Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1 (TW)

Welcome to my hell, sweetheart



Wednesday, 7.P.M, California

KACA MATA miliknya dibuka. Mata kelabu miliknya memandang suasana kosong di hadapannya. Tidak tau kenapa, dia rasa amat tenang di sini.

Where?

Bangunan usang itu dipandang lama. Seketika bibir miliknya tersenyum sinis. Sempurna. Sangat sempurna. Sempurna untuk cipta neraka miliknya sendiri.

Neraka? Kenapa dia rasa kelakar bila menyebut perkataan itu. Tidak kisah tentang itu, yang penting apa yang dia nak. Dia akan dapat.

I want it. I got it.

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut sebelum hidungnya menghidu bau tempat itu. Nafasnya dihela perlahan. Tangan kanan di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Bebas. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku tak akan balik." Dia tergelak sinis. Sangat sinis.

Kadang-kadang dia tertanya, kenapa dia boleh berubah sehingga ke tahap teruk macam ni? Di Malaysia, semua sedang mencari dia. Tetapi dia di sini. Negara yang tak akan orang tahu apa yang dia sudah buat.

Dia mengambil mikrocip lalu memandangnya dengan senyuman penuh makna.

"Kesian. Semua orang mencari benda ni tetapi benda ni di tangan aku. Tangan aku." Dia tergelak dengan kuat. Bangunan usang itu dipenuhi suara dia. Dia tidak takut apa-apa.







Flashback, 1990

"ZAYAN!" ye, itu namanya. Nama yang sangat dia benci.

"Aku suruh kau cuci baju dengan lipat kain kan?! Kenapa kau tak buat? Kau memang nak kena dengan aku!" Tangan perempuan tua itu menarik rambut Zayan dengan kuat sehingga Zayan berdecit sakit.

Kenapa hidupnya begini? Apakah dia tak layak untuk hidup bahagia...?

"Sakit, makcik..." Zayan menangis ketakutan.

"Sakit? Lagi sakit hati aku lah! Aku suruh kau buat kerja tapi apa kau buat?! Menggelamun je kerja kau! Apa sial yang kau bawak ni ha?!" Perempuan tua itu menolak Zayan ke dinding hingga kepalanya terhentak dengan kuat.

Zayan menangis. Perasaan takut, sakit, benci dan dendam... Semuanya campur menjadi satu.

Bagaimana dia boleh berada di dalam situasi ini?

Zayan. Seorang anak yatim piatu yang diambil oleh satu keluarga yang kaya tapi sayang... Tiada hati. Sejak dari itu, dia hidup dalam neraka yang dicipta oleh perempuan tua itu sendiri.

Luka? Lebam? Semua sudah menjadi kehidupan dia.

Perempuan tua itu mencangkung di hadapan Zayan sebelum menarik dagu kecil milik Zayan.

"Buat semua tu sekarang sebelum aku patah-patah kan tulang kau! Faham?!" Zayan terus mengangguk.

Perempuan tua itu tersenyum sinis sebelum dia bangun dan mula berjalan meninggalkan Zayan yang sudah terketar-ketar akibat ketakutan.

Zayan bangun perlahan-lahan. Tangannya memegang dinding sebagai sokongan dia untuk bangun.

One day...

One day... I kill her.

Zayan jalan ke arah baju-baju yang bersepah sebelum dia duduk di situ dan mencucinya dengan penuh amarah.

Kenapa dia tidak kuat untuk lawan dengan perempuan tua tu? Kenapa dia terlampau lemah untuk hadap semua ni? Dunia tidak adil... Dunia tidak adil!

Tiba-tiba ada suara yang sedang bergelak ketawa terhadapnya. Mata budak itu memandang Zayan dengan tajam.

"Kesian aku tengok kau ni. Kalau aku jadi kau, aku dah keluar dari rumah ni. Kenapa kau masih mampu bertahan hadap orang tua tu ha? Aku pelik dengan kau ni, Zayan."

Zalik memandangnya. Masih ketawa. Walaupun mereka kembar tetapi Zalik sentiasa ada untuk Zayan cuma perangai saja suka buat Zayan naik darah.

"Kalau aku keluar, aku nak pergi mana?" Zayan memandang kembarnya itu sekilas sebelum sambung melakukan kerjanya.

"Come on, kita boleh pergi mana-mana yang kau nak." Zayan menaikkan satu keningnya ke atas.

"Kau cakap macam kau ni kaya sangatkan?" Zalik tergelak kecil.

"Brother, aku tahu kau penat dengan perempuan tua tu. Aku ada satu plan yang best untuk kita berdua."

Zayan memandangnya dengan penuh teka teki. Zalik yang tau maksud pandangan itu sambung berbicara.

"Macam ni, apa kata... Kita bunuh je lah orang tua tu. Dia dah banyak seksa kau kan?" Terbeliak mata Zayan.

"Kau gila ke?! Mana akal kau?" Zalik tersenyum sinis sebelum dia berjalan dekat ke arah abangnya.

"Kau ingat aku bodoh? I'm not stupid like you, brother. Aku tau, kau memang dah berniat nak bunuh dia tapi kau tak berani kan?"

Zayan terdiam. Otaknya masih mencerna. Kenapa adiknya boleh tau semua yang ada dalam kepalanya?

"Aku ni adik kau, Zayan. Semua gerak geri kau, aku boleh baca. Semudah ABC."

Zayan masih diam. Dia tidak tahu hendak balas apa.

"Aku tau kau takut. Aku faham. Perasaan takut tu ada dalam setiap manusia tetapi perasaan takut tu jugak lah membuatkan kau lemah. Lemah sangat sampai kau sanggup di pijak dengan perempuan tua bodoh tu. Come on brother, aku akan sentiasa sokong apa je yang kau buat. Sentiasa."

Belum sempat Zayan hendak membalas, ada suara kuat jerit di belakangnya.

"Aku suruh kau buat kerja! Bukan bersembang!" Dengan cepat Zayan melakukan kerjanya. Dia tidak mahu dipukul lagi.

Zalik yang melihat itu terasa geli hati dengan sikap pengecut abangnya. Kesian tetapi lebih kepada geli hati.

Kesian...

"Kau nak aku tolong tak?" Zalik soal Zayan yang sedang masih fokus membersihkan baju tersebut.

"Tak payah. Nanti kau pun kena jugak. Aku tak nak kau sakit." Zalik memandang wajah Zayan. Matanya menjadi lembut.

"Biar aku tolong. Perempuan tua tu tak akan tau." Zayan menghelakan nafas panjang. Ikut kau lah.

Saat mereka melakukan kerja, Zalik memerhati luka dan lebam yang ada di tangan abangnya termasuk kepala Zayan yang masih ada sedikit darah. Mungkin sebab hentakan di dinding tadi.

"Sakit ke?" Zalik menyoal. Tangannya ingin menyentuh tetapi dia batalkan saja niatnya.

"Aku okay. Sikit je ni." Zayan bersuara perlahan.

"Aku tak tahu macam mana kau boleh bertahan dengan semua benda yang perempuan gila tu buat dekat kau." Zayan hanya mendiamkan diri.

Zalik berhentikan gerakannya sebelum dia memandang abangnya dengan pandangan yang penuh makna.

"Kau berlainan dengan aku, bang. Lain sangat." Zayan memandangnya.

"Kalau aku jadi kau, dah arwah perempuan tua tu aku kerjakan. Dia tak layak jadi mak kau."

Terhenti pergerakan Zayan.

"Maksud kau?" Zayan menyoal kembali.

"Maksud aku, kesabaran kau luar biasa. Kau sanggup tahan semua apa yang perempuan tua tu buat. Padahal, hati kau sakit dengan perbuatan dia." Zayan menangguk perlahan.

"Nak buat macam mana? Takdir..." Belum sempat dia nak habiskan percakapannya, rambutnya dicengkam kuat.

Sangat kuat sehingga dia boleh rasa kulit kepalanya yang hendak tercabut.

"Makcik!" Zayan menjerit kesakitan.

"Kau bersembang dengan siapa hah?! Kau dah gila ke?!"

1018 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro