Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

ANGIN sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh Fatin yang sedang berehat di pondok kayu sambil menatap keindahan alam. Suasana aman dan damai pada waktu petang tanpa diganggu kebisingan kereta lalu-lalang membuatkan hatinya tenang, fikirannya lapang. Sudah tiga hari dia berada di kampung sahabatnya, Farah. Mujurlah ibu Farah, Puan Atikah tidak keberatan membenarkannya menumpang untuk sementara waktu.

Sepanjang tiga hari berada di rumah sahabat baiknya, dia akui dia sangat rindukan arwah ibu dan abahnya. Layanan baik Puan Atikah sekeluarga sangat dihargai. Sepanjang dia berada di sini, mereka sekeluarga langsung tidak membuka mulut mengenai kematian ibu bapanya. Dia hargai sangat-sangat. Mereka memang memahami perasaannya.

Walaupun dia dan Farah tidak bersekolah di sekolah yang sama tetapi hubungan mereka memang rapat. Dulunya dia tinggal di Kelantan bersama-sama keluarganya tetapi disebabkan ada sedikit masalah, mereka sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru di sana sampailah sekarang.

"Hei... Jauh termenung?" Tepukan di bahunya menyedarkan Fatin dari terus mengelamun. Dia pamer senyum kepada sahabatnya yang sudah berada di sebelahnya.

"Mana ada termenung. Aku tengah menikmati keindahan alam ni. Rasa tenang saja." Matanya dipejamkan sebaik sahaja angin sepoi-sepoi bahasa menyapa badannya. Farah yang berada di sebelah memandang wajah sahabatnya. Dia tahu sukar untuk sahabatnya melalui keadaan sekarang. Kehilangan dua insan terpenting dalam hidup secara serentak memang agak sukar untuk diterima tetapi dia tahu sahabatnya kuat.

Dia tahu emosi Fatin masih lagi belum stabil. Walaupun dia boleh tersenyum dan bergurau tetapi semua itu hanya topeng untuk menutup kesedihan dalam hati. It's obvious. Dia nampak semuanya. Rasa sedih, kecewa, derita dan... Dendam. Ya, dia nampak itu. Meskipun tidak jelas tetapi dia nampak perasaan itu. Perasaan ingin membalas dendam. Dia bimbang seandainya Fatin mula menyimpan perasaan sedemikian.

Walaupun dia tidak tahu kisah di sebalik kematian ibu bapa Fatin tetapi yang dia tahu kemalangan yang berlaku ke atas ibu bapa gadis itu bukannya kemalangan biasa. Semuanya seolah-olah dirancang.

"Ara... Ara... Kau dengar tak apa aku tanya ni?" Panggilan Fatin menyedarkan Farah dari terus memandang wajah sahabatnya. Dia pamer senyum, cuba tutup keresahannya tadi. Fatin kerut dahi, pelik dengan tingkah laku Farah. Tenung dia semacam aje, muka dia comot ke? Tangan naik menyentuh wajah, takut-takut ada benda asing bertempek di wajahnya. Buat malu ajelah.

"Erkkk... Apa kau tanya tadi?"

"Tak ada apa-apalah."

"Atin... Jom pergi pantai," ajak Farah. Sebenarnya dia datang ke sini cuma nak mengajak Fatin menemaninya ke pantai. Lagipun ibunya ada menyuruh dia menghantar kuih di rumah mak ngah. Alang-alang rumah ibu saudaranya berdekatan dengan pantai, baik dia ambil angin di pantai. Kalau masa macam ni, kurang sikit pengunjung yang datang.

"Boleh juga. Jom." Ajakan Farah disambut. Mereka bangun dan mula mengorak langkah menuju ke arah motosikal Yamaha Ego milik Farah.

JAM sudah beranjak ke angka enam petang tetapi dua sahabat itu masih lagi berada di tepi pantai, menghadap laut yang terbentang luas di hadapan. Farah menjeling ke arah Fatin yang sedang melayan perasaan. Dia tidak mahu mengganggu sahabatnya itu.

Farah masih lagi teringat akan kejadian sebulan lepas. Dia memang agak terkejut apabila mendapat khabar dari ibu saudara Fatin mengenai kematian ibu bapanya. Dia bagaikan tidak percaya semua itu berlaku kerana seminggu sebelum itu dia sempat bercakap dengan ibu Fatin mengenai rancangannya mahu menyambung pelajaran. Masih lagi terngiang-ngiang di mindanya kata-kata nasihat wanita yang hampir sebaya ibunya itu dan seminggu kemudian, dia mendapat berita yang wanita itu sudah tiada.

Memang sukar untuk Farah terima apatah lagi Fatin untuk menerima semua itu. Tapi semuanya dah ditetapkan Allah, suka atau tidak, semuanya dah terjadi. Jam di tangan dikerling. Sudah beranjak ke pukul enam setengah petang. Mereka perlu pulang. Dah lewat ni. Dia bangun dari duduk. Belakang seluarnya ditepuk bagi menghilangkan pasir. Selipar yang menjadi alas duduk disarung ke kaki sebelum dia melangkah ke arah Fatin yang sedang termenung di atas batang pokok yang sudah reput.

"Atin, jom balik. Dah lewat ni," ajak Farah. Fatin mendongak ke arah Farah sebelum mengangguk. Tangan dihulur kepada Farah, minta ditarik. Farah mencebik tetapi ditarik juga lengan sahabatnya.

"Makin kuruslah kau sekarang. Kau tak makan ke?" Badan Fatin dirasakan semakin susut sekarang, mungkin terkesan dengan kehilangan ibu bapanya.

"Aku tak ada seleralah nak makan," jawabnya sambil menyarung selipar di kaki sebelum mengorak langkah.

"Aku tahu... Tapi kau janganlah seksa diri kau macam ni. Bukan kau sorang yang merana, abang kau pun sama juga." Kata-kata Farah ada benarnya tetapi dia memang tak ada selera makan sekarang. Makan minum dia sejak kebelakangan ni memang langsung tak terjaga. Kalau dia lapar, dia makan, kalau tak memang langsung dia tak sentuh nasi.

Fatin mengeluh. Dia sempat berpaling ke belakang. Rasa sayang pula nak tinggalkan pantai ni. Dia rasa tenang apabila berada di sini. Jiwanya rasa terisi sedikit walaupun kesedihan itu masih lagi ada.

Farah sudah jauh berada di motor, meninggalkannya sendirian di situ buat seketika. Tiba-tiba pandangannya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang memandang ke arah laut. Entah kenapa, kelibat lelaki itu menarik minatnya untuk terus memandang meskipun hanya sisi wajah itu sahaja yang kelihatan.

Tanpa diduga, lelaki itu berpaling ke belakang, mungkin terasa dirinya diperhatikan. Pandangan mata mereka bersabung. Fatin terkesima. Jantungnya tiba-tiba bekerja lebih masa, berdegup kencang.

"Fatin!"

Laungan Farah menyedarkannya. Terkocoh-kocoh dia berjalan ke arah Farah yang sudah berada di atas motor, hanya menunggunya sahaja untuk membonceng. Sebaik sahaja dia berada di atas motor, motor itu mula bergerak meninggalkan pantai.

BADANNYA direbahkan dengan kasar ke atas katil. IPhone 6 miliknya sudah selamat mendarat di atas lantai. Lantaklah nak pecah ke apa ke. Apa yang penting perasaan geram dalam hatinya sekarang ni. Dia baru sahaja selesai bercakap dengan abangnya atau lebih tepat lagi bergaduh. Dia tidak suka apabila abangnya mula mendesak dan masuk campur dalam hidupnya.

"Abang dah fikir masak-masak." Kata-katanya terhenti di situ. Fatin menunggu dengan sabar.

"Atin tetap akan sambung study." Fatin mengeluh, dia sudah menjangka hal ini. Sejak dia menyuarakan hasratnya untuk tinggal di rumah sahaja, dia tahu yang hasratnya akan ditentang abangnya.

"Abang, can you please give me some space? Atin tak nak sambung study. Atin dah buat keputusan, Atin nak duduk rumah aje. Tolonglah faham, abang." Dia cuba membela dirinya. Buat masa sekarang dia tak bersedia untuk sambung belajar.

"No! Keputusan abang muktamad. Atin suka atau tidak, you gonna continue your study, by all mean. Bukan di sini, tapi di France."

"Abang!" Suara Fatin mula meninggi. Dia benci apabila abangnya mendesak. France? Perancis ke? Owh, abangnya memang sengaja. Dia sengaja tak nak sambung study dan abangnya pula mahu menghantar dia ke luar negara? For what?

"What do you just said? France? No way! Atin dah cakap Atin tak nak sambung study dan sekarang abang nak hantar Atin ke luar negara pula? Abang tak boleh paksa Atin!" Fatin mendengus geram. Dia memang tak boleh terima semua ini. Abangnya memang sengaja, sengaja mahu menghantarnya pergi jauh. Untuk apa? Untuk seksa dia?

"Ini keputusan abang! Atin cuma ikut aje. Abang tak minta pun persetujuan Atin. Okey, Atin tak nak sambung study? Bagi abang sebab kenapa Atin tak nak sambung belajar?" Suara Adam mengendur sedikit tetapi masih lagi ada tegasnya.

"I'm not ready yet. Dengan apa yang berlaku ni, macam mana Atin nak fokus pada study? I just can't, okey? Abang kena faham situasi Atin sekarang." Suaranya juga mula berubah lembut, cuba untuk memujuk. Dia tak suka dipaksa buat benda yang dia tak nak.

"Abang faham tapi Atin kena cuba. Untuk apa Atin study kalau nak duduk rumah aje? Jangan sia-siakan harapan ibu dan abah, dik. Dia orang nak tengok Atin berjaya. Atin tak nak ke tunaikan harapan ibu dan abah ni? Atin sanggup kecewakan ibu dan abah?" Fatin diam. Dia benci bila abangnya menggunakan nama ibu dan abah. Dia jadi lemah. Sekilas bayangan ibu dan abahnya muncul dalam minda.

"Dahlah, abang. Atin penat. Apa pun ni keputusan Atin. I'm not gonna continue my study. Titik!" Nada suaranya tegas di hujung bicara. Panggilan sengaja diputuskan tanpa mendengar apa-apa balasan dari abangnya.

Berkali-kali ringtone Kun Anta yang disetkan untuk abangnya berbunyi tetapi tidak dipedulikan. Dia dah penat, penat nak melayan perasaan sendiri dan ditambah pula dengan sikap abangnya sekarang ini. Matanya dipejam, berharap agar lenanya datang bertandang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: