Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

HARI demi hari, hubungan Ian dengan pengawal peribadinya semakin baik. Dia sudah boleh menerima kehadiran lelaki itu walaupun kadang-kadang dia berasa rimas tetapi dia tahu itu adalah tugas lelaki itu sebagai pengawal peribadinya. Lagipun lelaki itu juga boleh dibuat kawan meskipun dia langsung tak pernah nampak secalit senyuman di bibirnya, ketawa lagilah tak mungkin.

"Tuan muda nak..."

"Dani, berapa kali aku nak kena cakap. Jangan panggil aku tuan muda. Panggil aje aku Ian," potong Ian sebelum sempat Daniel habis bersuara. Daniel menundukkan kepalanya.

"Maaf tuan muda, saya hanya mengikut arahan."

"Dan, sekarang ni kau pengawal peribadi aku jadi kau kena dengar cakap aku, bukannya cakap mummy aku." Ian sengaja menggunakan kuasanya. Dia tidak selesa apabila panggilan itu diberikan kepadanya. Macamlah dia ni berpangkat besar sangat. Semua itu tak ke manalah, macamlah boleh bawa masuk dalam lubang kubur.

"Panggil aku Ian. Depan mummy kau panggillah aku tuan tapi kalau dengan aku, panggil aku Ian saja. Kau tahu kan aku benci bila kau panggil aku tuan?" Daniel diam. Sukar baginya mahu menukar panggilan tersebut kepada panggilan yang tidak formal itu.

"Maaf, tuan muda." Ian mendengus. Geram. Susah sangat ke nak tukar panggilan itu? Tangannya naik meraup wajahnya. Kusut kepala.

"Hmmm... Okeylah. Panggil aje aku tuan, buang perkataan muda tu. Benci aku dengar."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Jangan nak spoilkan mood aku pagi-pagi ni," ugut Ian geram. Daniel akur.

"Baiklah, tuan." Pintu kereta bahagian sebelah pemandu dibuka. Daniel hanya memerhati kelibat anak majikannya yang sudah menghilang di sebalik pintu masuk sebuah restoran mewah. Lelaki itu sudah tidak membenarkannya untuk membukakan pintu kepadanya jadi dia hanya menurut sahaja.

Mercedes diparkir di kawasan parkir yang sudah tersedia sebelum Daniel melangkah keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Dia melangkah mendekati Ian yang sedang duduk bersama dengan seorang lagi lelaki. Dia berdiri di sisi Ian dengan wajah tanpa riak, tiada siapa dapat menebak apa yang ada dalam fikirannya.

"Dani, boleh tak kau duduk jauh sikit? Aku ada benda nak bincang dengan klien aku." Dia memandang ke arah Daniel yang berdiri di belakangnya. Rimas. Takkanlah sampai macam tu sekali nak jaga aku? Dia perasan ramai yang memandang ke arah mereka, yalah mesti pelik bila tengok lelaki pakai sut lengkap dengan kaca mata lagi. Nampak sangat tu bodyguard dia.

"Maaf, tuan. Saya hanya menjalankan tugas," ucapnya tanpa nada. Daniel gigit bibir. Geram.

"Excuse me, Encik Syazwan."

Ian senyum sebelum tarik Daniel jauh dari tempatnya. Daniel hanya menurut.

"Aku tahu. Aku bukannya nak lari pun. Aku suruh kau duduk jauh sikit dari aku. Aku ada meeting penting dengan client aku. Kau jangan nak bantah arahan aku. Aku tuan kau sekarang, bukannya mummy aku." Dia mengulangi ayat yang sama. Geram, apabila lelaki itu terlampau melindunginya. Rimas, serabut tahu tak? Dia bukannya perempuan yang kena dilindungi, dia lelaki, dia pandai jaga diri sendirilah.

"Tapi, tuan..."

"Boleh tak kau jangan bantah arahan aku? Dah, ikut aje apa yang aku cakap." Ian melangkah meninggalkan Daniel yang masih lagi berdiri di situ. Daniel mengikut langkah Ian sebelum mengambil tempat tidak jauh dari lelaki itu. Matanya tajam memerhatikan tingkah laku anak majikannya.

SEMALAMAN Ian duduk menghadap laptop di dalam bilik kerjanya. Banyak urusan pejabat yang perlu diselesaikannya. Sejak kematian papanya tahun lepas akibat sakit jantung, dialah yang mengambil alih tugas papanya selaku Pengurus Legacy ONE. Salah satu syarikat arkitek yang terkenal di Malaysia, tanpa usaha gigih papanya mana mungkin syarikat yang dulunya kecil mampu dikenali ramai seperti sekarang. Sampaikan banyak syarikat mahu bekerjasama dengan syarikatnya sama ada dalam mahupun luar negara. Dia sememangnya kagum dengan usaha gigih papa yang tak pernah putus asa dalam membangunkan syarikat itu di mata dunia.

Badannya disandarkan ke kerusi. Tangannya yang tadi laju menari di atas papan kekunci laptop dibawa ke belakang kepala. Matanya tertancap pada potret mereka sekeluarga di dinding. Papa, mummy, dia dan Bella, adik bongsunya. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Satu-satunya adik perempuan yang sangat disayanginya.

Mengenangkan adik perempuannya yang baharu sahaja tingkatan lima itu membuatkan dia mengeluh tanpa sedar. Tidak dinafikan yang adiknya memang cantik, pergi mana-mana pun pasti akan menjadi tumpuan, yang tu dia okey lagi kalau setakat tengok sahaja tapi bila dah mula start sesi mengurat, tu yang dia tak boleh tahan. Adiknya masih muda, masih mentah lagi untuk semua benda tu. Mana mungkin dia akan membenarkan adiknya terlibat dengan semua itu dan mujur jugalah Bella memang jenis yang tidak melayan dan tidak berminat dengan benda itu semua.

Tan Sri Rahul, pemilik dan juga pencetus Legacy ONE. Idolanya. Wajah papanya yang sedang duduk sambil tersenyum di dalam potret itu dipandang. Wajah yang langsung tidak pernah berputus asa dalam mengejar impiannya. Dia benar-benar kagum dengan papanya. Baginya, tiada siapa yang dapat menandingi papanya.

Tangan laju mencapai muk berisi air kopi yang masih belum berusik sebelum kaki melangkah ke balkoni bilik. Dada langit yang dipenuhi bintang ditatapnya lama. Sebelah tangan memegang muk, sebelah lagi diseluk ke dalam saku. Sejak menjadi CEO di syarikat papanya, dia sering sibuk. Langsung tidak mempunyai masa untuk keluar berjalan-jalan. Dengan mummynya pun dia sudah jarang berbual walaupun tinggal serumah. Kelibat adiknya pun jarang nampak, dah dia memang selalu balik lambat. Bila Bella dah tidur baru dia sampai rumah.

Sekilas anak matanya singgah pada halaman rumahnya. Kelibat seseorang menangkap kornea matanya. Hoodie hitam membaluti badannya dipadankan dengan seluar jean lusuh. Nampak tali earphone berwarna putih yang menjalar di badan lelaki itu. Dilihatnya Daniel sedang bersandar di dinding pagar sambil kepalanya terdongok ke langit malam. Mata Ian tajam merenung lelaki itu. Entah kenapa dia merasakan yang lelaki itu mempunyai sesuatu, sesuatu yang sukar untuk dileraikan dan ditafsirkan. Pandangan lelaki itu seakan-akan mempunyai sesuatu yang dia memang tak tahu apa yang terselindung di benaknya.

Tidak dinafikan dia senang tatkala berada di sisi lelaki itu tetapi pada masa yang sama dia merasakan terdapat aura misteri di sekeliling lelaki itu. Rasa macam Daniel banyak berahsia dengannya. Memang dia akui rasa tenang apabila berbicara dengan lelaki itu walaupun tiada sebarang respons tapi sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk meluahkan perasaannya. Dia bukannya ada ramai sangat kawan, kalau ada pun cuma rakan perniagaannya sahaja.

Buat seketika, pandangannya singgah pada wajah lelaki itu. Agak tampan meskipun tanpa senyuman. Tiba-tiba mata mereka bertembung. Ian senyum walaupun dia tahu senyumannya tak akan dibalas. Daniel menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat sebelum beredar dari situ.

BUAH epal hijau yang berada di atas meja dicapai sebelum digigitnya. Langkah kaki diatur ke ruang tamu, rumah agam itu senyap sunyi. Mummynya pula dah keluar, ada kerja katanya. Dia pun cuti hari ni, jadi melepak dekat rumah ajelah. Remote control dicapai sebelum butang On ditekan. Satu per satu siaran ditukar sebelum terhenti di siaran sukan.

"Hai, khusyuk nampak tengok tv." Kepalanya dipaling ke arah suara itu. Kelihatan kelibat adiknya yang baharu keluar dari dapur sambil membawa sepinggan hirisan epal hijau. Epalnya pun sudah habis. Langkah kanan betul.

"Biarlah, lagipun abang dah lama tak tengok tv," katanya sambil tangannya laju mencapai hirisan epal dari pinggan adiknya.

"Hmmm... Yalah. Lupa pula. Orang tu kan sibuk memanjang, manalah sempat nak tengok tv. Nak jumpa kita pun tak sempat, sibuk sangat mengalahkan Perdana Menteri katakan," sindir Bella tanpa perasaan. Tangannya laju menghabiskan hirisan epal di dalam pinggan. Matanya hinggap pada dada televisyen. Ian sengih.

"Bunyi macam merajuk aje. Merajuk ke?" usik Ian. Dia tahu adiknya bosan sebab hanya mereka dua beradik sahaja dalam keluarga ini. Mestilah adiknya bosan bila dia tak ada. Walaupun usia mereka agak ketara berbeza tetapi itu tak akan mengubah apa-apa pun. Hubungan mereka tetap rapat.

Bella mencebik. Remote control di atas meja dicapai. Siaran ditukar.

"Tak ada maknanya nak merajuk. Buang masa aje." Siaran kartun dibuka. Tengok Larva lagi baik. Ian angkat kening. Wajah adiknya dijeling.

"Ya ke? Tapi kenapa nampak macam merajuk saja ni? Adik abang ni merajuk ke?" Bella jeling geram. Sebenarnya dia tak merajuk cuma bosan sebab tak ada orang nak teman dia berbual. Rasa macam duduk sorang aje dalam rumah ni sebab dia jarang bercakap dengan mummynya. Mummynya pula sibuk memanjang. Sibuk dengan butik dialah.

Ian gelak. Sah, adiknya merajuk. Bella peluk tubuh. Geram. Rasa macam nak pijak-pijak aje abangnya sekarang ni macam Red yang tengah pijak Yellow sebab berebutkan roti dalam kartun Larva itu.

"Ala, Bella tahu yang abang memang busy sekarang ni, kan? Bella pun sibuk dengan exam. Nanti bila Bella dah habis exam, abang bawa Bella bercuti. Nak tak?"

Senyuman mula terukir di wajah gadis itu. Ian senyum. Tahu dah, adiknya pantang dengar perkataan cuti. Fevourite dialah tu. Jalan-jalan satu dunia.

"Betul ke ni? Abang dah janji, jangan nak mungkiri janji. Kali ni, Bella yang tentukan tempat. Okey?" Ian cuma angguk melihat keterujaan adiknya. Hari itu, dia hanya melayan adiknya sahaja. Dah lama tak berborak kan, banyaklah mulut budak tu duk pot-pet pot-pet.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: