Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4

"Ini dia bilik untuk kamu"kata jimin sambil membuka pintu.

"Wahh,cantiknya"kata sungha sambil berjalan melihat bilik baru nya."Kami mahu pergi sekarang,jangan keluar dari bilik ini sehingga kami panggil kamu"tegas taehyung lalu beredar dari bilik itu."Kami pergi dulu nee".kata jimin lalu menutup pintu bilik dan mengikut taehyung."Menakutkan betul.Pelik,ada juga manusia yang sanggup tinggal kat rumah dalam hutan macam ni."bisik hati sungha.Sungha pun duduk di katil untuk merehatkan dirinya.Tiba2 sungha terdengar seperti ada sebuah barang yang jatuh di tepi almari biliknya."Siapa tu?"tanya sungha.sungha yang dalam ketakutan pun mula memberanikan diri untuk mengetahui punca bunyi itu.Sungha mula berjalan perlahan2 ke arah almarinya.Secara tidak sengaja,dia berjumpa semula dengan haiwan yang telah membawanya ke tempat itu.

"Oh hai si kecil,rupanya awak kat sini."kata sungha lalu mengangkat haiwan itu."Apa yang awak buat disini?"tanya sungha pada haiwan itu."Emm saya akan panggil awak luna.ok"kata sungha.Sungha yang sedang leka bercakap dan bermain dengan haiwan itu,mula tersedar bahawa dia tiba di hutan itu bukan berseorangan namun dengan rakan-rakanya.Sungha mula risau akan kawannya itu.Sungha yang mulai risau segera mencari idea untuk keluar dari tempat itu."Aku harus keluar dari sini.Tapi pak cik semua tu tak bagi aku keluar"kata sungha sambil menitiskan air mata.Dia mula rindu pada ibu ,ayah dan rakannya.Sedang sungha yang sibuk menangis dan mengelamun,haiwan yang digelar luna itu segera menghampiri sungha dan ingin memberitahu sesuatu."Kamu lapar ke?"tanya sungha lalu mengelap air matanya.Haiwan itu pun menunjukkan  ke arah tingkap di bilik  sungha.

"Kamu mahu saya lompat melalui tingkap?mustahil luna"kata sungha dengan hairanya.Dengan tiba2 luna yang tadinya dalam keadaan yang berbentuk kucing segera berubah menjadi seekor kuda yang besar dan berwarna putih."Ommo wah!,bagus luna"kata sungha lalu dia segera menunggang belakang badan luna.Mereka pun keluar dari bilik itu dan segera mencari jalan keluar dari hutan itu.Sungha pun menunggang luna sehingga dia ternampak bayang rakannya yang berada di luar hutan itu.Sungha pun memberhentikan luna lalu turun dari badan luna.sungha pun berlari ke arah rakannya sambil memanggil nama kawannya itu."Suwon,hena!"kata sungha sambil berlari ke arah rakannya itu.

Di istana,terlihatlah 7 orang pemuda yang tampan sedang berkumpul di ruang rahsia mereka."Hyung sepertinya dia lah gadis yang kita cari sebelum ni"kata hoseok pada seokjin."Betul kata hoseok hyung,lagipun gadis itu nampak haiwan itu sedangkan hanya kita dan puteri hera sahaja yang boleh melihat haiwan itu".kata namjoon."Tak apa,kita akan simpan dulu gadis itu".kata seokjin.Jungkook yang tadi nya hanya berdiam mula membuka suaranya."Hyung nampaknya gadis tu dah keluar dari istana ni"kata jungkook dengan santainya."Berani sungguh gadis tu"kata taehyung."Jangan risau dia tidak akan dapat keluar dari tempat ini"kata seokjin dengan senyuman jahatnya."Biar aku sahaja yang jemputnya"kata hoseok lalu bergegas ke tempat sungha.

Sungha tersenyum riang apabila dia dapat berjumpa semula dengan rakanya.Sungha yang tadinya berlari tiba2 memberhentikan langkahnya.Dia melihat raut wajah rakannya yang tadi seperti biasa tiba2 bertukar menjadi raut wajah yang menakutkan.Sungha sedar yang itu bukanlah rakannya.Dia dengan perlahannya mengundur kebelakang lalu segera berlari meninggalkan tempat itu.Kawasan hutan yang tadinya cerah bertukar menjadi gelap.Secara tidak sengaja,sungha terlanggar sebuah batu lalu mengakibatkan dirinya jatuh.Sungha yang berada dalam ketakutan itu segera menutup matanya.Dan tiba2 dia merasakan bahawa ada seseorang yang sedang memanggilnya."Sungha..Sungha awak okey?"tanya ???.sungha yang mengenali suara itu dengan  segera membuka matanya."Hoseok-ah"kata sungha sambil memeluk hoseok lalu menangis."Hey jangan takut, saya akan sentiasa lindungi awak"kata hoseok sambil membalas pelukan sungha."Kajja kita pulang nee"Kata hoseok lalu membawa sungha berjalan bersama dirinya menuju ke arah istana.

Sesampainya mereka di istana,terlihat lah 6 orang lelaki yang sedang menunggu kepulangan mereka.Mereka terlihat sungguh marah terhadap sungha."Mian sebab saya cuba untuk melarikan diri dari tempat ni"kata sungha sambil menundukkan kepalanya."Sekarang kamu harus ikut perintah kami agar kamu boleh hidup dan keluar dari sini."tegas yoongi pada sungha."Siap cepat,nanti kami akan panggil kamu untuk makan malam"kata seokjin.Selepas mengatakan itu,mereka pun beredar dari situ."Jangan ambil hati nee.siap cepat nanti saya akan panggil kamu untuk makan malam"kata hoseok dengan senyuman manisnya. 

Semakin lama,matahari yang tadinya menerangi seluruh kawasan hutan itu segera menghilangkan cahaya dirinya.Hanya cahaya bulan yang menerangi kawasan hutan itu.Sungha yang tadi nya mengelamun memikirkan tentang nasib rakanya itu berasa terganggu apabila seseorang mengetuk pintu biliknya."Sungha,tiba masanya untuk makan malam"kata hoseok dari luar pintu bilik."Kejap ye"kata sungha.Selepas menjawab pertanyaan hoseok,dia pun segera membuka pintu biliknya."Jom"kata hoseok sambil memegang tangan sungha lalu berjalan ke arah ruang makan.Di istana itu,sungha hanya berasa selesa dan selamat apabila dia bersama dengan hoseok.Di fikiran sungha,yang lain hanya mahu memarahi dirinya sahaja.

Sungha dan hoseok pun tiba di meja makan.Dan terlihat seperti mereka yang lain sedang menunggu kedatangan mereka.

"Maaf kerana membuat kamu semua menunggu lama"kata hoseok lalu menarik kerusi untuk sungha dan dirinya.Mereka pun hanya berdiam diri sambil memakan makanan yang telah siap dihidang di atas meja."Selepas makan malam ni,kamu harus masuk ke bilik kamu dan jangan keluar sehingga esok pagi"Kata seokjin sambil menyuapkan makanan kedalam mulutnya."Tapi aku mahu balik"kata sungha dengan nada yang perlahan."Tiada penolakan.patuhi perintah kami atau kamu mati"tegas yoongi.sungha yang mendengar perkataan yoongi itu segera mendiamkan dirinya.Seperti yang diarahkan,sungha terus masuk kebiliknya selepas mereka habis makan waktu malam.

                                                                                                           Bersambung....


Guys jangan risau,hari ni nana up dua part cerita soo enjoy korang ^_^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro