Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-ˋˏ ❝ Chapter 10 ❞ ˎˊ-

Aku cuba mengawal diri daripada bertindak di luar kawalan.

Fuh sabar Sha, sabar. Ni bukan Jungkook sebenar. Ni Jungkook palsu. Fuh.

Aku mengangkat kepala memandang wajah Jungkook dan terus menundukkannya kembali apabila anak mata kami bertemu.

Arghhh hensemnya dia!

"Puan?"

Dia panggil aku puan?

"Ah. Umm... Saya tengah cari..." aku meleretkan suara. Cari mende woi. Fikir fikirrrrr

"Cari apa?" tanya Jungkook. Aku menggigit bibir. Ah sudah.

"Cari... Urm, cari... Ha! Tandas!"

Aku terasa diri aku bijak lah pula. Alasan yang mantap bukan?

"Saya nak cari tandas tapi tersesat," kataku dan cuba untuk memandang mata Jungkook. Jungkook mengangkat kening. Aish hensem lah gila. Kau angkat kening camtu nak goda aku ke acaner.

"Ah, tandas. Tandas berada di tingkat atas. Mahu patik tunjukkan kepada puan?" pelawa Jungkook. Laju-laju aku menggeleng. Uih, aku datang nak bunuh prince je.

"Takpe takpe. Okeylah kalau macam tu, saya pergi dulu. Terima kasih hehe." Aku memusingkan badan ke belakang dan berjalan laju dari situ, namun tangan aku terlebih dahulu disambar oleh jejaka handsome ini.

"Sebentar..." Jungkook menarik tanganku menyebabkan badan aku turut sama terpusing menghadapnya. Aku cuba menahan diri dari berfangirling.

AHHH JUNGKOOK SENTUH TANGAN AKU WOIIIS JSJSJSJSJSJSJSKSKSK WALAUPUN NI BUKAN REALITI TAPI AKU BOLEH RASA KEHANGATAN PADA TANGAN DIA AHHH SUMPAH AKU SAYANG DUNIA NI

"Maafkan patik sekiranya soalan ini mengganggu keselesaan puan, tetapi boleh patik tahu mengapa puan memakai kain di mulut?" tanya Jungkook. Aku ada pakai kain kat mulut ke? Tangan aku naik menyentuh bibir. Oh, ada lah.

"Saya... Uhuk! Uhuk!" Aku memalsukan batuk. Lantaklah dia nak percaya tak. "Saya batuk. Takut berjangkit pula. Kalau takde apa-apa lagi, saya pergi dulu. Terima kasih sekali lagi!" Aku menundukkan badanku ke arahnya.

"Oh begitu. Baiklah," Jungkook tersenyum menampakkan bunny teethnya. Ya Tuhan kenapa comel sangat dia ni arghhhh. Aku membalas senyumannya dan cepat-cepat berjalan pergi dari situ. Mujur juga kali ini dia tidak menarik tangan aku lagi. Tapi aku nak dia tarik lagi skskkss. Takpelah.

Aku bergerak ke hujung koridor itu dan membelok ke kiri, di mana terdapat sebuah lorong untuk ke ruang tamu. Dari sini, dapat aku lihat ramai tetamu di ruang tamu. Alahai sis takowt.

Aku menutup mata dan menghembus nafas. Selalunya aku berada dengan Hani dalam situasi keramaian sebegini, tapi sekarang? Tetiba rasa menyesal tinggal dia kat kereta potato tadi.

Baiklah, mari jalan!

Aku membuka mata dan mengambil langkah. Namun, baru satu langkah diambil, aku sudah kaku dengan keadaan sekeliling aku yang sudah berubah. Aku tidak lagi berada di koridor tadi, sebaliknya aku berada di... Entahlah aku tak tahu.

Aku melihat ke hadapan di mana terdapat sebuah cermin yang memantulkan wajah diriku, dan juga sebuah singki. Aku menoleh ke belakang pula di mana tersusunnya kubikel-kubikel tandas.

Okay, ni tandas.

Nanti, kenapa pula aku ada kat tandas?

"Apa-apa jelah," Aku membasuh tangan di singki dan membetulkan makeup di wajah. Sebenarnya takde lah kena perbetul sangat tapi saja je aku betulkan. Setelah itu, aku berjalan keluar dari tandas ini.

"Wah," Sumpah aku terpegun dengan istana ni. Lepas keluar dari istana, reka bentuk istana yang menarik tertarik kebaboom menarik perhatian aku. Sekarang ni aku berada di koridor yang aku pasti di tingkat dua. Dengan penuh jakun, aku berjalan ke arah kanan sambil memerhati reka bentuk dan barang-barang yang dipamerkan. Kanan lebih afdhol.

Setibanya aku di hujung koridor, mata aku tertangkap kelibat tangga. Aku menarik nafas dalam. Okay, jom bunuh putera tu! Mesti dia ada kat bawah sambut tetamu kan? Ah takut!

Aku berjalan ke arah tangga. Sedaya upaya aku berusaha untuk tidak mengeluarkan bunyi agar tiada siapa dapat perasan akan kehadiranku. Sampai di tangga, lambat-lambat aku menuruni satu demi satu anak tangga.

"Woooooo!"

Tanjat gegirl aku apabila satu sorakan yang kuat tiba-tiba sahaja berbunyi diikuti oleh bunyi tepukan tangan yang gemuruh. Kenapa, ada geng-geng nyamuk datang menyerang ke?

Aku mengalihkan pandangan ke tetamu-tetamu yang berada di bawah. Tak tahu sama ada aku yang syok sendiri atau apa, tapi mereka semua sedang memandang ke arahku sambil tersenyum macam kambing busuk. Ragu-ragu aku ingin meneruskan langkah. Ada something yang pelik tentang aku ke?

"Cantiknya baju dia!" Aku terdengar seorang gadis menjerit teruja. Lah, sebab baju ni je ke? Ingatkan diorang dah tahu niat aku nak membunuh.

Aku meneruskan langkah menuruni tangga setelah yakin mereka hanya terpegun dengan baju aku dan bukan sebab lain. Sambil itu mata aku tak lepas memerhati semua tetamu, atau lebih tepat, jantan. Cuba mencari mana satu putera yang perlu dibunuh tu.

"Awak! Cantiknya baju awak!" Satu suara familiar kedengaran. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Jihee dan Nayun tersenyum mesra ke arahku.

EH JIHEE DAN NAYUN?!

Cuak terus aku jadinya. Kain di kepala aku betulkan. Harap diorang tak kenal aku.

"Terima kasih," aku menjawab sopan. "Wah lembutnya suara awak!" Nayun tersengih mesra ke arahku. Aku turut membalas sengihannya dengan senyuman mesra. Ceit, macamlah diorang nampak.

"Kamsahabnida," Aku menundukkan badanku ke arah mereka dan bersedia untuk melarikan diri, namun ayat Jihee menghentikan pergerakan aku.

"Awak, nak tengok muka boleh? Mesti awak cantik kan?"

Ah sudah.

"Eh mana ada! Saya... uhuk... saya tengah batuk ni, takut berjangkit lah pulak. Hehe okay bye semoga kita tak berjumpa lagi uhuk uhuk!" Aku memalsukan batuk di hadapan mereka. Sepantas kilat aku memusingkan badan dan terus berjalan pergi, namun lain pula jadinya apabila dahi aku terhantuk sesuatu yang keras sejurus setapak aku melangkah.

"Aduh!" Aduhku kuat. Aku berundur sedikit ke belakang sambil menggosok dahi. Sejak bila ada dinding belakang aku ni? Aku mendongakkan kepala ke atas.

Kelihatan seorang lelaki handsome sedang tersenyum ke arahku. Siapa mamat ni? Muka dia tak macam orang Korea. Adakah dia ni tetamu oversea yang cuba nak mengorat aku hanya lepas nampak dress cantik aku ni?

"Ah, joseonghabnida!" Lelaki itu menundukkan badannya ke arahku. Senyuman masih tertampal di wajahnya. Aku tak dapat nafikan yang dia hensem. Tapi Kook lagi hensem.

"T–TUAN PUTERA?" Suara Nayun dan Jihee menyapa pendengaran telinga aku. Aku menoleh ke belakang hanya untuk mendapati bahawa mereka berdua sudah meroyan di sana.

Kejap, tuan putera? Maksudnya lelaki ni putera ke?

"Fancy meeting you here. I'm Prince Jisoo Hong of Cinderella. And you are...?"

Aku mengalihkan pandangan kepada jantan hensem ini. Dia masih lagi tersenyum ke padaku. Jangan cakap putera ni berkenan dengan aku?

"Shasha," balasku ringkas.

Eh–

Aku menoleh ke arah Nayun dan Jihee dengan cuak. Kalau diorang dengar tadi mampus aku. Nasib baik mereka berdua sedang sibuk berfangirling.

"Ya Tuhan kacaknya Josh akuuuu,"

"Astaga weh cair weh haku cairrr,"

"So, Princess Shasha. May I?"

Putera itu menghulurkan tangannya ke arahku dengan badan yang ditundukkan. Sekali lagi ruangan dewan besar ini dipenuhi dengan sorakan oleh para tetamu yang hadir. Mende ni? Kecik besar kecil besar aku pandang tangan putera ni.

"YA TUHAN DUGAAN APAKAH INI? KENAPA JOSH AJAK BETINA TU MENARI?"

"KALAU DIA SAMBUT TANGAN JOSH MEMANG AKU BAKAR BAJU KEMBANG DIA TU!"

Aku melirik ke arah Nayun dan Jihee yang sudah memasang wajah ingin membunuh aku. Tetiba rasa nak cemburukan diorang lah pula. Kan diorang suka sangat dekat prince ni, hoho.

"Hehe, jom ikut saya!"

Aku menarik tangan Putera Jisoo dan terus berlari keluar dari ruangan itu melalui pintu hadapan. Makin kuat sorakan semua tetamu. Sempat aku tersenyum mendengar Jihee dan Nayun meraung. Puas hati.

【👠】

"Huff huff."

Aku melepaskan tangan Jisoo dan terduduk di rumput setibanya kami di taman. Jisoo turut sama melabuhkan punggung di atas rumput ini, bersebelahanku. Termegah-megah kami berdua mencari nafas setelah penat berlari.

Kenapa aku tarik dia ke sini? Well, kawasan ni macam sunyi je. Sesuai sangat nak bunuh dia. Kan?

"What's that for?" Tanya Jisoo. Eii dia ni memang reti cakap English je ke. Tak reti cakap Hanguk? Tahulah accent cantik. Geram haku.

"Can you speak Hanguk?" Tanyaku dalam bahasa Inggeris. Hello sikit, English aku A+ eh dulu. Bukan nak riak, takbur je.

Jisoo tergelak kecil. Ada aku buat lawak ke? Tapi um dia nampak comel bila gelak. Eip Sha, setia pada Jungkook!

"Mestilah boleh. Mian, tadi dah terbiasa cakap English sebab ramai tetamu oversea tadi," terang Jisoo. Aku mengangguk faham. Keadaan menjadi sunyi seketika apabila kami berdua hanya diam melihat langit yang dipenuhi bintang. Biarlah aku bagi dia rasa detik indah sebelum kematian dia dulu.

"So, kenapa bawa saya ke sini?" Tanya Jisoo. Aku tersenyum manis ke arahnya dan berdiri dari duduk. Dia turut sama berbuat demikian.

Tak, sebenarnya aku berdiri sebab rasa pisau tu hiris peha aku tadi. Sakit woo. Menyesal kejap letak pisau kat situ.

"Tutup mata. Nak bagi surprise," kataku. Jisoo tergelak kecil sekali lagi. "Wah, kita baru berjumpa pun dah ada surprise untuk saya ya? Cute."

Membahang wajah aku apabila Jisoo menuturkan perkataan cute tu. Nasib baik dia tengah tutup mata so tak nampaklah aku blushing sekarang ni. Aku menyelak kain dan mengambil pisau di pinggang lalu menghulurnya ke arah Jisoo.

Dia buka mata nanti, terus aku tikam dia!

"Okey, bersedia. Satu... dua... tiga!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro