Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 20 ❞ ˎˊ-

Aku menarik nafas dalam. Pisau di tangan aku pandang bersilih ganti dengan wajah Joshua yang sedamg nyenyak tidur. Betul ke apa yang aku buat ni?

Aku menutup mata. Tak, tak! Jangan fikir tentang Joshua! Buang sifat berperikemanusiaan tu jauh-jauh, Shasha!

Aku mengeluh. Aku kena juga buat benda ni. Kalau tak, sampai bila lagi aku nak tersekat dalam dunia ni? Sampai bila? Aku kena juga keluar dari dunia ni, dan ini saja satu-satunya cara untuk hasilkan sad ending.

Salah seorang dari kami kena mati.

Aku mengetatkan pegangan di pisau. Aku dah fikir masak-masak. Aku mendekatkan diri dengan Joshua. Sedaya-upaya aku cuba untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi supaya dia tidak terbangun.

Sampai di tepi katil, aku menatap wajahnya yang sedang lena tidur. Maafkan aku Joshua hiks. Selimutnya aku tarik sedikit sehingga ke paras perut. Dada Joshua yang berlapik baju aku pandang.

Nafas aku tarik dan hembus. Okay, fuh. You can do this!

Pisau aku angkat perlahan-lahan dan menyuakannya ke dada Joshua.

Okay.

Okay.

Okay.

Fuh.

Tak semena-mena air mata aku bertakung di tubir mata. Hiks. Aku tak sanggup! Dengan wajah innocent Joshua yang tengah tidur. Dia terlalu baik untuk aku bunuh. Kenapa aku kejam sangat?

"Hiks-" aku mengeluarkan tangisan tanpa sengaja. Dengan cuak aku memandang ke arah wajah Joshua. Nasib baik dia tak terbangun.

Pisau itu aku pandang. Tinggal sikit lagi nak sentuh dada dia. Aku menutup mata rapat. Nafas ditarik dan dihembus.

"Shasha?"

Membulat mata aku dek terkejut dan tanpa sedar, aku telah menolak pisau itu ke hadapan. Melopong mulut aku melihat pisau itu sudah menikam dada Joshua.

"A-Apa yang-"

Joshua yang mungkin baru sahaja bangun tidur mengerutkan dahi. Kepalanya diturunkan untuk melihat kawasan dadanya yang terasa perit.

"Jo-Joshua-" aku menggigit bibir. Darah mengalir keluar dengan deras membasahi baju di kawasan dadanya. Tilam turut terkena tempias. Joshua mengerang kesakitan. Kepala aku pula sudah tidak keruan memikirkan perkara ini.

"Sa-Sakit-"

Tanpa aku jangka, Joshua meraih tanganku yang sudah menggigil ketakutan. Tangisan aku pecah melihat air mata jantan Joshua mengalir.

"Jo-Joshua saya minta maaf. Sa-Saya tak sengaja. Sa-Saya terpaksa-" Tergagap aku cuba meminta maaf. Tangisan aku semakin kuat apabila Joshua mengukirkan senyuman yang lemah.

"Gwaenchana. Sa- Urgh. Saranghae, Shasha-"

"M-Mwo?" tanyaku agak terkejut. Joshua mengukirkan senyuman kepadaku walaupun keadaannya semakin lemah.

"Saranghae..."

Saat itu juga, pegangan tangannya pada tanganku terlepas. Matanya sudah tertutup rapat. Aku menggeleng kepala laju.

"Andwae..."

Aku jatuh terduduk di atas lantai. Tubuh Joshua yang sudah tidak bernyawa aku pandang. Aku menghamburkan tangisan yang kuat. Semuanya salah aku! Aku jahat!

"AAAAAAAAAA!" Aku berteriak geram. Rambut aku serabutkan sebelum aku berbaring di atas lantai dengan tangisan yang semakin kuat. Lantai itu aku tumbuk kuat, benci dengan diri aku sendiri.

Kenapa... Kenapa aku bunuh dia...

【👠】

"Hiks..."

Spontan Joshua terduduk mendengar tangisan itu. Sudahlah sekarang masih tengah pagi. Meremang bulu romanya memikirkan yang bukan-bukan. Dengan mata yang tidak dibuka sepenuhnya, dia memandang sekeliling.

"Hiks..."

Dia menoleh ke tepi memandang Shasha apabila perempuan itu mengeluarkan tangisan. Mimpi buruk ke?

"Sha..." Joshua menggerakkan bahu Shasha perlahan, cuba mengejutkan Shasha dari mimpi ngeri itu. Dia mendekatkan diri dengan Shasha. Tangisan yang mengalir di pipi isterinya diusap lembut. Um, nangis-nangis pun comel.

"AAAAAAAAAA!"

Buk!

"Aduh!" Serta-merta Joshua menjauhkan diri dari Shasha apabila wajahnya ditumbuk kuat. Dia memandang Shasha dengan wajah tidak percaya. Apakah...?

"Heol," Joshua menyentuh hidung apabila merasakan ada cecair yang keluar dari hidungnya. Tanpa berlengah lampu meja di sebelah dibuka. Membulat matanya melihat warna cecair itu. Merah! Sah, hidung dia berdarah!

"Bapak ah," komen Joshua tidak percaya. Tanpa berlengah dia terus turun dari katil untuk ke bilik air. Kuat betul tumbukan Shasha. Joshua bukan buat apa pun, huhuhu. Tak memasal kena tumbuk.

"Joshua..."

Terhenti langkah Joshua apabila suara lemah Shasha kedengaran diikuti dengan tangisan kecil perempuan itu. Joshua menoleh ke arah Shasha dengan rasa simpati.

"Joshua- hiks..."

"Sekejap sayang, nak basuh darah dulu," Joshua bersuara dan terus mengambil langkah ke bilik air. Memang Shasha boleh dengar pun huhu.

【👠】

Shasha menggigit bibir.

"Aish." Rambut dikusutkan. Sumpah, dia serabut. Mimpi semalam, lepas dia meraung bagai ibu kehilangan anak, dia berjaya keluar dari dunia ni lepastu entah, dia dah tak ingat.

Memang dia nak keluar sangat-sangat dari dunia ni, lagipun apa je yang beh dia buat kat sini? Takde apa. Sudah lah telefon pintar pun tak ada lagi pada zaman ni.

Tapi, Joshua...

Hah, patut ke dia bunuh diri je?

Tapi, macamlah Joshua akan sedih kalau dia mati. Buatnya kalau Joshua happy dia mati, ha bukan sad ending dah tu.

Lagipun, urm... Joshua kan character kat sini. Kalau dia mati pun takpe kan?

Shasha mengeluh. Kepalanya didongakkan ke atas memandang langit. Apa kejam sangat orang tu suruh Shasha cipta sad ending? Cinderella yang original pun berakhir dengan happy ending. Jadah betul.

"Hmm bosan," komen Shasha sendirian. Bunga yang berada di sebelah bangku itu dipetik dan dihidu. Uwu busuknya. Lantas bunga itu dibaling jauh. Baru nak acah macam watak utama tadi.

"Bosannya," kata Shasha lagi. Dia berdiri dari duduk lalu melihat sekeliling. Tadi Joshua keluar sekejap, ada urusan katanya. Biasalah anak Raja. Tinggallah seketul Shasha sendirian di taman ini.

"Kenapa dalam cerita ni takde watak antagonis baru eh? Tak cukuplah kalau setakat Jimin and the gang jadi antagonis. Bosan!" Cebik Shasha. Dia pun teringin juga nak merasai aksi-aksi berbahaya di dalam filem action and advanture.

Shasha tersengih sendirian membayangkan Joshua menyelamatkannya dari rumah yang terbakar dan tembakan peluru dari watak antagonis. Amboi amboi.

Namun, senyuman Shasha terus memudar apabila teringat akan pesanan dari dunia ini.

"Musuh..." gumam Shasha. Dia berjalan ulang-alik di situ sambil mengetuk jarinya beberapa kali di dagu.

Dia ada musuh dan musuh tu dah selesaikan misi dia.

"Agak-agaknya misi dia pun cipta sad ending ke?"

【👠】

"CHAKK! MISI APA TU?"

"Ark-!"

Aku mengurut dada. Hani yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapanku tersengih menampakkan giginya yang berwarna keorenan. Uish, makan apa budak ni tadi? Tanpa sebarang kata Hani mengambil tempat di sebelah aku.

"Hai. Kena buang dengan suami ke?" tanya Hani sambil memeluk tubuh. Wah, ayat dia tu hm. Secepat yang mungkin aku cepuk mulut dia dan bergerak membelakanginya. Huh!

"Ehek. Alololo merajuk pula dia ni," Hani menarikku memandangnya semula. Aku mengangkat kening ke arahnya.

"Kenapa datang sini?"

"Eik, awak yang panggil saya kan?"

Berkerut dahi aku. Eh bila masa?

Hani menyentuh kerutan di dahi aku sambil tersengih.

"Ala tipu je. Toksey serious sangat. Halah halah," Hani memeluk lenganku dan menyandarkan kepalanya di bahuku. Uihh asal manja ngat niiiiiii

"Halah halah. Saya rindu lah. Semenjak kahwin ni terus lupa member eh. Semalam petang tu saya cari awak tapi awak takde hiks. Jungkook cakap korang pergi dating," adu Hani. Aku tersenyum senget. Halah halah.

"Eh kejap, Jungkook?" tanyaku agak hairan. Kenal pula Hani dengan Jungkook? Hani menganggukkan kepala mengiyakan soalanku.

"Saya tanya dia sebab kebetulan dia lalu kat situ ngeh. Sebagai seekor peri, tengok muka pun saya dah boleh tahu nama tau!" kata Hani dengan penuh semangat. Oh, patut pun.

"Um, Hani. Nak tanya..." aku bersuara. Hani kembali duduk dengan tegak dan mengangkat kening ke arahku.

"Kalaulah, awak berada di tempat saya lepastu awak kena cipta sad ending, apa yang awak akan buat?" tanyaku. Sungguh, aku buntu nak buat apa sekarang hiks. Biarlah Hani berikan beberapa buah idea dia.

"Hoh? Kan dah happy kenapa pula nak sadkan pula?" Berkerut dahi Hani memandang ke arahku. Aku menggigit bibir bawah.

"Ala jawab jelah."

Hani mengangkat kepala memandang langit, tampak berfikir. Tak lama selepas itu dia tersengih sendirian.

"Saya ada tengok kat movie ni ehek! Cerita ni pun berakhir dengan sad ending juga tau! Heroin dan hero dia bercinta, lepastu heroin dia layan hero dia baik gila duh, ala macam biasalah typical couple yang sweet sweet tu. Diorang siap kiss kiss lagi tau uwu menggelupur saya tengok scene tu! Lepastu enn, tiber satu hari heroin tu cakap yang dia benci hero lepastu dia putuskan hubungan diorang camtu je hiks. Rupanya heroin tu takde perasaan pun pada hero dari awal lagi. Dia buat semua tu sebab dare dari kawan dia je. Kejam nak mati kan?"

Panjang lebar Hani bercerita. Aku menganggukkan kepala mendengar kisahnya. Hmm menarik.

"So, awak buatlah Joshua jatuh cinta dengan awak. Lepastu bila dia dah angau ngan awak pergi tinggalkan dia biar dia meraung sampai terjun istana ni sebab frust. Ha amacam?" Hani mengangkat keningnya beberapa kali ke arahku.

Hmm buat Josh jatuh cinta dengan aku? Bunyi dia macam gila je sebab aku takkan rasa dia akan jatuh cinta dengan aku huhu. Siapa je nak dekat manusia macam aku ni.

Tapi, idea ni boleh tahan juga. At least aku tak perlu bunuh Joshua kan?

"Okay juga..." aku menggumam sendirian. Wajah Hani yang sedari tadi hanya tersenyum aku pandang sekilas.

Seram pula aku tengok muka Hani ni. Ah, bila difikirkan balik, kenapa dia macam support je aku sakitkan hati dan jiwa raga Joshua ni? Dia tak nak halang aku ke? Jangan cakap dia dah tahu-

"Ala saya tahu. Saya tahu segalanya, Park Isya."

Membulat mata aku apabila Hani menyebut nama penuhku. Mulut aku sudah terlopong luas dek terkejut. Macam mana dia tahu nama sebenar aku? Bukan kat sini aku dikenali sebagai Shanderella ke?

Jangan cakap...

Hani pun kena sedut masuk dunia ni? Dia ke musuh aku tu? Yang dah berjaya selesaikan misi...

Hani menganggukkan kepala bersama satu senyuman di wajahnya.

"Eung."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro