Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

Aku hanya membiarkan soalan kak Shahira berlalu sepi tanpa balasan. Aku tahu, kak Shahira akan menyuarakan pendapatnya. Aku tahu, lambat-laun dia akan bertanya mengenainya.

Mata aku masih tidak lepas memandang Hani. Rasa bersalah kembali menyerbu lubuk hati ini. Sejak tadi aku merasa bersalah, sejenak kemudian rasa bersalah itu hilang dan kini kembali selepas kak Shahira menyuarakan pandangannya.

Bukan pasal masalah teguran aku yang kasar. Ada sebab yang lebih teruk daripada itu.

Aku...

Tak normal.

Aku mengeluh perlahan.

"Haih..."

"Kenapa awak mengeluh, Hannan?"

Reaksi terkejut aku kawal dengan baik, mata yang membulat kembali redup dengan sepantas mungkin.

Ah, aku tak sengaja mengeluh di mulut!

Aku fikir aku hanya mengeluh di hati sahaja.

"Ada sebab lain ke awak bersikap sinis terhadap Hani?"

•••

Jeda.

"Mula!" Arahan mula bagi pusingan ketiga dikeluarkan.

Masih ada enam pusingan lagi sebelum sampai ke pusingan terakhir iaitu pusingan kesepuluh. Hani duduk bersama-sama Khairani sambil makan aiskrim di sebuah bangku.

Manakala di bangku berdekatan trek perlumbaan, Hannan dan Kak Shahira yang duduk bersama-sama. Soalan Shahira dibiarkan sepi. Suasana senyap menjengah suasana.

"Saya bukan seperti yang akak tahu. Saya ada rahsia yang tiada sesiapa pun yang tahu." Suara Hannan memecahkan suasana senyap sunyi itu.

"Kak Shahira, saya ni nampak macam normal. Tapi sebenarnya tidak. Saya tidak tahu kenapa, tetapi saya tergolong daripada orang yang tidak normal." Terang Hannan lagi.

Wajah Shahira memaparkan riak keliru. Dahi berkerut seribu. Tak normal? Takkanlah...

Tak!

Ish, Kak Shahira tidak mahu membuat tuduhan melulu. Husnuzon itu penting! Kepalanya digeleng perlahan.

"Saya perasan akak gelengkan kepala tadi. Mesti akak fikir yang saya tak normal iaitu salah satu daripada LGBT kan?"

Shahira menggeleng lalu menjawab, "Akak tidak mahu buat tuduhan melulu."

Hannan mengeluh panjang. Wajah Shahira dipandang sebentar sebelum sekujur tubuh Hani yang masih lagi menikmati aiskrim bersama-sama Khairani.

"Sebenarnya..."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro