
#1
Jungkook memandang keadaan sekeliling ruang pejabat itu. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah gambar yang tergantung kemas pada dinding bilik itu. Matanya dikecilkan saat melihat gambar Yoo Rin yang sedang berpelukan dengan seorang lelaki sambil tersenyum mesra.
Aneh. Sepanjang dia berada disitu tidak pernah dia melihat gambar itu mahupun lelaki di dalam gambar itu.
Lantas Jungkook bangun lalu menghampiri gambar itu.
Baru sahaja tangannya hendak mencapai gambar itu, Yoo Rin masuk membuatkan niatnya terbatal.
"N-noona?" Panggil Jungkook.
Yoo Rin hanya memandang ke arahnya.
"Siapa lelaki dalam gambar ni?" Soal Jungkook lalu Yoo Rin tertawa.
"Oh itu Seokjin, Kim Seokjin. Tunang Noona. Tapi sekarang dia kat luar negara. Ada urusan kat sana. Mungkin dalam dua tiga hari lagi dia balik Korea." Jawab Yoo Rin sambil tangannya sibuk menaip sesuatu pada papan kekunci komputer itu.
Meremang bulu roma Jungkook tatkala mendengar perkataan 'tunang' yang meniti pada bibir gadis itu.
Tangannya dikepalkan tanda geram tanpa disedari oleh Yoo Rin.
'Kita tengok sejauh mana dia akan berstatuskan tunang kau. Mungkin satu hari? Atau mungkin satu saat?' getus hati Jungkook lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kenapa Kook tanya?" Soal Yoo Rin mematikan senyuman sinis Jungkook.
Jungkook menggeleng.
"T-tak ada apa-apa. Saja tanya." Balas Jungkook lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.
Yoo Rin hanya ketawa kecil.
"Kook? Ini ada fail yang Noona nak minta tolong Kook selesaikan. Nanti kalau dah siap, letak je atas meja Noona. Ingatkan macam mana Noona ajar kook?" Kata Yoo Rin sambil menghulurkan sebuah fail berwarna coklat kepadanya.
Jungkook mengangguk lalu menyambut fail itu.
🌤️🌤️🌤️
Kaca mata hitam dipakai sebelum dia memandang ke sekeliling kawasan lapangan terbang itu.
Udara segar disedut sambil dia mendepakan tangannya.
"I'M BACK KOREA!!" Jerit lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Kim Seokjin.
Rindu pada tanah airnya cukup mendalam. Sudah lebih 4 tahun dia meninggalkan tanah airnya itu. Tidak lupa juga pada bekas isterinya eh silap bakal isterinya, park Yoo Rin. Gadis itu pasti terkejut dengan kepulangannya nanti.
Setelah itu dia melangkah masuk ke dalam kereta yang sudah siap menunggunya.
"PARK'S COMPANY." Arah Seokjin lalu pemandu kereta itu segera menurut perintah.
Sepanjang perjalanan, bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman. Rindu mahu memeluk buah hatinya itu.
Skip...
Yoo Rin yang masih sibuk menaip itu tidak sedikit pun terganggu akan bunyi pintu yang dibuka oleh seseorang.
Dia masih leka dengan dunianya. Yang pasti, dia mahu kerjanya segera disiapkan.
"Ya, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Soal Rachel tanpa memandang ke arah susuk tubuh itu.
"Tolong lepaskan rindu saya."
"R-rindu?
Yoo Rin memandang ke arah susuk tubuh itu dengan pandangan terkejut.
"Jin oppa? Oppa bogoshipo!!"
Yoo Rin bangun lalu tubuh Seokjin segera dipeluknya erat. Seokjin membalas pelukan itu lalu ketawa kecil.
"Rindunya dekat cinta hati oppa ni." Ucap Seokjin lalu mengucup sekilas bibir gadis itu.
"Rin lagi rindu kat oppa. Tapi oppa kata lagi tiga hari oppa balik?"
Seokjin tersenyum.
"Tak apalah kalau awal pun. Oppa rindu nak manja-manja dengan dia ni."
Hidung gadis itu dicuit sebelum dia mengusap pipi gadis itu. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya pada wajah Yoo Rin lalu cuba menyatukan bibir mereka.
Namun belum sempat bibir mereka bersatu, bunyi fail jatuh mengejutkan mereka. Lantas mereka berpaling ke arah bunyi itu.
Jungkook berdiri kaku sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah mereka.
"Eoh, Jungkook. Terkejut Noona." Ucap Yoo Rin sambil membetulkan rambutnya.
"M-maaf mengganggu. Kook cuma nak hantar fail ni." Kata Jungkook. Fail yang jatuh tadi diambil semula lalu dia meletakkan diatas meja Yoo Rin. Wajahnya hanya ditundukkan.
"Kook, nilah tunang Noona."
Jungkook yang hendak keluar itu terhenti. Lantas dia memusingkan badannya lalu menunduk hormat ke arah lelaki itu.
"Annyeonghaseyo Jeon Jungkook imnida. Salam perkenalan." Ucap Jungkook.
"Ouh, Kim Seokjin imnida." Balas Seokjin lalu turut menunduk hormat.
"N-noona, Kook keluar dulu." Ucap Jungkook lalu terus keluar dari bilik itu. Yoo Rin hanya tersenyum.
"Siapa itu? Kenapa macam rapat je?" Soal Seokjin.
"Itu jodoh kedua saya." Usik Yoo Rin lalu menahan tawa daripada keluar. Air muka Seokjin terus berubah.
"Tak lah, saya gurau je. Itu adik saya. Adik angkat." Kata Yoo Rin lalu tertawa.
"Sejak bila pandai berangkat-angkat ni?" Soal Seokjin, dingin.
"Sejak orang itu berangkat ke luar negara. Ala, jangan merajuk. Gurau je. Muka tu dah tak hensem kalau merajuk." Balas Yoo Rin sambil terus memujuk lelaki itu.
Itulah Seokjin. Kalau sudah merajuk memang susah untuk dipujuk.
"Baby..." Panggil Yoo Rin dengan suara yang dibuat secara manja. Seokjin tersenyum lalu menolak tubuh gadis itu ke atas sofa.
"Nakal." Ucap Seokjin lalu bibir gadis itu dipagut. Yoo Rin hanya tersenyum lalu membalas. Yang penting, dia berjaya memujuk lelaki itu.
Tanpa sedar, Jungkook menyaksikan segala gurau senda dan gelak ketawa mereka dengan perasaan yang sangat marah. Pen yang digenggam erat itu patah dek kerana perasaan marah yang menguasai dirinya.
"Bersemut telinga aku dengar. Kau tunggu, kau tunggu sejauh mana kemanisan yang kau akan kekalkan. Sebab Jeon Jungkook akan hancurkan kemanisan itu." Ucap Jungkook lalu tertawa.
Chak!
Asyabar!! SETANYSCHO bakal bermula!!
Ahaks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Sayang korang 💖💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro