Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DUA

DUIT kertas diisi. Mesin itu menelan duit kertas bernilai RM2. Dia segera menekan nombor yang tertulis di bawah kotak minuman hendak dibeli. Jari-jemari sebelah kanannya mengetuk mesin itu dengan riak wajah tidak menyabar langsung. Maklumlah, dia datang sini tidak membawa kereta. Tumpang motor kawanlah katakan.

"1... 7... 5... Ala dah habis stok pula!" tubuh mesin itu ditampar sederhana akibat terlampau geram. Bazir tenaga dia aje datang awal ke sekolah semata-mata risau minumannya habis cepat.

"Bro!" panggil seseorang yang membuatkan kepala lelaki yang bergaduh dengan vending machine menoleh belakang dia. Kelihatan bayang-bayang kawan rapat dia melambai tangan ke arahnya. Dua belah kaki tengah berjalan mendekati tempat dia berada.

Kawan dia menjerit memanggil nama dia. Hampir tidak dengar nama yang disebut oleh orang tersebut. Punca nya dari suara enjin mesin di tempat tapak pembinaan yang tidak jauh dari sekolah mereka telah menghasilkan bunyi sangat kuat.

Sedikit mengganggu pendengaran lelaki itu tetapi tidak bermaksud dia tidak mendengar orang memanggil nama dia.

"Sekejap! Maybe esok adalah... kau mesin jangan lari tau. Tunggu aku!" orang lain yang melihat dia bercakap sendiri pasti akan berkata gila namun ada dia kisah?

Lelaki berbaju jersey itu pun beredar.
Kawan baik dia sampai bercekak pinggang menunggu kedatangan dia yang terlebih tinggi ni. "Aduh, aku pun nak juga tinggi macam kau... meh sini kaki kau aku potong sikit." Terletus ketawa dari bibirnya. Dia terus menyerabaikan rambut lebat kawan baik dia yang memakai jacket berbelang hitam putih itu.

"Pergi makan tiang sana. Nanti kau tinggilah!" Lelaki itu menggelakkan kawan dia lagi.
Suka dia menyakat kawan sendiri. Mereka berdua sudah berkawan lama dari sekolah rendah lagi. Mereka berjalan beriringan menuju ke destinasi sambil bergurau dan mula mengimbau masa lalu sewaktu kali pertama mereka bersekolah dekat sini.

"Bertuah punya budak. Khayla! Masuk kelas cepat." Satu suara lembut tetapi terserlah aura ketegasannya berjaya menarik perhatian si lelaki tiang itu. Terlihat seorang gadis berbaju kurung dan berkain biru laut sedang memberi alasan yang kukuh.

"Kau tolong cakap dekat cikgu yang aku pergi tandas. Aku janji tak akan lama." Siap angkat tangan lagi menandakan dia betul-betul maksudkannya. Automatik Safiyya menjeling lembut seolah-olah mengatakan 'Kalau kau kena denda, jangan ajak aku pula eh.'

Tersengih Ayla melihat riak wajah kawan baiknya itu. Mereka berpusing badan menukar arah laluan. Safiyya menuju ke kelas yang terletak di tingkat tiga manakala Ayla memasuki dewan sekolah yang tertutup. Tipulah kalau tidak perasan langsung seperti diperhatikan oleh seseorang sepanjang program pagi itu dijalankan, tetapi siapa?

Cepat-cepat kakinya berlari ke belakang pentas. Terdapat kerusi dan meja yang masih boleh digunakan bersusun elok dalam satu ruang besar. Sesawang labah-labah melekat di setiap sudut bilik. Kepala menoleh ke kiri sambil menghela nafas. Sah-sahlah dia dah larikan diri. Hmm seingat aku, dia betul-betul berdiri dekat sini. Tepat memandang aku. Aku tak rasa itu makhluk halus, aku pasti seratus peratus dia manusia!

Tatkala Ayla berjalan melepasi satu kerusi ini, mata dia menangkap satu objek sederhana. Pantas sahaja objek tersebut diambil dengan perasaan curiga. Gogal makmal? Tunggu. Di bawah gogal itu terselit satu kertas bersaiz kecil yang tertulis...

"Sila buang sifat ingin tahu kau itu kalau tak nak terima nasib yang sama macam dia."

Berlapis terus dahi Ayla membaca sebaris ayat itu. Dia? Soalan tanpa jawapan, makin bertambah.

"Siapa agaknya pemilik gogal makmal ini?" Getus hatinya, kemudian dia mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Kebetulan tandas perempuan sebelah dewan sahaja. Lebih baik dia melepaskan hajat dahulu sebelum masuk ke kelas. Ha tengok, aku tak tipu cikgu!










DUA bulan berlalu, seorang pelajar perempuan berpakaian baju jasmani dan berseluar sukan. lengan baju berwarna biru gelap manakala bahagian tengah dan belakang berwarna ungu gelap. Begitu juga ada tulisan di belakang nya.

Gadis itu berlari ke pejabat sebab sebelah ia ada mesin air coway, dia hampir menjerit kerana kepedasan tahap maksimun.
Lidah dia bersedia untuk terbakar.

"Tipulah si Minjae ni... kata tak pedas, Dahlah tak tolong sediakan air pun untuk aku!" setelah tiba di sana, dia mengeluar botol yang sudah kosong dan mula letak dalam tempat isi air.

Disebabkan permintaan dari kawan lelaki dia yang merupakan pelajaran bertukaran sekolah yang berasal dari korea selatan.
Han Minjae. Mula-mula kita orang terkejut juga sekolah ini juga diterima pelajar dari luar negara.

Tahu-tahu lagi tiga hari dia akan pulang ke tempat asalnya. Oleh itu, Minjae membuat challenge makan ramen pedas bersama Khayla Afifa.

Maklum lah jejaka itu tidak pernah lagi melihat si Ayla ini makan ramen. Dah lah ini kali pertama gadis itu makan makanan paling pedas!

"Eh, Mana air ni? Cepat lah keluar!" habis ditepuk-tepuk nya mesin tu. Baru dia teringat sesuatu.

"Aduh! Aku lupa air tak ada..."

Gadis itu mencebik sedih dan berpusing laju badan. Sedang melihat suasana di SMK Gajah Melompat riuh rendah dengan suara senior tingkatan lima iaitu ketua semua tingkatan yang diberikan arahan untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar sementara pengetua tiada di sekolah.

Para guru yang lain? Cuti sakit atau hal peribadi. Hanya sesetengah sahaja yang nak hadir.

"Hey, Awak kat sana tu...jangan over menari lagu kpop. Dah lah saya perasan tadi awak paling banyak makan kang pening lepas itu muntah...Awak yang pakai topeng kuda!" Mereka yang ditegur abang senior itu hanya menguntum senyuman manis. Muka tegas, tegas pun masih nampak kacak.

"Eh eh Jangan di bawa lari maskot tu dik.
Bagi kat abang!" Kelam kabut senior itu mengejar arnah cilik itu. Sampai nak jatuh tersungkur dibuatnya.

"Siapa tak bayar, tak boleh masuk rumah hantu kalau tak nak hantu dalam rumah ini tendang punggung kau sampai ke turki!" Ugutan itu ditujukan kepada pelajar-pelajar nakal di hadapan dia sekarang. Pantang jumpa rumah hantu, semua nak masuk percuma.

Many beautiful your face!

"Weh kari, Weh!" Hampir semput senior pertama yang mengajar maskot arnab itu. Bukan semput sebab kejar budak itu tetapi penat banyak gelak.

"Halang dia kat sana. Ha... mana nak lari lagi adik!" Ejek lelaki itu apabila melihat tiada tempat untuk budak itu melarikan diri.
Baru sahaja dia ingin menangkap si anak nakal. Arnab maskot kecil itu terlebih dahulu laju berlari ikut celah kaki senior itu.

Khayla tersengih-sengih. Gadis itu terhibur dengan karenah senior, junior dan satu tingkatan dengan nya. Terlupa sekejap masalah pertama.

Tercungap-cungap nafas Ayla menahan suara daripada gelak terbahak-bahak apabila menyaksikan seorang junior membawa lari maskot arnab serta dua orang senior berlari menangkapnya langsung marathon di sekitar bangunan sekolah.

"Laju betul junior tu lari. Kesian aku tengok dia orang tu... Comel!" Dia menepuk tangan  berkali-kali sehingga terbatuk ya.
Entahlah yang kena tepuk dekat tapak tangan tapi tekak dapat effect sakit dia.

-Akan bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro