-ˋˏ ❝ Chapter 32 ❞ ˎˊ-
"Baiklah. Terima kasih doktor."
"Hiks hisk hisk srott srotttt Shashaaaa sjshjsjs srot hikshshs–"
"Hani, Hee bawa Nayun balik dulu ya? Hani boleh kan jaga Shasha sorang-sorang?"
"Eung! Babai!"
Suara esakan seorang perempuan kian menjauh diikuti dengan bunyi pintu ditutup.
"Sha, Sha, awak tahu tak, tadi saya ada jumpa sorang lelaki tau! Dia comel nak mati! Saya rasa kan saya dah jatuh cinta dengan dia ohok! Lepastu saya buat-buatlah terlanggar dia and terjatuh. Lepastu macam babak dalam k-drama, dia tangkap saya, lepastu kitorang saling bertatapan, oh indahnya..."
Satu suara bernada tinggi kedengaran. Keadaan menjadi senyap buat seketika.
"Okey takdelah. Dia tak tangkap saya pun. Saya jatuh macam nangka wangi depan dia. Hiks saya malu jadi saya terus lari dari situ!"
Sekali lagi keadaan menjadi sepi. Hanya kedengaran bunyi mesin kawalan kadar jantung sahaja di situ.
Tit... Tit... Tit...
"Haih. Bila awak nak bangun ni Shasha?"
Hani mengeluh kecil. Badannya disandarkan ke penyandar kerusi.
Sudah 3 bulan Shasha terlantar di atas katil hospital ini. Selepas dilanggar oleh sebuah kereta 3 bulan yang lalu, Shasha terus dibawa menuju ke hospital secepat yang mungkin. Dia mengalami krisis serangan jantung semasa dalam perjalanan, namun dia bernasib baik kerana berjaya terselamat.
Pembedahan otak dijalankan bagi membaiki tengkorak Shasha yang retak dek terhentak jalan raya. Usai pembedahan selesai, Shasha sekali lagi berada di dalam krisis apabila dia kekurangan darah dek kehilangan terlalu banyak darah semasa kemalangan tersebut. Mujur sahaja Hani dan Jihee mempunyai golongan darah yang sama dengan Shasha. Apa lagi, berpusu-pusu mereka berdua menderma darah untuk rakan mereka.
"Shasha. Bangunlah. Saya bosanlah. Dah macam orang gila saya ni cakap sorang-sorang tau," adu Hani. Satu keluhan dilepaskan. Sekali lagi keadaan menjadi senyap sebelum satu bunyi mencelah.
Grrrrrkkkkk
"Alamak." Hani tersengih malu. Perutnya diusap.
"Ala lapar lah pula. Suruh Hee beli makanan lah–"
"Jangan..."
Terhenti terus pergerakan Hani yang ingin membuka telefon pintarnya. Shasha yang terbaring lemah di atas katil dipandang. Dia salah dengar ke tadi, atau memang Shasha cakap sesuatu?
"Shasha?" panggil Hani. Tangannya dilambai-lambaikan di hadapan wajah pucat Shasha.
"Awak ada cakap something ke?" soal Hani. Dilihatnya Shasha hanya diam tidak berkutik. Hani mengangkat bahu. Mungkin dia salah dengar kot. Telefon pintarnya kembali diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp untuk menyuruh Jihee membeli makanan.
"Nak makan apa eh? Craving tteokbokki lah. Ayuh kita makan tteok–"
"Shua..."
Terhenti terus pergerakan Hani. Shasha dipandang.
"Shasha?" panggil Hani. Dia tak salah dengar kan? Dia pasti tu suara Shasha. Tapi Shasha boleh bercakap ke dengan keadaan dia sebegini?
"Awak cakap apa tadi? Nak susu?" soal Hani. Bahu Shasha digerakkan perlahan. Melihatkan Shasha tiada tanda-tanda ingin bercakap, Hani berhenti menggoncang bahunya. Dia hanya diam merenung wajah Shasha, ingin memastikan bahawa Shasha yang bercakap sebentar tadi.
"Cakap lah lagi..." arah Hani. Dia menuang air masak ke dalam gelas yang berada di atas meja di sebelahnya. Topeng oksigen Shasha dibuka lalu dibasahkan bibir Shasha dengan air. Kemudian Hani hanya diam memerhati Shasha, berharap agar dia bercakap semula.
Masa terasa berlalu begitu lambat. Hani juga sudah semakin mengantuk dek Shasha yang hanya mendiamkan diri sahaja. Kepala Hani terlentok-lentok sehingga akhirnya ia terjatuh ke tepi katil.
"Andwae..."
Spontan Hani terduduk apabila suara Shasha menyapa pendengarannya. Matanya digosok lalu wajah Shasha dipandang. Membulat matanya melihat dahi Shasha berkerut-kerut, kepalanya juga tergeleng-geleng.
"Eh Shasha! Awak okey tak ni?" cemas Hani jadinya. Tanpa berlengah dia berdiri lalu menekan butang kecemasan yang berada di atas bahagian penyandar kepala katil. Namun belum sempat dia menekan butang tersebut, tangannya direntap kuat oleh Shasha. Hani yang tidak bersedia gagal menyeimbangkan dirinya dan terus jatuh terduduk ke atas kerusinya.
"Jangan pergi..."
"Yahhh kenapa ni? Lepas, lepasss!" Hani meraung minta dilepaskan. Pegangan Shasha sungguh kuat, lagaknya seperti tidak mahu melepaskan Hani. Sudahlah kedua-dua tangan Hani dipegangnya.
"Jangan tinggalkan saya..."
"Saya bukan nak tinggalkan awak pun! Saya nak tekan butang emergency tu!" Hani masih bergelut cuba melepaskan tangannya dari genggaman Shasha. Wah, kuat betul Shasha ni. Tak sangka terbaring atas katil selama 3 bulan pun dia boleh jadi sekuat badang.
Atau Hani yang lembik sangat ni?
"Shu–Shua..."
"Apa, susu? Shasha lepaskan saya! Saya tahu awak mengamuk nak susu tapi tak payah lah tarik tangan saya! Lepassss!" ujar Hani sambil berusaha menarik tangannya. Habis memerah mukanya dek cuba menggunakan segala kudrat yang ada.
"Saranghae..."
"Nado! Sekarang, lepaskan saya!" Hani menarik kuat tangannya dari genggaman Shasha. Lantaklah Shasha nak sakit ke apa, yang penting sekarang dia perlu panggil doktor! Berbekalkan segala tenaga dalamannya, Hani berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Shasha. Habis terdorong dia ke belakang dan akhirnya jatuh terduduk di atas lantai.
"Aduh!" Hani mengaduh kecil. Sudahlah punggung dia yang jatuh dulu. Pedih!
Saat itu, pintu wad dibuka dari luar. Hani mengangkat kepala memandang gerangan yang datang. Kelihatan Jihee berada di muka pintu dengan wajah tertanyanya.
Tak lama kemudian riak wajahnya beransur cemas apabila melihat topeng oksigen Shasha yang sudah tercabut. Malah, posisi baring Shasha juga sudah senget ke tepi, seperti ditarik seseorang. Hani yang berada di atas lantai dipandang.
"Hee! Panggil doktor! Tadi Shasha bercakap!" arah Hani. Membulat mata Jihee terkejut. Laju sahaja dia berlari keluar bagi memanggil doktor yang berdekatan.
【👠】
"Macam mana doktor?" soal Jihee. Doktor Ahn yang baru sahaja keluar dari wad Shasha tersenyum nipis.
"Syukurlah, dia baik-baik sahaja. Disebabkan dia baru sahaja bangun dari koma, saya sarankan agar dia tinggal dahulu di wad buat beberapa hari. Tiga hari sudah mencukupi, selepas itu dia boleh pulang ke rumah," terang Doktor Ahn. Hani dan Jihee menghembus nafas lega mendengar.
"Boleh kami melawat dia?" soal Jihee. Doktor Ahn tersenyum lalu mengangguk kecil. Laju Hani berlari masuk ke dalam wad Shasha, meninggalkan Jihee seorang diri. Terkebil-kebil Jihee seketika. Senyuman kekok ditayang kepada Doktor Ahn.
"Oh ya, saya nak pesan. Kalau boleh jangan biarkan pesakit melakukan apa-apa kerja berat. Biarkan dia berehat dahulu buat beberapa hari," ujar Doktor Ahn. Jihee tersenyum, kepalanya dianggukkan. "Baiklah, terima kasih doktor."
"Iya, saya minta diri dulu."
Jihee menundukkan badanya ke arah Doktor Ahn. Usai Doktor Ahn pergi, Jihee mengatur langkah masuk ke dalam wad Shasha. Dilihatnya Hani sudah terduduk di kerusi sebelah katil manakala Shasha hanya diam termenung sendirian.
"Sha jawablah," Hani merengek kecil, bahu Shasha ditolaknya beberapa kali. Jihee yang baru tiba dengan bersahaja mencepuk tangan Hani. Hani menayang wajah tidak puas hati.
"Tak baik buat macam tu kat orang sakit," ujar Jihee bersahaja. Hani mencebik.
"Ala Sha jawablah~"
"Sha, awak okey?" soal Jihee. Dia dengan bersahaja duduk di atas riba Hani. Gelas berisi air di atas meja dicapai dan dihulur ke arah Shasha.
"Yah! Turun! Turunnnn!"
"Hm," balas Shasha ringkas. Air huluran Jihee diminumnya. Dia mengeluh kecil.
"Wae?" soal Jihee. Wajah Shasha dipandangnya risau. Tidak dipedulikan Hani yang sudah nazak di bawahnya.
Soalan Jihee dibiarkan tidak berjawab apabila Shasha hanya memandang gelas di pegangannya. Shasha mendiamkan diri. Tiba-tiba, setitik air matanya jatuh ke dalam gelas tersebut, bercampur dengan air di dalam gelas itu.
"Shasha? Awak nangis ke?" Jihee yang dari tadi menilik wajah Shasha bersuara. Hani yang mendengar terus menolak tubuh Jihee kuat sehingga terjatuh ke bawah gadis itu. Badan Shasha dipusing menghadapnya.
"APA? SHASHA NANGIS? HOOH LAH AWAK NANGIS!"
Shasha yang bagaikan baru tersedar ke alam nyata memandang wajah cuak Hani. Tubir matanya disentuh pelan. Betullah, ada air. Dia menangis ke tadi?
"Yah Park Hani!" Jihee merengus kecil apabila dirinya ditolak sebegitu rupa. Lantas punggung Hani dicepuknya kuat, namun Hani kekal menumpukan perhatiannya ke arah Shasha.
"Waegurae? Awak sakit ke? Sakit belah mana? Nak saya panggil doktor?" soal Hani bertubi-tubi. Shasha mengelap air mata. Kepala digeleng pelan.
"Ani–"
"OH! Ke awak nak susu? Awak mengidam susu eh?" soal Hani. Berkerut seketika dahi Shasha dek tidak faham. Kenapa susu tiba-tiba?
"Asal tiber sangat ni?" soal Jihee. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi memandangkan Hani sedang berdiri. Kali ini, Hani pula dengan selamba duduk di atas riba Jihee. Meraung seketika gadis itu ingin menampung berat Hani.
"Takdelah. Tadi kan dia ada cakap something sebelum dia sedarkan diri. Saya dengar, Shasha cakap shushu. Jadi mesti awak nak minum susu kan? Habis tangan saya awak tarik sebab nak minum susu huhu," ujar Hani.
Terkebil-kebil Shasha seketika. Eh, dia ada cakap nak minum susu?
"Ye ke?" soal Jihee. Nadanya jelas menunjukkan bahawa dia tidak mempercayai Hani. Hani mengangguk kepalanya laju. Yakin.
"Iya! Shasha cakap, 'shushu-ah...'"
Shasha menutup mata, cuba mengingati semula. Namun dia langsung tiada memori yang dia meminta susu.
"Takde–"
Shasha terhenti. Kepalanya dipegang. Lain yang ingin diingat, lain pula memori yang datang. Shasha mengerutkan dahi apabila suatu memori asing muncul di kepala.
"Jadi, kau bibik buatlah cara bibik."
"Shasha! Awak nangis lagi? Janganlah nangis! Saya pergi beli susu sekarang okey?!" Hani laju berdiri dari duduknya sejurus melihat rakannya mengalirkan air mata sekali lagi. Beg tangan Jihee dicapai sebelum dia berlari keluar dari wad itu.
"Yah Hani– Aish jinjja," Jihee merengus melihatkan beg tangannya dicuri oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Tumpuannya kini dialihkan ke arah Shasha yang masih mengerutkan dahi.
"Sha, awak okey tak ni? Sakit kepala ke?" soal Jihee. Kepala Shasha diusap pelan.
Shasha menggeleng kepala. Bibirnya digigit. Memori apa ni? Kenapa... Suara tadi macam suara Jihee?
"HOO NINI PERI IN YOUR AREAH!"
"Shuaa~"
"Saranghae Shasha. Manhi manhi."
"Sha, gwaenchana?" soal Jihee. Semakin cemas dia jadinya apabila Shasha mula teresak di situ.
"Omo omo. Waegurae?" soal Jihee. Lantas dipeluknya tubuh Shasha lalu diusap belakang badan Shasha supaya gadis itu bertenang. Shasha teresak kecil di dalam pelukan Jihee.
"H–Hee... Sa–Sakit..." tutur Shasha dalam esakannya. Jihee melepaskan pelukan dengan perlahan. Air mata Shasha dikesat lembut.
"Sakit kata mana? Nak saya panggil doktor ke?" soal Jihee. Kepala Shasha ditiliknya. Mana tahu ada luka yang terbuka ke? Shasha menggeleng pelan. Air mata masih mengalir.
"A–Ani. Sakit tu... Dekat sini..."
Shasha menunding jari ke arah dadanya. Air matanya semakin deras membasahi pipi. Pandangan Jihee meredup. Tubuh Shasha dirangkulnya buat kali kedua. Ditepuk-tepuk belakang badan sahabatnya yang sedang teresak itu.
"Sakit..."
"Hati saya sakit sangat..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro