Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DUA PULUH SATU

TUBUH yang kaku masih terlena dibuai mimpi. Selimut terlucut ke bawah lantas ditarik ke atas menutupi sehingga paras dada. Mata terpejam tetapi tangan naik meraba-raba mencari telefon pintar. Selepas menjumpainya, ibu jari menekan tepi telefon dan terpaparlah lockscreen yang berlatarkan gambar kageyama mode cute.

Character anime haikyu.

Mata yang sepet tadi automatik dibuka luas. Asal alarm tak kejutkan aku pun. Dah pukul tujuh setengah tau. Macam mana aku boleh terlelap lepas subuh!

"Alamak, aku dah lambat ke sekolah!" Terlompat tubuh dia dari katil.

Ayla keluar daripada bilik selepas selesai sempurna kan tubuh kurus dia dengan seragam sekolah. Aku nampak figura kakak aku yang masih duduk di hadapan cermin sambil pakai produk skincare.

Langkah panik Ayla mendekati kakak nya. Nasib tak bergegar rumah ini.

"Kenapa kak tak pergi kerja lagi? Sempat eh nak tacap sana tacap sini...Tolong lah hantar orang pergi sekolah!"

"Hari ini kan cuti buat apa kau nak pergi sekolah?"

"Lah betul ke? Aku lupa hari ni cuti sekolah!" Gelak hambar telah terhasil dari milik suara gadis yang bernama Khayla Afifa.

"Eh sekejap, kenapa kau tak tegur? Punya lah aku tadi kelam kabut iron baju dan mandi lagi."

"Sengaja nak tengok kebodohan kau beraksi!" Kakak tertawa sekuat hati sambil mengelak daripada terkena barang yang dibaling oleh Ayla. Selepas menukar baju kepada baju berjalan keluar. Dompet dicapai.

Sliding pintu ditolak. Kasut sport berwarna merah berbelang putih mendahului kawasan perumahan. Tinggal nak buka pagar rumah tiba-tiba kedengaran suara milik kakak.

"Eh, jangan lupa beli sayur bila dah balik nanti!"

"Okay, kak!" Ayla meletakkan diri atas basikal. Apa? Tahulah aku kuno tak pandai bawa motor. Lagipun bukan jauh pun econsave dari sini. Kaki mula mengayuh. Sekejap basikal Ayla belok ke kiri, sekejap belok kanan dan menuruni menuruni bukit secara luas.

Nyaman gila angin waktu pagi. Nak je aku pejam mata. Tak sia-sia aku bangun awal.

Nasib hari ni tak terlalu ramai kereta berada di jalan raya. Basikal di-parking tepi tempat motor. Terpaku sekejap dengan motor besar disebelah dia.

Motor idaman aku!

"Handsome nya motor ni!" bersinar-sinar mata dia. Mesti mahal kan?

"Macam tuan nya." Celah seseorang dari belakang. Nasib tak melatah sebab Ayla sempat menekup mulut sendiri. Badan berpusing ke belakang untuk melihat gerangan siapa menegur dia pagi-pagi ini.

Jejaka itu menyembunyikan senyuman mesra dia hanya menayang muka tiada perasaan sahaja. Ceh. Tipulah ada motor. Nak bawa basikal pun masih guna dua roda pada sisi basikal.

"Kau apa khabar?" Watak Ayla yang dingin di kawasan sekolah terus tiga ratus enam puluh darjah. Ayla menjadi seorang ceria di luar bila mendengar suara dia kenali.

Eshal.

"Awak pula macam mana dekat sekolah? Okay?" Soalan Ayla dibiar sepi tanpa jawapan. Eshal lebih risaukan keadaan Ayla. Mendengar sahaja soalan Eshal selalu nya mesti aku baling jawapan yang sama tetapi sekarang sudah berubah arah. Bawah bibir dikemam.

"Tak sebenarnya..." Kasut Ayla mencuit-cuit batu jalan tar. Kadang-kadang menyepak batu kecil tidak bersalah itu.

"Ada sesiapa kacau awak ke dekat sekolah? Meh, saya ajar dia sifir 6."

Terletus tawa Ayla. Buat apa nak ajar dia sifir kalau boleh ajar dia pasal algebra.

Ayla terharu dengan sikap prihatin seorang jejaka bernama Eshal. Ya, hanya Eshal. Selebihnya tidak diberitahu sejak mereka berjumpa dan masih berkawan sehingga sekarang.

Tak ada lah lama sangat, baru 4 bulan lepas tapi bagi kami ibarat dah 4 tahun.

Mata Eshal melihat ke sisi Ayla. Beg yang sederhana muat-muat letak segala barang di dalamnya. Memang setiap hari Ahad, semua pembeli yang datang harus bawa beg tupperware atau bakul sebab hari ini ialah hari tanpa beg plastik.

"Kau nak beli barang apa je? aku tolong kau sekali." Pelawa Eshal. Mereka berdua sudah memasuki tempat yang ingin dituju kaki. Seminit kemudian, beg tersebut sudah penuh dengan barang yang hendak dibeli.

Ayla kerling sebelah kiri dia. Sebelah tali beg dipegang Eshal manakala sebelah tali lagi Ayla pegang. Dah macam pergi dating pula kalau tengok balik. Eshal sengaja mengangkat sedikit tinggi tali beg itu. Terus hilang kedudukan beg yang asal tadi.

"Bagi lah aku bawa kan...aku tahu mesti kau tahan je kan rasa sakit? Pergi lah ambil lagi makanan yang kau nak." Eshal buat Ayla macam budak-budak pula. Tahu lah dia jenis tak boleh bawa barang berat lama-lama sangat.

"Yelah, nah...hati-hati bawa tu kang jatuh aku suruh kau bayar semua ye." Gurau Ayla.
Eshal menguntum senyuman kecil.

Eshal mengambil tali lagi satu dan disatukan tali dia pegang akhirnya dapat membawa nya dengan mudah seakan-akan tidak berat bagi nya. Tapak tangan yang bergaris dan sedikit merah dipandang Ayla. Lembut betul tangan aku.

Selepas jejaka itu mengambil alih tugas dia untuk membawa beg berat itu ke hulur ke hilir. Gigih mengikuti langkah kecil Ayla dari rak sana sampai di hadapan kaunter untuk melancarkan seisi jual beli.

Tapi Ayla sedikit hairan, kenapa setiap kali ada orang terserempak dengan dia mesti ada yang pandang atas bawah dan siap ada yang memberi senyuman kepada nya sambil menepuk bahu dua kali. Muka aku nampak macam muka minta belas kasihan ke?

"Famous juga kau sekitar sini." Tambah Eshal, perlahan. Ayla menggulingkan mata ke tepi. Lambat lagi aku nak jadi terkenal.

"Sila berhenti mengarut dan jom pergi bayar." Kedengaran tawa kecil menjemput gegendang telinga gadis itu.















JEJAKA itu tersenyum sampai ke telinga apabila kelibat Ayla dicari daripada tadi telah ditemui. Berbunga-bunga hati dia. Lagipun, dia ada sesuatu nak bagitahu kepada gadis itu. Jejaka itu mengejar langkah laju Ayla seperti lipas kudung.

"Ayla! Sekejap." Irfan menarik tali beg Ayla. Irfan dicerlung tajam. Beg dihempas kuat atas meja pondok perpustakaan. Jejaka itu terkejut ketika Ayla menayangkan muka tidak berpuas hati. Spek mata sudah lama tercabut. Tudung agak serabai namun masih cantik di mata lelaki itu.

"Cukup lah Irfan! Awak tak penat ke asyik kacau saya. Awak tu...dah nak dekat STPM tahu tak? Sepatutnya awak perlu fokus dekat pelajaran bukan nya fokus dekat saya!" Suara Ayla naik satu oktaf. Sebelah tangan sudah bercekak pinggang, sebelah tangan lagi memicit dahi yang dah reda daripada pening tadi terus kembali hadir. Turun naik turun naik nafas Ayla.

Irfan menghalakan kipas mini yang angin dia begitu kuat dan mudah dibawa ke mana-mana. Entah dari mana kipas mini Irfan dapat. Tak apa lah janji Ayla tak marah-marah dia.

"Kalau kau dapat call waktu malam nanti, kau jangan percaya walaupun ada nama aku pun...faham?" Terang Irfan lembut. Berharap Ayla mempercayai kata-kata dia demi keselamatan gadis disayangi itu.

Ayla membuat muka menyampah.

Motif dia cakap kat aku? Macam lah aku nak angkat call dia.

"Jadi? saya pun tak akan percaya apa yang awak cakap, Irfan!" Hambur nama Irfan penuh kebencian. Lantas sehelai kertas bersih ditarik keluar daripada beg galas. Pen hitam menari-menari dipegang Ayla menandakan Ayla sedang menulis sesuatu di atas kertas. Usai selesai menulisnya, Ayla segera mengumpal-gumpal kertas tersebut lalu dicampak ke dada bidang Irfan.

"Baca selepas saya menghilang dari pandangan awak." Putus Ayla. Irfan sabar menunggu Ayla beredar dahulu. Bayang-bayang Ayla kini tidak dilihat. Irfan lekas membuka kertas yang dibaling Ayla dengan berhati-hati.

Mata dia bergerak-gerak membaca ayat luahan hati Ayla dipendam sejak lama.

"Awak patut malu dengan semua tindakan awak selama ini, berani awak muncul di hadapan saya. Awak fikir saya akan sukakan awak kalau awak masih tak ubah-ubah perangai awak, Irfan!"  Barisan ayat seterusnya dibaca. Muka dia terlukis perasaan bersalah. Terlampau bersalah.

"Saya harap awak lenyap terus dari hidup saya. Saya benci tengok muka awak!" Kertas tersebut dilipas kemas lalu digengam kuat. Bibir diketap. Rambut sudah kemas, diramas kasar. Rasa macam nak hantuk kepala dekat meja sebelah je! Apa aku dah buat?

"Nampaknya...aku tak ada peluang nak buat kau jatuh cinta semula." Tangan mengelap mata yang dah berkaca-kaca. Kepala terangkat, membiarkan wajah dia disapa lembut oleh encik angin. Mata dipejam, rapat.

"Mungkin...kita memang tiada ikatan jodoh." Kau memang bodoh Irfan!

-Akan bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro