Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Pulang sahaja dari rehabilitasi. Faqih sudah tidur kepenatan akibat penat berenang di kolam. Pertama kali melihat dengan mata sendiri, jiwa Dalila terusik. Dia nampak Faqih seronok. Dia nampak Faqih kuat untuk belajar. Dan dia juga dapat lihat pesakit lain yang menghidapi penyakit seperti Faqih. Mereka berjuang untuk hidup.

Fayyad di sebelah tenang memandu. Sesekali mengerling ke arah Dalila yang diam.

"Diam aje," tegur Fayyad pada Dalila yang asyik merenung Faqih yang sudah terlelap di atas ribaannya.

Sama seperti tadi, tiada respons daripada Dalila.

"Ada yang tak kena ke?" Diberanikan diri untuk mengelus tangan milik Dalila. Tak kena gaya, ada pelempang singgah di pipinya nanti.

"Nothing."

"I'm not a mind reader, Lila. Jadi, kalau Lila tak cakap, boleh jadi abang akan salah faham kalau abang sekadar membaca bahasa tubuh Lila." Ini yang ramai perempuan silap. Mereka ingin bahasa bisu mereka difahami. Tahu tak lelaki ni kemain kerah otak nak baca bahasa tubuh sebab kebiasaannya, yang mereka teka jauh ke laut.

"Sejak takdir temukan kita, hari saya tak lagi sama," luah Dalila jujur.

"Memanglah. Hari ini hari Isnin. Esok Selasa. Lusa Rabu sampailah..." Belum pun habis ayatnya, telinganya telah ditarik.

"Auw... Sakit Lila. Sakit." Sudahlah ditarik, dipulas pula tu. Dia ingat telinga aku ni buah pulasan gamaknya.

"Padan muka. Orang serius, dia main-main."

Sebenarnya sengaja diusik Dalila yang nampak tegang itu.

"Sometime, the worst place you can be is in your own head. Jadi, jangan terpengaruh sangat dengan apa yang membingit dalam fikiran Lila tu. Kadang-kadang, dia pandai memanipulasi."

"I just want it all to end. I have had enough."

"Me too."

Fayyad tersenyum sendiri. Apa yang best pasal hari ini ialah dia tak perlu bergaduh dengan Dalila. Rasa hidupnya nyaman yang tak mampu digambarkan. Ketenangan yang sudah lama pudar dalam hidupnya.

"Fayyad, awak cakap yang keluarga saya meninggal sebab kebakaran, kan? Kebakaran rumah ke?" Tiba-tiba Dalila lontar soalan yang melencong jauh dari perbualan.

Kali ini Fayyad terdiam. Kalau dia jawab bukan rumah, adakah Dalila akan meninggalkan mereka berdua dan kembali tinggal di KL?

"Haah." Nampaknya, dia kena masukkan duit dalam tabung dosa miliknya. Maafkan saya Dalila kerana terpaksa menipu.

"Habislah rumah tu. Sedihnya..." Banyak kenangan dia dari kecil di rumah itu.

"Macam mana saya sorang aje yang selamat?" Baru sekarang dia terdetik untuk bertanya. Lewat beberapa hari ini, dia banyak diselubungi kemarahan.

"Sebab, awak ada kat rumah sewa waktu tu."

"Oh..."

"Satu lagi, pasal kes yang saya kena tangkap dekat Paradigm Mall tu, apa yang dah jadi sebenarnya?" Kali ini berubah muka Fayyad. Soalan yang tidak diduga olehnya.

"Saya ke yang bersalah?" Takut-takut Dalila menantikan jawapan.

"Taklah. Bukan Lila. Semua tu salah faham aje," tipu Fayyad lagi. Biarlah. Sudah lebih lima tahun perkara itu berlalu. Dia pun sudah tidak mahu ingat dan rasanya, Dalila pun tak perlu tahu kebenarannya.

"Oh... Leganya. Jadi, salah siapa? Raif?"

"Entahlah. Abang pun tak pasti sebab abang kerja part-time aje kat situ," dalih Fayyad cuma mengalih perhatian Dalila.

"Apalah cerita Si Raif tu, ya? Agaknya dah kahwin ke belum?" Terlalu banyak persoalan yang masih belum terungkai. Kalau tanya Fayyad pun, bukannya dia tahu. Harapnya, perangai Raif yang cerewet dah berlagak handsome tu dah berubahlah.

"Satu lagi..."

"Banyaknya soalan. Tak nak simpan untuk hari esok ke?" Yang sebenarnya, dia bimbang andai dia perlu berbohong lagi untuk menjaga hati Dalila.

"Sementara saya ingat jadi saya tanyalah."

"So, apa soalannya?"

"Kenapa awak tak kerja?" Berhati-hati Dalila hulur soalan. Bimbang mengundang rasa sensitif Fayyad.

"Syarikat yang saya kerja tu ada masalah kewangan. Jadi, ramai yang diberhentikan kerja termasuklah saya. Tapi pihak syarikat ada bayar pampasan. Jadi, awak jangan risau. Setakat satu dua bulan ni, saya masih mampu nak tanggung kita sekeluarga." Sebenarnya dia sudah pun mendapat pekerjaan baru sebagai pensyarah. Namun sengaja dia minta tangguh untuk memberi perhatian pada Dalila dan Faqih.

"Oh macam tu ke? Biasalah hidup ada jatuh bangun dia, kan? Kalau awak perlukan bantuan, awak bagi tahu saya, ya?" Eh, tiba-tiba jadi versi isteri solehah ni dah kenapa Lila, oi?

Air muka Fayyad sedikit berubah.

"Kenapa? Saya ada salah cakap ke?"

"Abang macam sedang bercakap dengan Lila abang," tutur Fayyad sedikit tergamam.

Diam.

"Kenapa awak pilih saya? Yalah why me? Macam dah tak ada orang lain dalam dunia ni."

"Hmmm... Sebab abang ada satu hati aje. Kalau abang ada banyak hati, mungkin abang akan bagi pada orang lain," gurau Fayyad. Menghilangkan canggung antara mereka.

"I'm serious." Gigi dikatip. Geram.

"I'm serious too."

"Malaslah cakap dengan awak ni." Selain daripada sakit hati, bercakap dengan Fayyad hanya akan membuatkan darahnya naik sahaja.

Namun tangan Dalila terus dicapai. Dibawa ke dada.

"Kehadiran Lila bukan membuatkan hari abang penuh dengan senyum, tapi lebih dipenuhi dengan syukur. Syukur yang abang akan habiskan hidup bersama wanita seperti awak."

Pada mulanya, Dalila sedikit terpanar dan terbuai dengan ayat indah itu. Namun dia mula ingin menarik tangannya. Tengah memandu pun nak sweet bagai ke? Haish.

"Walaupun isteri awak ni dah bertukar jadi perempuan yang paling degil, awak masih bersyukur ke? Atau mungkin awak terasa nak tarik rasa syukur tu?" Soalan Dalila kali ini benar-benar ingin menguji suaminya.

"What to do. Lila adalah, luka yang paling luka. Sedih yang paling sedih. Sakit yang paling sakit. Tapi... Lila juga adalah sayang yang paling disayang. Cinta yang paling dicinta. Dan rindu yang paling dirindu." Fayyad memulangkan kembali kata-kata manis yang pernah diungkaplah oleh Dalila suatu ketika dahulu.

"Sweet talker." Eee, tak kuasa betul nak layan mulut manis Fayyad.

"Lila mungkin lupa. Tapi, abang tak."

"Maksud awak?"

"Ayat tadi tu adalah ayat yang pernah Lila ucapkan pada abang dulu. Waktu abang pertikai kenapa Lila masih tunggu abang walaupun abang suruh Lila berhenti daripada mengharapkan abang."

Jeda.

Benarkah begitu rupa?

"Stop lying, Fayyad."

"I'm not lying," tegas Fayyad. Menipu bukan kepakaran yang dia ada. Sedari dahulu, dia gemar berterus terang dengan Dalila. Dan sehingga kini, perangainya masih sama. Cuma ada beberapa perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan Dalila.

"I can't recall anything."

"Okey. Lupakan kisah dahulu. Kenapa tak kita mulakan hidup baru? Lila terima abang sebagai suami Lila. Lagipun Lila memang tak akan ada pilihan lain sebab abang tak akan sesekali lepaskan Lila. Never ever!"

Diam.

"Kalau susah untuk terima abang sebagai suami, apa kata kalau terima abang sebagai kawan baik Lila?" Kening diangkat. Menghulurkan idea.

"Come on..." Disebabkan sedang memandu, jadi Fayyad menghulurkan tangan kirinya. Sebagai tanda perkenalan.

Dalila telan liur. Masih belum mampu memberi kata putus.

"Mujhe dosti karoge?"

"Apa tu?"

"Sudi tak berkawan dengan saya?" Fayyad terjemahkan tajuk filem Hindustan itu. Senyum lebar terukir di wajah.

"Okey. Fine. Let's be friend." Huluran tangan itu disambut.

Apabila tiba di traffic light, Fayyad sengaja menarik isterinya itu ke dalam pelukan.

"Hei, apa ni? Jangan main kotor ya?" Tubuh Fayyad ditolak kuat. Mamat ni memang suka buat nasi tambah. Sudahlah mereka berada di tengah jalan raya.

"Kita kawan baik versi halal so tak apalah."

"Jangan nak melebih..."

"Hmmm, mujhe shadi karoge?"

"Apa pula tu?"

"Sudi tak awak kahwin dengan saya?" Seperti tadi, Fayyad masih setia menterjemah tiap tajuk filem Hindustan itu.

"Nak kahwin apanya. Kita dah jadi suami isteri, kan?" Tanpa sedar, ayat itu memerangkap dirinya.

Cup.

Terbeliak biji mata Dalila apabila menerima ciuman di pipi secara mengejut itu.

"Awak!" Penumbuk dikepal. Ada yang nak makan penumbuk ni.

"Opsss. Lila juga yang cakap kita dah jadi suami isteri, kan?"

"Eee... Jangan manipulasikan ayat saya, ya."

"Habis tu macam mana definisi suami isteri tu?"

"I hate you!" Bagai hendak dilayangkan beberapa tumbukan di tubuh Fayyad. Geram betul.

"But, I love you. Hmmm, hal di jo pya karega?"

"Jangan harap saya tertipu untuk kali kedua!" marah Dalila dalam malu. Mentang-mentanglah dia bodoh bab cerita Hindustan ni. Senang aje jadi mangsa penipuan Fayyad.

Fayyad senyum sendiri. Bagus juga skil cerita Hindustan yang dia tengok dengan Wakeel, sahabat baiknya dahulu. Tak pasal boleh jadi skop mengurat pada isterinya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro