7
Tidak seperti kebiasaan, akibat apa yang berlaku sebelum ini menyebabkan Hannan dan Hani tidak lagi bersama-sama seperti selalu.
Suasana itu menjadi semakin janggal kerana Hannan meluangkan masa berjalan-jalan bersama-sama Kak Shahira manakala Hani pula bersama-sama Khairani.
Bertambah janggal, kerana selama ini Hani dan Hannan merupakan duo yang sentiasa bersama-sama sejak dari mula mereka berkenalan kini tidak lagi bersama-sama seperti selalu.
Sepatutnya juga, Khairani banyak bersama-sama dengan Shahira kerana Shahira suka melayan karenah mata duitan yang ada pada dirinya.
Jeda.
Beberapa minit sunyi tanpa perbualan diantara duo Kak Shahira dan Hannan dengan duo Khairani dan Hani.
"Hani, betul ke-"
"Terpulanglah kau nak percaya ke tak. Itu sahaja jawapan aku."
Ringkas Hani menjawab soalan Khairani, gadis itu tidak mahu membuka aib terbesar rakannya. Lagipun, aib perlu disorokkan bukannya untuk ditunjuk.
Kak Shahira dan Hannan yang mendengar pertanyaan Khairani dan jawapan yang diberikan oleh Hani hanya berdiam diri. Mereka juga mengunci mulut apabila Khairani memandang ke arah mereka dengan pandangan mengharapkan jawapan.
Suasana diantara keempat-empat sekawan itu kembali sunyi.
"Peserta bagi pusingan terakhir, pusingan kesepuluh! Sila ke trek sekarang!" Suara juruacara memecahkan suasana senyap sunyi itu.
"Jom semua. Giliran kita dah sampai."
Hani bergerak dihadapan diikuti oleh tiga rakannya. Mereka menuju ke arah tempat basikal mereka disimpan.
Iaitu tempat letak basikal khas yang disediakan untuk peserta menyimpan basikal mereka sementara menunggu giliran untuk berlumba atau bagi mereka yang ingin ke mana-mana sebelum penyampaian hadiah bermula.
"Woi, tak guna!" Jerit Hani, lantang.
Hannan, Kak Shahira dan Khairani memandang ke arah tempat letak basikal itu, tercari-cari di mana kelibat Hani melalui arah suara lantangnya yang telah mereka dengar tadi.
"Kenapa tu? Jom, pergi sana!" Ajak Shahira dengan nada bimbang.
Sampai di sana, kedua-dua belah lengan Hani telah dipegang erat oleh dua orang lelaki. Hani meronta-ronta dengan kekuatannya yang menghampiri kekuatan seorang lelaki.
"Lepaskan aku lah bodoh! Aku tak puas lagi nak belasah manusia tak guna tu!"
Pada masa yang sama, terdapat tiga orang gadis yang merah mukanya mungkin telah ditampar oleh Hani dan seorang budak lelaki telah terbaring di atas tanah meraung sakit, mungkin juga Hani adalah puncanya.
Khairani gerun melihat situasi itu. Perlahan dia berkata sesuatu dan masih boleh didengari oleh Hannan dan Shahira.
"Apa dah jadi ni?"
•••
A/n: Adakah tindakan dan langkah yg Hani ambil merupakan langkah yang betul?
Adakah langkah yg diambilnya membawa kepada sesuatu perubahan yang buruk ataupun sesuatu yang baik?
Nantikan update malam ni insyaallah
𝓒𝓜 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro