Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Thorn

Pada suatu hari, di rumah Fang. Boboiboy Gempa datang ke rumah sang remaja alien itu bersama dengan seorang budak kecil iaitu Thorn

Fang - Apahal kau tiba-tiba datang rumah aku? Mana pecahan kau yang lain?

Gempa - Hehehe.. maaf Fang. Aku datang sebab aku kena jaga budak ni. Kalau aku jaga sorang-sorang, boleh pening kepala aku. Tak sangka pula si Thorn ni boleh dikatakan nakal

Fang - Hmmm.. habis tu, kau nak aku tolong kau lah ni?

Gempa - Ha ah, bolehlah kan?

Fang - Boleh tapi apasal pecahan kau yang lain tak nak tolong?

Gempa - Semua lari bila minta tolong *muka sedih*

Fang - Kasihan kau yea.. macam mana si Thorn boleh jadi macam ni?

Gempa - Tadi kita orang ke makmal Emmy sebab dia nak jadikan kita orang sebagai bahan experiment. Lepas tu, Blaze, Taufan dan Thorn jenis suka huru-harakan keadaan.. aku terpaksalah marah dia orang. Tak pasal-pasal si Thorn pergi minum satu air ni, terus dia jadi baby macam sekarang ni

Mata Thorn bulat besar sambil melihat Fang. Nampak innocent sahaja si budak Thorn

Fang - Lepas tu?

Gempa - Emmy kena buat formula air lain untuk pulihkan si Thorn ni

Fang - Jangan risau! Aku akan tolong kau jaga si Thorn ni.. jom Thorn, kita tengok TV

Thorn - Tak nak!

Fang - Aik, tak nak pulak. Habis tu, Thorn nak apa?

Thorn - Garu butt butt Thorn.. hehehehe

Gempa dan Fang terus tepuk dahi mereka

Thorn - Tu siapa?

Thorn tunding jarinya ke arah gambar Kaizo

Fang - Itu abang aku. Nama dia adalah Kaizo

Thorn - Saiko

Fang - Kai-zo

Thorn - Paizo

Fang mula hilang sabar

Gempa - Sabar Fang, sabar.. kita cuba lagi sekali

Fang - Thorn ikut apa yang aku cakap ok

Thorn - Ok

Fang - Kai

Thorn - Kai

Fang - Zo

Thorn - Zo

Fang - Kaizo

Thorn - Potato

Fang menarik nafas panjang-panjang untuk meredakan kemarahan dia. Kali ini Gempa pula melayan Thorn

Gempa - Thorn tahu tak apa nama ayah kita? Meh Gempa tunjukkan gambar ayah

Lalu Gempa keluarkan sekeping gambar dari dompetnya. Dia tunjukkan gambar itu kepada Thorn

Gempa - Itulah ayah kita.. nama dia Amato

Thorn - Potato

Gempa - Bukan.. nama dia AMA-TO

Thorn - POTATO

Gempa - Amato!

Thorn - Tomato!

Gempa terus masuk dapur untuk menghempuk-hempuk kepalanya di meja makan. Fang dan Thorn bertentangan mata. Lalu Thorn menjerit sesuatu

Thorn - LANDAK POTATO! HEHEHE!

Fang - AKU SUMBAT JUGA SI THORN NI DEKAT DALAM TONG SAMPAH!

Sehari suntuk Gempa dan Fang terpaksa bersabar dengan karenah Thorn. Kasihan mereka.. hehehe

-----------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau rasa tak best T_T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro