-ˋˏ ❝ Chapter 11 ❞ ˎˊ-
"Okey, bersedia. Satu... dua... tiga!"
Jisoo membuka mata, serentak dengan itu aku berlari laju ke arahnya bersama pisau dan menyasarkan dadanya. Namun semuanya bagaikan hancur apabila kaki aku tersadung sesuatu dan aku terjatuh ke hadapan. Pisau terlepas dari genggaman.
Membulat mata aku apabila Jisoo merangkul badanku sewaktu aku jatuh. Semuanya berlaku dengan pantas, hanya sekelip mata sahaja. Aku dan Jisoo saling berpandangan. Masing-masing kaku dengan posisi sekarang.
Tong! Tong! Tong!
Bunyi loceng yang kuat menyedarkan kami berdua. Sedar dengan situasi sekarang, terus aku menolak Jisoo ke tepi sehingga terjatuh jantan itu jadinya. Aku terus mencapai pisau yang terbaring di atas rumput.
"Ah..."
Aku menunduk memandang kaki. Kaki aku tak boleh gerak!
"Aish shib–" nak je aku mencarut, lagi-lagi apabila melihat wajah bingung Jisoo sejurus dia perasan akan kehadiran pisau itu. Jisoo melontarkan pandangan yang sukar ditafsirkan ke arahku.
Tong! Sudah pukul 12 tengah malam! Tong!
Memori aku berlegar-legar. 12 tengah malam?
EH HANI SURUH AKU DATANG BALIK SEBELUM 12 TENGAH MALAM!
"Yaish..."
Sedaya upaya aku cuba untuk menggerakkan kaki. Sambil itu aku tidak henti menjeling Jisoo. Timbul juga rasa hairan mengapa dia tidak cuba untuk menahanku lari.
Akhirnya setelah penat bertarung, kaki aku berjaya digerakkan. Aku berbalas pandangan dengan Jisoo sebelum mengambil langkah laju ke kereta potato.
"Tunggu!" dari jauh kedengaran suara Jisoo menjerit. Aku menoleh ke belakang.
"Eh! Janganlah kejar!" jeritku cuak apabila melihat Jisoo mengejar aku berlari. Aku menguatkan larian sambil bersilih ganti memandang Jisoo dengan jalan hadapan. Dek terkejut dengan larian laju Jisoo, aku tidak mampu fokus kepada larian dan sekali lagi aku tersadung batu sewaktu berlari.
"Ajdjsjsjsjjshrvykrkw," aku jatuh menghempap bumi. Sakit hiks. Namun, aku tetap bangkit dan meneruskan larian. Jangan pedulikan sakit! Dashi run, run, run!
"Sha! Kasut awak tercabut!" Jisoo menjerit dari belakang, serentak itu aku menunduk memandang kaki. Kasut sebelah kanan hilang. Aish. Tanpa mempedulikannya, aku menyambung larian laju ke kereta potato.
【👠】
"Lompat si katak lompat!"
Dari jauh, dapat aku dengar suara Hani yang kuat sedang menyanyi dengan suara sumbangnya. Aku berjalan lemah ke arahnya. Gila tak lemah, jarak taman dengan kereta potato ni jauh kot. Menyesal aku bawa Jisoo jauh-jauh. Tak memasal aku pula yang penat. Aigoo.
"Lompat lah tinggi-tinggi!"
Terhenti langkah aku apabila satu suara garau kedengaran. Eh siapa tu? Hani ada bawa orang lain ke?
"Cepat lah Shasha cepat, kereta potato sudah tiada!"
Kali ini suara budak kecil perempuan pula kedengaran. Namun ayat budak itu menarik perhatian aku. Kereta potato dah takde? Aku berjalan mendekati semak yang menutupi kereta potato aku dan menyelaknya. Kelihatan Hani berseorangan sedang duduk di atas rumput sambil memeluk lutut.
"Yah. Mana kereta potato?" tanyaku apabila kereta potato tidak kelihatan. Hani menoleh ke arahku. Seriau aku tengok wajah dia. Penuh dengan air mata dan hingus. Di tangannya pula terdapat seketul kentang yang sudah digigit. Minah ni makan kentang mentah ke?
"Dah takde Sha, dah takde. Kan saya dah cakap datang sini sebelum pukul 12 tengah malam, tapi awak lambat. Sekarang tengok, kereta potato kita dah jadi potato semula." Hani mengelap air mata yang mengalir.
"Ah..." Aku menggaru rambut. Rasa bersalah la pula. Tapi asal sekejap je masa berlalu? Tak silap aku kitorang datang sini dalam pukul 9.
"Awak tak boleh buat kereta potato yang lain ke?" tanyaku. Hani menggeleng. "Kenot. Magik saya akan terlerai selepas pukul 12 tengah malam huwaaa!" Hani meracau sendirian.
Tak semena-mena aku menundukkan kepala memandang baju. Nampaknya baju dress purple yang cantik tadi sudah bertukar menjadi baju buruk semula. Entah sejak bila pula dia bertukar. Aku pun tak perasan.
"Sekarang nak balik dengan apa?"
"Entah. Ni semua salah awak,"
Aku menjeling Hani di atas rumput. Sesuka hati je.
Untuk menghilangkan rasa panas di dalam diri, aku melihat sekeliling untuk mencari kereta kuda yang tidak berpenghuni. Namun mata aku tertangkap kelibat Jihee dan Nayun yang sedang membebel serta Jimin yang sudah memasang riak annoying. Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam sebuah kereta kuda.
"Weh! Hani, kita kena balik sekarang juga! Jimin, Hee and Nayun on the way balik tu. Kalau diorang tak nampak saya kat rumah mesti diorang syak something!" Aku meluru ke arah Hani dan menggoncang bahunya kuat.
"Ish! Sekarang ni kita nak balik dengan apa? Kalau awak datang awal tadi bolehlah saya teleport kita balik rumah terus! Urgh!" Hani merengus kasar. Ewah, pandai dah dia merengus eh.
"Yah, awak kan fairy. Takkan semua magik awak dah terlerai selepas pukul 12 tengah malam? Useless betullah!" Aku melepaskan semua amarah mengikut emosi. Hani mengerutkan dahi.
"Mwo? Useless? Awak tu hipokrit! Tahu fikir pasal diri awak je kan? Habistu saya ni?"
Terdiam aku jadinya. Auch, sis sentap.
"Fine! Saya hipokrit kan? Dahlah, awak pergilah berkawan dengan potato yang tak hipokrit tu. Orang hipokrit macam saya memang tak layak berkawan dengan awak kan?" Aku berjalan pergi meninggalkan Hani.
Hmm, kat dunia aku pun kitorang berdua selalu bergaduh. Tak sangka kat sini pun sama haih.
Apa-apa pun, mission aku gagal harini! Haih, macam mana lah aku nak seludup masuk istana and bunuh putera tu lepas ni? Aku ada peluang yang besar tadi! Aku mendongak ke langit. Mesti CEO dunia ni sengaja nak bagi aku gagal kan? Ugh!
【👠】
"Kitorang dah balik!"
Dari sini, aku boleh mendengar suara jeritan Jihee. Nampaknya diorang dah balik.
"Shasha! Buatkan air untuk aku! Panas ni!"
"Nayun pun! Panas sangat tengok adegan betina dekat istana tadi,"
Wah, tersentap lah pula. Ala diorang dengki lah tu. Aku hanya diam duduk di atas jubin yang sejuk ini. Lantak dioranglah.
"Yah! Pekak ke?"
"Anak-anak omma sekalian. Lupa ke yang omma kunci dia dalam tandas tadi?"
"Eo hoohlah!"
"Mesti dia dah mereput dalam tandas,"
Aku mencebik kecil. Air di dalam kolah aku cedok menggunakan gayung. Kau tunggu satgi, kau tunggu.
Bunyi tapak kaki mereka bertiga semakin mendekat. Dapat aku dengar bunyi kunci pintu tandas ini dibuka. Dalam kiraan tiga, wajah mereka bertiga menyapa pandanganku.
Sepantas kilat aku membaling gayung berisi air itu ke arah mereka namun hampa, badan aku langsung tidak boleh digerakkan. Dasar!
"Oh hai Shasha. Lama ke tunggu kitorang balik?" Jihee tergelak gedik diikuti Nayun. "Mesti seronok duduk dalam tu kan? Sejuk je," Nayun tersenyum sinis ke arahku. Comel, tapi tulah, perangai macam apa entah. Takpe, ni character je. Nayun yang sebenar baik. Jihee pun.
"Aww tengok, dia bawakan air untuk kita HAHAHA," Jimin tergelak besar dengan suara mak nyahnya. Awalnya Jihee dan Nayun nampak macam tak nak gelak tapi akhirnya mereka berdua tergelak juga, mungkin sebab tak nak biar Jimin malu gelak sorang-sorang. Sekali dengar pun dah tahu budak dua tu gelak fake, ngeh.
Aku menundukkan kepala memandang kaki. Jangan salah faham, kalau aku tak kena kawal dengan dunia ni, nak je aku simbah air ni kat diorang.
"Sha dahaga? Meh sini, 'omma' tolong Sha minum air, nak?"
Sumpah geli dengar Jimin sebut omma. Kepala aku diangkat memandang mereka dan ketika itulah Jimin merampas gayung di tangan aku dan menyimbah mukaku dengan air kolah. Sejuk mak ai!
"Ah!" Aku terjerit kecil apabila ada air yang masuk mata. Terkapai-kapai aku seketika ditemani gelak tawa tiga skunk itu.
"Rasakan anak pungut!" Jimin menjerit. Serentak itu badan aku ditolak jatuh. Khinzir lah. Dahlah aku still tak nampak apa-apa. Pedih nak mati air ni. Kat dunia ni kan sakitnya dua kali ganda. Haih, apalah nasib aku.
"Omma rasa macam nak kurung dia dalam bilik air ni lagi. Amacam, on tak on?" Jimin bersuara kejam. Aduhai kenapa watak Jimin kejam gila-gila eh? Padahal realitinya nak bunuh nyamuk pun takut.
"Ish tengok muka dia ni teringat betina kat istana tadi!" Jihee bersuara sambil menghentak kakinya kuat. Fuh. Aku ke betina yang dimaksudkan tu?
Setelah memastikan retina aku okay, aku mendongak memandang mereka bertiga.
"Hooh lah! Mata dia hampir sama. Jangan-jangan Sha betina tadi?" Nayun membuat spekulasi sambil menyepetkan mata ke arahku. Aku meneguk liurku kasar. Takkanlah...
"Ngarutlah. Sha kan duduk dalam ni dari tadi," Jimin menepuk bahu Nayun lembut. Buat pertama kali, aku berterima kasih kepada Jimin. Tapi sekejap jelah.
"Sekarang, omma nak kunci dia balik ni. On tak?" tanya Jimin. Beria sangat nak kunci aku. Ingat aku tak boleh survive apa?
"Suka hati omma lah. Jihee nak naik atas. Hilang mood sebab betina tadi," Jihee meninggalkan kami. "Omma buatlah apa yang omma nak. Nayun nak menangisi kejadian tadi. Huwaa Joshua Nayun!" Nayun turut melarikan diri dari sini. Aku dan Jimin saling berbalas pandangan.
"Apa-apa jelah. Aku nak kunci kau ni. On tak on?" tanya Jimin. Apa ke gila dia tanya soalan tu kat aku?
"Suka hati kau lah Jimin. Aku redha. Lagipun aku dah tak lama kat dunia ni," balasku. Apa-apa pun aku akan cari cara untuk keluar dari dunia ni!
"Kau kena sampuk ke apa? Apa-apa pun baguslah kalau macam tu. Kau berdatinglah dengan selsema malam ni," Jimin menutup pintu tandas dan menutupnya. Selepas itu, pandangan aku tertumpu kepada lembaga di belakang pintu.
"Wah daebak, selama ni diorang layan awak macam tu ke?" tanya seekor peri ini. Tak lain tak bukan, Hani lah tu. Aku hanya menganggukkan kepala, mengiyakan apa yang dia katakan.
Kalau korang nak tahu, baru beberapa langkah aku berjalan, tiba-tiba je badan aku dipeluk dari belakang. Terkejut punya pasal, aku menjerit sekuat hati. Makin cuak aku bila mulut aku kena tutup dengan si pemeluk. Rupanya tu Hani. Dia minta maaf.
Aku pun minta maaf lah juga, lagipun tak elok gaduh-gaduh gitchew kan? Kitorang pun saling berpelukan selama 10 minit dan Hani cuba teleportkan kitorang ke sini. Surprisingly, boleh pula kitorang teleport. Bila ditanya, Hani cuma angkat bahu dan tayang wajah konpius. Mungkin kuasa jodoh kami kot. Hoho.
Hani merangkul sebelah lenganku.
"Sha, lapar tak?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro