-ˋˏ ❝ Chapter 41 ❞ ˎˊ-
"Pesanan meja 10 dah siap!"
Berpusu-pusu Shasha berlari anak menuju ke dapur untuk mengambil pesanan. Selepas itu, kaki diatur dengan laju namun berhati-hati menuju ke meja 10 untuk menghantar pesanan.
"Selamat menjamu selera!" kata Shasha, bibirnya ditarik menguntum sebuah senyuman walaupun dirinya sudah penat tidak terkata. Dia berjalan menuju ke kaunter dan melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi buat seketika.
"Haniiiiii–"
Terhenti rengekan Shasha apabila gerangan yang dipanggil menunjukkan telapak tangannya di hadapan wajah Shasha. Mukanya langsung tidak dipaling menghadap Shasha. Sebelah tangannya lagi sibuk menekan-nekan papan kekunci di hadapannya. Shasha mencebikkan bibir.
"Semuanya 15,320 won." tutur Hani kepada pelanggannya. Usai urusan pembayaran selesai, Hani terus terduduk di atas kerusinya.
"Uih, gila betul," komen Hani perlahan. Kafe itu diimbasnya sekilas. Nampaknya hari ini merupakan hari yang paling tersibuk dalam sejarah hidup mereka. Pelanggan yang datang dua kali ganda daripada yang biasa! Kalau biasa pun sudah banyak, apatah lagi kalau dua kali ganda?
Sekarang ini sahaja tempat duduk kafe sudah penuh. Itu pun tidak menghalang pelanggan lain daripada masuk. Hari ini banyak pelanggan yang meminta bungkus untuk dibawa pulang. Haih, jenuh betul ingin melayan!
Disebabkan kesibukan yang melampau, Puan Im yang selalu goyang kaki di dalam biliknya pun terpaksa keluar dan membantu urusan di dapur. Nayun pula membantu Shasha sebagai seorang pelayan, ke sana ke mari menghantar pesanan dan membersihkan meja untuk pelanggan seterusnya.
"Kaki saya rasa nak patah," komen Shasha, kepalanya disandarkan ke penyandar kerusi. Hani langsung mendekati Shasha.
"Alololo, sian dia. Meh saya urut bahu."
Hani mengurut bahu Shasha. Shasha awalnya ingin membantah kerana dia sakit kaki dan bukannya bahu, namun dibatalkan niat itu apabila urutan Hani terasa sedap. Ah, lega sekejap~
"Uwaaa~"
"Sha! Pesanan meja 12 dah siap!"
"Asjskhsjsgsjsjs–"
Shasha meraung kecil apabila tugasnya harus dilaksanakan. Baru duduk sekejap, apa ni!
"Hah, Nayun pergi tandas. Jadi awak yang kena hantar. Hehe, tabahlah. Pergi sana!" Hani laju menolak Shasha yang sudah lembik kembali berdiri dan bergerak ke dapur. Pesanan meja 12 diambilnya dengan lesu.
"Haih. Kenapalah kafe ni tiba-tiba je jadi sibuk?" Shasha mengeluh kecil. Seingatnya, sebelum koma dulu, sunyi semacam je kafe ni. Lepas dia kembali bekerja je terus laris teruk kedai ni. Adakah betul dia ni pembawa tuah? Ataupun pembawa malang kerana dia sudah menyakitkan badan sendiri dengan bekerja lebih masa?
"Omo!"
Shasha terjerit kecil apabila seorang budak berlari laju di hadapannya. Pinggan berisi kek coklat di tangan dipegang erat. Mujur sahaja tidak terjatuh tadi.
"Adik–"
Tak sempat ingin menasihati budak yang berlari tadi, seorang budak yang lain berlari laju di sebelahnya sambil tergelak kecil, barangkali mengejar budak yang tadi. Shasha yang tidak bersedia terus sahaja hilang keseimbangan apabila dirinya dilanggar oleh tubuh kecil itu.
Ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Shasha terdorong ke hadapan lalu kek coklat yang sepatutnya dihidangkan ke meja nombor 12 mendarat elok di atas baju seorang pelanggan lelaki yang sedang menikmati makanannya bersama rakan-rakannya yang lain.
Dan akibat tiada apa-apa untuk menahannya dari jatuh, Shasha turut terpeluk tubuh lelaki yang malang itu. Membulat besar mata Shasha apabila menyedari perkara yang berlaku. Laju sahaja pelukan dilepaskan.
"OMO OMO!"
Shasha melepaskan pelukan. Refleks tangan Shasha mengelap coklat yang melekat di baju lelaki itu. Namun, apabila tidak menggunakan otak, pastilah keadaan menjadi teruk. Akibat terlalu cemas dan tidak mampu berfikir dengan betul, keadaan baju itu menjadi semakin teruk. Coklat itu semakin memenuhi baju lelaki itu.
"AH–"
Shasha menggigit bibir. Sepantas kilat dia berundur sedikit lalu menundukkan badannya.
"JOESONGHABNIDA! JOESONGHABNIDA!"
Laju Shasha meminta maaf, dikekalkan posisi badannya yang sudah membongkok 90°. Lelaki itu sudah menayang riak bersalah. Dia tahu bukan Shasha yang bersalah dalam hal ini, alahai.
"Err, cik–"
"SHASHA APA YANG AWAK DAH BUATTTT"
Suara kuat Hani berkumandang di situ apabila dia melihat apa yang terjadi. Hani menghampiri mereka, anak matanya bergerak melihat baju pelanggan yang sudah kotor dan beralih pula ke arah Shasha yang masih menundukkan badan.
"EH– JOESONGHABNIDA!"
Hani laju mengikut Shasha menundukkan badannya ke arah pelanggan yang bajunya sudah dicemari dengan coklat. Memang itu apa yang diajar oleh Puan Im sekiranya mereka ada berbuat salah dengan pelanggan. Sebaliknya jika pelanggan yang salah, tidak perlu.
"Em, takpe. Hal kecil je ni. Lagipun, bukannya sengaja," pelanggan itu berkata dengan tona yang lembut agar hati perempuan mereka tidak merasa begitu bersalah. Hani mengangkat kepalanya memandang pelanggan lelaki itu.
"Uish hensemnya. Betul ke ni? Kami boleh bayar ganti rugi! Berapa won baju awak? Ataupun, biar kami yang basuhkan baju awak. Ehek, tanggallah baju tu sekejap–"
"Eh takpe takpe. Saya tak kisah pun," pelanggan lelaki itu memotong, satu senyuman kekok ditayang apabila berhadapan dengan Hani yang miang-miang keladi uhuk. Hani tersenyum.lebar, badan Shasha ditariknya supaya kembali menegak.
"Ha dah bangun, dia cakap takpe je," ujar Hani. Shasha membetulkan rambut yang menutupi wajahnya, lalu mulutnya dibuka untuk meminta maaf sekali lagi.
Namun, apabila melihatkan wajah pelanggan lelaki itu, serta-merta pergerakan Shasha terhenti. Terkaku. Terdiam. Tiba-tiba sahaja, air matanya bertakung di pelupuk mata.
"Eh awak, janganlah nangis," pelanggan lelaki tersebut menjadi cemas apabila dilihatnya Shasha menangis. Aduh, nanti tak pasal-pasal orang lain ingat dia ni dayus pula. Hani laju menoleh ke tepi mendengar ayat lelaki itu.
"Yah waegurae! Kenapa awak nangis? Janganlah nangis, dia cakap takpe je!" cuak Hani jadinya. Shasha bukannya semakin reda, malah tangisannya semakin menjadi-jadi. Pandangannya tidak dialihkan dari wajah pelanggan itu.
"Yes, saya okey je. Saya tak kisah pun," ujar pelanggan lelaki itu. Shasha menggeleng kecil, ingin berkata-kata namun esakannya menghalangnya.
Shasha sendiri pun tak tahu kenapa dia nangis. Bila tengok muka lelaki ni, dia rasa...
Sakit. Ya, sakit. Perasaan sama apabila nama lelaki itu bermain di minda.
Shua.
"Apa yang dah jadi ni?"
Di saat situasi menjadi teruk, Puan Im datang ke mari bersama Nayun dan Jihee di tepi. Nafas Nayun tercungap-cungap sedikit, barangkali dia yang berlari memberitahu tentang situasi ini kepada Puan Im di dapur.
"Bos! Shasha tertumpahkan kek coklat atas baju pelanggan ni, lepastu dia nangis sebab rasa bersalah!" Hani laju memberi laporan walaupun terdapat beberapa ralat di dalam laporannya. Shasha menggigit bibir, cuba menahan esakan untuk berbicara. Namun dia gagal. Haih, dia nangis bukan sebab bersalah! Air mata ni yang keluar tiba-tiba...
"Ani, dia bukan sengaja pun. Ada budak yang terlanggar dia tadi," pelanggan itu tersenyum kecil usai mempertahankan Shasha. Wajah Shasha yang sudah lencun dengan air mata dipandang. Mereka berdua saling berpandangan buat seketika.
"Hani, bawa Shasha masuk bilik saya. Sha, awak berehat di sana dulu ya? Biar Hani gantikan kerja awak," arah Puan Im. Hani laju memberi tabik hormat namun semangatnya bagaikan pudar habis mendengar ayat terakhir bosnya. Dia gantikan kerja Shasha? Di hari yang sibuk nak mati ni?!
"Baiklah hiks. Jom Shasha. Kita sendu sama-sama," Hani menarik lengan Shasha untuk menuju ke bilik Puan Im sekaligus menghentikan tautan mata di antara Shasha dengan pelanggan itu. Shasha menoleh kepalanya ke belakang melihat pelanggan itu bercakap bersama Puan Im.
"Shasha, harini last day kita ada kat sini. Harini juga hari paling tersibuk dalam sejarah kafe ni. Dan harini juga, awak menangis lagi! Yaish pabo, kan saya dah cakap tak payah pergi kerja! Tengok awak nangis lagi! Saya perati je sorang budak tu ajuk awak nangis tadi!"
Bebelan Hani hanya kedengaran samar-samar di pendengaran Shasha. Shasha memberhentikan langkah, spontan Hani juga terhenti apabila manusia yang ditariknya tidak bergerak.
"Ah wae wae wae?" soal Hani. Agak geram, yelah dia dah cakap tak payah pergi kerja tadi. Shasha nak juga datang, tengok apa jadi sekarang! Emosi dia tak stabil! Tengok muka lelaki hensem pun boleh menangis!
Shasha terdiam seketika. Kepalanya diangkat memandang Hani. Esakan kecil keluar dari mulutnya. Tanpa berkata apa-apa, langsung tubuh Hani dipeluknya sambil menangis kuat.
"Ha–Hani..."
Melihatkan Shasha yang menangis bagai orang yang baru putus cinta, Hani membalas pelukan rakan karibnya itu. Belakang badan Shasha ditepuknya pelan.
"Aigoo..."
【👠】
"Sha, you're okay?"
Jihee menanyakan satu soalan sejurus dia masuk ke dalam bilik bos. Shasha yang sedang menyembamkan wajahnya ke atas meja kerja Puan Im mengangkat kepalanya perlahan. Terserlah jelas mata sembab Shasha dan hidungnya yang sudah kemerahan.
"Eung," balas Shasha perlahan. Jihee tersenyum kecil. Kakinya diatur mendekati Shasha. Satu patung di atas meja Puan Im ditiliknya.
"Hm. Ada orang nak jumpa awak. Dia ada kat taman sekarang."
Terduduk tegak Shasha mendengar ayat itu. Wajah mendatar Jihee dipandangnya.
"Siapa?" soal Shasha. Entah kenapa, tetapi di dalam hatinya, dia berharap agar pelanggan lelaki tadi yang ingin menemuinya. Sejak dari kejadian itu berlaku hinggalah ke saat ini, wajah lelaki itu masih melekat di ingatan Shasha.
Jihee hanya diam tidak membalas. Patung itu masih diperhatinya dengan ralit. Mungkin sahaja dia tidak menyedari soalan Shasha disebabkan kagum dengan figura patung balet itu.
"Uish, hebatnya orang ukir patung ni."
Melihatkan respons Jihee yang seolah mengelak untuk menjawab, — walhal sebenarnya dia hanya tidak sedar akan soalan Shasha — Shasha laju berdiri dari duduknya. Dia terdiam seketika cuma menyeimbangkan diri setelah lama melabuhkan punggung di situ. Tidak lama, Shasha terus berjalan laju menuju ke pintu. Destinasinya ialah taman kafe.
Lama-kelamaan langkah kakinya menjadi semakin laju. Entah kenapa, dia berasa teruja ingin menemui lelaki itu. Rasa... Entahlah, perasaan yang sukar diungkapkan oleh kata-kata.
Setibanya di taman kafe, Shasha langsung memberhentikan langkah melihat satu figura di atas bangku. Saat itu, dia terasa hampa dan kecewa seketika. Kerana dia kenal, itu adalah figura Puan Im yang terduduk di situ, dan bukannya pelanggan lelaki tadi seperti sangkaannya...
"Shasha, awak dah okey? Mari duduk sini," ajak Puan Im apabila melihatkan Shasha sudah tiba di situ. Tempat duduk kosong di sebelahnya ditepuk, lalu Shasha menurut dan melabuhkan punggung di sebelah Puan Im.
"Um, bos. Saya minta maaf sebab nangis tadi. Sudahlah nangis depan ramai pelanggan. Tak malu betul," Shasha bersuara, kepalanya ditunduk ke bawah. Nasib baik juga harini adalah hari terakhir mereka beroperasi. Tidak adalah dia menanggung malu lagi sekiranya dia terjumpa pelanggan yang menyaksikan adegan dia menangis tadi.
Tapi... Jikalau ini adalah hari terakhir kafe ini beroperasi...
Bermakna, dia tidak boleh berjumpa dengan pelanggan lelaki itu lagi kan?
Shasha menggigit bibir, cuma menahan tangisan yang ingin keluar apabila membayangkan hal itu.
"Takpelah, lagipun Hani bagitahu emosi awak tak stabil lagi. Tapi setahu saya, awak bukannya jenis orang yang cepat menangis kalau kena marah. Pelanggan tadi pun bukannya marah awak pun. Kenapa awak menangis?" soal Puan Im. Shasha terdiam seketika. Tidak mampu menjawab.
"Takpelah, tak payah jawab kalau awak tak tahu. Saya pun tak tahu juga, baru sekarang saya tahu kenapa," ujar Puan Im, ayat di hujungnya diperlahankan. Shasha menoleh ke tepi memandang Puan Im.
"Nae?"
"Ah, takde pape," ujar Puan Im sambil tersenyum. Apa yang dia maksudkan dari ayatnya sebentar tadi, biar dia sahajalah yang tahu. Apa-apa pun dia tahu kenapa Shasha menangis selepas membaca sesuatu. Puan Im melirik sesuatu yang berada di tangannya.
"Shasha, disebabkan ini hari terakhir kita berjumpa... Saya nak bagi awak sesuatu," kata Puan Im, lalu diberinya benda yang berada di tangannya sejak tadi. Shasha menyambutnya dengan dua tangan, dahinya berkerut sedikit melihat benda itu.
"Album?"
Shasha menilik album itu. Dia terdiam seketika membaca tajuk album itu.
"Shanderella..."
"Saya ambil cuti kemarin sebab nak selesaikan benda ni. Dan saya juga dah putuskan untuk jual kafe tu. Saya minta maaf ya, dulu saya buat sesuatu tanpa berfikir dahulu," ujar Puan Im lembut, satu senyuman ditayang. Shasha masih kekal melihat album tersebut.
"Ni album yang ada dalam freezer tu ke?" soal Shasha. Hairan sedikit, kerana seingatnya album itu bertajuk Cinderella. Kenapa tiba-tiba berubah menjadi Shanderella? Puan Im tersenyum, kepalanya dianggukkan.
"Ya, betullah tu. Saya bagi pada awak sebab dah tak tahan tengok awak sengsara tak ingat dia. Dalam tu ada buku dengan tajuk yang sama, kalau awak nak baca, bacalah. Tapi saya nak bagi amaran, buku tu memang sedih sangat..." terang Puan Im. Shasha menyentuh tajuk album tersebut. Satu aura yang menyedihkan menyapa dirinya. Entah kenapa, tengok album tu dari luar je Shasha dah rasa nak menangis. Apatah lagi kalau baca yang dalam?
"Puan... Dah tak tahan tengok saya sengsara tak ingat dia?" Dalam banyak-banyak ayat yang diutarakan, ayat itu jugalah yang mengambil perhatian Shasha. Shasha memandang wajah Puan Im.
"Siapa dia?"
Puan Im tidak menjawab, hanya senyuman yang diberikan, buatkan Shasha rasa tidak puas hati.
"Semua jawapannya ada di tangan awak."
Spontan kepala Shasha menunduk memandang album di tangannya.
Shanderella...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro