INTRO
BANG!
Bunyi tembakan yang kuat dapat didengari di dalam atau di luar bangunan. Ramai yang sudah kepongkan bangunan usang tersebut.
"Iliana, did you find something?" Suaranya dapat didengar dengan jelas di bangunan usang tersebut. Tuan Tengku Kamarul atau lebih sedap dipanggil sebagai Tuan Kamarul.
"Tidak,Tuan. Saya cuma menjumpai banyak pek Dadah yang di susun secara rawak. Ada juga yang diletakkan di dalam patung. Saya tidak pasti motifnya." Iliana atau Liana. Seorang detektif atau pun tidak? Detektif tapi sibuk nak ikut pergi ke tempat kejadian walaupun dah banyak kali di larang. Well, orang degil memang macam ni.
"Pek Dadah? Jadi, kemungkinan bangunan ni dah lama digunakan." Tuan Kamarul menghelakan nafas berat. Kalau lah dia tahu hal ini dari awal, mungkin dapat dibendung.
"Apa kita perlu buat, Tuan?" Danial pula bertanya. Dia memandang sekeliling, walaupun kawasan ini telah dikepung tapi dia dapat rasakan bangunan usang ni bila-bila saja boleh roboh.
"Iliana, Danial, saya nak awak berdua pergi ke arah kanan. Cuba cari bahan bukti yang boleh kita tunjuk kepada pihak atasan nanti. Yang lain, ikut saya cari jejak langkah seseorang." Semua mengangguk setuju.
Masing-masing mempunyai tugasan yang sendiri. Mereka ke sini kerana mereka hendak mencari seseorang tetapi terjumpa benda lain pula. Mungkin ini clue.
Kini, Danial dan Iliana saja sedang berjalan ke arah setiap bilik. Masing-masing tidak bersuara. Hanya fokus untuk selesaikan misi sebelum Danial memandang ke arah Iliana yang sedang mencari sesuatu di almari yang terdapat di tepi dinding tersebut.
"Kau memang degil kan, Iliana. Kau tu kena sedar yang kau tu Detektif tapi kau ada di sini pula." Iliana hanya mengangkat bahu.
"Well, you know me. Aku tak akan duduk diam selagi aku tak jumpa apa-apa tanda atau clue yang boleh kita guna." Iliana bersuara walaupun matanya khusyuk memandang almari tersebut sebelum tangannya dengan lekas membuka pintu almari tersebut.
DEBUSH!
Banyak barang-barang yang jatuh dari almari tersebut. Danial yang tadi berdiri jauh darinya terus mendekat sebelum menghalakan lampu suluh di almari tersebut dan di barang-barang yang telah jatuh ke bawah.
"Wow, aku tak pernah tengok benda macam ni." Danial berkata lalu tangannya mengambil barang tersebut.
"Tak pernah tengok? Kalau kau tak pernah tengok, maybe barang ni rare?" Danial tergelak kecil.
"Bukan tu maksud aku. Aku tau lah yang ini ialah mikrocip tapi aku tak pernah nampak mikrocip dalam jumlah yang banyak macam ni." Iliana mengangguk lalu tangannya pun mengambil salah satu dari mikrocip yang dah jatuh ke tanah.
"Aku rasa mamat yang tengah kita cari ni obsess dengan mikrocip. Sebab tu dia sanggup kumpul banyak macam ni." Danial sambung berkata sebelum dia mengambil walkie-talkie.
Iliana masih lagi memandang setiap mikrocip tersebut. Salah satunya ada yang sudah rosak. Tetapi dia tau, mungkin ada rahsia disebalik mikrocip ni. Apa dia?
Danial meletakkan tangannya di atas bahu Iliana lalu Iliana menghalakan dirinya ke arah Danial yang sedang memandangnya serius.
"Jom, Tuan nak kita keluar dari bangunan ni tapi bawa sekali semua mikrocip ni." Iliana mengangguk.
Mereka semua dengan cepat ambil mikrocip tu lalu bergegas keluar dari bangunan tersebut.
Tetapi, sebelum kaki mereka dapat melangkah keluar, ada suara sinis yang sedang bergelak ketawa. Bulu roma mula naik. Ini bangunan usang, jadi logik lah kan kalau ada suara gelak?
Iliana menelan air liur sebelum dia memandang ke arah Danial yang sedang memandang sekeliling. Dengan pantas dia mengambil tangan Iliana untuk keluar dari bangunan tersebut.
Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka terdengar bunyi tembakan tepat yang terdapat di tepi dinding. Tepat-tepat di tepi mereka. Terus terhenti pergerakan kami. Walkie-talkie milik Danial sudah bising dengan suara Tuan Kamarul bertanya apa yang terjadi.
Tiba-tiba keluar satu figura seorang lelaki yang tingginya berkemungkinan 180cm dan berpakaian lengkap hoodie berwarna hitam. Satu tangan memegang pistol dan satu lagi diletakkan di dalam poket.
Walaupun wajahnya mereka tidak nampak tetapi senyuman sinis itu mereka nampak dengan jelas. Pertolongan cahaya bulan pada malam itu membantu mereka melihat senyuman itu dengan jelas.
Iliana dan Danial hanya mampu membeku di tempat mereka berdiri. Masih tidak ada keberanian untuk bergerak. Lelaki tersebut melangkah satu ke hadapan mereka sebelum berhenti tidak sampai beberapa langkah.
"Datang sini and buat kecoh. Mana salam korang datang ke rumah orang?" Suara garau lelaki tersebut membuatkan mereka meremang bulu roma.
Tak sangka ada orang lain di bangunan usang ni.
Sebelum mereka sempat berbicara, suara garau itu sambung berkata. Pistolnya menghalakan tepat ke arah mereka.
"Tak ada adab. Datang sini dan ambil semua barang aku. That's rude, you know that?" Iliana dapat mendengar jantungnya yang berdegup kencang walaupun dia cuba untuk tenang.
"I wish, I can kill you two here. But, maybe we can play for a while."
Coming soon. Very soon.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro