Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 36 ❞ ˎˊ-

"Hah? Album Cinderella? Dalam freezer? Pfttt–"

Shasha menekup mulut. Cuba menahan tawa di hadapan Puan Im. Okey, dia tahu perkara ni tak boleh diketawakan sebab riak wajah Puan Im serius nak mati. Tapi ayat tu nampak lawak sikit. Album Cinderella dalam freezer? Apa kejadah album tu ada dalam freezer pula?

"Nampaknya, awak tak ingat..." Puan Im menghela nafas. Aih, teruk sangat effect benda ni kepada Shasha. Bukannya dia tak ingat perkara yang berlaku di dunia sana, malah perkara yang berlaku di dunia realiti pun dia tak ingat!

"Ehe, sorry puan. Ayat puan law–"

Terhenti terus ayat Shasha apabila satu babak di mana dia sedang membaca tajuk sebuah album di dapur kafe ini.

"Cinderella."

"Eh...?" soal Shasha perlahan. Kepala dikerutkan. Bwoya?

"Waeyo? Tiba-tiba ingat balik ke?" soal Puan Im melihat gelagat aneh Shasha. Shasha bertentang nata dengan bosnya. Kepala digelengkan.

"Tak ingat. Tapi, rasa macam ada memori tu. Boleh tak bos cerita balik apa yang berlaku?" soal Shasha. Puan Im mengalihkan pandangan. Kertas-kertas di atas mejanya disusun.

"Kalau nak cerita balik tu, saya pun tak tahu juga apa yang berlaku. Saya takde dengan awak masa jumpa album tu. Cuba tanya dekat manusia tiga ketul tu," ujar Puan Im. Shasha menayang wajah hairan.

"Tiga ketul manusia tu siapa?"

"Lah, takkan dah lupa kawan sendiri kot?" soal Puan Im lalu tergelak kecil. Shasha laju menepuk kepala sendiri.

Aigoo!

"Nanti lah saya tanya diorang. Kenapa dengan album tu?" soal Shasha. Puan Im meletakkan tangannya di atas meja, menahan kepalanya.

"Awak tahu kat mana album tu sekarang?"

"Alamak. Saya tak tahu, tapi yang tu pun nanti saya tanya diorang. Kenapa, puan nak album tu semula ke?" soal Shasha. Rasa bersalah pula. Dulu pun diorang buat something tak fikir dulu.

Puan Im menggeleng kepala. Badan disandarkan ke penyandar kerusi.

"Awak tahu... Suatu masa dulu, ada seorang pemilik butik. Dia ada 5 orang pekerja, tapi sayangnya butik dia tu tak ramai pelanggan. Kadang-kadang dalam sehari tu ada seorang je pelanggan. Nak kata kawasan butik tu terpencil, butik tu berada kat kawasan bandar. Si pemilik butik tu pening kepala memikirkan bisnesnya yang tak laku. Sudahlah suami dia jenis yang suka menghabiskan duit, dia pun dah nak naik bankrup. Dia nak bayar gaji pekerja-pekerja dia pun dah tak cukup duit."

Shasha mengangguk kepala mendengar cerita Puan Im. Mata bundarnya memandang wajah Puan Im sambil tekun mendengar.

"Satu hari, ada seorang nenek yang datang minta sedekah di butik dia. Disebabkan semua pekerja dia dah balik, dia terpaksa keluar bilik dia untuk bercakap sendiri dengan nenek tu. Dia beritahu nenek tu yang dia takde duit nak beri sedekah disebabkan butik dia yang dah nak jatuh bankrup. Dia minta maaf sangat-sangat..."

"Nenek tu hanya mendiamkan diri sambil terangguk-angguk. Baru sahaja dia nak pergi, dia digamit oleh pemilik butik tadi. Katanya, walaupun dia tak boleh bagi duit atau makanan, dia boleh bagi nenek tu baju baru. Dia tengok, baju nenek tu dah buruk dah. Jadi dia hadiahkan satu baju baru buat si nenek."

"Nenek tu gembira dapat baju baru. Diserahkan suatu album bertajuk The Little Mermaid pada si pemilik butik yang baik hati. Satu pesanan diberi. Katanya, album itu mampu menolong butiknya menjadi terkenal dan diminati ramai. Tanpa berkata apa-apa lagi, nenek tersebut hanya berjalan pergi dari butik itu. Walau sudah dipanggil oleh pemilik butik tadi berkali-kali, namun nenek itu tetap meninggalkannya–"

"NAYUN! TOLONGLAH SAYA!"

"BISINGLAH AWAK NI HANI! BOS SURUH AWAK YANG HIDANG KAN!"

"ALA HABISTU SIAPA NAK JAGA KAUNTER? HEE–"

"HEE TENGAH HIAS KEK NI!"

Shasha memandang ke arah pintu bilik apabila jeritan tiga tenuk itu kedengaran. Fuh, kuat nau. Gaya macam nak seluruh dunia tahu apa yang diorang cakapkan. Shasha memandang semula wajah Puan Im dengan rasa bersalah.

"Um puan. Saya rasa sampai sini je kot sesi bercerita kita. Kesian pula kat Hani struggle nak buat dua kerja sekaligus," ujar Shasha lembut. Aih, dia masih ada hati nurani okay? Dia duduk senang kat sini dengar cerita, Hani pula berpatah kaki pergi ke sana ke sini ke sana ke sini–

"Ani ani. Biarkan dia. Dengar cerita saya dulu, sampai habis," larang Puan Im. Dia dah mulakan, lebih baik dia habiskan terus. Alang-alang Shasha dah ada kat sini. Kalau dia hentikan, entah bila pula dia nak teringat untuk bercerita kepada Shasha. Shasha mengangguk faham mendengar arahan Puan Im. Bertabahlah Hani.

"Bila pemilik butik tu buka album tu, ada banyak barang dalam tu. Ada CD, photocard, buku... Dan juga sekeping kertas. Apabila dia baca, katanya dia perlu masuk ke dalam satu dunia dan selesaikan misinya di situ. Dia hanya dapat keluar dari dunia tersebut sekiranya misi dia berjaya. Dan jika dia gagal..."

Puan Im terdiam seketika. Tidak mampu menyambung ayatnya. Wajah Shasha dipandang dengan rasa bersalah.

"Apa-apa pun, pemilik butik tu tak sanggup nak gadaikan nyawa dia. Kalau dia terkorban dalam dunia tu, bagaimana dengan butik dia ni? Kat situ juga tertulis bahawa dia perlu tekan butang pada album tu untuk masuk. Pada masa tu, dia dapat satu idea untuk meletakkan album itu di kaunter butiknya. Biar pekerjanya yang ambil risiko."

Puan Im menghela nafas sebelum menyambung.

"Dia yakin pekerja dia akan bawa balik album tu. Dan, ya. Keesokan harinya, bia pekerja dia dapat tahu ada album tu, masing-masing teruja nak tengok CD yang ada dalam album tu. Jadi mereka semua pun bawa balik album tu. Kebetulan pula, seorang pekerja yang namanya S telah menekan butang di album itu. Selepas itu... S terus terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya."

Shasha terdiam. Teringat akan kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu.

"Semuanya berjalan seperti si pemilik butik inginkan. S masuk ke dalam dunia tersebut. Walaupun ragu-ragu dengan apa yang berlaku, dia tetap menjalankan misi yang diberi. Dia langsung tidak terfikir ini angkara bosnya... Langsung tidak..."

Puan Im mengelap air mata yang menitik. Sebak rasanya. Haih, teruk betul dia ni. Nasib baik juga Shasha mampu keluar dari dunia itu... Kalau tidak, dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

"Lepastu? S berjaya keluar?" soal Shasha. Dia langsung tidak terfikir yang Puan Im sedang bercerita tentang dirinya. Puan Im tersenyum nipis.

"Ya. Dia berjaya. Semenjak dia keluar dari dunia tu, seperti yang dijanjikan, butik tempatnya bekerja terus dipenuhi orang. Dari sikit, terus menjadi banyak, pelanggan tidak putus datang. Pemilik butik tadi gembira dengan apa yang berlaku. Namun, di sebalik kegembiraan itu..."

"...terdapat kesedihan yang datang dari seseorang. Ya, S. Di dunia yang dia masuk dahulu, dia telah berjumpa dengan seseorang yang dia cintai. Namun, dia terpaksa berpisah dengannya. Setiap hati, dia merasa kehilangan di jiwanya. Dia berasa sungguh sedih, sehinggakan dia berfikir bahawa lebih baik dia mati sahaja kerana cinta hatinya tidak ada di dunia nyata. Ia hanyalah sekadar karakter dunia tersebut. Karakter yang tidak nyata."

Shasha mengetap bibir. Dadanya terasa perit mendengar cerita Puan Im. Dia seolah-olah boleh membayangkan situasi gadis bernama S itu. Tak semena-mena tangisannya jatuh ke pipi.

Puan Im hanya diam melihat Shasha. Dia sudah menceritakan segalanya walaupun ianya bertapis dan tidak jelas. Tapi jikalau Shasha bijak, dia akan tahu...

Puan Im juga tidak tahu Shashalah pekerja yang terpilih. Dia fikir, mungkin Hani atau Nayun yang akan terpilih disebabkan mereka jenis yang suka menceroboh barang orang tanpa memikirkan kesan dari perbuatan mereka. Mereka jenis yang lebih berkemungkinan untuk menekan butang itu.

Memikirkan bahawa Hani atau Nayun yang akan terpilih, dia tidak berasa begitu bersalah kerana dia tahu akan sifat Hani dan Nayun yang mempunyai semangat persaingan yang kuat. Dia yakin mereka berdua mampu menyelesaikan misi itu. Jika Jihee yang terpilih pun, dia juga pasti Jihee mampu menyelesaikan misi tersebut dengan laju. Dia yakin Jihee tidak akan tergugat dengan karakter di dalam dunia itu lagi-lagi karakter lelaki kerana Jihee sudah mempunyai kekasih.

Namun apabila mendapat tahu bahawa Shasha koma selepas dilanggar lari, terbit rasa bersalah dalam dirinya. Dia tahu, Shasha seorang yang lembut. Setiap hari semasa Shasha koma dahulu, dia selalu risau jika Shasha tidak mampu menyelesaikan misi tersebut. Dia takut jika Shasha lebih memilih cinta hatinya daripada misinya. Dan betullah sangkaannya itu.

Apa-apa pun, dia bersyukur Shasha mampu keluar dari dunia itu dengan selamat. Harapnya Shasha masih kekal kuat setelah mengingati semula kejadian-kejadian yang berlaku dan lebih penting lagi, setelah mengingati dia semula.

Harapnya.

"Apa... Apa jadi kat S lepas tu?" soal Shasha, tangisannya dikesat, tidak mahu Puan Im tahu bahawa dia sedang menangis walhal bosnya sudahpun tahu. Puan Im terdiam seketika. Tidak tahu apa yang perlu direspon.

"Cerita tu masih dalam proses. Saya pun tak tahu apa yang berlaku pada S. Mungkin, kalau S kuat, dia mampu bertahan dengan dunia ni. Kalau dia lemah, berkemungkinan semangat dia akan..."

Diam. Puan Im tidak mampu menghabiskan ayatnya. Takut juga kalau kata-katanya menjadi kenyataan nanti.

"Awak okey Shasha? Kalau dah okey, awak boleh sambung semula kerja," ujar Puan Im. Pandangan dialihkan. Tidak sanggup melihat gadis di hadapannya menangis, dan semua ini berpunca daripadanya.

"Eung. Saya okey." Hingus ditarik, Shasha berdiri dari duduknya lalu badan ditundukkan ke arah Puan Im.

"Saya keluar dulu..." ujar Shasha. Langkah kakinya diatur keluar dari bilik Puan Im. Lemah sahaja kakinya berjalan menuruni tangga. Tangisannya masih tidak berhenti.

"YEAY SHASHA DAH TURUN! OMG SHA CEPAT TOLONG SAYA!" Suara lantang Hani kedengaran kuat. Kelihatan Hani sedang berlari anak menghidangkan makanan sambil sebelah tangannya memegang kalkulator. Di mulutnya terdapat sebuah roti. Sempat pula dia rembat makanan.

Shasha diam tidak membalas. Hanya diam berdiri di sebelah tangga itu dengan tangannya berpaut pada pemegang tangga bagi menyokong badannya.

"SHASHA AWAK DENGAR TAK! KAKI SAYA RASA NAK TERCABUT DAH NI!" Jerit Hani lagi. Sepatutnya jeritan bingitnya membuatkan pelanggan beransur pergi dek bising, namun anehnya pelanggan yang masuk bertambah banyak pula.

"Yah!" Hani merengus perlahan melihat Shasha hanya berdiri tidak berkutik. Kakinya diatur menuju ke arah Shasha. Ketepikan pelanggan tu sekejap!

"Aish, meh la sambung kerja– OMO OMO AWAK NANGIS KE?!"

Shasha mengangkat kepalanya memandang Hani. Lantas tubuh rakannya dipeluk erat. Shasha menyembamkan wajah di bahu Hani. Menangis sepuasnya.

"YAH! KENAPA NI? BOS MARAH AWAK KE? MEH SINI SAYA MARAH BOS BALIK!" Hani berura-ura ingin naik ke atas namun terhalang apabila Shasha memeluknya lebih erat. Terasa sesak nafas namun Hani hanya pasrah sahaja. Belakang badan Shasha ditepuk-tepuknya.

Terhinjut-hinjut bahu Shasha menangis. Walhal dia sendiri tidak tahu mengapa cerita Puan Im tadi kedengaran sungguh sedih. Dia bersimpati dengan pekerja S itu. Namun tangisannya tidak dapat dibendung, dia seolah-olah dapat meletakkan dirinya di tempat S dan ianya sangat menyakitkan...

...kerana dialah S.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro