Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sleep Walking

Pada suatu hari, Kaizo jumpa sebuah nota di atas meja ruang tamu

Kaizo - Hmmm... Faye telah diheret balik ke planet asal dia oleh ibu bapa dia, Idoli kena culik oleh abang dia sendiri sebab asyik beli mainan sahaja dan adik aku kena humban dekat dalam penjara sakit jiwa di planet lain?! KEGILAAN APAKAH INI? SIAPA YANG TULIS NOTA NI?

Fang - Abang yang tulis

Kaizo - BILA MASA ABANG YANG TULIS? Kau jangan nak buat cerita merapu

Fang - Bila masa adik nak buat cerita. Kalau adik buat cerita, sudah lama adik tulis dekat buku. Lepas tu adik akan hantar dekat mana-mana penerbit dan mereka akan terima cerita adik dan ADIK AKAN MENJADI POPULAR! HAHAHAHAAA

Kaizo - Popular aje yang kau tahu tapi.. betul ke bukan kau yang tulis benda merapu ni?

Fang - Betul abang ku yang macho. Abang yang tulis masa abang tengah sleep walking

Kaizo - Sleep walking? Betul ke ni?

Fang - Abang masih lagi tak percaya? Malam nanti adik akan rakamkan semasa abang tengah tidur!

Kaizo - Tak perlu. Abang sudah pasang cctv dekat ruang tamu ni. Mari kita lihat rakaman semalam

Fang dan Kaizo duduk di atas sofa. Kaizo keluarkan sebuah video dari jam kuasanya. Rakaman malam semalam telah dimainkan di jam kuasa Kaizo. Mereka menonton video rakaman itu bersama. Di dalam video itu, kelihatan seorang lelaki dewasa iaitu Kaizo, sedang berjalan di ruang tamu. Di sisi dia pula, terdapat seorang lelaki remaja iaitu Fang. Kaizo mengangkat kening sebelah dan selepas itu dia melihat adiknya yang ada di sebelah dia. Fang sudah tersengih dan dia jarakkan diri dia daripada abang dia. Mereka sambung melihat rakaman video itu. Kaizo melihat diri dia di dalam video itu sedang angguk kepala sambil mendengar adik dia berkatakan sesuatu. Selepas itu, Kaizo mula menulis sesuatu di dalam sekeping kertas di dalam video itu

Kaizo - PANG!

Fang - Ye-yea abang

Kaizo - Kegilaan apakah ini? Jadi kau lah yang mempergunakan abang semasa abang tengah mengigau yea. Kau suruh abang tulis benda merepek di dalam bentuk tulisan yang lain! KAU NI MEMANG NAK KENA DENGAN AKU!

Fang - Ja-janganlah marah abang.. adik cuma bergurau sahaja. Lagipun adik hanya menyuruh abang tulis benda merepek, bukannya buat benda lain pun seperti buatkan sandwich untuk adik ke, bersihkan rumah ke, bagi adik gunakan kad kredit abang ke, suruh abang jadi kucing ke ataupun suruh abang buat nakal dekat kawan-kawan adik ke.. hehehee...

Kaizo - Oh.. jadi itu sebenarnya niat kau yea

Fang - Betul tu! Itu adalah rancangan adik semasa abang tengah mengigau pada malam nanti *Senyuman Bangga sampai tak sedar abang dia sedang menahan keamukan dia* Idea adik memang sangat bernas... hehehe

Kaizo - Mengaku pulak kau

Fang - Eh... tak tak.. adik bergurau sahaja tadi tu. Abang jangan ambik serius pula.. abang jangan pandang adik macam harimau tengah kelaparan.. abang janganlah keluarkan pedang kesayangan abang tu... a-a-a-ADIK LARI DULU!

Kaizo - MARI SINI KAU! ABANG BELUM MENGHUKUM KAU LAGI, KAU SUDAH LARI PULA! MANA KAU NAK LARI HAH? KAU TELAH MEMPERGUNAKAN ABANG UNTUK KEPENTINGAN KENAKALAN KAU TU! PEDANG TENAGA!

Di luar kawasan rumah Fang dan Kaizo..

Boboiboy - Apa kes si Fang lari lintang pukang tu?

Gopal - Si Fang buat lagilah tu. Tengoklah siapa yang kejar dia tu

Boboiboy - Hmmm... apalah si Fang buat sampai abang dia mengamuk macam tu. Selamatlah abang Kaizo tu takde darah tinggi

Gopal - Entahlah.. jomlah Boboiboy. Baik kita beredar dari sini sebelum kita pula jadi mangsa abang Kaizo nanti

Boboiboy - Semoga berjaya, Fang...

Tidak sampai 5 minit, Fang sudah diheret oleh abangnya untuk pergi ke kapal angkasa. Maka dengan itu, berlakulah hukuman latihan tempur di situ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro