Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#2


Jungkook merengus kasar tatkala tidurnya diganggu dengan bunyi gelak ketawa dua insan yang sedang bergurau senda di dapur.

Lantas dia bangun lalu terus keluar menuju ke arah dua insan itu.

"Eh Kook? Dah bangun?" Soal Yoo Rin apabila menyedari kehadiran lelaki itu.

Mata Jungkook tajam melihat kearah Seokjin yang sedang membenamkan mukanya pada leher gadis itu.

"Kook dengar bunyi bising. Ingatkan bunyi apa tadi." Balas Jungkook.

"Maaflah , Jin oppa memang camni." Kata Yoo Rin sambil menolak sedikit badan Seokjin namun lelaki itu berkeras tidak mahu melepaskan pelukan itu.

"Ish, awak ni malulah Jungkook tengok." Kata Yoo Rin lagi tetapi Seokjin tetap tidak mengendahkannya. Leher gadis itu dikucup tanpa henti.

"Tak apalah. Kook naik atas jap nak mandi." Ucap Jungkook sambil matanya masih memandang ke arah lelaki itu.

🌤️🌤️🌤️

Baru sahaja kakinya hendak melangkah masuk ke biliknya, matanya tertumpu pada pintu bilik Yoo Rin.

Lantas bibirnya mengukir senyuman sinis.

Perlahan-lahan dia mendekati bilik itu lalu pintu dikuak perlahan.

Jungkook masuk tanpa menutup pintu itu kembali. Setiap sudut bilik itu dipandangnya lalu terhenti pada sebuah almari pakaian gadis itu.

Almari dibuka lalu sehelai baju sejuk tebal diambil. Jungkook memejamkan matanya saat dia terleka menghidu bau aroma baju itu.

Wangi.

Tanpa berlengah, baju sejuk itu terus disarungkan pada tubuhnya.

"Jungkook?"

Jungkook terdiam saat melihat Seokjin yang sedang memandang ke arahnya.

"Kau buat apa dengan baju Rin? Siap sarung lagi tu."

"Aku... Aku..."

"Aku apa? Jangan-jangan kau ni banyak adegan yang tersembunyi. Kan?"

"Kenapa bising-bising ni?" Soal Yoo Rin lalu dirinya turut terkejut melihat bajunya yang tersarung pada tubuh Jungkook.

"Kenapa Kook pakai baju Noona?"

"Tak... Bukan... Sebenarnya Kook nak belikan baju sejuk baru untuk Noona. Kook tak tahu saiz Noona berapa. Tu yang Kook cuba pakai."

"Tipu. Boleh je kau tanya dia."

"Lahh susahkan Kook je. Tak apa Noona dah banyak baju sejuk."

"Semudah itu awak percaya dia? Awak tak rasa ke dia ada sesuatu yang tak kena?"

"Ish awak ni. Awal-awal dia masuk rumah ni pun , saya pinjamkan baju saya untuk dia. Tak adalah saya nak bersangka buruk. Saya yakin dia orang yang baik."

Seokjin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jungkook pula hanya diam.

"Dah, jom makan. Kook, jangan ambil hati sangat dengan kata-kata Jin oppa ni, ok?"

Jungkook mengangguk lalu segera beredar dari situ.

🌤️🌤️🌤️

PAP!

PAP!

PAP!

Bunyi tapak kasut bergema di seluruh ruang pejabat itu. Seluruh staff-staff yang bertugas menunduk hormat tatkala Jungkook melewati laluan itu.

Kot dibutangkan. Wajah yang tegang jelas terpancar pada wajah lelaki itu. Tiada secalit senyuman yang terukir dibibirnya.

Pintu dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Welcome back my son!" Ucap seorang lelaki yang separuh usia itu.

Tubuh Jungkook dipeluk lalu belakang tubuh lelaki itu ditepuk beberapa kali.

Setelah masing-masing melabuhkan punggung di atas sofa, lelaki yang berusia separuh baya itu atau lebih dikenali sebagai Tuan Jeon, tersenyum bangga.

"Aku bangga dengan kau. Tak sia-sia usaha aku hantar kau pada dia." Ucap Tuan Jeon.

Jungkook tersenyum sinis.

"Sekarang bukan masa untuk berbangga lagi, papa. Bila perempuan itu dah berada dalam genggaman Kook dan Kook berjaya kawal dia, baru papa boleh berbangga." Ucap Jungkook membuatkan lelaki itu ketawa.

"Aku percayakan kau dan aku harap dia dan keluarga dia terseksa. Cukup terseksa. Sebab aku benci tengok perkembangan syarikat dia yang semakin hari semakin meningkat."

"Papa jangan risau. Semuanya sudah berada di dalam otak Kook. Tinggal nak laksanakan sahaja."

"Bagus, tak sia-sia kau lahir kat dunia ni."

Kata-kata papanya membuatkan Jungkook tersenyum.

Tapi yang pasti, lelaki itu turut mempunyai adegan tersendiri.

"Permainan akan bermula tak lama lagi , park Yoo Rin. Bersiap sedialah untuk menerima khabar kematian orang yang kau sayang."













































































































































































































CHAK!!

MUEHEHEHE

BEST TAK CHAPTER KALI NI?

JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍

SAYANG KORANG ❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro