaki ayam dengan lembut. Mudah sahaja kaki aku meluncur masuk ke dalam kasut kaca itu.

Terbeliak habis mata semua yang memandang sekarang ini. Jihee, Nayun, Jimin, dan juga beberapa orang pengawal istana.

"There."

Spontan aku mengalihkan pandangan ke arah Jisoo apabila dia bersuara. Senyuman manisnya ditayang, lalu dia berdiri dari cangkungannya.

"Ma–Macam mana–" Jihee diserang penyakit gagap sambil bersilih ganti memandang aku dan Jisoo. Nayun di sebelahnya sudah menangis air mata darah. Sempat aku menayang senyuman sinis. Hah, padan muka hengkorang!

"Ehem. Dengan ini beta isytiharkan, beta sudah menjumpai bakal permaisuri bagi kerajaan Cinderella."

Jisoo bersuara. Dia menundukkan kepala kepada dua pengawal istana di situ, lalu kepala dipusing menghadap aku. Tangannya dihulur. Aku yang blur hanya menatap tangannya yang dihulur bersilih ganti dengan wajahnya yang tertampal senyuman.

Uh, nak apa pula dia ni? Lepas sentuh kaki aku, dia nak sentuh tangan aku pula ke?!

"Wae–"

Tak sempat aku ingin bertanya, Jisoo terlebih dahulu meraih tanganku sekaligus menyebabkan tangan kami bersentuhan. Meremang bulu bontot aku sekejap. Aku memandang wajahnya, dia turut memandang wajahku sambil tersengih.

"Jom, kita kahwin lari!"

Belum sempat aku ingin brain apa-apa, tangan aku ditarik olehnya menyebabkan badan aku turut terdorong ke hadapan. Jisoo yang menarikku berdiri terus sahaja berlari, dan aku tiada pilihan lain selain mengikut dia berlari. Kami berdua berlari menuju ke kereta kuda, meninggalkan manusia yang masih tergamam itu di belakang.

"OMMA, TENGOK SHASHA!"

"PUTERA JOSHUAKUUUUU!"

"DASAR SHASHA ANAK DERHAKA! AKU PUNGUT SEMUA HARTA BAPAK KAU!"

Sempat aku tersenyum senget mendengar suara-suara character yang sudah menyeksa aku selama dua hari. Rasain lo!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro