Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SESAR - Prolog

Jauh disebalik mekarnya kehidupan bandaraya Kuala Lumpur yang aman damai itu, tersimpan satu rahsia gelap yang tidak ramai ketahui. Kuala Lumpur, sebuah kota raya metropolitan yang tidak pernah tidur. Pergerakan manusia disini dan disana tidak pernah terhenti, manakala kerancakkan pembangunan pula terus menerus memuncakkan arus globalisasi pencakar langit. Namun, jauh nun dibawah tanah kota raya ini, tersingkap sebuah satah patahan kuno pada batuan dasar dibawahnya. Ahli saintis menggelarkan sebagai Sesar Kuala Lumpur.

Sesar Kuala Lumpur sudah terlalu lama 'merehatkan' pergerakannya. Saintis walau bagaimanapun menganggap sesar ini sebagai 'sudah tidak lagi aktif' oleh kerana ianya sudah tidak bergerak dalam satu tempoh yang lama. Sesar ini dipercayai tidur sambil mengurangkan pergerakkannya. Disamping itu, ianya terus mengumpulkan sepenuhnya tenaga seismik yang ada. Hanya sedikit tekanan dilepaskan melalui gempa bumi setinggi magnitud M2.3 dan M2.5 disekitar Bukit Tinggi dan Gombak, baru-baru ini.

Tekanan demi tekanan yang diterimanya daripada pergerakan Sesar Utama Sumatera dibahagian barat serta penyodokan benua India dibawah benua Eurasia yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini memberi kesan pemerolehan kepada tenaga pendam yang tersimpan didalam Sesar Kuala Lumpur ini.

Namun, jangkaan pakar bahawa Sesar Kuala Lumpur yang sudah stabil sepenuhnya dan tidak akan bergerak lagi pada masa kini ternyata meleset. Raksasa yang besar akan mula bangkit daripada tidur sedikit masa lagi dan akan memakan mangsa-mangsanya.

***

Hadif, seorang pelajar sekolah rendah yang mempunyai tubuh yang genit, berkaca mata, insan yang polos dan umurnya baru mencecah tujuh tahun. Dia hidup dalam keluarganya yang serba sederhana. Pada usia dimana rakan-rakannya (Batrisya) sedang sibuk berkeliaran di KLCC dan abangnya bernama Ali pula sedang sibuk mendaki Bukit Tabur, Hadif pula sedang mempelajari bacaan dalam solat dan juga hafazan kitab suci Al-Quran dengan bantuan ayah. Namun, sesuatu keadaan luar jangka telah berlaku apabila sebuah episod gempa bumi melanda Sesar Kuala Lumpur. Empangan Klang Gates yang pecah memusnahkan harta benda dan juga kegembiraan pada wajah Hadif yang polos itu. Takungan air Empangan Klang Gates bersama lumpur, batu-bata dan potongan kayu balak yang menerjah ke kawasan perumahannya telah mengambil segala-galanya. Keluarga, organ mata serta tangan kirinya hilang sekelip mata. Yang tersisa, hanya dia dan ibunya sahaja. Dalam keadaan sehelai sepinggang itu, apakah Hadif mampu terus dapat mengukirkan senyuman pada wajahnya seperti dahulukala serta menyelesaikan aktiviti pembelajaran dalam solat dan hafazannya?






*Sesar dalam istilah geologi merupakan satu patahan besar dalam satu permukaan planar dimana berlaku pergerakan sedikit-sedikit yang berlaku pada satu jisim batuan pada sesuatu permukaan bumi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro