SEMBILAN
SEBUAH van putih memandu memasuki jalan Taman Jengka Mutia. Kedengaran enjin van putih berhenti di depan pagar rumah seseorang. Belum sempat orang itu ingin menekan tengah stereng. Ayla menyedari ketibaan van tersebut terus berlari ke luar rumah. Tudung sarung sudah dipakai sebentar tadi. Pantas sungguh tidak balas Ayla.
Pekerja yang ditugaskan untuk menghantar barang pelanggan turun daripada van putih. Mereka berdiri menghadap antara satu sama lain. Pagar besi menjadi halangan mereka.
"Sila tulis ic dan sign di sini." Pen diserahkan. Ayla menurut arahannya. Bungkusan itu akhirnya bertukar tangan.
"Terima kasih." Ayla tersenyum sekilas. Pekerja itu melemparkan senyuman ramah.
"Okay kak, sama-sama!"
Setelah kelibat jejaka itu hilang. Ayla memasuki rumah dan menutup pintu sliding lalu menguncinya semula. Nasib mak ayah tiada di rumah kerana telah pergi membeli bahan mentah dan alatan dapur baru sejam yang lalu.
Tambahan pula Ayla memang berseorangan di rumah jadi tidak akan tertangkap lah ketika membeli barang online secara senyap-senyap bersama sepupu Ayla yang bernama yang Mawar Fariha. Cantik orang nya.
Bungkusan yang berada dipelukkan Ayla di bawa masuk bilik dan diletakkan atas meja belajar. Gadis itu melabuhkan punggung di birai katil. Dia ingin berbalas mesej dengan seseorang. Telefon laju dihidupkan. Mesej WhatsApp yang tertera nama bunga mawar ditekan. Papan kekunci diketik berkali-kali.
"Baju hoodie kita berdua dah sampai...kenapa kau tak cakap dekat aku yang pos laju tu hantar awal?" Dua tanda baris bertukar biru menandakan sudah dibaca.
"Eh, tapi kat situ tulis lagi tiga hari baru sampai." terhenti terus pergerakkan Ayla nak mengirim lagi satu mesej.
Lidah terkelu.Dahi berkerut. Mata yang membaca mesej Mawar tadi automatik ke arah bungkusan hitam. Ayla meneliti bungkusan misteri itu. Nama penghantar tidak tertulis. Eleh, fikir smart ah tak tulis nama lepas tu sengaja buat aku tak tidur malam sebab asyik fikir siapa yang bagi!
"Kalau aku tahu siapa yang bagi ni memang aku sumbat bungkusan ni dalam lubang punggung dia. Biar tak boleh buang air besar selama-selamanya eh terkutuk dia pula!" Laju Ayla istigfar banyak kali seraya bungkusan itu diletakkan atas almari baju. Selepas itu Ayla terus menyambung membaca buku novel genre fantasy.
SETIAP pintu dewan yang ditutup sepanjang peperiksaan dijalankan lantas dibuka serentak. Pelajar-pelajar lain melangkah kaki ke luar dewan. Ada yang bertanya kepada kawan sebaya dia tentang jawapan apa yang mereka tulis dan ada yang tercengang apabila sedar jawapan dia tulis sudah terang-terang salah selepas membaca buku rujukan dia semula. Dia pasrah dengan kecuaian sendiri.
Paper last dah habis!
Ayla berlari anak mendapatkan beg dia yang berada di kantin sekolah. Kerusi ditarik supaya lebih mudah dia ingin membuka zip beg tersebut. Perbuatan Ayla terhenti tatkala perasan sesuatu yang aneh.
"Aduh! Ini bukan aku punya." Ayla tahu pun sebab dekat zip beg mesti ada keychain zenitsu. Hadiah dari kakak aku tu. Mata melilau sekitar kantin, takut-takut ada beg sebijik macam Ayla.
Manusia mana pergi rembat beg aku!
"Kenapa Ayla?" Safiyya baru sahaja sampai dah keliru dengan aura kepanikan yang datang dari kawan baik dia. Ayla laju mengangkat kepala.
"Ada orang terambil beg aku sebab aku cari beg yang macam ni dekat sekeliling tak ada. Hmm...nak tak nak aku kena tanya setiap kelas lah."
"Nak aku tolong?" Safiyya menawarkan khidmat pertolongan percuma. Bukan apa, boleh pengsan dibuat nya nak pergi ke kelas sana ke sini ke situ. Baik Safiyya menolong sekali. Mudah kerja Ayla.
Ayla dan Safiyya mengangguk bersama-sama. Kami berdua pun perpecah. Disebabkan kelas menengah bawah dekat je kelas dia orang dari sini, itu yang Ayla suruh Safiyya menuju ke sana kemudian yang kelas jauh iaitu kelas menengah atas biarlah Ayla mengambil alih.
Pintu kelas diketuk tiga kali. Hanya separuh badan dia mengintai ke dalam kelas senior dia.
"Assalamualaikum, ada sesiapa tak terambil beg yang salah? Beg warna hitam." Semua menjawab salam lalu menggeleng kepala begitu juga kelas 5 Aesthetic sehingga kelas 5 beauty and the beast. Kelas sendiri.
Ayla mengambil langkah sedikit jauh. Kenapalah banyak sangat kena selok belok dalam perjalanan ke kelas tingkatan enam ini. Ayla seperti sudah berada di hujung dunia. Hampir sesat dia berada di dalam bangunan blok yang betul-betul berdekatan dengan hutan. Kaki berhenti melangkah.
Ayla menghela nafas. Nama kelas dipandang. Berdebar pula nak tanya. Ayla mula mengetuk pintu makmal sains yang tertera kelas sains tulen form 6 Aesthetic lantas memberi salam kepada semua yang bernyawa di dalam. Semua memberi perhatian kepada Ayla.
Cikgu pula tiada, mungkin cikgu belum sampai atau sudah keluar terlebih dahulu sebelum aku datang.
"Err ada sesiapa rasa beg dia bukan beg dia sendiri? Beg warna hitam." Mereka bertindak memeriksa beg masing-masing. Semua menggeleng kepala dan saat Ayla ingin beredar dengan perasaan hampa.
"Yang beg hitam dekat dewan tu ke? Adakah beg ini engkau maksudkan..." tidak jadi Ayla pergi. Ingatkan siapalah yang menyoal rupa-rupanya. Lelaki itu. Tidak tahu hendak menayangkan muka terharu campur horay horey atau muka kosong.
Irfan mengangkat beg hitam kepunyaan Ayla dengan satu tangan. Dia bergerak mendekati Ayla. Ayla tersenyum manis untuk pertama kali di hadapan seorang manusia bernama Irfan Haziq. Namun cepat-cepat senyuman itu pudar.
"Tu beg saya...saya rasa beg kita tertukar." Ayla membalas dengan nada mendatar seperti biasa dia cakap. Irfan tersengih.
"Patut lah beg ni berat semacam je...maaf eh boleh pula tersalah ambil beg kau ni." sudah lah jenama beg terbeli sama. Mesti mereka membeli dengan kedai online yang sama.
Saat beg sudah berada di tangan Ayla, Saat itu lah Irfan masih tercegat di hadapan dia. Kepala Ayla disenget kan, menunggu Irfan bersuara lagi.
"Kau minat anime?" Tanya Irfan tiba-tiba. Lelaki itu menuding jari ke arah keychain figura kuning. Ayla memegang keychain yang disoal oleh jejaka tersebut.
"Apa nama lelaki tu? Aku pernah nampak dalam cerita demon slayer." Sambung dia lagi. Ini juga kali pertama Irfan cuba berbual dengan Ayla.
"Zenitsu. Kenapa tanya?" Dia agak tiba-tiba di situ tapi tidak mengapa.
"Nothing..." Irfan tersenyum mesra ke arah Ayla. Hairan sekejap dengan sikap dia sekarang. Sejak bila pula kau minat anime ni?
"Aku rasa...kau boleh pergi sekarang." Irfan mengingatkan Ayla yang terlalu lama di depan kelas. Kalau tidak memberitahu mahu sampai tamat sekolah Ayla masih melamun di situ.
"Terima kasih bagi balik beg saya." Ayla berjalan sedikit laju meninggalkan bangunan khusus untuk tingkatan 6. Semasa dalam larian, Ayla terasa pelik dengan diri dia yang tiba-tiba aktif.
Irfan cepat-cepat menutup mulutnya menggunakan kain bersifat lembut setelah melihat tubuh Ayla sudah jauh dari tempat dia berdiri. Sapu tangan disorok kembali.
"Kau...sengaja kan tukar beg dengan junior tu?" sampuk Ashraf. Jejaka itu menyilang tangan sambil menyandar pada pintu kelas. Ashraf sudah mengetahui dari awal lagi. Tidak tahu apa motif Irfan buat begitu namun hanya Irfan sahaja mampu menjawab pertanyaan Ashraf.
Irfan tidak menjawab, tidak juga menggeleng kepala. Sebaliknya, Irfan sibuk memerhati Ayla yang kelam kabut menuruni tangga sehingga terjatuh akibat terpijak kain sendiri. Dia nak cosplay jadi pholidota ke?
Nama saintifik bagi haiwan spesies mamalia iaitu tenggiling.
Irfan tersenyum kecil. Ashraf melontarkan pandangan...
Sudah terjatuh cinta ke apa?
-akan bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro