Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 15 ❞ ˎˊ-

"Uwaaa!"

Aku menghempap badan ke atas katil. Tergolek-golek aku di atas katil itu. Lama tak tidur atas katil huks.

"Aigoo. Lembutnya!" aku menggeselkan pipi dengan selimut. Sumpah lembut. Rasanya tak sampai seminit berbaring dah boleh lena terus.

Aku mengubah posisi kepada duduk. Tak boleh baring lama-lama, nanti tertidur. Dahla tak mandi lagi.

Aku duduk bersila di atas katil. Tak semena-mena aku teringat kata-kata maid tu tadi. Dia cakap kitorang akan berkahwin esok.

Gila? Memang gila. Baru berjumpa tak sampai 24 jam dah nak berkahwin. Rushing betul. Kahwin laju-laju bukan boleh buat apa pun.

Aku menongkat dagu. Tapi mungkin perkahwinan ni akan memudahkan urusan aku juga kan? I mean, lepas kahwin, malam tu, masa kitorang berdua dalam bilik uhuk, aku boleh bunuh dia terus.

Tapi tapi, sekeluarnya aku dari dunia ni, adakah aku akan memegang status janda?

Aku meraup muka. Andwae!

Aish! Tak boleh ke aku bunuh dia sekarang je?

Aku berdiri dari duduk. Tapi, aku tak tahu mana satu bilik dia. Bilik-bilik ada berlambak kat sini.

Aku melabuhkan bontot di atas katil. Pada masa itu jugalah pintu bilik aku diketuk dari luar. Aku mendengus geram. Kenapa tak ketuk time aku berdiri tadi? Menyusahkanlah!

Dengan tidak rela, aku berjalan ke arah pintu. Tombol dipulas dan terserlahlah wajah Joshua di pandanganku. Di mulutnya terdapat sekuntum bunga ros merah yang digigit.

Joshua mengambil bunga itu dan menghulurkannya ke arahku sambil berlutut. "For you," katanya dan tersenyum ke arahku. Sempat dia mengenyit matanya.

Aku menayang wajah jijik. "Eyy! Fikir sweet lah?" tanyaku sambil mengambil bunga yang dihulur. Joshua tergelak kecil dan berdiri dari berlutut.

"Wae?" tanyaku sambil mengangjat kening ke arah Joshua. Wah, rasanya ni kali pertama aku angkat kening pada jantan. Nampaknya aku dah jadi semakin berani dan confident bila berada di dalam dunia ni!

"Saja nak tengok bakal isteri. Hehe, okay bye!" Joshua tersengih menampakkan giginya dan terus berlari pergi, namun aku lebih pantas menangkap tangannya. Terhenti larian Joshua.

"Eip jangan lari! Saya nak tanya ni. Kenapa mesti esok? Dah macam takde hari lain je. Nak rushing sangat kenapa? Kita ni kenal tak sampai dua hari," aku menyerangnya dengan soalan. Nah rasakan lo!

Joshua menggaru leher sambil tersenyum kekok. "Sebab saja? Heee~"

Aku menggeleng kepala, tanda alasan itu tidak diterima. Kepala bapak dia saja. Ingat perkahwinan ni apa ha? Dia takpelah, aku ni, tak sanggup pegang status janda lepas keluar dari dunia ni.

"Joshua, jujur. Awak sebenarnya tak nak pun kahwin dengan saya kan?" aku memegang kedua belah bahu Joshua dan menatap dua anak matanya. Orang kata kita boleh tengok orang tu jujur or tak kalau tengok mata dia. Tapi disebabkan dia ni boleh tahan tinggi juga, makanya aku terpaksa jinjitkan kaki. Huhu.

"Um..." Joshua menggigit bibir. Dia melarikan anak matanya ke tempat lain. Ha tengok. Mesti dia tak nak kahwin dengan aku.

"Awak tak nak kan? Dahtu, tak payah lah kahwin. Habis cerita," kataku ringkas. "Eh. Nak kahwin," kata Joshua dan tersengih. "Tipu! Cinta saya pun tidak, lepastu mengada nak kahwin." Eww, aku rasa geli cakap perkataan cinta. Baru aku nak masuk bilik semula, Joshua bersuara.

"Shayang, cinta tu boleh diwujudkan selepas kahwin. Memang betul saya tak cintakan awak. Tapi kita kenalah wujudkan happy ending tak gitu? Happy ending, happy ending, happy ending, happy ending~" Joshua menyanyikan perkataan happy ending mengikut irama yang dia reka sendiri sambil berjalan pergi.

Aku mengeluh kecil. Happy tak happy, kang ada juga yang tak boleh keluar dari dunia ni. Aigoo.

【👠】

Tok! Tok! Tok!

"Uhmshm," aku menukar posisi kepada mengiring. Bantal di sebelah aku peluk kuat. Lembutnya.

"Seronok peluk?" suara garau yang familiar menyapa pendengaran aku. Aku mengangguk dengan mamai sambil mengeratkan pelukan.

Eh kejap.

Bila masa ada jantan dalam bilik aku?

Mata aku terbuka luas. Terpampang wajah tersenyum Joshua yang hanya beberapa sentimeter jaraknya dengan wajah aku. Haba dari nafas Joshua menyapa wajahku.

Membulat mata aku. Terkejut. Terkaku. Terkedu. Terkencing.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"

Aku terduduk dari posisi baring dengan nafas tercungap-cungap. Dengan laju, kiri kanan aku pandang. Takde Joshua. Hanya ada aku sorang dalam bilik ni.

Aku meraup muka. Fuh, gila ah mimpi tadi. Asal aku boleh termimpikan Joshua? Sebab semalam dia datang bilik aku? Sksksksks dahlah dekat gila jarak kitorang tadi fuh. Meremang bulu roma aku membayangkan wajah Joshua tadi. Seram beb.

Tok! Tok!

"Puteri Shasha, adakah segalanya baik sahaja di sana?"

Aku memandang ke arah pintu bilik.

"Eo, semuanya baik je. Jangan risau! Tadi saya mimpi buruk," laungku agak kuat supaya manusia di luar dapat mendengar.

"Baiklah, tuan puteri. Patik datang ke sini membawa utusan. Mohon tuan puteri siapkan diri. Selepas ini, patik dan beberapa orang suruhan yang lain akan mendandan tuan puteri untuk majlis perkahwinan tuan puteri nanti."

Alaa aku baru ingat nak sambung tidur. Awal nau kena bersiap. Aku mencari jam untuk melihat waktu. Pusing punya pusing, akhirnya aku nampak kelibat jam di atas meja. Tapi, tu jam matahari :')

"Baik!" sahutku dari dalam. Lama betul masa yang aku perlukan untuk sahut. Entah ada ke tidak lagi manusia tu kat luar bilik.

Aku menapak ke arah tingkap. Langsir dibuka dan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik. Aku menggeliat kecil. Matahari dah terpacak kat atas. Nampaknya dah tengah hari lah. Sekejapnya masa berlalu. Tak sempat nak breakfast.

Eh, tapi tadi takkan takde orang kejutkan aku untuk breakfast? Sangsi ni. Aku menutup langsir dan menuju ke arah tandas. Apa-apa jelah, baik aku mandi dulu.

【👠】

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

Siapa pula ketuk pintu nonstop ni? Tak reti bersabar? Aku berlari anak menuju ke muka pintu. Tuala di kepala aku betulkan.

"Sunday morning rain is falling~" Sebaik sahaja pintu dibuka, suara merdu seorang lelaki kedengaran. Dah tahu dah siapa tu. Aku mengangkat kening padanya.

Joshua tersenyum petak. "Dah bersiap ke? Jom turun lunch. Raja and Permaisuri Kerajaan Cinderella dah tunggu kat bawah. Mesti lapar sebab tadi tak breakfast kan?" tanya Joshua. Aku mengangguk laju.

"Laparlah! Kenapa takde orang panggil saya breakfast tadi?" tanyaku agak geram. Perut aku dah buat pesta dah dalam ni. Dahlah semalam aku tak dinner, konon tak lapar, padahal malu nak jumpa Raja and Permaisuri hoho.

Joshua tergelak kecil. Tuala di kepala aku ditariknya dan dengan selamba Joshua masuk ke dalam bilikku.

"Uit!" aku cuba menahan lelaki itu namun dia tetap masuk ke dalam. Nasib baik aku takde letak benda perempuan merata. Joshua menyidai tuala yang dia rampas dari aku tadi.

"Kalau awak nak tahu, sebenarnya ada maid nak kejutkan awak tapi saya halang dia and volunteer untuk kejutkan awak sendiri. Mulanya saya saja baring atas katil sambil gerakkan badan awak suruh bangun, eh tiba-tiba orang tu peluk saya pula. Tanjat tau," terang Joshua sambil tergelak kecil.

Aku menayang wajah blur. Dia masuk kejutkan aku? Ada ke? Kenapa aku tak sedar? Ke aku mamai masatu?

Lepastu, peluk dia?

Tak semena-mena mimpi tadi menjengah memori.

"Joshua! Lepas saya peluk awak, awak tanya saya 'seronok peluk?' ke?" tanyaku sambil meniru gaya percakapan dia dalam mimpi tadi. Joshua mengangguk kepala. "Lepastu, saya angguk ke?" tanyaku lagi. Joshua tergelak besar.

"Ha betullah tu. Baru ingat ke? Ingatkan mamai masa tu," Joshua menyerabutkan rambutku yang masih basah. Aku menepis tangan Joshua dan menayang penumbuk. Makin galak jantan tu gelak. Apa yang lawak entah.

"Ih tak payah nak tipu! Tak kuasa lah saya nak peluk awak, eyy. Tadi tu mimpi je! Mimpi ngeri! Awak tu mengada nak masuk mimpi orang. Cis," aku menumbuk perut Joshua akibat geram namun sempat dielaknya. Dia masih lagi tak habis dengan gelaknya.

"Ala garangnya. Mungkin awak ingat tu mimpi sebab lepas awak buka mata tengok saya, awak sambung tidur and peluk saya lagi ketat alololo. Dah jom turun," Joshua meletakkan tangannya di atas bahuku dan berjalan keluar bilik.

Aku menggigit gigi. Betul ke tu bukan mimpi? Aku rasa macam mimpi je. Kan? Aksjsksksksk takkanlah aku peluk dia betul-betul?

Kalau betul...

ARGHHH MALUNYAAAAAAA

Aku dapat rasa muka aku memerah sekarang ni. Nasib baik Joshua tak nampak muka aku sebab dia berada di sisi aku. Harapnya lah.

Eeeeee malulah! Gila betul aku peluk dia masa tu. Urghhh! Joshua pun satu, kenapa mengada sangat nak baring sebelah aku atas katil? Arghh benci! Menciiiii!

"Ayok. Sha blushing," Aku tersedar dari lamunan apabila pipi aku dicucuk oleh seketul jari. Sedar-sedar je Joshua dah ada depan aku dengan jarak yang agak... Rapat.

"Yah!" aku menolak Joshua ke belakang. Sakan Joshua menggelakkan aku. Aish, mesti muka aku dah menguning.

"Ala rileklah. Kat atas katil tadi kita lagi rapat tau. Hehe," Joshua mengenyitkan matanya sebelum berlari menuruni tangga. Aku mengetap gigi. Geram dan malu pada masa yang sama.

"Joshua Hong!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro