Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

SEBAIK sahaja dia menjejakkan kaki ke rumah banglo milik keluarganya, jelas kelibat abangnya yang sedang duduk berehat di meja yang disediakan berhadapan dengan kolam renang sambil membaca buku. Dia tahu yang abangnya sedar akan kepulangannya tetapi tidak dipedulikannya. Dia lantas menapak ke dalam rumah dan masuk ke dalam biliknya.

Begnya diletakkan di atas katil. Malam nantilah dia kemas. Tuala yang tergantung di penyangkut dicapai sebelum dia melangkah ke bilik air. Usai mandi, dia duduk di hadapan cermin sambil menyikat rambut. Pantulan dirinya dipandang lama.

"Tindakan abang kau tu sememangnya satu tindakan yang terbaik untuk kau. Dia bukannya kejam nak pisahkan memori ibu bapa kau dengan kau, dia cuma nak kau move on. Starts a new life. Dia tak nak kau terus stuck macam ni. Apa kau dapat kalau kau terus macam ni? Kau hanya seksa diri kau aje."

Sikat di tangan diletakkan di atas meja. Kata-kata Farah semalam masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Seksa? Dia seksa diri dia ke macam ni? Anak matanya mula menyoroti pantulan wajahnya. Dia ukir senyum tetapi senyuman itu jelas palsu. Sinaran matanya jelas menunjukkan yang dia masih lagi belum dapat melupakan kejadian yang berlaku ini. Bukan pintanya untuk semua ini tapi ini semua ketentuan Ilahi. Siapalah dia mahu menidakkan semua itu.

"Allah tak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah tahu kau mampu hadapi semua ni, sebab tu Dia uji kau. Jangan cepat putus asa. Ingat Atin, Allah sayangkan kau. Innallaha maana!"

Fatin mengeluh. Pandangan matanya jatuh pada frame gambar mereka sekeluarga yang berada di atas meja. Mungkin dia perlu mengikuti kata-kata abangnya, mungkin itu yang terbaik untuknya. Dia perlu memberi peluang untuk dirinya supaya dia dapat berubah, dapat memulakan hidup baru. Gembira di samping satu-satunya abang yang dia masih ada. Abang.

Tangannya membuka laci meja. Matanya tertancap pada sehelai kertas yang terdampar di dada laci. La Tahzan. Kertas itu dicapainya.

Seringkali kita takut pada kenyataan...

Terutama pada sesuatu yang sudah ternyata kesahihannya...

Dan kalau boleh kita tidak mahu mengakui...

Apatah lagi bila sesuatu itu sememangnya amat kita sayangi...

Tapi, kita tetap kuat dan tabah...

Kerana yang berlaku memang sudah terjadi...

Benar, kita sebagai manusia sangat lemah...

Namun bukan bermakna kita akan selama-lamanya lemah...

Allah kan ada bersama-sama kebenaran...

Walaupun pahit untuk ditelan...

Kita serahkan sahaja pada Allah supaya kekuatan itu datang...

Sehingga saat hari itu tiba dan sampai bila-bila...

Kuatkanlah hati, kuatkan iman...

Benar, Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat kita semua...

Sakit itu akan hilang, dan manis itu pasti akan datang...

Walaupun lambat dan tiada di dunia ini...

Di akhirat sudah siap tersedia...

Allahurabbi...

Air matanya mengalir laju membasahi pipi. Benar, Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Dia bagaikan baru sahaja tersedar dari lena. Kertas yang bercetak dengan dakwat hitam itu yang diambil dari satu Blog pernah dijadikan kata-kata semangat tatkala dia kehilangan neneknya dahulu dan dia bagaikan terlupa dengan kata-kata yang dipegangnya tatkala hati masih lagi leka dibayangi kesedihan yang tidak berpenghujung. Ya, mungkin keputusan ini yang terbaik untuknya.

"You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have..."

BACAAN Adam terganggu apabila mendengar derapan kaki seseorang. Dia tahu siapa. Dia tahu yang adiknya akan pulang hari ini tetapi dia sengaja tidak menegur adiknya. Dia mahu memberikan ruang dan masa untuk adiknya berfikir tentang masa depannya.

"So, how's your vacation? Enjoy?" Dia menjeling sedikit ke arah adiknya yang sudah duduk bersebelahannya. Kelihatan sedikit ketenangan pada wajah itu.

"Much better."

Suasana sunyi seketika.

"Abang..."

"Hmmm..." Dia menunggu adiknya membuka mulut dengan sabar.

"Atin setuju dengan cadangan abang."

Serentak dengan itu senyuman lega terpamer di wajah Adam. Dia tahu yang mungkin adiknya sudah sedar. Ini yang terbaik dan akan jadi yang terbaik. Buku yang dibacanya ditutup.

"Okey. Next month Atin akan fly ke overseas. Be prepared." Usai berkata dia terus bangun meninggalkan Fatin sendirian di situ. Fatin hanya diam. Agak terkejut dengan arahan abangnya tetapi dia tahu ini yang terbaik untuknya. Bulan depan? Secepat tu?

BERSEPAH. Mata Adam membulat sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Ibarat dilanggar Garuda diserang pula naga berapi. Huh, macam itulah situasi yang boleh digambarkan apabila matanya meliar memerhati keadaan bilik adiknya. Dia datang hanya untuk memberikan slip peperiksaan adiknya tetapi keadaan bilik adiknya yang bersepah menjadi santapan matanya.

Kelihatan Fatin sedang terbongkok-bongkok di sisi katil. Entah apa yang dicarinya. Kemudian, gadis itu beralih pula ke sisi katil sebelah lagi. Kehadiran dia langsung tidak dipedulikannya. Seolah-olah mencari sesuatu yang penting.

"Atin..." Panggilannya tidak dipedulikan. Fatin masih lagi sibuk mencari sesuatu. Lantai yang dilapisi karpet sudah bersepah dengan baju miliknya manakala pintu almari sudah terbuka luas, meja solek berselerak dengan barangan solek adiknya, laci meja solek pula sudah terkeluar dari tempatnya.

Adam menggelengkan kepalanya melihatkan kondisi bilik adiknya itu. Macam tongkang yang sudah berkali-kali pecah.

Adam melangkah mendekati adiknya yang sudah bergerak ke bilik air. Yang pastinya bilik air itu masih lagi belum terusik dan dia tidak mahu melihat adiknya terus-menerus mengabaikannya. Lengan adiknya dipegang, menariknya menjauhi bilik air. Fatin cuba meleraikan pegangan abangnya tetapi gagal.

"Kenapa ni?" Wajah Fatin yang menunduk diangkatnya. Adam sedikit tersentak. Air mata sudah membasahi wajah putih itu.

"Hey, what's wrong with you? Atin cari apa? Kenapa nangis?" Fatin tidak menjawab sebaliknya dia cuba meronta-ronta melepaskan pegangan tangan abangnya tetapi gagal.

"Rantai. Rantai Atin... Rantai Atin hilang." Suaranya perlahan disambung pula dengan esak tangisnya. Adam memeluk adiknya. Dia tahu rantai yang dimaksudkan adiknya. Rantai pemberian ibu dan abahnya sempena hari jadi adiknya tahun lepas. Dia tahu rantai tu sangat bermakna untuk adiknya. Terlalu bermakna.

"Dah, jangan nangis. Mungkin Atin salah letak kut? Cari betul-betul."

Fatin menggelengkan kepalanya.

"Tak. Atin langsung tak pernah tanggalkan rantai tu. Tak pernah pun. Dan sekarang rantai tu dah hilang. Atin..."

"Shhh... Dahlah. Mungkin Atin tak ingat. Cuba ingat betul-betul dekat mana kali terakhir Atin pakai?" Adam cuba menenangkan adiknya.

Fatin terdiam seketika.

Kali terakhir? Kali terakhir dia terasa kewujudan rantai itu dilehernya masa...

Langkah dibuka menuju ke arah katilnya yang sudah bersepah dengan pakaiannya. IPhone 6nya cuba dicari tetapi gagal. Tiba-tiba, ringtone Sahabat kedengaran. Dia tahu siapa yang call. Lantas semua barang yang ada di atas katil dibaling ke bawah. Adam hanya menggelengkan kepalanya melihatkan perangai adiknya.

"Farah, kau ada jumpa tak rantai aku?" terjahnya terus tanpa kata-kata sapaan. Dia menunggu jawapan Farah dengan sabar tetapi kata-kata Farah yang didengarinya dari talian sebelah terus membuatkan dia terkedu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: