Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 1 ❞ ˎˊ-

Aku menguap besar. Belum sempat tangan gebu aku nak tutup mulut aku yang comel lote ni, mulut aku sudah pun disumbat dengan sepotong kimbab.

Aku menoleh ke tepi memandang seekor haiwan yang sedang tersengih.

"Ayok menguap tak tutup mulut. Nanti lalat masuk," kata Hani dan mengenyit sebelah matanya ke arah aku. Eii ingat comel lah? Tapi um memang comel pun.

Tanpa membalas kenyitannya, aku kembali memfokuskan pandangan ke arah dulang yang berada di atas meja ini. Dulang itu diambil dan aku berjalan ke arah meja 21.

"Selamat menjamu selera," kataku dan tersenyum manis ke arah pelangganku yang merupakan sepasang kekasih. Usai menghantar pesanan, kaki aku angkat menuju ke meja kaunter semula. Punggung aku labuhkan ke atas kerusi.

"Eyy bosan," Hani merengek kecil. Kalkulator yang berada di tangannya ditekan-tekan.

Aku mengangguk kecil. Kitorang datang kerja hari-hari ni pun dah macam takde kerja. Pelanggan yang datang setiap hari boleh dibilang dengan jari. Haih, nasib juga gaji kitorang cukup untuk sara diri.

"Han–" 

Tak sempat aku nak sebut nama dia, sekali lagi mulutku disumbat dengan sepotong kimbab oleh tenuk ini. Hani tersengih kecil dan menyumbat mulutnya pula dengan kimbab.

"Yah, awak ambik kat mana kimbab ni?" tanyaku selepas selesai menguyah kimbab itu. Hani menghabiskan kunyahannya sebelum menjawab.

"Nayun bagi," balasnya pendek. Aku mengangguk faham. 

Hurm, dalam Apple Café ni pun hanya ada 4 orang pekerja termasuk aku. Kami ialah genk genk manusia desperate nak duit untuk kekal hidup ahuks. Aku bekerja sebagai seorang pelayan, Hani sebagai cashier manakala Nayun dan Jihee bekerja di bahagian dapur.

"Ha membawang membawang."

Jihee yang baru tiba di kaunter bersuara. Nayun juga sudah melabuhkan punggung di atas meja kaunter. Mesti dua ketul gajah ni bosan sebab takde apa nak buat kat dapur, itu yang datang sini.

"Eh manade. Fitnah fitnah," Hani membantah, keningnya dikerutkan, tangan pula sibuk menyumbat kimbab ke dalam mulut Nayun.

"Ha fitnah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih teruk–" 

Sekali lagi mulutku disumbat kimbab sebelum sempat aku menghabiskan ayat. Aku memandang tajam Hani yang hanya menayang wajah innocent. Dasar lo!

"Ha ye ye," Jihee bersuara malas. Sepotong kimbab diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Kalau korang tak membawang, mesti menghalia kan? HAHAHAHA," Nayun mengucapkan dialog pertamanya lalu tergelak histeria seorang diri. Hani, Jihee dan aku saling berpandangan.

"Ala korang ni. Gelak lah," Nayun mencebik kecil. Mulutnya yang kosong disumbat dengan kimbab.

"Hehe. Hahaha," Jihee tersengih menampakkan cili yang terselit di giginya. Terus tangan aku naikkan dan mencepuk mulutnya. Kalau pelanggan tu nampak kang lari diorang. Dahla cili ni bukan main besar lagi fuh. Benda apa lah yang budak ni makan tadi.

"Weh korang. Nampak tak?" tanya Hani secara tiba-tiba. Kepalanya ditoleh kekiri kanan. Nampak macam mencari sesuatu. Pinggan kimbab diangkat. Bawah meja dicari. Bawah punggung Nayun pun dicarinya. Eh–

"Nampak apo?" tanyaku. Hani memandang ke arah kami dengan wajah cuak.

"Lawak Nayun. Tak jumpa lah."

Puk!

Sejurus Hani menghabiskan ayatnya, terus kepalanya dipukul oleh Jihee dan Nayun serentak. Uish, pukul kepala Hani tak ajak. Terus aku turut join mereka tapi aku pukul bontot Hani hoho.

"Kuhajo mung. Ingatkan hilang barang," Jihee menayang wajah annoying. "Kuhajo mung kuasa dua. Eii geram," Nayun mencubit lengan Hani yang sudah tergelak kecil. Boleh pulak dia gelak, aku pun rasa cuak bila tengok muka cuak dia tadi tu skskksks

"Kuhajo mung kuasa tiga. Penumbuk nak?" aku bersuara. Hani pantas menggangguk dan berlari laju ke arah dapur. Um biarlah dia. Malas haku nak kejar.

"Lari lah lari. Semoga berjumpa dengan jembalang, juon pun okay juga!" jeritku kuat, supaya manusia kat dapur tu boleh dengar. Eh tapi dia manusia ke.

"Maafkan kami, boleh kami bayar?"

Serentak kepala aku, Jihee dan Nayun tertoleh ke arah pasangan yang sudah berdiri di depan kaunter ini. Oh lupa pula kewujudan diorang kat sini. Cepat-cepat Nayun turun dari meja kaunter.

"Hehe silakan. Eh kejap mana Hani? Oh dia dah lari gi dapur," Nayun bersuara kalut. Dah kenapa pula dia gelabah semacam ni aksjsjsjs. Sebagai seorang manusia yang baik hati, terus aku mencapai kalkulator dan mengira jumlah yang perlu dibayar mereka.

Takpe, kalau salah kira nanti kita salahkan Hani muehehehehe

"Yaishh, Hee syak Hani sengaja lari sebab nampak pelanggan tercinta kita ni dah siap makan. Dia sengaja nak elak buat kerja dia eiiii," Jihee merungut kecil.

"Terima kasih, sila datang lagi," kataku dan tersenyum ramah. Pasangan kekasih itu membalas senyumanku dan berjalan keluar sambil berpegangan tangan. Hurm jeles lah pula tengok diorang tu.

"Wah finally diorang keluar. Tahu tak tadi enn saya tengah korek hidung masa diorang cakap nak bayar HAHAHA tanjat gegirl," Nayun tergelak kuat dan menepuk bahu Jihee di sebelahnya. Nasib Jihee sempat mengelak. Tapi lepas tu aku pula yang menjadi mangsa. Tak sempat nak elak uhuks

Baiklah, aku tak terkejut sebab tahu sangat perangai dia macam mana. Lagipun aku pun tengah garu bontot masa pelanggan tu cakap nak bayar hoho

"KORaNGGGGGGG"

Sesi membawang kami terganggu apabila jerita crack Hani kedengaran dari dapur. Tak lama kemudian bunyi barang-barang dapur jatuh kedengaran. Wuish dia ngamok ke apa ni

"YAH HANI–" Baru sahaja Jihee ingin berlari ke dapur dan melihat anak-anak kesayangannya yang sudah dijahanamkan, Hani terlebih dahulu berlari ke arah kami dengan nafas tercungap. Sebuah kotak yang kelihatan seperti buku yang dipeluknya tadi diletakkan di atas meja. Or lebih kepada dihempas.

"TENGOK APA YANG HANI JUMPAAAA" Jerit Hani teruja. Refleks tangan aku menepuk kuat mulutnya yang sedang terbuka luas. Jerit tepi telinga aku dah kenapa aish

"Awak ambik kat mana benda ni?" tanyaku hairan. Nayun di sebelahku melompat teruja. Buku itu diambilnya dan dibelek-belek. Tak lama lepas tu terus Nayun terbersin. Aku syak sebab habuk. Tengok je dah nampak habuk setebal kelapa meliputi buku tu.

"Ada dalam freezer hoho," balas Hani dan tersenyum bangga. Aku mengerutkan dahi. Buku? Dalam freezer? Dah kenapa nak letak buku dalam freezer? Buku berhabuk pulak tu. Aku melontarkan pandangan curious ke arah Jihee dan Nayun yang sememangnya bertugas di dapur.  Diorang ada sorokkan apa-apa ke ni?

"Eish budak ni. Kenapa keluarkan?" tanya Jihee. Buku itu diraihnya namun tak sampai satu saat, buku itu diletakkan semula. Ha mesti dia pun geli nak sentuh buku berhabuk tu.

"Kenapa? Korang ada sorokkan apa apa ke?" tanyaku, kening diangkat dan tangan disilangkan ke badan. Acah suwek gitew

"Takde sorokkan apa apa pun. Cuma pagi tadi benda ni tiba-tiba je ada kat dalam freezer hek," balas Nayun. Jihee mengangguk. "Yep. Kitorang just fikir yang tu maybe bos punya and biarkan je. Tetiba budak Hani pula bawa keluar benda ni," sambung Jihee. Hani tersengih.

"Alaa takpe. Bos jarang turun kafe," kata Hani. Buku berhabuk itu digoncang-goncangnya.

"Eh ada benda lah dalam ni. Korang, jom basuh benda ni. Berhabuk sangat lah," Hani menggosok hidungnya yang kegatalan. Muka pun dah macam beruk. Comfirm dia nak terbersin tu.

"Yaish, tak baiklah. Macam mana kalau bos datang nanti?" kata Jihee dan mengerutkan dahi. Hani menayang wajah tenuk.

"Alaaa sekali ni je. Bukannya selalu hoho. Hani nak tahu apa benda ada dalam ni," Hani mencebikkan bibirnya. Nayun mengangguk laju. "Hooh hooh. Jom lah korang," sokong Nayun. Kedua mereka sedang menayang wajah meraih simpati kepada Jihee.

"Aish korang ni," Jihee mengalihkan pandangan. "Ala boleh lah boleh lah," Hani dan Nayun bersepakat menarik hujung baju Jihee.

"Ha yelah. Hee ikut Shasha,"

Dengan itu, tiga pasang mata terus tertumpu ke arahku. Eh apa ni. Malulah.

"Erk, Sha ikut je," balasku dan tersengih malu-malu. Ala bukan selalu kita jadi gedik ni hoho.

"Ikut siapa?" tanya Nayun dengan mata yang dibulatkan. Erk, ikut siapa eh? Aku ikut diorang je ngeh.

"Ikut siapa siapa je," balasku. Hani mencebik kecil. "Alo Shisha tak sporting wek. Dah ah jom basuh pastu kita buka yeheet."

Tak sempat Jihee ingin membantah, Hani terlebih dahulu berlari ke dapur diikuti Nayun. Jihee memberiku pandangan yang aku sendiri pun tak tahu apa yang dia cuba sampaikan sksjksjks

"Apo?" tanyaku. Jihee menggeleng kepalanya kecil. "Ish, ingatkan Shasha nak halang diorang," terang Jihee dan membawa diri ke dapur. Oh. Gitu. Tanpa berlengah aku mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Hani meletakkan buku yang sudah dibasuh itu ke atas meja.

"Wuuu dah bersih," ujarku dan menilik buku itu. Bila habuk dah hilang, terserlah warna asal buku ini. Biru laut.

"Eo? Ada tulisan," aku mengecilkan mata. Butir-butir huruf yang tentera di muka buku itu aku baca.

"Cinderella."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro