Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#4


Tajam iris mata Jungkook memandang ke arah Jimin yang sedang memeluk Yoo Rin. Ya, Jimin adalah adik kepada Yoo Rin yang baru sahaja tiba di Korea.

Lelaki itu turut berduka cita diatas pemergian Seokjin yang merupakan bakal abang iparnya.

"Noona tak boleh sedih2 macam ni. Kalau Jin Hyung tahu, mesti dia sedih juga." Ucap Jimin.

Yoo Rin tetap diam. Sebiji mangkuk yang berisi dengan bubur nasi dipandang kosong. Tiada selera.

"Betul tu, Noona. Apa yang Jimin cakap semua betul. Kalau Noona masih macam ni, siapa yang akan uruskan syarikat Noona?" Tambah Jungkook.

Jimin hanya menganggukkan kepalanya. Pelukan pada gadis itu dipereratkan.

"Jimin balik, ingat nak bawa Noona jalan-jalan. Tapi macam ni pula jadinya. Walau macam mana sekalipun, Noona kena kuat dan terima kenyataan."

"Noona tak kuat, Jim. Terlalu awal untuk Noona terima semua ni. Noona belum bersedia untuk lepaskan Jin pergi." Ucap Yoo Rin.

Kata-kata gadis itu sedikit sebanyak membuatkan Jungkook mengetap bibirnya. Susah sangat ke hendak melupakan lelaki itu? Dah mati, lupakan sahajalah!

"Jungkook, aku balik dulu. Ada apa-apa pasal kakak aku, terus bagitau aku." Ucap Jimin. Riak wajah Jimin langsung tidak menunjukkan sebarang rasa suka pada lelaki itu.

Pelik? Setahunya Yoo Rin bukan mudah untuk mengambil seseorang tanpa selidik tentang asal usul mereka? Tetapi Jungkook, mudah sahaja dia jadikan lelaki itu sebagai adik angkat. Dan kini dia perlu berkongsi kasih sayang seorang kakak bersama dengan lelaki itu. Kerana ibunya meninggal dunia ketika dia masih berumur 2 tahun, dan Yoo Rin lah yang menjadi tempat mencurahkan kasih sayang kepada Jimin.

Jungkook hanya mengangguk. Setelah itu dia pun keluar.

Jungkook melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu sambil tangannya mencapai mangkuk yang berisi bubur nasi itu.

"Noona, jom makan?" Ajak Jungkook namun dibalas oleh gelengan dari gadis itu.

"Noona kena makan supaya Noona sihat macam dulu. Kook rindukan Noona yang dulu. Sikit pun jadilah asalkan Noona makan. Ok?"

Lama Yoo Rin memandang wajah lelaki itu sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. Lantas dia mendekati Jungkook lalu memeluk tubuh lelaki itu. Kepalanya direhatkan pada dada bidang lelaki itu.

Jungkook hanya tersenyum sambil mengusap lembut kepala gadis itu.

"Dah jom makan." Ucap Jungkook lalu menyuap gadis itu.

🌤️🌤️🌤️

Usai berjabat tangan dengan kawannya, Jimin pantas mengajak Taehyung duduk. Jus epal hijau disedut untuk membasahi tekaknya sebelum dia hendak memulakan bicaranya.

"Aku tak yakin yang Jin Hyung mati macam tu je. Dia seorang yang cermat." Ucap Jimin.

"Habistu takkan kau nak cakap yang ada orang sabotaj kereta dia? Lagipun Jin Hyung bukannya jenis yang bermusuhan dengan orang." Balas Taehyung.

"Hati aku kuat mengatakan lelaki itu punca semua ni. Tapi apa motif dia? Dan dalam masa yang sama, tiada gerak geri yang mencurigakan pada dia." Ujar Jimin.

"Jadi apa rancangan kau?" Soal Taehyung.

"Buat masa sekarang ni, aku nak tunggu Noona sihat dulu. Lepas tu aku akan selidik tentang asal usul dia, latar belakang dia, semuanya aku nak selidik. Kalau betul dia ada niat jahat, aku nak segera dia berambus dari hidup kakak aku."

Taehyung mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Dan aku pun baru balik. Aku nak lawat ayah aku dulu lepastu aku nak pusing satu Korea. Nak ikut?"

Taehyung tersenyum kotak sambil kepalanya dianggukkan tanda mahu.










Muehehehe!!!

Makin lama makin bosan kan?

TaeRin?

or

JungRin?

Btw jangan lupa vomment tau 😉😘

Vomment anda amatlah dihargai 😍😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro