Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 40 ❞ ˎˊ-

"Tak payah!"

"Omma, tengok Hani ni!"

"Saya cakap tak payah!"

Di ruang tamu rumah Puan Park, dua gadis itu sudah bergaduh di pagi hari. Ahli keluarga Shasha yang menjadi pemerhati sekadar menggelengkan kepala melihat dua sekawan itu bergaduh.

"Chagi, oppa pergi dulu lah. Serabut pula kepala tengok dua budak tu bergaduh pagi-pagi," Encik Park bersuara. Puan Park menganggukkan kepala bersetuju, lalu tangan suaminya diraih buat dikucupnya.

"Jimin, ayuh."

"Baiklah ayahanda," Jimin menyalami Puan Park lalu mengekori ayahnya keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Shasha yang melihat pintu rumah terbuka luas laju sahaja melarikan diri sepantas harimau bintang menuju ke pintu itu.

"Jangan harap!"

Hani yang melihat Shasha melarikan diri terus berlari sepantas kilat menuju ke pintu tersebut. Jika dibandingkan kelajuan harimau bintang dengan kilat, semestinya kilat yang lebih laju. Jadi Hani berjaya tiba di situ terlebih dahulu. Terus pintu itu ditutupnya kasar.

"Yah!" Shasha dengan cuak memberhentikan dirinya agar tidak terlanggar pintu yang sudah ditutup itu. Wajah Hani dipandang tajam.

"Ah wae?!" rengek Shasha. Hani menggeleng kepala beberapa kali.

"Tak boleh. Awak baru je nangis sampai mata sembab semalam. Emosi awak masih tak stabil. Kalau awak pergi kerja harini, nanti awak menangis kat sana!"

Ya, pagi-pagi lagi Hani sudah bertandang ke rumah Shasha. Bukannya ingin menjemput Shasha untuk bersama-sama pergi ke tempat kerja, tetapi ingin menghalang Shasha daripada bekerja!

Dia sudah memberitahu bos yang Shasha menangis macam nak mati semalam dan bos juga sudah mengizinkan Shasha cuti hari ini. Namun Shasha pula yang degil nak kerja!

"Sudah sudah lah bergaduh. Shasha, kamu tu tak sihat lagi kan–"

"Tak sihat apanya omma, Shasha sihat je!" potong Shasha. Mulutnya dicebik. Tidak suka apabila ibunya sendiri bersetuju dengan Hani dan bukannya dia. Hani sudah menayang senyuman kemenangan.

"Tak! Sekarang, duduk diam-diam dalam rumah ni! Saya pergi dulu. Ommonim, tolong jagakan Shasha tau! Jangan bagi dia keluar rumah!" pesan Hani, Puan Park sekarang menganggukkan kepalanya lalu kaki dilangkah menuju ke dapur. Lantaklah dua budak tu, baik dia siapkan kerja rumah dulu.

Hani memerhati Shasha yang sudah menayang wajah masam. Pintu rumah dibuka dan dengan berhati-hati dia keluar dari rumah, memastikan Shasha tidak mengikut jejaknya.

Shasha bergerak menuju ke tingkap. Dari situ dapat dia lihat Hani sedang berjalan ke belakang menuju ke kereta ibunya. Anak matanya masih kekal memerhati Shasha yang berada di dalam.

Lalu gadis itu masuk ke dalam kereta. Melihatkan Hani sudah berada di dalam, sepantas kilat Shasha keluar dari rumahnya. Kasut disarung lalu kakinya berlari laju menuju ke arah kereta ibu Hani yang sedang bersiap sedia ingin bergerak. Pintu kereta dibuka lalu Shasha melompat masuk ke dalam.

"Yah!" Hani menjerit terkejut apabila Shasha berada di dalam keretanya. Tak sempat otaknya ingin memproses kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

"Ommonim, jom lah pergi kafe," kata Shasha kepada ibu Hani. Ibu Hani menurut perintah, ditekannya pedal agar kereta itu bergerak.

"Omma, chakkaman! Omma, berhenti! Yah, kenapa awak ikut saya hah?" Hani menepuk lengan Shasha sekaligus memberi arahan agar ibunya berhenti, namun ibunya hanya meneruskan perjalanan. Shasha tersenyum senget, puas hati.

"Wae? Saya pun nak pergi kerja juga!" kata Shasha, mulut dicebik. Hani ingat dia ni siapa nak halang Shasha bekerja hah?! Hani sudah merengus geram mendengar jawapan Shasha.

"Tapi awak kan–"

"Tapi saya dah okey!"

"Ah takde takde–"

"Saya okey lahhhh!"

Habis bising dua manusia itu di dalam kereta. Ibu Hani juga sudah menyabarkan diri, dibuka radio agar suara dua manusia menjengkelkan itu hilang ditelan bunyi radio. Namun lain pula jadinya, bunyi radio yang semakin tenggelam ditelan suara mereka.

"Tipu! Semalam awak nangis sampai saya lenguh nak peluk awak–"

"Tu semalam bukan harini!"

"Yaish! Lepastu dalam teksi pun awak nangis–"

"Salah ke saya nak nangis?!"

"Lepas balik rumah pun nangis–"

"Tapi lepas awak pergi saya dah tak nangis–"

"Tipu lagi menipukan–"

"DIAMMMMMMMM!"

Terhinjut bahu dua gadis itu apabila dijerkah oleh si pemandu. Masing-masing menikus apabila ditenung tajam oleh ibu Hani dari cermin pandang belakang.

"Diam! Omma nak dengar lagu pun tak senang!" marah ibu Hani. Terdiam terus mereka, suasana kereta itu pun hanya kedengaran bunyi radio sahaja sepanjang perjalanan ke kafe. Masing-masing tidak berani membuka mulut. Hebat benar kuasa jeritan ibu Hani.

【👠】

"Hah? Shasha menangis seharian semalam?"

"Ye! Sebab tu lah mata dia sembab harini!"

"Awak ni pun, dah tahu dia penakut still bawa dia masuk rumah hantu!"

Di dapur kafe Apple, kelihatan tiga gadis sedang sibuk membawang. Berkerut dahi masing-masing, langsung tidak sedar akan subjek yang dibawangkan yang semakin hampir dengan mereka.

"Yah! Korang buat apa?" sergah Shasha. Terteleng semua kepala memandangnya.

"Uish! Hooh lah, sembab gila mata dia!" ujar Nayun, kakinya dibawa mendekati Shasha. Shasha menepis tangan Nayun yang ingin menyentuh matanya. Wajah tenuk ditayang.

"Aigoo, awak pun nangis tak ingat dunia. Kan dah sembab mata tu," Jihee tergeleng kecil. Shasha mencebikkan bibir. "Alaa, saya tak boleh kawal air mata tu dari mengalir keluar–"

"Hah, tipu!" potong Hani. Shasha menjegilkan mata ke arah Hani. Ish, budak ni!

"Eyy–"

"Ha, buat apa kat sini semua? Membawang ke tu?"

Spontan kepala mereka semua tertoleh ke arah sumber suara. Sebaik melihat figura Puan Im di pintu masuk dapur, cuak masing-masing memberi tunduk hormat.

"Anneyonghaseyo Puan Im!"

"Joseonghabnida Puan!"

"Kami tak membawang, kami cuma menyerai je!"

"Kami akan buat kerja sekarang!"

Puan Im tergelak kecil melihat reaksi pekerjanya itu. Haih, ada-ada je! Melihatkan mereka semua ingin berpecah ke bahagian masing-masing, laju Puan Im menghalang.

"Eh sekejap. Saya ada sesuatu nak beritahu ni. Tunggu dulu."

Keempat-empat gadis itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil tempat mereka tadi semula. Tumpuan mereka diberi sepenuhnya kepada Puan Im yang kini sudah berwajah serba-salah.

"By the way, Shasha, saya ingat awak cuti harini?"

Shasha tersengih kecil, kepalanya digaru.

"Takdelah, Hani ni gurau je–"

"Tak! Puan, puan tau tak, semalam Shasha masuk rumah hantu, lepas dia keluar tu, fuhhh dia menangis meraung macam orang gila! Lagak macam dia nak mati je harini! Saya pujuk pun dia still nangis, sampai balik rumah tu dia nangis! Jimin cakap, Shasha menangis sampai pukul 3 pagi!"

"Yah!" Shasha laju berlari ke arah Hani lalu menekup mulut manusia itu. Menggelupur Hani minta dilepaskan.

Puan Im tersenyum hambar. "Kalau macam tu, awak nak rehat ke harini–"

"Eh takpe puan! Saya masih sihat sejahtera! Semalam je cengeng sikit. Jangan risau, saya mampu kerja harini! Hani je mengada," potong Shasha, satu sengihan diberi. Hani yang ditekup mulutnya sudah bising bersuara tidak puas hati, mujur sahaja suaranya jadi tenggelam dan tidak berapa didengari.

"Kalau macam tu baguslah. Tapi kalau ada apa-apa, jangan paksa diri awak ya?"

"Ayy ayy puan!"

"Um, sebenarnya apa yang puan nak beritahu kami tadi?" soal Jihee, cuba membawa semula topik sebenar mereka menunggu di sini. Puan Im terdiam seketika. Wajah setiap pekerjanya dipandang sayu terutama wajah Shasha. Terbit rasa serba salah di dalam diri.

"Mulai esok, kamu semua dah tak perlu datang kerja–"

"Eh kenapa?!"

"Puan nak pecat kami ke?"

"Janganlah puan, kami dah takde tempat mencari duit selain kafe ni!"

"Ya betul, macam mana kami nak hidup kalau kami dibuang kerja?"

"Sabar, bawa bertenang semua..." Puan Im cuba menenangkan mereka. Tak rilek betul sekor-sekor, cakap pun tak habis lagi.

"Macam ni, saya kena ikut abang saya berhijrah ke New Zealand. Mungkin kami akan tinggal di sana buat selamanya, jadi saya takkan kembali ke sini lagi untuk uruskan kafe ni. Korang pun tahu kan yang saya takde waris untuk jaga kedai ni."

Masing-masing mendengar dengan tekun apa yang cuba Puan Im sampaikan. Puan Im menghela nafas seketika.

"Jadi, saya bercadang nak jual kafe ni. Sebab tu lah saya lepaskan korang semua. Lagipun pemilik baru kafe tu garang dan tegas orangnya. Saya takut korang tak kuat pula bertahan dengan dia."

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Tapi, kenapa puan mesti pergi?" soal Jihee. Sebak rasanya. Dah lama mereka bersama dengan Puan Im. Puan Im sekadar menghembus nafas. Wajah Shasha yang bermata sembab dipandang.

"Saya tak boleh tinggal di sini lagi. Hal suami saya satu, hal lain ada juga. Kalau saya duduk di sini dan biarkan korang bekerja di bawah saya, saya akan rasa bersalah... Dah banyak benda teruk yang saya lakukan..."

Puan Im mengeluh kecil.

"Aniyo, puan tak salah apa-apa pun!" ujar Nayun, satu senyuman ditayang, cuba menceriakan semula perasaan bosnya. Yang lain mengangguk laju mengiyakan.

Puan Im tersenyum kecil. Haih, diorang tak tahu...

"Tapi kalau puan pecat kitorang, kat mana lagi kitorang nak cari kerja?" soal Shasha. Walaupun dia tinggal dengan ibu bapanya, tapi dia perlu juga belajar mencari duit untuk menyara diri. Hani di sebelah menganggukkan kepalanya.

"Haah! Puan janganlah pecat kitorang, biar kitorang terus bekerja kat sini sampailah kitorang dapat cari kerja baru!" ujar Hani, yakin. Puan Im tersenyum.

"Tapi saya dah carikan kerja baru untuk korang semua."

"Apa?!" Membuntang mata mereka terkejut. Puan Im tersenyum senget.

"Kerja apa?" soal Nayun, teruja ingin tahu.

"Tapi tulah, saya tak mampu nak letak korang semua kat satu tempat kerja," ujar Puan Im, ada nada bersalah terselit di situ. Laju mereka menggelengkan kepala.

"Eh takpe! Macamlah saya nak sangat melekat dengan diorang setiap masa," ujar Jihee, tidak sampai satu saat dia sudah mendapat jelingan tajam dari manusia lain.

"Kuajo eh kuajo," Hani sudah menayang penumbuk di wajah Jihee. Jihee sekadar tergelak kecil.

"Baiklah, saya bagitahu ya. Jihee, saya berjaya apply satu tempat kosong untuk audition di Jin Hit Entertainment," beritahu Puan Im, terlopong mulut Jihee mendengar.

"Apa? Tapi, takpe ke..." soal Jihee, bersalah sedikit rasanya. Memang selama ni itulah impian dia. Tetapi, nak apply audition di situ pun kena bayar. Mahal yurannya. Itu belum tentu dapat direkrut menjadi trainee. Tujuan utama Jihee mencari duit pun adalah ingin cuba audisi di situ. Setakat ini, dia cuma ada ¼ daripada yuran yang diinginkan.

Puan Im mengangguk kepala. Takpelah, dia pun dah ada hasil yang banyak disebabkan pelanggan yang berpusu-pusu kemari. Jadi, tiada masalah. Jihee menundukkan badannya tanda hormat dan berterima kasih.

"Kamsahamnida puan!"

"Nayun pula, saya berjaya dapatkan satu jawatan kosong di pasaraya Mini," ujar Puan Im, tersenyum lebar Nayun dek teruja. Yalah, gaji di situ mahal kerana pelanggan tidak putus-putus datang. Di sana juga terdapat crush pujaan hati Nayun. Oh Yohan, kau tungguku datang!

"Hani dan Shasha, maaf ya, tapi nampaknya kamu berdua kena berkepit lagi kalini," ujar Puan Im. Hani laju merangkul lengan Shasha.

"Takpe puan, saya tak kisah berkepit dengan Shasha sampai mati! Kan Shasha kan?"

"Tak."

"Yah!"

Tergelak kecil mereka semua mendengar balasan selamba Shasha. Hani sudah memberi sebuah pukulan kasih sayang di bahu Shasha apabila gadis itu tidak menyokongnya. Hmph!

"Saya berjaya apply calon untuk bekerja di syarikat Samsung Electronics."

"WHOAAAAAA"

Terlopong mulut semua mendengar. Uish, mana tak terlopongnya. Syarikat tu adalah syarikat kelima terbesar di Korea Selatan ni. Nak apply jadi calon pun mesti susah.

"Jinjjayo?" soal Shasha, terkejut. Puan Im tersenyum lalu kepala dianggukkan.

"Baru calon tau. Kalau korang nak bekerja di situ, buatlah elok-elok masa interview nanti. Jihee dan Nayun pun sama."

"Baik bos!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro