-ˋˏ ❝ Chapter 12 ❞ ˎˊ-
"Unnie. Dengar tak ennon tu?"
"Natang mende ennon tu? Vernon?"
"Ish bukanlah. Pengumuman. Ennon. Lembab lah unnie ni,"
"Pengumuman? Bukan ke pengumuman dalam bahasa Inggeris cement ke?"
"Apa salah Nayun sampai dapat kakak yang bengap ni? Cement tu cicak!"
Aku menepuk dahi mendengar perbualan dua beradik itu. Memang tak hairanlah diorang bengong macam ni kalau ibu diorang Jimin.
Chill gais, bengong tu perkataan yang baik. Kalau nak tahu, bengong sebenarnya berasal daripada perkataan bingung. Bila orang Ganu nak sebut jadi bengong dan digunakan hingga ke hari ini. Orang Ganu memang berpengaruh bukan?
"Announcement rakan-rakan, announcement," aku bersuara, saja nak bagi ilmu free pada mereka berdua. Namun apa yang aku dapat ialah jelingan tajam daripada mereka berdua. Aik, aku nak betulkan pun salah ke?
"Ha, unnie dengar tak ennonsimen tu? Ennonsimen daripada pihak istana,"
"Tak lagi. Diorang ennon bila, dan apa?"
"Baru tadi. Masa unnie tengah mandi. Wakil pihak istana meronda kat kawasan perumahan dan bagitahu satu pengumuman. Mesti unnie tak percaya."
"Wae wae wae wae? Cerita cepat!"
Aku hanya diam mendengar perbualan mereka berdua sambil menyapu lantai.
"Unnie ingat tak betina semalam?"
"Gila tak ingat! Mestilah unnie ingat, musuh utama tu!"
Fuh. Aku berdehem kecil apabila terasa dimention.
"Ha! Dia cakap, betina tu lari semalam dan Putera Joshua tak dapat jejak dia,"
"Mwo! Lepas tarik Putera Joshua keluar dari dewan, dia lari macam tu je?"
Terhenti sapuan aku. Telinga aku lebih fokus menangkap butir bicara mereka.
"Tapi baguslah kan dia lari. Lepas tu kan, unnie tau tak apa?"
"Macam mana unnie nak tahu kalau Nayun tak cerita lagi, adik sayang oi?"
"Hehe. Dia cakap, betina tu ada tertinggal sebuah kasut masa dia berlari. Kasut kaca. Nayun sempat tengok tadi. Cantik gila unnie! Shine shine bling bling gitu. Walaupun tengok sekilas je. Tapi sumpah cantik!"
"Jinjja? Mesti dia orang kaya. Tapi unnie takkan biarkan dia rampas Josh dari unnie!"
"Josh milik Nayun lah!"
Ah sudah, bergaduh pula tenuk ni. Aku menunduk memandang tapak kaki aku. Semalam, tapak kaki aku ada terluka sebab terpijak something yang tajam. Nasib baik Hani ada tolong rawatkan. Anehnya, aku tak sedar langsung yang aku terpijak benda tajam. Tetiba je rasa pedih. Maybe terpijak masa aku larikan diri kot?
"Lepastu?"
"Lepastu lepastu, dia cakap, esok, dia akan cuba kasut kaca tu pada kaki semua gadis di daerah Cinderella ni! Katanya sesiapa yang sepadan dengan kasut tu akan terus berkahwin dengan Putera Joshua sebab Josh memang dah berkenan sangat nak jadikan dia isteri!"
Terlepas penyapu dari pegangan tanganku. Terkejut mendengar gosip-gosip hangat tahi ayam Nayun.
Hakikatnya, aku tak terkejut mana pun. Maklumlah, aku dah sedia maklum dengan storyline original Cinderella ni. Memang macam ni pun. Tapi kahwin? Gila aku nak kahwin dengan Putera Joshua atau Jisoo tu!
Kalaulah aku tikam dia semalam...
Kalau kaki aku tak tersekat semalam, mesti aku dah bunuh dia and kembali ke dunia aku kan?
"Oh my godeu! Nayun, kita kena muatkan kaki dalam kasut tu!"
"Yes unnie. Tapi masalahnya, dia cakap kasut tu saiz 3 unnie, 3! Nayun ni pun pakai saiz 6 tau! Benci lah!"
Eh, yedok? Saiz 3? Kecil sangat tu. Kat dunia sebenar, aku pakai saiz 5. Betul ke perempuan yang dimaksudkan tu aku? Atau mungkin orang lain? Yeay tak payah kahwin.
Tapi siapa je yang tarik Jisoo keluar dari hall selain dari aku semalam? Eh tapi boleh jadi ada betina lain tarik dia lepas aku balik kan? Siapa tahu?
Tapi tapi siapa je yang hilang sebelah kasut selain aku?
"Gila kecik kaki dia!"
"Kan! Nayun jeles!"
Aku menunduk memandang kaki. Oh kaki.
"Dia kata nak check esok kan?" tanyaku meminta kepastian. Terangkat bahu dua beradik itu dek terkejut. Hehe.
"Yah kamchaji!" Jihee memukul lenganku kuat. Berkerut dahi aku menahan kesakitan.
"Haah. Kenapa? Kau tak terfikir nak cuba kasut tu kan?" Nayun mengangkat kening. Kepala aku dikawal untuk mengangguk. Aduhai memang cari pasal betullah.
Jihee dan Nayun saling berpandangan sebelum tawa mereka meletus.
"Oh tuhan! Lawak apa kau buat ni Sha?" Jihee memukul lenganku kuat, konon lawak sangat. Nasib baik aku sempat mengelak. "Apa yang lawaknya?" suara aku keluar tanpa rela. Noob sangatlah watak aku ni.
"Shasha shasha. Kau ingat saiz kaki kau berapa nak muat dengan kasut tu? Kalau muat pun, nak ke Prince Josh kahwin dengan kau? Cantik lagi muka beruk hutan," pedas Nayun berkata-kata. Aku menyentuh muka. Duh, tak baik face-shaming orang.
"Mimpi jelah kau nak kahwin dengan Joshua aku. MUAHAHA," Jihee tergelak jahat diikuti Nayun. Aku mencebik kecil dan beredar ke tempat lain. Macamlah aku nak sangat kahwin dengan Jisoo, huh.
【👠】
Aku mengiring ke kanan.
Aish bencilah! Aku memandang bulan di luar tingkap. Agaknya pukul berapa sekarang ya? Aku masih tak dapat melelapkan mata.
Aku rasa sebab aku nervous untuk hari esok. Gila tak nervous, aku takut kalau kaki aku muat dalam kasut tu. Aku tak nak kahwin dengan Jisoo!
Aku mengubah posisi dari baring kepada duduk bersandar di dinding. Lutut aku rapatkan ke dada. Otak aku ligat berfikir tentang strategi untuk keluar dari dunia ini.
Patut ke aku tikam Jisoo bila dia datang nanti? Eh tapi, Jisoo ada sekali ke esok? Or wakil istana je? Tapi takkanlah Jisoo tak nak tengok muka future wife dia enn.
Aku menggigit gigi. Okay, macam ni. Kalau esok Jisoo ada, aku akan bunuh dia semasa Nayun or Jihee test kasut tu. Harapnya tak ramai lah orang nanti. Kalau dia diselamatkan dan tak mati, aku takut kalau aku tak dapat keluar dari dunia ni, tapi penjara pula yang menanti aku huhu.
Kalau esok Jisoo takde, aku akan tikam dia bila aku berjumpa dengan dia. Katakanlah kaki aku muat dengan kasut tu, mesti dia akan bawa aku pergi istana jumpa Jisoo kan? Pada saat itu aku akan tikam dia dan usha Kookie si tukang masak sebelum kembali ke dunia asal aku. Oh yeah!
Aku tersenyum bangga. Badan aku baringkan di atas lantai berlapikkan kertas surat khabar. Esok kita bunuh Jisoo! Let's get it Shasha!
【👠】
"ARKK TAK SABARNYA!"
"SEMALAM NAYUN DAH RENDAM KAKI DALAM BESEN AIS SEMALAMAN UNTUK KECUTKAN KAKI. HARAP MUAT!"
"KALAU TAK MUAT UNNIE NAK POTONG KAKI UNNIE UNTUK MUATKAN KAKI UNNIE DALAM TU,"
Aigoo, bising betul dua beradik tu. Diorang berdua boleh terkinja-kinja dekat halaman rumah sementara menunggu giliran untuk mencuba kasut itu. Sementara aku kat sini pula kena masak ramen untuk Jimin. Apalah nasib.
"Yah! Mengelamun apa? Cepat masak! Aku lapar!" Jimin membaling sebiji biskut ke arahku. Aku menjeling Jimin yang sedang makan biskut itu. Dahlah duduk terkangkang. Kalau nak cepat masaklah sendiri hok aloh. Aku harap kau tercekik biskut tu, biar padan muka.
"Yah Shasha, aku lapar— uhuk uhuk! Uhuk! Air! Air!" Doaku termakbul apabila Jimin tercekik biskut itu dengan betul. Aku tersenyum sinis.
"Yah! Shanderella! Air woi air!" Melihatkan aku tidak bergerak, Jimin bangkit dari duduknya dan berlari mencapai air. Aku hanya selama mengacau ramen di kuali. Molla molla~
"Ugh. Kau Shasha! Memang sengaja nak aku mati kan?" Jimin menghentak kasar cawan kaca itu ke atas meja makan kayu. Terhinjut bahu aku dek terkejut. "Eo..." balasku seperlahan yang mungkin.
Jimin mendecit. Eh dia dengar ke?
"Kau ingat aku tak perasan? Kau dah lama tak puas hati dengan aku kan?" Jimin berjalan menghampiriku. Ah sudah. Jangan berlaku perang dunia ketiga sudah lah. Aku summon Nini Peri kang!
"Mianhae omma. Shasha minta maaf. Shasha tahu Shasha biadap," aku menundukkan badan ke arah Jimin. Kali ini aku membuatnya dengan rela. Biarlah aku undur diri sebelum Jimin meletup. Malas lah nak gaduh-gaduh ni.
Baru sahaja aku ingin sambung mengacau ramen di atas dapur, rambutku ditarik kasar oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Jimin. Menjerit aku kerana terkejut dan sakit.
"Appooooo!" teriakku kuat. Kan dah kata dunia ni sakitnya dua kali ganda. Sekarang ni aku rasa macam nak terkoyak kulit kepala aku.
"Tahu pula kau rasa sakit eh?" Jimin menarik rambutku semakin kuat. Kerana terdesak, aku memukul tangannya berkali-kali agar dia melepaskan tarikan namun hampa, Jimin hanya kekal menarik dan menarik. Sumpah aku rasa rambut aku rasa dah tercabut pada tahap ini.
"OMMA! PUTERA JOSHUA DAH DATANG!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro