Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Beberapa tahun lalu...

SENYUMAN melatari wajah manis itu yang hanya dihiasi lapisan mekap yang tipis. Gembira kerana akhirnya dia dapat menjejakkan kakinya ke tanah air sendiri setelah bertahun-tahun tinggal di luar negara. Langkah kakinya dibuka menghala ke arah abangnya yang sudah menunggunya sambil tersenyum.

"Finally I can see you, my dear. I miss you." Tangan abangnya dicium sebelum dahinya dicium lembut. Wajah abangnya yang masih lagi kacak walaupun sudah menganjak ke angka tiga itu dipandang.

"Miss you too, my brother. You never change, still look like brother that I used to know." Kata-kata Fatin disambut tawa halus abangnya.

"Isn't? But you have changed. Totally changed. Seems like France had changed my naive sister to someone different. More beautiful perhaps." Fatin senyum. Tahu, ada sindiran dalam kata-kata abangnya itu.

"I take that as a compliment." Fatin terus membuka langkah sambil menarik beg roda miliknya meninggalkan abangnya keseorangan di situ.

Adam tersenyum. Looks like her sister had changed. More matured and beautiful. Cermin mata hitamnya dipakai sebelum dia mengorak langkah menuju ke arah adiknya.

SUASANA makan malam pada malam itu agak sedikit sunyi seperti sedang berkabung sahaja walaupun tak ada orang yang meninggal. Hanya kedengaran dentingan sudu dan garpu berlaga dengan pinggan. Adam mengerling ke arah adiknya yang sedang asyik menjamah makanan tanpa membuka mulut.

Sejak gadis itu pulang petang tadi, mereka agak kurang bercakap. Fatin dengan kerjanya, dia pula sibuk dengan urusan pejabat. Dia perasan yang adiknya sudah berubah. Penampilannya agak menonjol dan keyakinan dirinya juga nampak tinggi. Sememangnya dia gembira dengan perubahan yang dialami adiknya, cuma...

"Why are you staring at me like that? Am I look weird tonight?" Fatin memandang badannya yang hanya bersalut T labuh dan seluar tidur, takut-takut dia memakai baju terbalik ke apa ke. Tapi okey aje. Wajah abangnya dipandang.

"Nothing. You look okay."

Fatin buat tak peduli. Suasana kembali senyap. Rumah banglo ini hanya didiami oleh mereka berdua sahaja. Pak Yub, tukang kebun dan Mak Jie, tukang masak rumah ni hanya datang bila perlu, jadi hanya mereka berdua sahaja yang tinggal. Dua orang pun macam tak ada orang, sunyi sangat. Wajah abangnya dipandang. Dia tak boleh membayangkan macam manalah abangnya boleh tinggal di rumah ni sorang-sorang tanpa teman. Tak sunyi ke? Owh, how boring.

"So, how's France? Nothing to share with me?" Adam angkat kening. Pandangan dihala ke arah adiknya yang masih lagi mengunyah. Hmmm... Tabiat makan ni memang tak boleh nak buang. Asyik makan aje, macam manalah pipi tu tak kembung.

"Okey," jawabnya sepatah sebelum sambung suap nasi goreng yang abangnya sendiri masak. Special treatment for me. Just today, I guess.

"What do you mean okay? That's all?" Tak percaya. Lapan patah dia tanya dengan dua question mark, adiknya boleh jawab sepatah aje. Owh, how sweet!

Fatin berhenti menyuap. Abangnya ni benar-benar kacau mood orang nak makan aje.

"Hmmm... France okey. Nice place, nice food, nice people and nice shopping mall. Satisfied?" tanyanya sarkastik. Geram. Nasi kembali disuap. Dia lapar tau tak? Dekat negara orang tu, ingat senang nak cari masakan halal dan makanan kegemaran dia?

Adam ketawa. Lama tak bergurau dengan adiknya. Semenjak dia mengambil alih tempat abahnya sebagai pemilik Zomm Furniture, kehidupannya mula sibuk. Banyak benda yang perlu diselesaikannya tetapi dia tidak merungut kerana dia sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi semua ini. Pada usia yang masih muda, dia diberi tanggungjawab mentadbir syarikat perabot milik keluarganya dan syukur alhamdulillah, perniagaannya berjalan dengan lancar. Sehingga sekarang dia sudah membuka banyak cawangan di beberapa buah negeri. Rezeki mereka adik-beradik agaknya.

"Not quite. Okeylah, abang ada kerja sikit nak buat. Atin basuh pinggan ya dan... Jangan membazir. Habiskan." Kepala adiknya digosok sebelum dia menghilang di sebalik ruang dapur. Fatin mencebik. Ada ke patut disuruh dia menghabiskan semangkuk nasi goreng ni? Macamlah perut dia ni tong besar, nak muat semua benda sekaligus. Tu tak lain tak bukan, nak perli akulah tu, rungut Fatin.

"WOI, bila kau balik? Langsung tak beritahu aku. Sampai hati kau, ya? Macam ni ke kawan?" Sebaik sahaja butang hijau ditenyeh, suara tak puas hati Farah menerjah telinganya sebagai pembuka bicara. Fatin menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia duduk di birai katil sambil memeluk bantal strawberi miliknya.

"Assalamualaikum, Cik Farah," sindirnya geram. Farah ketawa di hujung talian.

"Waalaikumussalam, Cik Fatin. Sorry, excited punya pasal. Aku rindulah dekat kau. Dah bertahun-tahun tak jumpa kau. Kau sihat?"

"Aku sihat. Aku pun rindu kau. Esok kita jumpalah."

"Yalah. Apa pasal tak beritahu aku kau nak balik hari ni? Kalau tak, bolehlah aku jemput kau." Suara Farah seakan-akan berkecil hati dengan sikapnya.

"Ala, sorry la. Aku bukan sengaja. Aku cuma tak nak ganggu kau kerja aje. Lagipun abang aku ada, dia yang ambil aku dekat airport tadi. Kau janganlah sedih. Esok kita jumpa," pujuknya. Sengaja dia tidak memberitahu sahabatnya itu mengenai kepulangannya. Tahu yang sahabatnya sibuk dengan kafenya itu. Sudah lama Farah bercita-cita untuk membuka kafe sendiri dan akhirnya dia berjaya berkat kesabarannya selama ini. Dia tumpang bangga dengan kejayaan sahabatnya.

"Yalah. Esok kau datang kafe aku tau. Datang tau, jangan tak datang. Kalau tak aku merajuk setahun dengan kau," ugut Farah. Sengaja. Fatin ketawa.

"Yalah, Cik Farah. Jangan risau, aku datang punya. Takkanlah aku tak nak datang. Nak tengok juga rupa kafe baru kau tu, bolehlah aku puji ke, kutuk ke sikit." Fatin ketawa.

"Amboi... Ada hati nak kutuk kafe aku, ya? Okey, kau datang esok. Tengok macam mana rupa kafe kesayangan aku ni. Aku nak tengok reaksi muka kau esok. Kau tunggulah." Farah mula geram. Ada hati nak kutuk kafe aku, ya?

"Hehehe... Okey. Kita tengok esok. Take care. Goodnight. Assalamualaikum."

Panggilan terus diputuskan sebaik sahaja salamnya dijawab. IPhone 6 diletakkan di atas meja lampu bersebelahan katilnya. Badannya direbahkan ke atas katil. Matanya mula menyoroti segenap ruang di dalam biliknya. Langsung tidak berubah, masih lagi sama seperti kali pertama ditinggalkan, seolah-olah tiada orang pernah memasuki biliknya sebaik sahaja dia terbang ke Perancis.

Dinding bilik yang dicat warna oren terang yang diselangi oren muda menaikkan keceriaan biliknya. Sebuah bingkai gambar bersaiz besar yang diisi wajahnya yang sedang tersenyum tergantung di atas kepala katil. Almari dua pintu biliknya disusun bersebelahan pintu tandas. Meja solek diletakkan di tepi pintu masuk.

Dia berpaling ke sudut kanan bilik yang telah dilukis dengan corak bulatan besar dan kecil dan sebuah meja kecil dan sofa kecil diletakkan di situ beserta bantal-bantal berbentuk bunga dan bintang. Sudut itu menjadi tempat untuknya berehat sambil membuat kerja. Sudut khas yang direkanya sendiri.

Badannya direbahkan menelentang sebelum dia mengiring ke sebelah kanan. Setelah bertahun-tahun berada di luar negara, dia banyak belajar benda baru. Di sana, dia bebas melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar batas-batas agama. Di sana juga dia belajar mengawal emosinya dan sekarang ini dia sudah berubah. Dia bukannya Fatin yang dulu lagi, yang naif, yang manja, yang cepat menangis tapi sekarang ni dia seorang yang berdikari, tegas tapi hatinya baik dan yang paling penting dia bukannya gadis yang cengeng lagi. Dia sudah berubah.

Sometimes life need changes, so do human.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: