Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

"KAU nak apa sebenarnya ni? Aku tak faham."

"Aku nak cari orang yang macam ni... Dia tak sayang aku, dia tak benci aku. Dia cukup keras hati untuk tak jatuh cinta dengan aku walaupun lepas kahwin. Tapi, dia sudi berkahwin dengan aku." Pertanyaan Harraz tadi Andriy jawab dengan kesungguhan.

Harraz memandangnya dengan wajah yang kaku saat mindanya menyerap satu per satu keterangan yang baru diterima. Respons kemudiannya cuma sebaris ayat.

"Ada. Robot. Pergilah tempah satu dekat kilang Samsung."

"Samsung ada keluarkan robot ke?" Andriy tak dapat menangkap sindiran Harraz, membuatkan rakannya itu mengeluh.

"That's impossible, man. You're a lady killer. I mean, look at you." Harraz turun naikkan kerlingan pada wajah dan tubuh Andriy. Secara tersirat, dia turut mengakui ketampanan Andriy.

"Is it really that impossible?" Andriy berkerut keresahan.

"Takkan kau nak kahwin untuk bercerai? Baik tak payah kahwin!"

"I only want a rigid relationship. I mean, something boring. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Tapi, kita orang tak bergaduh."

"Mana boleh macam tu. Kalau ada pun orang macam tu, dia takkan sudi kahwin dengan kau."

"Aku tahu tu. Tu yang menjadi masalah."

"Itu bukan masalah. Kau yang menjadikan benda tu masalah," ujar Harraz. Andriy mencebik.

Dia terpaksa jadikan perkara itu masalah dirinya. Kalau tak, dia akan dipaksa berkahwin dengan Emilia. Lagipun, sudah terlanjur dia berjanji dengan emaknya untuk berkahwin dalam masa terdekat ni dengan calon pilihannya sendiri. Tapi...

"Tak pun kau buat macam ni. Kau kahwin aje dengan sesiapa saja yang kau nak. Kalau dia jatuh cinta dekat kau, kau pukul kepala dia sampai dia hilang ingatan. Kalau dia lupakan kau, tak adalah dia sukakan kau lagi. Betul tak?" Tak sempat Andriy melamun jauh, Harraz pula menyentakkan angannya dengan cadangan yang bukan-bukan.

"Kenapa kau kejam sangat? Kalau aku pukul kepala dia lepas tu dia mati macam mana?" bantah Andriy.

Soalan itu tergantung tanpa jawapan apabila waktu itu, pandangannya teralih kepada kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe tempat dia dan Harraz sedang menghabiskan masa rehat. Harraz turut mengalihkan perhatian ke arah yang sama.

"Mr. Playboy dah datang," bisik Harraz sambil menudingkan ibu jari ke arah rakan sekerja mereka, Chee Keong.

Andriy mendengus perlahan. Dalam hatinya, dia bersetuju dengan gelaran yang Harraz berikan kepada lelaki berketurunan Cina yang kacak itu yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Chee Keong memang seorang yang sering bertukar-tukar teman wanita. Tak kira bangsa, dia sebat aje. Asalkan jantinanya perempuan. Tetapi, tak pernah sekalipun dia mengaku dirinya sebagai seorang playboy.

Alasan yang Chee Keong selalu bagi setiap kali putus hubungan adalah, tak sehaluan. Alasan mudah. Pada hakikatnya, mereka cuma kurang padan kalau dibandingkan dari segi tahun kelahiran dalam kalendar Cina. Itu sahaja. Remeh. Bukan setakat padanan tahun atau zodiak yang dia sering salahkan, macam-macam lagi. Ada kalanya dia salahkan nama, tarikh lahir, wajah... Malah, bentuk jari pun dia boleh jadikan penyebab perpisahan.

Chee Keong gemar menunjukkan minatnya dalam hal-hal tahyul begini. Dia begitu percaya bahawa hidup seseorang sangat berkait rapat dengan astrologi, numerologi, horoskop dan entah apa-apa lagi. Semua bidang yang diminati Chee Keong ini terletak di luar pemahaman dan minat Andriy.

Mungkin apa yang dia percaya itu ada betulnya, tetapi Andriy enggan mengambil pusing. Baginya, Chee Keong cuma berpura-pura dan berselindung di sebalik kepercayaan itu untuk mempermainkan perasaan wanita. Dasar mata keranjang.

"Tersengih-sengih semacam ni, dah dapat girlfriend baru ke?" tegur Harraz kepada Chee Keong yang tanpa dipelawa, menyertai mereka di meja.

"Eh, tak adalah," balas Chee Keong dalam bahasa Melayu yang fasih.

"Habis tu? Baru lepas putus lagi? Apa pula alasannya kali ni? Telinga dia capang sangat?" sindir Andriy.

"Taklah. Aku mana ada girlfriend. Nak putus apanya?" jawab Chee Keong selamba. Sindiran tak dipedulikan. Ini bukan kali pertama dia disindir begitu.

"Kalau tak ada, tengah nak cari yang baru la ni?" soal Harraz. Chee Keong pantas tersengih.

"Yep. Kali ni, aku nak cari yang bernombor 22. Rare sikit," balas Chee Keong penuh yakin sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya pula lantas merenung kejauhan, seolah-olah mengangankan sesuatu.

Mula-mula nak cari yang lahir tahun tikus. Lepas tu, nak bertahi lalat di pipi. Kali ni nak yang bernombor 22 pula? Nombor apa pula ni? Dari Andriy terus tertanya-tanya dalam hati, baik dia suarakan sahaja soalannya.

"Nombor 22? Nombor ekor ke tu? Setahu aku nombor ekor ada banyak. Bukan setakat dua nombor," kata Andriy bersahaja.

"Nombor 22 ni nombor personaliti," balas Chee Keong penuh minat. Wajahnya nampak bersemangat kerana menganggap Andriy berniat untuk mengambil tahu.

"Pula... Personaliti pun ada nombor?" ujar Andriy sambil tertawa kecil. Makin dilayan, makin tak logik keterangan yang didengar. Tetapi, ini perkara rutin kalau Chee Keong merupakan sebahagian daripada ahli perbincangan.

"Eh, mestilah ada..."

"Kenapa nak yang nombor 22? Tak ada nombor lain ke?" kali ini Harraz yang menyoal.

"Aku nak yang bernombor 22, sebab nombor ni rare dan special. Hanya empat peratus orang dalam dunia ni yang memiliki nombor tu. Dan aku rasa fakta tu betul sebab setakat ni, aku belum jumpa lagi yang bernombor 22."

"Macam mana nak tahu orang tu nombor dia berapa?" tanya Harraz.

"Dari tarikh lahir. Numerologi. Tak pernah dengar ke?"

Numerologi la pula... Hati Andriy mengeluh.

"Sudahlah, Chee Keong. Tak payahlah jadikan benda-benda tu alasan. Kau tu dah memang dasar playboy, nak buat macam mana? Nanti bila ada perempuan yang kau suka, automatik dia jadi perempuan nombor 22, kan?" seloroh Andriy.

"Hey, I'm not a playboy. And I'm serious. Orang yang bernombor 22 memang susah nak jumpa," tegas Chee Keong namun hanya membuatkan Andriy ketawa. Chee Keong memang kebudak-budakan.

"Kata kau, empat peratus orang dalam dunia ni bernombor 22. Dalam dunia ni ada berapa bilion orang? Ambil empat peratus daripada jumlah tu, jumlahnya tetap banyak. Sudahlah kau, Chee Keong. Tak payah nak menipu aku." Andriy akhiri hujahnya dengan deraian tawa.

"Tak payah nak berlagak pandai sangat la, Andriy. Memang betul empat peratus daripada jumlah orang dekat dunia ni ramai. Tapi, kalau dah ditaburkan balik jumlah empat peratus tu dekat serata dunia, dekat Malaysia ni ada berapa sangat?" bidas Chee Keong.

"Tak payah buat matematik untuk aku, Chee Keong. Benda ni bukan penting pun. Kau saja aje nak main-main... Berlagak psychic. Bak kata aku tadi, benda-benda ni alasan kau aje, kan?"

"Kalau kau rasa aku ni main-main, kau cuba la cari perempuan nombor 22. Kau tu nak cari girlfriend pun tak lepas. Harap muka aje hensem. Kahwin ajelah dengan gadis pilihan emak kau tu," gerutu Chee Keong.

Andriy menelan liur. Terbuntang matanya dua saat. Macam mana Chee Keong tahu tentang dirinya dan Emilia? Dia mengerling ke arah Harraz. Kawannya itu tersenyum gentar sambil menjongketkan bahu. Sah, memang Harraz yang cerita.

"Aku tak perlu buktikan apa-apa dekat kau," balas Andriy ringkas sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Pengecut. Aku dah agak dah. Kau takut nak sahut cabaran aku sebab kau pun tak yakin kau akan jumpa dia," komen Chee Keong sinis. Andriy merasa tercabar.

"Okey... Kalau aku jumpa, kau jangan bercinta dengan sesiapa sampai aku kahwin!" Andriy mengutarakan syaratnya.

Harraz tiba-tiba melepaskan tawa. Tawa itu lantas dia sembunyikan di sebalik telapak tangannya.

"Kenapa kau ketawa?" Andriy menyoal Harraz dengan nada yang hampir kasar. Harraz hanya tersenyum tetapi tak menjawab. Dia geli hati. Rasa seperti menonton drama perbalahan antara budak-budak sekolah.

"Kalau aku jumpa dulu, kau kahwin dengan Emilia!" cabar Chee Keong.

"Fine!" balas Andriy.

Hasil daripada perbalahan yang tak matang dan pertaruhan yang bersifat kebudak-budakan, Andriy dapati dirinya kini terperangkap dalam permainannya sendiri. Mahu tak mahu, dia terpaksa mengkaji serba sedikit tentang ilmu numerologi.

Haih! Padanlah Harraz ketawa waktu mereka berbalah. Bila dikenangkan semula, baru Andriy terasa malu.

BUNYI deringan telefon yang terletak di dalam koceknya menyentak lamunan Andriy. Cepat-cepat alat itu dikeluarkan. Skrin dilihat. Emilia. Memandangkan nama itu, dia segera menyentuh butang merah. Mod senyap kemudiannya diaktifkan. Dia tak memerlukan Emilia untuk mengacaunya waktu itu.

Sudahlah dia terpaksa berjanji temu dengan Emilia sebaik habis waktu pejabatnya. Dah jumpa sekejap, gadis itu mahu menelefon lagi? Apa lagi yang dia tak puas hati?

Andriy lantas ketepikan ingatannya terhadap Emilia. Fikiran ditumpukan semula ke angan-angan tadi.

Twenty two...

Asalnya, Andriy tak mahu mengambil peduli tentang perincian fakta numerologi. Baginya, ilmu penomboran ini cuma sebahagian daripada ilmu menilik nasib. Tetapi, disebabkan cabaran Chee Keong, dia terpaksa mengambil tahu serba sedikit tentang ilmu itu.

Dalam kajiannya yang sedikit, dia dapati numerologi ini bukanlah ilmu tilik nasib khususnya walaupun ada yang mendalami pengetahuan ini untuk tujuan itu. Ilmu ini lebih kepada perkaitan seseorang dengan nombor. Terutamanya melalui tarikh lahir. Secara umumnya, setiap individu akan memiliki nombor tertentu dari satu hingga sembilan. Namun, kebanyakan ilmu numerologi dari Barat merangkumkan nombor-nombor ini dari 1 hingga 9, 11, 22 dan 33.

Hasil daripada kajian sejak zaman dahulu, nombor-nombor ini kemudiannya dikaitkan dengan ciri-ciri dan perwatakan tertentu. Ciri-ciri ini dipercayai mampu mempengaruhi personaliti seseorang. Semua ini cuma spekulasi tentang personaliti. Kemungkinan besar. Tak semestinya semua ciri-ciri itu tepat dan mesti dimiliki individu yang terlibat.

Andriy tertawa sinis. Mengapa Chee Keong pilih nombor 22? Bukankah yang nombor 33 lebih jarang ditemui? Lebih rare bak kata orang putih. Hanya dua peratus daripada jumlah populasi dunia.

Entahlah. Mungkin Chee Keong tak habis kaji lagi ilmu itu untuk tahu bahawa ada pula nombor lain yang lebih jarang daripada nombor 22.

Apapun, itu semua tak penting. Yang penting, untuk memenangi cabaran, Andriy hanya perlu mencari seorang wanita yang kiraan tarikh lahirnya bersamaan dengan dua puluh dua.

Cara mengira tarikh lahir itu pun dia tak berapa hirau. Yang dia ambil tahu cuma laman sesawang yang boleh buat kiraan numerologi tarikh lahir secara automatik. Mudah dan tak menyerabutkan otak.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi cabaran sebenar adalah mencari orangnya. Betul rupa-rupanya kata Chee Keong. Mereka yang bernombor 22 ini memang sukar dijumpai. Mungkin nasib yang sering tak menyebelahi dirinya. Namun, demi mempercepatkan proses dia pun mula menjana tabiat baru.

Setiap gadis yang menyapa takdirnya, dia akan risik tarikh lahir mereka terlebih dahulu sebelum bertanyakan nama. Barangkali pada mata gadis-gadis itu caranya unik, lain daripada yang lain. Tetapi, sebenarnya dia cuma mahu menjimatkan masa. Itupun, setakat ini, dia masih belum bertemu dengan gadis bernombor 22.

Selain cabaran Chee Keong, Andriy mula meletakkan satu cabaran buat dirinya.

Andai dia berupaya menemukan dirinya dengan gadis rare yang dicari, dia mahu cuba mendekati gadis itu. Manalah tahu kalau-kalau dia menepati ciri-ciri gadis yang Andriy mahukan selama ini, kan? Bukankah gadis yang dia cari pun sememangnya sukar ditemui sepertimana individu bernombor 22 itu?

Jadi... Sambil menyelam, minum air.

Aku tahu harapan nak dapat perempuan kayu macam yang aku nak tu sangatlah tipis. Tapi, aku memang kena cari. Terpaksa!

Kot yang diletakkan di atas kaunter singki dikutip lalu dengan langkah penuh yakin seperti selalunya, dia mengayunkan kaki menghala ke pintu. Dalam perjalanannya keluar, seorang wanita meluru masuk. Terkedu dia seketika.

Fokusnya terus dilemparkan pada simbol Gents yang tertampal di pintu. Nyata, bukan dia yang tersalah masuk. Gadis itu yang tersilap. Andriy cuma menjongketkan bahu. Langkahnya diteruskan ke luar pintu tandas. Dua, tiga tapak dia melangkah tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki.

"Have you seen a woman about this tall..." Lelaki itu mengangkat tangannya hampir ke paras bahu, cuba menggambarkan ketinggikan seseorang.

"In a purple blouse, black slacks and... A pink scarf?" Jejaka itu menghabiskan soalannya.

Andriy merenung dalam wajah lelaki di hadapannya. Jelas, lelaki itu sedang mencari gadis yang baru sahaja meluru masuk ke dalam tandas lelaki tadi. Dari keadaan gadis yang nampak kelam-kabut itu, Andriy yakin bahawa dia sedang melarikan diri daripada jejaka di hadapannya ini.

"Sorry. No. Haven't seen her," balas Andriy perlahan. Sudah tentu, anggapan tentang gadis tadi mempengaruhi jawapan yang diberikan.

Lelaki itu mengangguk faham. Wajahnya kecewa. Namun tanpa sebarang kata lagi, dia beredar. Hilang sahaja lelaki itu dari pandangan, Andriy berpatah balik untuk masuk semula ke dalam tandas. Dia rasa penting baginya untuk memaklumkan kepada gadis tadi bahawa orang yang ingin dia elak telah dia hantarkan pergi dengan selamat.

Susulan kejadian yang berlaku selepas itu cukup menghiburkan hatinya. Namun, sebelum dia membenarkan gadis itu pergi...

"Excuse me, miss. What's your number?" 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro